August 5, 2014

Syawal Pertama 2014 :)

Assalamualaikum.

Bergilir-gilir setiap tahun tiap kali balik kampung beraya dan tahun ni punya raya paling bestt lepas bertahun tunggu untuk raya macam ni. :D Tahun tahun yang lepas bila balik raya selatan sepupu yang balik raya boleh kira dengan jari je. Semacam kurang meriah, rasa kurang sesuatu jee.

Tiap kali raya mesti nak imbas zaman semua tengah sekolah lagi walaupun masa tu macam aku yang bebudak ni dah tak boleh nak bercampur dengan sepupu sepapat yang dah remaja sebab tak paham dengan diaorang tapi ingat lagi kitaorang main buat bulatan tepuk tangan orang sebelah sambil kira A,B,C sampai Z yang kena tepuk, leka, kena keluar. Kenangan tak seberapa tapi tu kira paling last dapat main ramai-ramai dengan sepupu sepapat.

Alhamdulillah tahun ni ramai yang balik, alhamdulillah banyak benda tolak tepi lepas tu semua macam seronok seriously terharu :') Nak dapat raya macam ni lagi tak tahu bila tahun boleh dapat.
























Beratur nak salam mintak ampun






Kecoh lepas dah lama tak sekecoh ni. :)








 Gadgets memang tak lepas dari tangan tapi tetap seronok. :)










Sepupu ensem cun saya. :)
Atas kiri: Sya'ari, Syazwi, Ujang, Abg Syafi'e, Abg Hijrah, Haziq, Syarazi
Bawah kiri: Aishah, Ain, Kak Nadia, Kak Yanti, Kak Nelly, ME, Kak Piqa, Didi

Yang tak ada dalam gambar. Wani, Kak Fara, Abg Yul, Kak Tasha, Ira, Kak Lenny, Farah Ain. 
Well, more than half yang ada. Nak kumpul semua memang susah tapi yang ni pun dah seronok. >.<


I always have a dream to gather everyone in my family. bukan gather je, nak sangat slogan kosong-kosong tu bukan setakat luah and ucap je. tapi betul betul maksudkannya and everyone will be natural like we used to be. Waktu kita cuma kenal saudara kita sebelum kita kenal dunia. 

Tak pernah bagitau sesapa benda ni sebab rasa diri ni kecik lagi tapi nama pun impian mek. Ada rezeki ada lah yang termakbul. :)





No comments: