April 1, 2016

Mencari sebab untuk berjumpa | Yana E-Day 270316

Plan hari Jumaat. Hari sabtu terus jalan! 
Pemandu mestilah aku. Peneman setia Day dan Shida! :)






Itu yang senangnya bila plan last minute. Tapi of course kena tahu dan kena usha tempat nak stay kalau nak bermalam. Macam kitaorang awal-awal tuan rumah bagitahu dia sediakan tempat untuk tido. Jimat ka-ching!

Dari Shah Alam bertolak pukul 4. Drive macam pelesit tapi maintain 110 sebab sedar diri takde duit nak bayar kalau kena saman. Sepanjang jalan cakap tak henti henti. Seronok sebab ada kawan waktu drive. Cakap pasal hidup, masalah, gossip. :D 
Bila susah nak jumpa, nak contact masing-masing sebok dengan hidup, waktu ni je lah semua cerita nak keluar. Seronok. :)

Pukul 8malam still tak sampai lagi. Siap tersilap masuk jalan kampung yang menakutkan kiri kanan pokok getah, pokok sawit. Ada jalan senang tapi percaya gps. Rasakann haaa... Seram tapi sebab kena fokus kat jalan so dia macam tak sedar pun la suasana kegelapan kiri kanan tu.


Pukul 9 baru sampai terus mintak keje apa nak buat. Dapat la tugasan buat tepak sireh
Google gambar contoh tepak sireh, cari paling simple sesuai dengan bahan yang ada kat depan mata dann terus mulakan misi. 

Bismillah..untuk kali pertamanya..




Setelah tekun berusaha menghias tepak sireh untuk kali pertamanya dalam hidup sambil dibantu dua pembantu yang setia akhirnyaa siapp!



Sungguh serabai hasilnya. Minta ampun kat Yana sebab hasil yang tidak memberangsangkan. Hehee


Esok paginya kumpul ramai-ramai, sambung bercerita *perempuannn takkan habis cerita*, sarapan nasi goreng mak yana yang sedappp tu *terima kasih mak yana :)*, tuan rumah dah mula make-up baru yang lain kelam kabut nak siap jugak. >.<





Bermula dari sini tatapilah gambar melambak kami.
Tangkap gambar banyak-banyak sebelum pihak lelaki datang bertandang.






Dah puas bergambar tibatiba dapat call pihak lelaki dah nak sampai pun.  
Anak daro duk dapur, yang nak di cop si teruna teruih lari masuk bilik.







Bukan kali pertama menyempit celahan orang yang berbincang hal tunang dan hal masa depan which is kawen, tapi still suka jugak nak mendengar dan menyibuk. Bukan hari-hari orang yang kita kenal lama, orang yang kita sayang lalui hari bersejarah macam ni kan. :)



Tahniah untuk hari bersejarah ini Yanaa! Moga dipercepatkan ke jinjang pelamin. Amiinnn :) Terima kasih bagi tempat tido, bagi makan kat kami. Terima kasihh sangatt! :')

Pukul 1 lebih terus kemas beg baju, siap untuk balik. 
Salam-salam, peluk cium semua sebab tak tahu bila lagi nak jumpa, start kete, zupp terus jalan. Tempuh jalan senang sikit daripada semalam, singgah tempat lama. 

Tempat penuhh dengan kenangan! 


UiTM Sri Iskandar. :)


Tempat jatuh bangun bersama, tempat sedih, menangis teriak, gaduh, merajuk, gembira, ketawa. Tempat yang menjadi saksi kejahilan diri, tempat mengenang dan muhasabah diri. Banyaklah pokoknya! 
2tahun setengah tapi setiap harinya boleh aku kata bangga pada diri sebab berjaya mengisi dengan memori. Huyoo bermadah pujangga! tak sabar nak tengok ada apa dengan cinta 2. :D

Sejujurnya melambakk lagi gambar tapi kita simpan je lah. Cukup gambar ala-ala pose asia next top model ni meloyakan tekak yang menengok. HAHAHA

Singgah situ sekejap je sebab kejar masa. 



Sampai rumah penatnyaa ya amatt.
Tapi penat penat pun yang penting kenangan. Macam lama tak cipta kenangan dengan kawan yang membentuk aku harini. Lama tak bersua penyebab kita gigihkan juga diri merantau berjam-jam. 

Rasa tak cukup! 
Bila lagi kita nak jumpa kawan?


Mampu menumpang pelamin bertunang orang.
Sebab pelamin sendiri macam dah hilang sinar-sinar dari pandangan.








No comments: