Assalamualaikum.
Sebelum terjadi apa yang jadi seminggu ni, aku dah lalui. Aku sedar diri dan aku tahu apa aku patut buat, aku jauhkan diri.
Bezanya aku tak dapat luahkan apa yang terbuku di hati sebab sakit di dalam. Dalam ni sakitnya kau sendiri pernah rasa.
Aku coret di 'diari'. Aku mengandaikan tiada yang baca sebab tiada yang ambil peduli. Kalau tujuan aku untuk meraih simpati, diari ni yang aku pilih. Diari ni.
June 7, 2016
April 1, 2016
Mencari sebab untuk berjumpa | Yana E-Day 270316
Plan hari Jumaat. Hari sabtu terus jalan!
Pemandu mestilah aku. Peneman setia Day dan Shida! :)
Pemandu mestilah aku. Peneman setia Day dan Shida! :)
Itu yang senangnya bila plan last minute. Tapi of course kena tahu dan kena usha tempat nak stay kalau nak bermalam. Macam kitaorang awal-awal tuan rumah bagitahu dia sediakan tempat untuk tido. Jimat ka-ching!
Dari Shah Alam bertolak pukul 4. Drive macam pelesit tapi maintain 110 sebab sedar diri takde duit nak bayar kalau kena saman. Sepanjang jalan cakap tak henti henti. Seronok sebab ada kawan waktu drive. Cakap pasal hidup, masalah, gossip. :D
Bila susah nak jumpa, nak contact masing-masing sebok dengan hidup, waktu ni je lah semua cerita nak keluar. Seronok. :)
Pukul 8malam still tak sampai lagi. Siap tersilap masuk jalan kampung yang menakutkan kiri kanan pokok getah, pokok sawit. Ada jalan senang tapi percaya gps. Rasakann haaa... Seram tapi sebab kena fokus kat jalan so dia macam tak sedar pun la suasana kegelapan kiri kanan tu.
Pukul 9 baru sampai terus mintak keje apa nak buat. Dapat la tugasan buat tepak sireh.
Google gambar contoh tepak sireh, cari paling simple sesuai dengan bahan yang ada kat depan mata dann terus mulakan misi.
Bismillah..untuk kali pertamanya..
Esok paginya kumpul ramai-ramai, sambung bercerita *perempuannn takkan habis cerita*, sarapan nasi goreng mak yana yang sedappp tu *terima kasih mak yana :)*, tuan rumah dah mula make-up baru yang lain kelam kabut nak siap jugak. >.<
Dah puas bergambar tibatiba dapat call pihak lelaki dah nak sampai pun.
Anak daro duk dapur, yang nak di cop si teruna teruih lari masuk bilik.
Dari Shah Alam bertolak pukul 4. Drive macam pelesit tapi maintain 110 sebab sedar diri takde duit nak bayar kalau kena saman. Sepanjang jalan cakap tak henti henti. Seronok sebab ada kawan waktu drive. Cakap pasal hidup, masalah, gossip. :D
Bila susah nak jumpa, nak contact masing-masing sebok dengan hidup, waktu ni je lah semua cerita nak keluar. Seronok. :)
Pukul 8malam still tak sampai lagi. Siap tersilap masuk jalan kampung yang menakutkan kiri kanan pokok getah, pokok sawit. Ada jalan senang tapi percaya gps. Rasakann haaa... Seram tapi sebab kena fokus kat jalan so dia macam tak sedar pun la suasana kegelapan kiri kanan tu.
Pukul 9 baru sampai terus mintak keje apa nak buat. Dapat la tugasan buat tepak sireh.
Google gambar contoh tepak sireh, cari paling simple sesuai dengan bahan yang ada kat depan mata dann terus mulakan misi.
Bismillah..untuk kali pertamanya..
Setelah tekun berusaha menghias tepak sireh untuk kali pertamanya dalam hidup sambil dibantu dua pembantu yang setia akhirnyaa siapp!
Sungguh serabai hasilnya. Minta ampun kat Yana sebab hasil yang tidak memberangsangkan. Hehee
Bermula dari sini tatapilah gambar melambak kami.
Tangkap gambar banyak-banyak sebelum pihak lelaki datang bertandang.
Dah puas bergambar tibatiba dapat call pihak lelaki dah nak sampai pun.
Anak daro duk dapur, yang nak di cop si teruna teruih lari masuk bilik.
Bukan kali pertama menyempit celahan orang yang berbincang hal tunang dan hal masa depan which is kawen, tapi still suka jugak nak mendengar dan menyibuk. Bukan hari-hari orang yang kita kenal lama, orang yang kita sayang lalui hari bersejarah macam ni kan. :)
Tahniah untuk hari bersejarah ini Yanaa! Moga dipercepatkan ke jinjang pelamin. Amiinnn :) Terima kasih bagi tempat tido, bagi makan kat kami. Terima kasihh sangatt! :')
Pukul 1 lebih terus kemas beg baju, siap untuk balik.
Salam-salam, peluk cium semua sebab tak tahu bila lagi nak jumpa, start kete, zupp terus jalan. Tempuh jalan senang sikit daripada semalam, singgah tempat lama.
Tempat penuhh dengan kenangan!
![]() |
| UiTM Sri Iskandar. :) |
Tempat jatuh bangun bersama, tempat sedih, menangis teriak, gaduh, merajuk, gembira, ketawa. Tempat yang menjadi saksi kejahilan diri, tempat mengenang dan muhasabah diri. Banyaklah pokoknya!
2tahun setengah tapi setiap harinya boleh aku kata bangga pada diri sebab berjaya mengisi dengan memori. Huyoo bermadah pujangga! tak sabar nak tengok ada apa dengan cinta 2. :D
Sejujurnya melambakk lagi gambar tapi kita simpan je lah. Cukup gambar ala-ala pose asia next top model ni meloyakan tekak yang menengok. HAHAHA
Singgah situ sekejap je sebab kejar masa.
Sampai rumah penatnyaa ya amatt.
Tapi penat penat pun yang penting kenangan. Macam lama tak cipta kenangan dengan kawan yang membentuk aku harini. Lama tak bersua penyebab kita gigihkan juga diri merantau berjam-jam.
Rasa tak cukup!
Bila lagi kita nak jumpa kawan?
![]() |
| Mampu menumpang pelamin bertunang orang. Sebab pelamin sendiri macam dah hilang sinar-sinar dari pandangan. |
March 24, 2016
Banyak fikir dan menyusahkan.
Aku stress, banyak fikir. Nampak je tenang macam bodo bodo je tak buat pa pe. Tapi dalam kepala ni ligat tengah berfikir.
Semua yang dirancang tak menjadi. Apatah lagi angan-angan tak bergerak. Disebabkan itu aku pun terdiam berfikir apa patut aku buat.
Awalnya memang gembira, Tapi lama-lama aku rasa kena pijak. Aku pun bertukar bengis dan berfikir apa salah aku terbuat.
Paling lemah aku tersasar memikir. Terlalu mengundur ke belakang terlupa tu semua kenangan. Mesti wajib sedih wajib terdiam. Kenapalah bodoh terlalu mengikut kata orang. Bodoh diri sendiri yang terlalu ikut perasaan.
Sesungguhnya aku memang menyusahkan diri orangnya. Complicated. Aku terlalu banyak berfikir. Terlalu banyak buat kesimpulan. Padahal yang pentingnya satu tu. Nikmat waktu sekecil nikmat. Waktu ketika disayangi orang.
Bila semua terlambat, cuma mampu menikmati semua tu dalam kenangan.
. . . .
Salah aku mementingkan diri. Padahal dah diberitahu tapi nak juga ke inginan di penuhi. Sebab tu la lain kali jangan fikir benda yang tak elok. Fikir gembira terlebih ni confirm nangis hah jadi lah dia. Sendiri buat, bila kesannya pada diri menangis. Padan lah muka. Dah la aku tak tahu nak buat apa. Banyak kali fikir benda tak bik sebab rasa putus asa nak melayan emosi teruk diri sendiri tapi tu lah
February 4, 2016
Ikan Kembung Masak Asam
Selalu masak suka cari online lepastu gabungkan bahan dengan resepi yang berbeza. Bila masak menjadi, siap puji diri sendiri, tap on my back. Haha *gelak tak ikhlas sebab puji diri sendiri*
Lepastu waktu yang lainnya cuba ingat balik dah tak ingat. Pernah salin letak kat buku, hilang entah mana. Simpan dalam phone, terpadam sebab berzaman sangat. Hehe
Resepi yang paling bertahan, of course la yang simpan dalam blog ni.
Salah satu punca jugak kenapa suka simpan gambar dalam facebook dengan myspace dulu sebab ni jugak. Senang nak trace balik . Macam gambar hari raya.
So, enuff dengan bebelan. Ini dia resepi kita!
Ikan Kembung Masak Asam
Si watak utama, 3 ekor ikan kembung - Boleh digoreng dahulu dengan kunyit dan garam kalau mahu (optional)
2 biji bawang merah besar - dipotong bulat
6 biji cili api - dibelah tanpa putus
1 biji tomato - dipotong
1 batang serai - diketuk
3 ulas bawang putih - dimayang
1 cm halia - dimayang
2 sudu besar asam jawa adabi
2 1/2 cawan air
garam secukup rasa
gula secubit untuk imbangkan rasa
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yg dimayang, setengah bawang merah tadi dan serai hingga harum.
2. Masukkan air asam masak hingga didih. Perasakan garam dan gula.
3. Kemudian masukkan cili api dan baki setengah bawang besar.
4. Untuk ikan yang digoreng : Masukkan tomato dan ikan kembung biar seketika hingga kuah menyerap dan sedia dihidang.
Untuk ikan tak digoreng : Masukkan ikan sehingga ikan masak dalam 20minit kemudian tomato. Kecilkan api dan biarkan selama 20minit.
Lepastu waktu yang lainnya cuba ingat balik dah tak ingat. Pernah salin letak kat buku, hilang entah mana. Simpan dalam phone, terpadam sebab berzaman sangat. Hehe
Resepi yang paling bertahan, of course la yang simpan dalam blog ni.
Salah satu punca jugak kenapa suka simpan gambar dalam facebook dengan myspace dulu sebab ni jugak. Senang nak trace balik . Macam gambar hari raya.
So, enuff dengan bebelan. Ini dia resepi kita!
Gambar sumber dari azlitamasammanis.com
Ikan Kembung Masak Asam
Si watak utama, 3 ekor ikan kembung - Boleh digoreng dahulu dengan kunyit dan garam kalau mahu (optional)
2 biji bawang merah besar - dipotong bulat
6 biji cili api - dibelah tanpa putus
1 biji tomato - dipotong
1 batang serai - diketuk
3 ulas bawang putih - dimayang
1 cm halia - dimayang
2 sudu besar asam jawa adabi
2 1/2 cawan air
garam secukup rasa
gula secubit untuk imbangkan rasa
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yg dimayang, setengah bawang merah tadi dan serai hingga harum.
2. Masukkan air asam masak hingga didih. Perasakan garam dan gula.
3. Kemudian masukkan cili api dan baki setengah bawang besar.
4. Untuk ikan yang digoreng : Masukkan tomato dan ikan kembung biar seketika hingga kuah menyerap dan sedia dihidang.
Untuk ikan tak digoreng : Masukkan ikan sehingga ikan masak dalam 20minit kemudian tomato. Kecilkan api dan biarkan selama 20minit.
January 22, 2016
Jadi Baik.
What happened
with my life recently? Let see... Banyak. Banyak sangatt. The result of it
is this Aqilah jadi lone ranger balik. And just in a blink of your eyes, my
eyes, abu will become lone ranger too. In coming. Sabar sabar.. -_- I’m being
sarcastic here.
Aku juga
mendapati aku ada bakat menjadi pelakon. HAAAAHAAAA ignore this.
Dan apa yang
jadi this recenlty ada kena mengena dengan jadi baik.
Jadi baik
adalah goal aku dari dulu dan goal sekarang nak kekalkan. Sebab percaya orang
berbuat baik akan dibalas baik. Kecuali atas jalan raya kalau ada yang pandu
kereta macam tak pass lesen L, terpaksa aku gagahkan tangan menekan hon. I just
kenot. Belajar dari Hana. Tapi kalau aku kena hon, aku lah tu salah. Nampak tak
tu. Faham memahami.
So baik.
Kalau orang baik, aku baik. Kalau orang pura-pura baik aku pun pura-pura baik.
Awak ingat awak sorang je ke boleh pura-pura lepastu pijak kepala orang baik.
No way.
Aku mengalami
peristiwa orang berpura-pura baik tapi senyap-senyap aku kena tikam. Dah kantoi
pun boleh pura-pura lagi lepastu buat muka tak bersalah. Salah aku ke percaya
dan ber-husnudzon ni? Tak kan? *TAKKKK* hahaha
Pengalaman hidup. Mahal
pengalaman ni.
Sekarang aku
masih terpaksa berdepan dan melemparkan senyum nak tak nak kat orang tu demi
masa depan aku, cuba menjadi professional dan sebab aku tak reti nak marah
dengan orang yang berpegang teguh dengan kepercayan, aku-je-yang-betul-orang-lain-salah-aku-god.
Kalau lah aku boleh kenalkan dia ni kat semuaorang, people might not believe
me. Ramai yang kenal dia tanya apa masalah sebenarnya, so cerita la sikit-sikit.
Reaksi sama je, “ehh..nampak baik je.”, aku reply “kann kann kannnnnnnn”
So manusia kita tak boleh ukur dari luaran dia. Seriously hakak nasihatkan ni. Kita selalu dengar orang cakap macam tu. kekdang ingat. kekadang tak. bila jumpa orang NAMPAK baik, kita pun okay. Bila dah terkena kat batang hidung sendiri. Extra beringat.
And now, I
can’t wait to go home! In shaa Allah ada lagi aku post. Kot. HAHA
Terima kasih
sudi baca keluh resah hati ini. Ecehh serious ni. Terima kasih J toddles!
January 12, 2016
Post pertama tahun 2016
Masuk 2016 dah rasa macam tak adil kalau
tak mencoret sebab dah lah berzaman tak update.
Banyak nak cerita ni. Rasa tamak pun
ada. Lepas tu ending-nya kita simpan je semua cerita tu sebab biarlah rahasia.
HAHA kedekut.
Nak tahu boleh tanya sendiri what.
Sambil kita duduk melepak, mengopi,
kita cerita sok sek sok sek. Menjemah sikittt. Cerita serious lepastu gelak
sakan.
Ah! Lama tak macam tu. Anak dara
pemalas nak keluar rumah, malas nak melepak memang macam ni kan.
Lepas ni dah tak dapat nikmat duduk
sendiri.Sebenarnya duduk membujang pun malas ya ampun nak keluar rumah. Rela
duduk bilik marathon cerita korea, Retun of Superman, takpun marathon movie mat
sallehhh.
Bila cuti sabtu ahad, buat keje dan
tugasan sebagai anak sulung iaitu melipat kain 2, 3 bakul sambil tukar-tukar channel. Bila tv tu kena kacau
rasa nak ngamuk. Merajuk naik atas tinggalkan kain tak lipat bergunung depan
tv. Tapi bila dapat sambil tengok tv, sambil lipat kain gaya macam mamak
menebar roti canai. Miahahahahh melampau betul gambaran tu.
Kat kepala ni. Banyak simpan harapan.
Cita-cita ada la jugak banyak. Tak tahu nak langsai bila. Itulah sadisnya jadi
orang pengecut nak mengorak langkah ke cita-cita sendiri. Takut nak cabar diri
sendiri. Tapi in shaa Allah akan ada something that will trigger myself to be
brave and pursue my dream. Cewah cewahh
Ni post pertama 2016 so harapan untuk
tahun 2016 ni semoga muka kekal babyface dengan itu berjayalah mengelak diri daripada
soalan “bila nak kahwin?”
Ada jodoh ada lah kita kan bae.
Ada jodoh ada lah kita kan bae.
Seru jodoh sampai menutup mata.
HAHAHA nak gelak pegang perut sebab
aku sendiri tak kenal siapa bae aku tu. HAHAHA
perasan.
May 8, 2015
Serius tak sedar.
Marah. Yea cik Aqilah ni dengan perkataan ‘MARAH’ memang tak
boleh dipisahkan. Nak cerita…
Waktu sekolah menengah dekat rumah jenis baran cepat naik
angin satu badan. Marah bukan marah biasa. Marah mengamuk. Adik jadi mangsa. Dah tahu kakak diaorang ni macam
harimau kelaparan, lagi suka buat masalah. Budak-budak kan. Adik siapa kann. -_-
Pernah dekat kampung
diaorang boleh test pakai contact lens cik peah ni punya. Bedebomm,
mengamuk satu Batu Pahat dengar. Padan muka. HAHA
Biasa sangat dengan tabiat ni sampai tak sedar pun aku ni
cepat naik angin dengan kawan terbawa-bawa kat sekolah. Serius cakap, aku tak sedar.
Macam
penyakit, lama-lama makan diri.
Alhamdulillah diri ni dikurniakan kawan yang satu-satunya
berani tapi takut-takut nak tegur perangai tak senonoh tu. Berani tapi takut-takut?
Dia bagi surat. HAHA soo sweet muwit peewiittt lah. Bila baca memang terkejut.
Nampak sangat tak sedar diri. Rasa nak ketuk kepala sendiri.
Nasihat yang seeloknya, nasihat tanpa memalukan.
Berkesan
dari nasihat bersulam perlian dan terang-terangan.
Lepas tu selalu beringat. Rasa nak marah je, diam.
Tak suka sesuatu je diam. Tu lah yang jadi pulak penyakit lain. Penyakit
suka berahsia. Sebab kita dah tahu, siapa suka orang yang tak habis nak marah.
Selalu beringat dan beringat. Marah tu syaitan suka.
Lama-lama dekat rumah pun jadi kurang marah. Sampailah masuk zaman diploma
terus kurangg. Masa degree langsung tak marah sampai classmates pernah request
nak tengok aku marah. Peh! Memintak pulak. Memang tak mampulah nak bagi.
Pernah marah sekali waktu diploma sebab tak tahan kena bahan.
Panas naik sampai kepala. Berasap je telinga. Bahan sesikit, bergurau-gurau tu
faham. Bila tak henti kena cubit-cubit hati ni terus meletus terobek. Maaf nenek Day.
Kau bahan pada waktu yang tak sepatutnya. HAHAHA okay serius nak minta maaf.
Kepada kawan yang bagi surat tu terima kasihh sangat! Tak
pernah rasanya ucap. Bersyukur ada kau sebagai kawan. Kawan yang banyak hikmah.
Sekarang marah jenis mengamuk boleh kira setahun tu dengan sebelah tangan je. Tak
suka pun sebenarnya.
Sikap kita ni kena jaga. Sedar diri.
Tanpa sedar, boleh
mempengaruhi yang memerhati.
Nah sajak tentang marah.
Marah sumpah seranah,
tanda hati mati.
Sekian.
Yea pendek
je.
Nak lebih, panjangkan langkah.
Mari bersua.
Kbye.
Tak banyak marah dah sebab dah tua.
Sebenarnya.
Bye lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kesedihan tertangguh sesaat
Banyak kali nak karang tapi mesti tak terkarang pun. Tahu tahu dah 2026. Tahu tahu dah puasa and dah nak raya. No one can fit our shoes sel...
-
Dah lama gilee tak update. duk terperap kat rumah langsung tak memberikan aku idea nak tulis ape ape. lagi lagi dengan serabutnya fikiran a...
-
I'm free today. No classes. Done with assignment. I got wifi coverage. What else for me to do if it is not online from day to night o...
-
semalam is kind of disaster gak. i was in bathroom untuk mencuci baju. duduk kolej en. basoh la baju sendiri. sadis sadis.. tapi bila pandan...















