August 5, 2016

Flawless

Nak cerita pasal flawless.

Sesungguhnya aku sangat nerd masa sekolah. Rupa je lah nerd. Perangai mashaAllah...teruk habaq mai. Malu nak ceghita kat orang. Kulit gelap sebab dulu kekohononnya aktif. Konon je la. 😆 Lepastu dulu takde pikir pasal cantik pon. Mekap pon tak tahu apebenda.

Masuk diploma semester 3 kot, jerawat mencanak naik. Sebelum ni ada sesikit je. Ni tiba-tiba teruk. Tak tahan tengok terus mak kiterr bawak pi jumpa doktor.

Bom! Muka terus se-flawless-nya. Sampai bila panas je pipi merah ala-ala blusher giteww.. orang pun tengok suka. Bukan takat bedak muka, bedak talkum tu pon aku tak tepek kat muka.

Tapi dalam diam aku sengih orang puji aku terpikir gak, kenapa lah dah chantekk tetiba orang semua nak suka. Cuba kalau aku macam dulu, mesti diaorang tak suka.

Sekali benti jumpa doktor, ubat habis, salah tepek minyak zaitun konon nak pakai natural product terus teruk balik. Ni memang betul nikmat pinjaman kena pulang balik.

Aku sendiri sakit mata tengok muka sendiri, lagi sakit hati orang tegur macam aku ni tak  basuh muka sebab tu muka teruk.

Cakap mai apa yang aku tak penah try. Semua aku cuba. Benda tepek2 kat muka yang macam dnars, bedak tanaka, etc tu je aku tak penah pakai sebab tak berani nak tepek.

Aku boleh terima orang nak tegur lepastu bagi sumbangan idea bernas. Bukan takat tegur pastu konon bergurau acah acah gelak. Tak kelakar pon. -_- Rasa nak cubit diri sebab geram sambil mulut sengih tak ikhlas langsong kau tahu tak. Sampai satu tahap ada orang tu tego pasal muka, aku buat tak dengar sebab bukan kali pertama dia tegur. Dia paham sendiri aku malas nak layan soalan tu bila dia tanya benda lain baru aku jawab sambil senyum ikhlas.

Muka jerawat ni memang buat rasa rendah diri. Sebab tu bila orang tegur rasa nak tanggal muka ni. Sedih memang sedih. Sampai malazz nak keluar rumah tak nak jumpa orang. Orang ajak jumpa pun aku mengelak sebab kali terakhir jumpa muka tengah elok lagi. Sedih sangat. 😕

Itu lah dia luahan hati seorang aqilah. Hahah
Usaha tu aku tak putus. Masih cuba benda yang tepek kat muka dan boleh dimakan (natural product) macam yogurt, susu, kunyit, beras, soda bikarbonat etc. In shaa Allah masih cuba usaha tak putus. 😊

No comments: