August 6, 2017

Gembira dengan Anonymous

Untuk diri sendiri, tak ada apa yang boleh dibanggakan atau digembirakan. Oh. Baru semalam tahu Yuna dah tunang wehhh. Tunang adik beradik Sinclair, Adam Sinclair. Hah okay lah tu kita berbahagia artis yang dari zaman myspace kita follow tu dah tunang.

Lagi berita gembira kawan aku dah ada girlfriend. Bahagia dia aku tengok. :') aku mention benda ni sebab dia jarang tego aku kat twitter tetiba dia reply tweet aku. Hahahh


Gembira raya haritu macam biasa dapat kumpul dengan member sekolah. Ada la jugak cerita tersembul. Lepastu semua terdiam sebab nak proses perkara tersebut. 😂 Oh ada yang salah faham kemesraan aku dengan member uni kat twitter tu. Dia memang mesra acah sweet macam tu dekat semua orang yang rajin melayan ayat pickupline dia. hahahhh penceria hari. Padahal kat uni tak pernah tegur. Kelakar kan macam mana media sosial sebenarnya boleh merapatkan jurang hubungan dan tak kurang hebat juga dalam berkebolehan meleraikan hubungan orang. Ehem! Saya tak reti la ajak lelaki pergi karaoke sesama. (it's not funny anymore i know)


Gembira kawan sanggup menempuh jem dari KL datang ke open house kita. :')


Tahun ni pun takde kena paksa dengan member kena pegi open house member :') *tangisan kegembiraan* 


Kawan aku nak kahwin wehh bulan ni dengan bulan depan. Dah tak payah acah acah ada yang selalu kata aku kahwin dulu! Sila lah korang berlalu dahulu bersama dengan jodoh dunia in shaa Allah hingga akhirat. Ku doakan kebahagiaan mu, mu dan mu (sebab 3 orang yang nak kahwin tu) kisah cinta yang dari A sampai Z aku dengar dengan setia. Alhamdulillah.. I can't contain my happiness towards uoll's. 😊 ada yang minta rahsia nama walaupun tarikh nak dekat so kita tengah menahan diri ni dari sebut nama orang tu. Huhu nanti tiba hari majlis semoga kita rajin nak menaip dekat blog ni tentang kisah perkahwinan mereka. Please la. Tahun lepas 9 post. Tahun ni kena 10 post. Pemalas eh sejak dah keje ni. 



Gembira kerja pun yea. Ada waktu sibuk tak cukup tangan. Ada waktu free sangat masa tu sampai rasanya boleh lah bawak bantal dengan selimut datang tempat keje lepastu tido 1-2 hari. Melampau. 😂




Gembira ada kawan yang masih setia berkawan. 
Harap walau dah kahwin, beranak pinak tetap setia 
😊

No comments: