July 3, 2013

Sinopsis Sependeknya Tahun Pertama Degree di SA.

Terjebak sekejap dengan penulisan blog. Kata nak buat second part untuk ekspedisi menjelajah negeri utara (ekspedisi lah sangat!) tapi tak menyempat lagi. Di butai dengan benda lain bila ada masa free. Maaf untuk itu.. *nanges*

Okay dah jangan berdrama sangat. Sekarang tengah minggu exam untuk budak budak degree termasuklah orang yang tengah study ni nak bayar bil tapi tersangkut di pertengahan jalan sebab online banking traffic dan terus gatal nak berbelog kejap.


Saya melalui minggu minggu yang sukar pada permulaan masuk ke degree. (sopan sesangat guna saya untuk ganti diri. :P) Permulaan melangkah ke dunia pembelajaran yang berbeza di tempat yang berbeza agak sukar yee, tapi dalam bahasa mat salleh orang kata, 'All the beginning is difficult'. Kesimpulannya memang normal lah kalau susah sebab nak kena adapt diri dengan suasana baru.

Masuk pertengahan semester jadi sukar jugak sebab problems with love and stuff. Apparently I can't separate my emotion dan boleh rasa perbezaan pada diri dan kesian dekat kawan jadi mangsa. Haha Sorry babe. I just can't hold it. Terima kasih sesangat pada dia yang tetap di sisi walau emosi ku bercampur baur dan dia jadi mangsa. Ehemm.. Dia di sini adalah kawan saya. Yang si dia lagi satu telah ku lepaskan bebas di belakang.



Dann sampailah sekarang tup tup tengah final exam for my first year in degree. :)
For now memang tak ada rasa berdebar. Tapi tunggulah bila exam untuk final semester. Confirm berdebar debar sampai nak terkeluar jantung bila nak amek exam.



Banyak sangat dah mencoret dalam blog yang kian tidak dikunjung ini. Sebab exam pun tak habis lagi dan maaf lah kalau terlambat, dekat bawah ni ada doa untuk orang yang nak ambil peperiksaan.
Insha Allah bila terasa lagi nak update, next post tentang cuti cuti Malaysia tu na.
Till then. Assalamualaikum. :)



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”.

No comments: