October 16, 2013

Macam Mana Nak Sewa Rumah?

This would be like the first after ages tulis post dengan something yang bermanfaat untuk orang yang baca. berblog tentang hidup peribadi yang tak berapa nak peribadi sebab update twitter hari hari pun dah jarang. ni nak update blog yang bermanfaat pada orang ramai. mimpi sangatt nak buat macam tu. tapi tadi dah tersebut dekat previous post dan pernah terniat pun. teruskan je lah apa yang nak dibuat.


Menjadi pelajar di Shah Alam toksah letak walau 10% harapan nak dapat kolej semester depannya. WAJIB mencari rumah seawal mungkin sebelum balik kampung halaman. kalau tak cari memang menangis nak cari. lagi lagi yag suka buat kerja last minit. confirm stress.





Maka dengan itu, bagaimana caranya kah untuk memulakan pencarian perumahan sewaan?

  1. Bertanya dengan kawan kawan atau senior.
  2. Melalui internet. mudah.com atau facebook page rumah sewa shah alam. Sebagai contoh: Rumah Sewa untuk Student ada banyak lagi page sila jangan malas. lagi meluas sampai tak terbaca semua kalau cari dekat google.com dan search. 

Itu bila nak mula mencari. Bila dah nampak calon calon rumah sewa ni apakah lagi yang perlu dilakukan?

   1. Senaraikan rumah sewa dan tulis sekali sewa dan kemudahan seperti 
      - fully furnished/half furished
      - 10 minit dari fakulti
      - parking motor/kereta yang banyak
       tapi jangan kemudahan ingat tapi kelemahan dilupakan. ni bukan nak cari kawan kena terima semua       
       dengan seadanya. hehehh tulis sekali kelemahan;
      - tiada dapur
      - tiada dobi yang berdekatan
   2. Dapatkan nombor contact tuan empunya rumah dan tulis sekali dekat list rumah sewa.
   3. Bagi yang guna prepaid sila beli topup sekaranggg juga. contact tuan rumah untuk bertanya ada 
       kekosongan atau tidak. Bagaimana dengan deposit berapa ringgit? 
   4. Bila dah dapat short list untuk lebih kesahihan dan lebih yakin rumah yang perlu di sewa buat satu
       lawatan kerumah rumah tu. Nak pergi jangan pakai redah. Buat janji dengan owner rumah.
   5. Bila dah buat lawatan mesti banyak rumah dapat tanda 'X'. Ada baiknya tengok rumah masa 
       penyewa masih ada lagi di rumah so boleh tanya sendiri apa lebih apa kurang dengan rumah yang 
       mereka duduk. 
       Lebih penting tanya tentang owner rumah jenis ambil kisah atau cuma tahu duit sewa bayar cukup bulan.





   6. Dah pasti dan yakin dan suka dengan rumah tu terus bertanya tentang agreement rumah supaya tak tertipu dengan bayaran deposit dan sewa.


Dekat shah alam nak dapat rumah murah memang payah sikit kadang. Kalau boleh elakkan rumah kedai sebab agak bahaya. macam macam kes tentang rumah kena pecah sampai ada penyewa yang kena ikat. Tapi kalau dah terdesak dan tiada pilihan kena sentiasa berjaga jaga bila tinggal dekat rumah kedai. 

Itu je kot step and a few tips yang boleh diberi. mungkin boleh fikir sendiri semua ni tapi untuk elak cuai dan perkataan 'kalaulah...' di masa hadapan baik prepare dari awal. 



6 comments:

Muhammad Ikram said...

Blogwalking and wanna ask ade rumah kosong :)

Aqilah Lala said...

Eh. Siapa ni? Siapa ni?
Hahaha :P
Sorry but there's no more vacant house.
Btw, apa khabarr?

iamrramoth said...

Kabar baik . Aritu macam ternampak di shah alam .

Aqilah Lala said...

Ada nampak dekat mana?
Kalau betul then it would be the last time nampak kat shah alam. :)

iamrramoth said...

Oh . Pindah puncak alam or da grad?

Aqilah Lalala said...

Course pure cs dah pindah jasin mula semester lepas. kalau ada dtg Melaka roger2 laa ;)