February 4, 2016

Ikan Kembung Masak Asam

Selalu masak suka cari online lepastu gabungkan bahan dengan resepi yang berbeza. Bila masak menjadi, siap puji diri sendiri, tap on my back. Haha *gelak tak ikhlas sebab puji diri sendiri*
Lepastu waktu yang lainnya cuba ingat balik dah tak ingat. Pernah salin letak kat buku, hilang entah mana. Simpan dalam phone, terpadam sebab berzaman sangat. Hehe

Resepi yang paling bertahan, of course la yang simpan dalam blog ni.
Salah satu punca jugak kenapa suka simpan gambar dalam facebook dengan myspace dulu sebab ni jugak. Senang nak trace balik . Macam gambar hari raya.

So, enuff dengan bebelan. Ini dia resepi kita!

Gambar sumber dari azlitamasammanis.com

Ikan Kembung Masak Asam

Si watak utama, 3 ekor ikan kembung - Boleh digoreng dahulu dengan kunyit dan garam kalau mahu (optional)
2 biji bawang merah besar - dipotong bulat
6 biji cili api - dibelah tanpa putus
1 biji tomato - dipotong
1 batang serai - diketuk
3 ulas bawang putih - dimayang
1 cm halia - dimayang
2 sudu besar asam jawa adabi
2 1/2 cawan air 
garam secukup rasa
gula secubit untuk imbangkan rasa

1. Panaskan minyak dan tumis bahan yg dimayang, setengah bawang merah tadi dan serai hingga harum. 
2. Masukkan air asam masak hingga didih. Perasakan garam dan gula.
3. Kemudian masukkan cili api dan baki setengah bawang besar.
4. Untuk ikan yang digoreng : Masukkan tomato dan ikan kembung biar seketika hingga kuah menyerap dan sedia dihidang.
    Untuk ikan tak digoreng : Masukkan ikan sehingga ikan masak dalam 20minit kemudian tomato. Kecilkan api dan biarkan selama 20minit.

No comments: