October 16, 2013

Berkelah Sakan di Tasik Kura Kura. #throwback

Sempena cuti bertemankan orang dekat rumah ni berdengkur siap bersambut sambut aku nak tulis sesuatu dekat skrin ni. Lama benauu nye tak aktif. Dapat pulak smart phone dah memang aku tak ingat dekat laptop ni. Ingat cuma bila nak tengok movie baru dengan buat assignment. Masa tu baru beria ria nak menghadap laptop.

Tajuk post pun throwback. memang betul betul nak throw back segala macam yang dah jadi selama berminggu minggu mula belajar dan duduk dekat rumah sewa. probably I will create some post for student yang mencari rumah sewa. It's a tips. sebab aku dah ada pengalaman walau baru sekali ni haruslah juga dikongsi. jangan kedekut.


28 september 2013
Tarikh paling seronok sekali dan tak menyabar sebab nak berkelah dengan kura kura dan itik di tasik. hahaha menyabar je lah dengan diri sendiri yang boleh seronok dengan benda macam tu je. masa tu tak merempit lagi maka beramai ramai kami naik public transport. tak payah risau jalan, tak payah risau minyak. bayar bape sen je dah sampai. tapi bila sampai tasik sempat beli air. makanan masak, bawak. tapi air nak beli jugak. berat. malas nak bawak. :P


Kepedasannya sama pedas macam kepekatan warna merahnya. T.T





Cadang nak makan bersebelahan dengan itik tak jadi sebab tak bawak tikar.
Kenapa tak bawak?
malas. -..-







Sebagai penutup bersarapan di tasik antara karaoke dengan bowling.
bowling jadi pemenang!





Bagini hahhh nya salah satu cara nak menyeronokkan hati dari teringat rumah. padahal mama suruh balik rumah waktu ni sebab ada kenduri. tapi janji dengan kawan 2 minggu sebelum tu. tak kan nak batal macam tu je. janji harus ditepati. *konon*


Ceritanya panggil tasik tu kura kura sebab masa pergi dulu excited tengok kura kura melambak lepas tu bagi makan bebanyak dengan harapan kura kura gemuk menggantikan kami. boleh tak macam tu?


Lepas ni nak sangat lagi buat macam ni. nak kekalkan semua muka yang dalam gambar dan tambah semua kawan kawan sri iskandar. lagi ramai lagi meriah. lagi seronok lagi banyak kerenah. lagi banyak kenangan lagi banyak senyuman. Ewahhhh  :D




No comments: