Dunia kita, dunia kita. Dunia orang lain jangan diharukan.
Terfikir balik kenapa bodohnya dulu.
Harap harap sekarang lebih bijak dan tak buat diri akan datang persoal,
"kenapa bodoh jugak dulu waktu dah sedar diri dulu yang dulu tu bodoh?"
Waktu keluar dengan Atie hari Rabu 2 minggu lepas memang tak banyak pun yang terluah. Banyak senyum sebab bertahun tak jumpa.
Sambil menunggu tu order Kimbap dengan Myeongdong Topokki dekat Myeongdong Topokki Restaurant yang aku baru discover tahun ni. Not bad la for the taste. Aku selalu order yang ringan je. Tengah tunggu baru Atie sampai. Peluk cium bagai lepastu suruh dia tunggu jap sebab aku nak beli air dekat TeaLive HAHAHA teruk! kawan baru sampai terus suruh tunggu sebab aku tak dapat Korean Milk Tea yang sedap kat situ.
Sambil makan sambil borak. Aku boleh kira guna jari tangan sebelah je berapa manusia yang aku jumpa untuk bersosial. Punya la jenis susah nak jumpa kawan sebab cuti aku sekali je weekend. Minggu lain semua on weekdays.
Atie ada bagi nasihat. Macam faham apa yang tengah berperang dalam kepala ni sampai nak botak rasa. Tak tipu memang rambut gugur teruk. Mungkin sebab syampu tapi nak gak salahkan isu personal. :P Tenang hati sat bila dengaq dia ceramah. Sat ja la. Lepastu pikir balik. But at least hati berbunga dapat jumpa bestfriend lama. :)
Sejenis yang tak reti keep in touch dengan kawan macam aku ni bersyukur dapat kawan macam dia sebab tak lokek langsung nak call kadang bila ada masa.
Terima kasih Atie for your time! Love teruks dengan kawan zaman diploma sorang ni :*
Panjang nak cerita dan mengarut. Eh mengarut tak kot sebab tak cukup masa nak begitu.
Khamis lepas Cik Shida dan Cik Hidayah *tekankan CIK tu sebab kami je yang masih single :P* telah tidur satu malam di rumah saya. Ingat lepas jamu dinner bolehlah terus tarik selimut, rupanya diaorang bawak hadiah gedabak diaorang untuk dibalut. Hahaha besar ok. ambil masa kejap untuk balut.
Esoknya pergi Perak ikut jalan belakang, tak ikut highway. Singgah BhP Kuala Selangor nak isi minyak sekali tukar driver sebab Shida lagi tahu jalan belakang. Aku pulak nak kena jahit lace siapkan baju bridesmaid deme yang baru dapat. Hidayah yeaa tugas dia jaga barang belakang je supaya tak dibawa angin keluar tingkap yang tertutup. *tak fahamkan? jangan faham XD*
Okay nak cerita pasal baju. Pengantin pos kain untuk masing-masing buat baju ikut sukahati. Baju bridesmaid aku siap sebulan sebelum majlis. Tapi disebabkan baju tu terlalu cantik, aku cari kain lain untuk buat baju lain. 😄 Serious tak tipu. Cantik dan meriahhhhh weh. Aku puji tailor tu sebab tu baju kedua yang aku buat dengan dia.
Tapi cantik cantik sangatt pun, nak ganti pengantin duduk atas pelamin ke camner. Duduk atas pelamin ada pasangan takpe gak. Ni takde pon! HAHAHAaaa... so aku buat baju lain je.
Tu cerita baju pertama. Cerita baju kedua, tailor Cik Hidayah tutup kedai. Dengar cerita tailor lari balik kampung dia kat India. Okay. Gile tak gile. Gigih pergi beli kain lain dan cari tailor yang boleh jahitkan baju 1 malam. Lusa dah nak pergi Perak. Cik Shida pun mencari jugak kat PKNS tapi sungguh aku tak sangka ada gak kain sama warna dan sebijik. Tapi sebab tailor yang datang dekat aku untuk ambil kain buat baju tu so takkan nak cancel kan.
Sambung balik cerita perjalanan. Aku rasa kereta yang selisih dengan kitaorang sengih je nampak aku menjahit dalam kereta. First time weh. Terdesak punya pasal, pening pun tak rasa bila jahit dalam kereta tu.
Perjalanan ambil masa dalam 4 jam macam tu. Sampai Perak, kebulur terus singgah makan. Rasa bertuah terjumpa kedai nasi ayam yang superbb! Restauran Nasi Ayam Junid. Kedai makan nampak biasa je. Tapi bila sampai tu ada la sorang pakcik tu tapau nasi ayam tu berbungkus-bungkus. Sedap lah ni. Tiba lunch hour ramai gak yang beratus nak order. Bila order sampai and rasa sos ayam dia tu berkenan gile aku! Rasa nak tapau tapi nanti tak muat pulak baju pink meletups kita tu. hiks
Sampai je rumah Cik Liyana, masuk bilik, rehat-rehat kejap lepastu terus kerjakan photobooth. Bab ni aku sebenarnya terkilan. Kenapa laaa aku tak bawak je barang-barang aku untuk meriahkan lagi photobooth tu.
Hari nikah Cik Liyana!
Pagi-pagi terus bersiap, makeup shantek shantekk, dann terus pergi Masjid tempat nikah. Tapi sebab ada ceramah kat situ, contact tok kadi dan terus tukar venue. Bila tukar venue, saksi pulak tak sampai sampai. Sambil tunggu tu tiba-tiba tok kadi terus buat akad. Ingatkan rehearsal je. Rupanya dah sah pon jadi bini orang kawan aku ni! Dah Puan Liyana pun. >.< sebak weh. sebak.
Bila jumpa kawan kawan ni selalu tak sedar diri kita ni bukan budak lagi. Umur dah 25 tahun. Bila kawan dah maju selangkah jadi macam tak percaya.
Habis photoshoot lepas batalkan air sembahyang terus bergegas balik rumah tukar baju, bersiap untuk sanding pulak.
Okay aku nak comment sikit. Aku tak rasa photographer tu dapat gambar cantik masa kat video ni sebab bunga tangan Liyana tutup muka dia. He can actually ask Yana to the pose *salam* again tapi bunga pegang tangan kanan. Tu laa qila weh. Orang suruh belajar amek kursus fotografi takmo. Pastu sibuk nak komen. Sebab aku tend to see people's fault bila bab bergmbar ni. Heww Untuk gambar ni je la. Gambar photoshoot outdoor dah jeling sikit dan santekkk okengggg
Tengok la gaya atas pelamin tu. Entah bila nak merasa dewasa bila sentiasa terasa macam budak-budak sekolah menengah. =.=
Siap sanding, pergi photoshoot outdoor. Bagi ruang pengantin tangkap gambar, kita layan kita kita je. Seronok buat outdoor sampai basah berpasir kena air laut lah cerita dia demi gambar kahwin. hahaha ;D
Malam tu tengah layan gambar yang tangkap siang tu terdengar bunyi orang cuci periuk. Dalam hati dah terfikir pengantin tu mesti pergi dating keluar makan. Al maklumlah pengantin mana sempat makan banyak siang tu. Rupanya diaorang yang tengah cuci periuk belanga. XD terus panggil Cik Hidayah sekali turun kerjakan apa-apa yang patut.
Pagi esoknya semua tak nak bangun awal. Berselubung dengan selimut. Rumah kampung weh. Dugaan sangat nak bangun awal. Tetapi yeaa..sebagai early bird, acecehh aku bangun awal cari Liyana. Kereta tak ada, yang lain tengah tido lagi ok bosan. Dari duduk melangut, eloklah cari keje sebelum bertolak pergi wedding Ainy lepastu terus balik Selangor.
Tak lama tu Puan Liyana kita balik rupanya cari roti canai dengan nasi lemak. Allahuu..seronok eh jadi tetamu rumah pengantin ni. Dah kenyang siap-siap pulak pergi Meru Heights.
Ainy nampak cantikkk sangat! Entah berapa tahun tak jumpa. Selalu contact through whatsapp je memasing. Sampai-sampai je terus cari Ainy. Tak menyempat orang tu nak siap make up, nak jugak masuk bilik orang tu, nak jugak jumpa.
Sempat jugalah sambil duduk kat tepi pintu dengan si dara yang lain tengok Ainy sanding tu terasa sedih sikit. Pandang Shida, pandang Hidayah. Tetiba Shida bersuara, "Sedihnya weh. Bila kita nak kahwin?" :'(
Ni bertiga tau. Bukan sorang. Ada gak geng at least. Lawak pulak rasa.
Dah sampai Perak memang ramai la jumpa kawan-kawan diploma. Yang dah kahwin, dah anak sorang, yang dulu melidi kini tetap melidi, yang dulu berisi kini slim melim. Yang pasti dulu muka sapu bedak baby je sekarang eye shadow pink, pipi merah. Aku la tu kot eh? HAH!
Gitulah yeaa cerita tentang balik Perak. Nak di ikutkan memang tak puas sebenarnya. Tak sempat bosan lagi nak tengok muka diaorang. Rasa macam banyak benda nak bercerita tapi apakan daya. Motif ke sana memang untuk hadirkan diri. Nak tengok dengan mata kepala sendiri majlis kawan kita. Kawan dah la tak ramai. Ada berapa orang je. And at least balik Perak ni membantu juga aku dari segala segi. Emosi, kesedaran diri *tak sedar dah dewasa*, jiwa karat, muka kurang ketat, eh memacamlahh.
Akhir perenggan, terima kasih dekat tuan rumah yang menerima diri ini untuk bermalam kat sana. Tetiba tak sabar pulak nak ke sana lagi untuk tengok orang pakai stokin, calit herba kat dahi dengan rambut ikat siput tinggi. Wakakakakaa >.<
Plan hari Jumaat. Hari sabtu terus jalan! Pemandu mestilah aku. Peneman setia Day dan Shida! :)
Itu yang senangnya bila plan last minute. Tapi of course kena tahu dan kena usha tempat nak stay kalau nak bermalam. Macam kitaorang awal-awal tuan rumah bagitahu dia sediakan tempat untuk tido. Jimat ka-ching! Dari Shah Alam bertolak pukul 4. Drive macam pelesit tapi maintain 110 sebab sedar diri takde duit nak bayar kalau kena saman. Sepanjang jalan cakap tak henti henti. Seronok sebab ada kawan waktu drive. Cakap pasal hidup, masalah, gossip. :D Bila susah nak jumpa, nak contact masing-masing sebok dengan hidup, waktu ni je lah semua cerita nak keluar. Seronok. :) Pukul 8malam still tak sampai lagi. Siap tersilap masuk jalan kampung yang menakutkan kiri kanan pokok getah, pokok sawit. Ada jalan senang tapi percaya gps. Rasakann haaa... Seram tapi sebab kena fokus kat jalan so dia macam tak sedar pun la suasana kegelapan kiri kanan tu. Pukul 9 baru sampai terus mintak keje apa nak buat. Dapat la tugasan buat tepak sireh. Google gambar contoh tepak sireh, cari paling simple sesuai dengan bahan yang ada kat depan mata dann terus mulakan misi. Bismillah..untuk kali pertamanya..
Setelah tekun berusaha menghias tepak sireh untuk kali pertamanya dalam hidup sambil dibantu dua pembantu yang setia akhirnyaa siapp!
Sungguh serabai hasilnya. Minta ampun kat Yana sebab hasil yang tidak memberangsangkan. Hehee
Esok paginya kumpul ramai-ramai, sambung bercerita *perempuannn takkan habis cerita*, sarapan nasi goreng mak yana yang sedappp tu *terima kasih mak yana :)*, tuan rumah dah mula make-up baru yang lain kelam kabut nak siap jugak. >.<
Bermula dari sini tatapilah gambar melambak kami.
Tangkap gambar banyak-banyak sebelum pihak lelaki datang bertandang.
Dah puas bergambar tibatiba dapat call pihak lelaki dah nak sampai pun. Anak daro duk dapur, yang nak di cop si teruna teruih lari masuk bilik.
Bukan kali pertama menyempit celahan orang yang berbincang hal tunang dan hal masa depan which is kawen, tapi still suka jugak nak mendengar dan menyibuk. Bukan hari-hari orang yang kita kenal lama, orang yang kita sayang lalui hari bersejarah macam ni kan. :)
Tahniah untuk hari bersejarah ini Yanaa! Moga dipercepatkan ke jinjang pelamin. Amiinnn :) Terima kasih bagi tempat tido, bagi makan kat kami. Terima kasihh sangatt! :')
Pukul 1 lebih terus kemas beg baju, siap untuk balik.
Salam-salam, peluk cium semua sebab tak tahu bila lagi nak jumpa, start kete, zupp terus jalan. Tempuh jalan senang sikit daripada semalam, singgah tempat lama.
Tempat penuhh dengan kenangan!
UiTM Sri Iskandar. :)
Tempat jatuh bangun bersama, tempat sedih, menangis teriak, gaduh, merajuk, gembira, ketawa. Tempat yang menjadi saksi kejahilan diri, tempat mengenang dan muhasabah diri. Banyaklah pokoknya!
2tahun setengah tapi setiap harinya boleh aku kata bangga pada diri sebab berjaya mengisi dengan memori. Huyoo bermadah pujangga! tak sabar nak tengok ada apa dengan cinta 2. :D
Sejujurnya melambakk lagi gambar tapi kita simpan je lah. Cukup gambar ala-ala pose asia next top model ni meloyakan tekak yang menengok. HAHAHA
Singgah situ sekejap je sebab kejar masa.
Sampai rumah penatnyaa ya amatt.
Tapi penat penat pun yang penting kenangan. Macam lama tak cipta kenangan dengan kawan yang membentuk aku harini. Lama tak bersua penyebab kita gigihkan juga diri merantau berjam-jam.
Rasa tak cukup!
Bila lagi kita nak jumpa kawan?
Mampu menumpang pelamin bertunang orang.
Sebab pelamin sendiri macam dah hilang sinar-sinar dari pandangan.
Marah. Yea cik Aqilah ni dengan perkataan ‘MARAH’ memang tak
boleh dipisahkan. Nak cerita…
Waktu sekolah menengah dekat rumah jenis baran cepat naik
angin satu badan. Marah bukan marah biasa. Marah mengamuk. Adik jadi mangsa. Dah tahu kakak diaorang ni macam
harimau kelaparan, lagi suka buat masalah. Budak-budak kan. Adik siapa kann. -_-
Pernah dekat kampung
diaorang boleh test pakai contact lens cik peah ni punya. Bedebomm,
mengamuk satu Batu Pahat dengar. Padan muka. HAHA
Biasa sangat dengan tabiat ni sampai tak sedar pun aku ni
cepat naik angin dengan kawan terbawa-bawa kat sekolah. Serius cakap, aku tak sedar.
Macam
penyakit, lama-lama makan diri.
Alhamdulillah diri ni dikurniakan kawan yang satu-satunya
berani tapi takut-takut nak tegur perangai tak senonoh tu. Berani tapi takut-takut?
Dia bagi surat. HAHA soo sweet muwit peewiittt lah. Bila baca memang terkejut.
Nampak sangat tak sedar diri. Rasa nak ketuk kepala sendiri.
Nasihat yang seeloknya, nasihat tanpa memalukan.
Berkesan
dari nasihat bersulam perlian dan terang-terangan.
Lepas tu selalu beringat. Rasa nak marah je, diam.
Tak suka sesuatu je diam. Tu lah yang jadi pulak penyakit lain. Penyakit
suka berahsia. Sebab kita dah tahu, siapa suka orang yang tak habis nak marah.
Selalu beringat dan beringat. Marah tu syaitan suka.
Lama-lama dekat rumah pun jadi kurang marah. Sampailah masuk zaman diploma
terus kurangg. Masa degree langsung tak marah sampai classmates pernah request
nak tengok aku marah. Peh! Memintak pulak. Memang tak mampulah nak bagi.
Pernah marah sekali waktu diploma sebab tak tahan kena bahan.
Panas naik sampai kepala. Berasap je telinga. Bahan sesikit, bergurau-gurau tu
faham. Bila tak henti kena cubit-cubit hati ni terus meletus terobek. Maaf nenek Day.
Kau bahan pada waktu yang tak sepatutnya. HAHAHAokay serius nak minta maaf.
Kepada kawan yang bagi surat tu terima kasihh sangat! Tak
pernah rasanya ucap. Bersyukur ada kau sebagai kawan. Kawan yang banyak hikmah.
Sekarang marah jenis mengamuk boleh kira setahun tu dengan sebelah tangan je. Tak
suka pun sebenarnya.
well not really jyeahhuu, since I'm pretty sure my grade number will be go down down downnn. Sebelum exam confident level tinggi seteng, lepas exam jatuh paras buku lali. Style degree memang macam tu. Benda dah lalu, dah jadi. Usaha sudah buat, musibah datang tapi cool watlek watpeace. Hikmah nak tunggu duapuluh9 januari nanti ada appointment dengan dentist. Kita tengok apa jadi. Hahaha serious tak sabar but I will miss this 'spin' on my tooth.
Apa 'spin'? Apa dentist? Apa? Apa?
Next time insha Allah with the final result I'll post on my blog.
Here.
Reunion!
3belas januari 2ribu4belas tarikh yang aku tak tunggu langsung. hahaha pengakuan. memang tak ada niat nak join gathering reunion kawan kawan diploma sri iskandar. Bila dapat tahu geng tapah turun ada tergerak nak join tapi sebab tengah pertengahan exam, malas setebal lemak dalam badan. Yea aku gemuk tak pernah kurus. Tapi mengalah pergi jugak. Tak menyesal! :D Walaupun banyak mendengar orang berbual daripada aku yang bercakap sebab segan dengan gigi sendiri. :P
Mula mula sekerat dua je yang datang. Lama lama dah macam gather apa dah. Kedai akan tu pun tak book sebab tak pasti siapa yang datang. Datang je terus cakap nak book untuk 10 orang. Sekali hamekk nak dekat 30 orang.
credit to farra
credit to nad
Gembira. Sekali 3 tahun. Nak buat lagi kita invite seramai yang boleh. Walaupun tak di invite doesn't mean you are not allowed to join. Kita ramai kadang terlepas pandang.
Okay. Post berhenti sampai sini. Insha Allah jumpa lagi !