November 4, 2016

Pulau Redang 3H2M Part 2

Tekan SINI untuk Part 1

Second Day



Esok pagi celik mata lepas makan nasi lemak tepi pantai terus buat sesi tangkap gamba
Wajib buat sebab entah bila tahun nak datang lagi. Buat kenangan 😊  melompat, jalan jalan kat air, acah model tak berbayar, macam macam pose buat sampai puas hati, penat dan bosan baru berhenti. hehee 





Macam sweet je khaannnnn >.<





Bila dah puas dan penat bergambar kitaorang pun mula bersiap siap untuk snorkeling kat Marine Park. RM5 kena bayar yea. Apa yang special sangat sampai pergi kena bayar dulu?! Sebab dalam laut dia sangatttt cantikkkk! Tak perlu ke tengah laut nak snorkeling. Tepi pantai je dah ada batu karang cantik-cantik dengan ikan macam-macam. 



Marine Park!

Lepastu nak cerita la pasal ada abang ni yang bercuti jugak kat situ tengah berenang tak jauh dari kitaorang. Agaknya dia usha kitaorang asyik pegang je camera tapi macam tak guna betul-betul since kitaorang terapung kat air je lepastu dia terus offer nak tolong tangkapkan gambar. Siap bagi idea tangkap macam mana. Dengan blurnya sebab first time en nak bergambar dalam laut dengan kaki tak cecah bumi so kitaorang ikut lah arahan dia. Berterima kasihh sangattt kat abang tu. Sanggup melayan. Terima kasih sangat! 😊😊




Tu kaki abang yang tolong tangkapkan gambar interframe hahaha


Balik snorkeling terus makan lunch dengan baju basah lepas mandi tu sebab dah pikir nak sambung main air sampai pukul 2.30 untuk next snorkeling. 

Snorkeling yang last ni kurang best sebab port cantik yang penuh batu karang hidup dah kena cop dengan chalet lain so tak enjoy sangat. Bila dah ada yang dah penat mula lah ada yang mabuk laut, pening. Plus takde pemandangan yang menarik dekat kawasan dalam laut tu so kitaorang pun kejap je berenang. 20 minit macam tu explore dalam laut dan still tak menarik, terus naik bot. Tetiba tak lama tu ramai yang naik jugak so balik lah kita kembali ke pulau.



Sampai je dekat chalet mungkin sebab dah puas main air so masing masing pun malas beriya sangat mandi tepi laut tu. Ada yang sambung terapung apung kat laut jernih tu termasuk aku, ada yang dah duduk bawah pokok tenung pantai je. Dah bosan terus naik bilik. Dah naik bilik awal sangat mula lah idea dengan angan angan yang nak direalisasikan which is minum air kelapa kat tepi pantai ahaha lepastu merayap sampai hujung pantai sebab nampak port cantik kat situ. 










Bila usha hujung pantai tu tak ada apa sangat pun. Terus patah balik pergi pantai depan chalet, jalan-jalan kejap lepastu balik bilik. Melepak lah sambil buka cerita sementara nak tunggu makan malam. 





Selama dekat pulau tu memang ada nampak langit suram dengan matahari kena tutup macam nak hujan tapi tak hujan pun langsung. Malam last tu dengan energy yang dah low, tengah lepak tengok gambar, hantar gambar, edit, celoteh, tiba-tiba hujan selebatnya dalam 10-20 minit lepastu tetiba benti. Sejuk takyah cakapla. Terus bersyukur gila sebab pilih kipas instead of air-cond. heheww dan bersyukur gila jugak sebab tak hujan selama kitaorang buat aktiviti kat luar :D


Last Day
Pagi menjelang je semua pack barang. Padahal lambat lagi feri datang tapi sebab pagi last so aku pun gigih bangun subuh2 tu tengok pantai. 





Malangnya tak nampak pun sunrise. Hampa ok. Balik bilik, mandi terus pegi breakfast. Sebab malas nak tangguh-tangguh lepas check barang semua dah clear terus checkout.



Alang-alang dah cantik comel mesti lah nak bergamba. Walaupunnn penat dan panas tapi acah-acah larat la. Siap panjat batu bukit nak tangkap gamba ala gangsta. Gangster taik kucing je. Hahaha






 


Sooooo sepanjang kat Redang itu lah cerita kitaorang. Naik feri nak balik tu tido lah kan apa lagi. Sampai jeti kuala terengganu kitaorang shopping kejap dann singgah rumah Hamid lagi untuk rehat. 

Kitaorang terima kasih gilee kat family Hamid. Sebab tiket bas malam so Hamid dengan baik hatinya melayan kitaorang jalan-jalan. Tak tahu nak cakap terima kasih macam mana.  :')

Jadi konklusinya, Redang best!!! I will go there again. Definitely! Sekarang bila stress je tengok balik gambar dengan video yang rakam tu terus lega sikit. Macam sekarang. Sambil tengok gambar sambil sengih sorangsorang sebab banyak sangat gambar hodoh. 😂😂😂

Sekarang nak share tips ke Pulau Redang. Walaupun banyak yang dah lupa tapi kita cuba lah yea ingat sebanyak yang mungkin.



TIPS AND AGENT's INFORMATION

- Cari pakej yang merangkumi semua benda supaya tak perlu pening banyak fikir; bilik, makan, tiket feri, snorkeling
- Check testimoni orang yang pernah menginap chalet yang akan di duduk sebab ada chalet yang tak sediakan tuala so kena prepare betul-betul
- Minimakan barang yang nak di bawa. Contoh baju mandi selama 3 hari tu bawa sehelai baju dan seluar SAHAJA. Nanti balik menangis nak pikul baju basah yang berat tu.
- Elakkan beg tarik sebab dah sampai pulau kena jalan atas pasir. Pakai bagpack.
- Elakkan memandu sendiri ke Kuala Terengganu sebab confirm akan penat dan nanti tak enjoy nak bercuti so naik bas je. But it depends. Kalau suka memandu boleh je. Tapi nanti nak kena pikir duit parking kereta 3hari.
- Cari bas malam sebelum hari booking bilik supaya tiba di jeti sebelum pukul 8pagi. Kebiasaan feri akan sampai pukul 9pagi++
- Dekat situ ada disewakan camera yang boleh dibawa ke dalam air so boleh sewa kalau tak ada GoPro atau seantaro dengannya.
- Safety jacket dengan goggle ada disewakan tapi boleh je kalau nak bawa goggle sendiri
- Last but not least berhati-hatilah kat sana. Bawa plaster dengan minyak gamat/ubat luka just in case kaki terluka kena batu karang
- Daannnnn ini dia contact number agent yang digunakan so boleh contact dia untuk package dan latest price : 

KAK TIE : 0199380943
Click for her FACEBOOK



No comments: