January 12, 2016

Post pertama tahun 2016

Masuk 2016 dah rasa macam tak adil kalau tak mencoret sebab dah lah berzaman tak update.

Banyak nak cerita ni. Rasa tamak pun ada. Lepas tu ending-nya kita simpan je semua cerita tu sebab biarlah rahasia. HAHA kedekut.
Nak tahu boleh tanya sendiri what.
Sambil kita duduk melepak, mengopi, kita cerita sok sek sok sek. Menjemah sikittt. Cerita serious lepastu gelak sakan.
Ah! Lama tak macam tu. Anak dara pemalas nak keluar rumah, malas nak melepak memang macam ni kan.

Lepas ni dah tak dapat nikmat duduk sendiri.Sebenarnya duduk membujang pun malas ya ampun nak keluar rumah. Rela duduk bilik marathon cerita korea, Retun of Superman, takpun marathon movie mat sallehhh.
Bila cuti sabtu ahad, buat keje dan tugasan sebagai anak sulung iaitu melipat kain 2, 3 bakul sambil  tukar-tukar channel. Bila tv tu kena kacau rasa nak ngamuk. Merajuk naik atas tinggalkan kain tak lipat bergunung depan tv. Tapi bila dapat sambil tengok tv, sambil lipat kain gaya macam mamak menebar roti canai. Miahahahahh melampau betul gambaran tu.

Kat kepala ni. Banyak simpan harapan. Cita-cita ada la jugak banyak. Tak tahu nak langsai bila. Itulah sadisnya jadi orang pengecut nak mengorak langkah ke cita-cita sendiri. Takut nak cabar diri sendiri. Tapi in shaa Allah akan ada something that will trigger myself to be brave and pursue my dream. Cewah cewahh

Ni post pertama 2016 so harapan untuk tahun 2016 ni semoga muka kekal babyface  dengan itu berjayalah mengelak diri daripada soalan “bila nak kahwin?” 

Ada jodoh ada lah kita kan bae.



Seru jodoh sampai menutup mata.



HAHAHA nak gelak pegang perut sebab aku sendiri tak kenal siapa bae aku tu. HAHAHA


perasan.

2 comments:

Ariff Mokhtar said...

lama betul nak update hahaha

Aqilah Lalala said...

busy la you. keje. bulan depan free sikit sebab tak keje. hahaha :P