August 10, 2017

Susah Jadi Baik

Tajuk 'Baik' dari dulu sampai sekarang tak habis.

Aku tahu aku tak baik. Harini tak. Semalam apatah lagi.

A person once thanks to me because I'm such a caring person and always there to help that person. I dont really remember that to be honest. Tak ingat pun apa yang baiknya aku buat.

Sampai lah harini sambil duduk dekat bilik selak handbag lama mencari barang dan terjumpa balik 'suratan atau kebetulan' yang tak terbuang-buang. Emosi weh baca. Dulu baca laju tahu-tahu dah sampai perkataan 'bye'. Kali ni baca satu demi satu terasa semua sel sel otak bergabung bagai memerah segala memori yang ada.


Memang pesen aku sekarang nak mula balik rutin sebelum tidur fikir apa salah aku dah buat harini aku kena betulkan. Tapi apakan daya. Kalau berfikir sebelum tido memang tak akan tido la caranya. Terbiasa sekarang ni bila rasa nak tido terus pejam mata dan (macam dalam gua eh sebut) lesapp lesappp sapp app ppp.....zzz

Bahagia didahulukan, merana terasa sekarang. Bukan lah merana apa pun. Rasa sedih kat diri je kenapa susah sangat nak jadi baik ni. Oh, dia puji aku cute. Ya Allah..lagi lah aku tak sedar pon pujian dia tu. Cute? 😂😂😂

No comments: