Showing posts with label kawanakukahwin. Show all posts
Showing posts with label kawanakukahwin. Show all posts

February 10, 2021

Tunang Di Hari Raya

Ni cerita lama tapi baru nak post hahaha bukan mudah okay nak mengarang panjang dengan harapan orang yang baca akan tertidur membacanya. Jom start bedtime stories ni.


Dalam geng rapat berlima masa diploma kat Sri Iskandar, Ainy dengan Yana orang yang paling awal tamatkan zaman bujang. Sini post hari bahagia diaorang --> link

Dah lah tarikh kenduri kahwin sama diaorang dua ni. Sekarang pun dedua dah ada anak 2 orang. Tak reti reti kann nak tunggu kita hahahah



So lepas 2 orang tu dah kahwin, tinggal Shida, aku dengan Day je single mingle. Masa tu la.


The only gambar yang cukup cukup kitaorang berlima.
Tak terkurang, tak terlebih




Raya tahun 2018 upload gambar dan caption dekat ig pergi beraya rumah Shida, padahal pergi 
Majlis Tunang Shida.


Alaa tersipu sipu maluu




Shida bertunang dengan jejaka pilihan (gittuu gelaran kita bagi). Simple je majlis Shida. Pelamin tak ada, tapi datang datang je dia mintak cantikkan sofa tempat sarung cincin (which aku tak ada idea dan masa tu bisnes pun tak mula lagi masa ni. kalau tak banyak benda boleh tolonggg) , pastu dia ada gantung langsir untuk background belakang. So masa hari kejadian tak ada pun benda aku dapat tolong sangat. Aku datang nyibok-nyibok je. Nyibok posing dengan orang baru tunang hiks


Alang alang gambar kitaorang dua banyak ni, letak je lah sini >.<


1



2



3



Eh ehh

bertentangan mataa gittuhh



Maka itu selamatlah Shida jadi tunangan orang dengan majlisnya berjalan dengan lancar, dengan jayanya dan meriahh. Tahun 2018 tunang, tak ada Covid. Takde nak pening. Tahniah sebab tunang tahun tu Shida XDD



*                       *                       *


Tahun 2019. 
Perkahwinan Shida.

Dan aku ditabalkan menjadi Pengapit.
 
Pengapit lagi? Pleasee la asyik jadi pengapit je. XDDD tapi masa ni baru kali ketiga ye. Ulang suara. Baruuu kali ketiga hahahha so this time around awal awal lagi dari jauhh aku ditugaskan buat bunga tangan. Siap je bunga, hantar gambar, tanya okay tak, adjust situ sini pastu terus bungkus dalam plastik supaya tak kena habuk.






Mikhail tak nak pandang cameraa
 

Sehari sebelum terjadinya hari pernikahan Shida, Yana dengan Mikhail (anak Yana. masa ni baru sorang anak dia) tidur satu malam dekat rumah aku. Gila la kalau nak terus sambung atas jalan sebab Yana datang dari Johor. Sempat la kejap kejap pegang Mikhail. Aku awkward sebab kat rumah ada anak kucing je. Tu pun sombong. Mikhail baik gila tak nangis pun. Ada la sekali tu nangis kejap bangun tidur sebab cari mak dia yang tengah mandi. Sis cemass terus bawak turun, "nah mama".

Tidur satu malam dann esoknya baru memasing siap cecantik, ensem ensem untuk teruss pergi Sekinchan, Majlis Pernikahan Shida pada hari Sabtu, 27/7/2019.










Sampai je sana sempat la tengok Shida bersiap make up dengan pakai inai putih. Orang kulit putih pakai inai putih, memang cantik laaa. Jeless sis. Kulit tak putih since kecik kenot relate.

Siap semuanyaa, pengantin perempuan gojes, pengantin lelaki ready, apa lagi. Terusss pergi masjid.


Situasi pernikahan ni selalu macam ni tau.

Kalau terleka sikit jee walau seminit, tetahu je dah "Sah" "Sah" "Alhamdulillahh". Of course la aku pun tak perasan kejadian "aku terima nikahnya" tu macam mana sebab cepat sangat jadi. So tetahu je berlaki sudahh Shida! Hahahaha 



Tetangkap gambar. 
Sedih la sikit hari pernikahan Shida kitaorang tak cukup geng.


Fun facts: Yana pakai baju nikah dia masa ni




Malam sebelum Majlis Sanding, Shida buat khatam al-Quran dengan geng silat dia. Siap je majlis tu terus berinai. Nak balik tu kereta kena block dengan kereta lain. Bawak la lagi kereta besar sis. Seksa nak keluar sebab jalan kecik. Nasib baik la terer tak masuk parit. >.<

Hari tertabalnya aku sebagai Pengapit, berkhidmat lah sis dengan penuh semangat. 

Helo helo. Siapa kawen ni sibuk tengok camera jugak





Haih terngiang ngiang lagu pengantin baru. rinduu nak makan nasi minyakk


Habis menjalankan tugas sebagai Pengapit, balikk lah aku drive keseorangan sebab Yana balik Perak dengan kakak dia. Bersedih sesorang dalam kereta sebab tak ada Mikhail yang tenung dari seat sebelah. Menyempat budak tu tenung padahal dia duduk atas umi dia kot. Budak zaman now.



*                *                 *



Shida antara orang yang paling lama aku berkepit. Banyak sangat kongsi kenangan dengan hakakk sorang ni masa belajar sebab kitaorang dua sama course sejak Diploma sampai lah Degree. Banyak sangat sesama, kadang dia lagi kenal aku dari diri aku kenal diri sendiri. Macam mana nak korek rahsia aku pun dia reti -_-

Maka itu, dikesempatan ini, ingin daku mengucapkan sesuatu yang rasanya tak pernah terucap lagi iaitu terima kasih sebab sanggup bertahan berkawan dengan seorang Aqilah ini. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah bersama suami tercinta!





January 21, 2021

Tunang Secara Secretive

Bismillah.

Isi kandungan hari pertunangan dengan hari perkahwinan.


Kawan baik aku lagi sorang kahwin!! Aku dah tak tahu berapa kali dah ni jadi pengapit. Lupa nak bagitahu kali ni Hana yang kahwin. Kawan dari sekolah tapi masa sekolah tak rapat. Mula rapat terukk masa sesama kerja, makan, minum, masak, menjemah tak boleh terpisah. Duduk sebilik, serumah sama-sama. Haih my twin lah senang citer. Minat kitaorang sama, makan. Benda yang tak minat pun mostly sama. Pemikiran sama, sebab sama-sama anak sulung kot. 


So Hana bertunang secara secretive pada tahun 2019. (saja letak secretive tu) Sebagai seorang yang suka menyibuk dan excited nak tolong, mula la aku menceburi bidang hias dulang hantaran. Tak tahu la. Aku sangat suka yee nak menyelit nyelit ni. Tumpang bahagia pastu nak tolong apa yang mampu. Entah la, aku je kot perangai gitu. hahaha ;P 

Aku reti buat simple simple je sebab aku memang suka simple dan itu menjadi 1 masalah untuk bisnes aku. Lain orang lain style. Argh stress nak tambah collection tapi takde bajet. Okay tu cerita lain. Move on. 

Selama setahun kami semua ini merahsiakan perkara ini sampai la dah nak dekat tarikh dia kahwin semua jadi cacing kepanasan tak sabarrr nak up gambar tunang tahun lepas tu >.< 




Pertunangan Hana.

Prektis jap
HAHAHAHA
Tengok la pelamin mini dia simple jeee

Usik sikitt je tambah daun


Proses bertunang dia proses normal lah macam orang lain. Bezanya dia tunang masa tu covid takdak lagi! Aku datang, tolong sesikit hias dulang hantaran, lepastu masuk bilik dia melopong tengok dia di-makeup-kan. Live tutorial makeup sis. Senyap senyap aku amek notes dalam kepala untuk apply kat diri sendiri hiksss 

Settle makeup tunggu lah memasing dalam bilik. Lepastu iring Hana turun tangga selepas dia kena seru untuk duduk atas mini pelamin dia yang kehijauan dan cantikk tuuu


Tengah pas dulang cincin

Dah sah apa semua. Eh bukan bukann, belum lagiii hehe lepas yang makan garam dulu settle borak, bincang apa yang perlu dibincang, terus lah proses sarung cincin. Pastu cam biasaaa, bergambarrrr



Kepochi teruk hahahha

Look at this picture :')


+                  +                 +               +


Perkahwinan Hana.

Malam sebelum nikah datang nak tolong apa yang patut tapi tak ada tolong apa pun sebab pengantin dah settle-kan dah semua benda cuma kena masukkan je dalam beg doorgift which kena buat sehari sebelum hari kenduri dekat wedding hall. So untuk hari nikah tinggal buatkan bunga tangan je. 

Siapp settle, apalagi berinaii la memasing dann kemudiannya tibalah hari penting Hana.


First time ever attend hari nikah time Covid.
Pagi tu elok pulak hujan. Hujan rahmat :)

Hana dah kahwinnnn!

Dengan Amir!!!

Tak sangka kan, kan. Siapa kenal semua yang dalam gambar ni tahu la kitaorang ni semua satu sekolah dari sekolah rendah darjah 6 termasuk si Amir tu. Semua orang tak sangka dua merpati ni sebab Hana sendiri tak pernah bagi angin yang Amir ni boyfriend dia. Pandaii simpan rahsia.


Hari nikah, habis nikah, salin baju nak merewang (rewang sangatt) sebab nak pergi dewan dan settle-kan doorgift reramai. Ya Allah seronoknya bila ingat balik dapat kumpul reramai macam tu walaupun sekejap je. Korang sabaa nanti aku kahwin semua kawan kawan aku kutip ajak buat doorgift ramai ramai tak kira korang saling kenal ke tak, aku tak kira. Yang penting kerjasama! Time ni je la nak kumpul sesama hehee


Tak tahu berapa ketul semua ni tapi cantikk okeh.
Simple je semua dapat benda yang sama takde nak gaduh silap bagi XD

Shiny shiny muka.
Shine bright like a diamond



Esoknya wedding!

Wedding Hana ni aku bukan officially pengapit yang kena kipas dia tu. Aku standby kat tepi je pegangkan phone, pegangkan kunci kereta (senang nak kahwin lari), betulkan makeup pun sesikittt je sebab MUA dia the best la makeup melekat sepanjang hari. Dengar cerita tidur pakai makeup tu pun takde melekat kat bantal ke apa (aku tipu. jangan percaya) senang cerita aku tak berapa function pun hari kejadian sebab dia ramai askar askar yang setia dari mula majlis sampai habis majlis yang tolong dia. 



Tudiaa bukti sumbat semua benda dalam beg comel tu.
Beg hadiah dari pengantin birthday tahun tu. Thank youuuu Hanaa! <3





Oh btw, Hana siap dapat video wishes dari geng dia, sweet gilaaa. Sweet terukk! Benda-benda kecik macam tu serious buat air mata bertakung (sis sangatt tipikal sentimental suka benda gituhh) so lucky Hana! Simpan leklok bideo tu kayh buat stok nangis geli geli masa tengah emo

Tahniah Hana! Walaupun dah nak dekat setengah tahun dah ponn! Hahaha sorryy kita update blog ni sesikitt bila ada free. Ni pun ada lagi stok post wedding kawan yang kahwin 2019, 2 tahun lepas XDDD nanti eh

So aku happy. Happy kawan aku kian lama kian ramai tinggalkan aku. Blah ah semuaa pergi kahwin ramai ramai! Berbahagia la korang semua! :') Okay gurau sis. Gurauuuuuu hahaha. Aku happy. Semoga kawan-kawan aku, Puan Hana dan Encik Amir ya mengecapi kebahagiaan yang dicari selama ini dan kuat menghadapi liku-liku kehidupan :') *happy tears 



So, jodoh kita tak tahu. (tiba tibaaa ceramah) Entah entah jodoh tu pernah sesama jalan seiring pergi sekolah, jiran belakang rumah, budak yang pernah cari pasal dengan kau masa kecik, main dekat satu taman ke, orang yang paling kau tak suka masa belajar, orang yang pernah interview kat tempat kerja kau ke. Kita tak tahu kan. Berkawan je ramai ramai tapi pepandai jaga diri. Jadi baik (as in jangan buat jahat kat orang). Don't rush and take ur time. Know your worth dan fikir betul-betul sebelum buat keputusan. Jodoh tak ke mana pun.

Dah la panjang gila. Gigih. Terima kasihh siapa yang baca sampai habis. Lama tau tak update panjang macam ni. Kaseh <3

August 30, 2017

Kawan Aku Kahwin | Perak

Bismillah..

Ehem ehemm..mic test test. >.<

Panjang nak cerita dan mengarut. Eh mengarut tak kot sebab tak cukup masa nak begitu.

Khamis lepas Cik Shida dan Cik Hidayah *tekankan CIK tu sebab kami je yang masih single :P* telah tidur satu malam di rumah saya. Ingat lepas jamu dinner bolehlah terus tarik selimut, rupanya diaorang bawak hadiah gedabak diaorang untuk dibalut. Hahaha besar ok. ambil masa kejap untuk balut.

Esoknya pergi Perak ikut jalan belakang, tak ikut highway. Singgah BhP Kuala Selangor nak isi minyak sekali tukar driver sebab Shida lagi tahu jalan belakang.  Aku pulak nak kena jahit lace siapkan baju bridesmaid deme yang baru dapat. Hidayah yeaa tugas dia jaga barang belakang je supaya tak dibawa angin keluar tingkap yang tertutup. *tak fahamkan? jangan faham XD*

Okay nak cerita pasal baju. Pengantin pos kain untuk masing-masing buat baju ikut sukahati. Baju bridesmaid aku siap sebulan sebelum majlis. Tapi disebabkan baju tu terlalu cantik, aku cari kain lain untuk buat baju lain. 😄 Serious tak tipu. Cantik dan meriahhhhh weh. Aku puji tailor tu sebab tu baju kedua yang aku buat dengan dia. 

Tapi cantik cantik sangatt pun, nak ganti pengantin duduk atas pelamin ke camner. Duduk atas pelamin ada pasangan takpe gak. Ni takde pon! HAHAHAaaa... so aku buat baju lain je.

Tu cerita baju pertama. Cerita baju kedua, tailor Cik Hidayah tutup kedai. Dengar cerita tailor lari balik kampung dia kat India. Okay. Gile tak gile. Gigih pergi beli kain lain dan cari tailor yang boleh jahitkan baju 1 malam. Lusa dah nak pergi Perak. Cik Shida pun mencari jugak kat PKNS tapi sungguh aku tak sangka ada gak kain sama warna dan sebijik. Tapi sebab tailor yang datang dekat aku untuk ambil kain buat baju tu so takkan nak cancel kan.


Sambung balik cerita perjalanan. Aku rasa kereta yang selisih dengan kitaorang sengih je nampak aku menjahit dalam kereta. First time weh. Terdesak punya pasal, pening pun tak rasa bila jahit dalam kereta tu.


Perjalanan ambil masa dalam 4 jam macam tu. Sampai Perak, kebulur terus singgah makan. Rasa bertuah terjumpa kedai nasi ayam yang superbb! Restauran Nasi Ayam Junid. Kedai makan nampak biasa je. Tapi bila sampai tu ada la sorang pakcik tu tapau nasi ayam tu berbungkus-bungkus. Sedap lah ni. Tiba lunch hour ramai gak yang beratus nak order. Bila order sampai and rasa sos ayam dia tu berkenan gile aku! Rasa nak tapau tapi nanti tak muat pulak baju pink meletups kita tu. hiks


Sampai je rumah Cik Liyana, masuk bilik, rehat-rehat kejap lepastu terus kerjakan photobooth. Bab ni aku sebenarnya terkilan. Kenapa laaa aku tak bawak je barang-barang aku untuk meriahkan lagi photobooth tu.


Hari nikah Cik Liyana!


Pagi-pagi terus bersiap, makeup shantek shantekk, dann terus pergi Masjid tempat nikah. Tapi sebab ada ceramah kat situ, contact tok kadi dan terus tukar venue. Bila tukar venue, saksi pulak tak sampai sampai. Sambil tunggu tu tiba-tiba tok kadi terus buat akad. Ingatkan rehearsal je. Rupanya dah sah pon jadi bini orang kawan aku ni! Dah Puan Liyana pun. >.< sebak weh. sebak.



Bila jumpa kawan kawan ni selalu tak sedar diri kita ni bukan budak lagi. Umur dah 25 tahun. Bila kawan dah maju selangkah jadi macam tak percaya.

Habis photoshoot lepas batalkan air sembahyang terus bergegas balik rumah tukar baju, bersiap untuk sanding pulak.




Okay aku nak comment sikit. Aku tak rasa photographer tu dapat gambar cantik masa kat video ni sebab bunga tangan Liyana tutup muka dia. He can actually ask Yana to the pose *salam* again tapi bunga pegang tangan kanan. Tu laa qila weh. Orang suruh belajar amek kursus fotografi takmo. Pastu sibuk nak komen. Sebab aku tend to see people's fault bila bab bergmbar ni. Heww Untuk gambar ni je la. Gambar photoshoot outdoor dah jeling sikit dan santekkk okengggg





Tengok la gaya atas pelamin tu. Entah bila nak merasa dewasa bila sentiasa terasa macam budak-budak sekolah menengah. =.=

Siap sanding, pergi photoshoot outdoor. Bagi ruang pengantin tangkap gambar, kita layan kita kita je. Seronok buat outdoor sampai basah berpasir kena air laut lah cerita dia demi gambar kahwin. hahaha ;D





Malam tu tengah layan gambar yang tangkap siang tu terdengar bunyi orang cuci periuk. Dalam hati dah terfikir pengantin tu mesti pergi dating keluar makan. Al maklumlah pengantin mana sempat makan banyak siang tu. Rupanya diaorang yang tengah cuci periuk belanga. XD terus panggil Cik Hidayah sekali turun kerjakan apa-apa yang patut.

Pagi esoknya semua tak nak bangun awal. Berselubung dengan selimut. Rumah kampung weh. Dugaan sangat nak bangun awal. Tetapi yeaa..sebagai early bird, acecehh aku bangun awal cari Liyana. Kereta tak ada, yang lain tengah tido lagi ok bosan. Dari duduk melangut, eloklah cari keje sebelum bertolak pergi wedding Ainy lepastu terus balik Selangor.

Tak lama tu Puan Liyana kita balik rupanya cari roti canai dengan nasi lemak. Allahuu..seronok eh jadi tetamu rumah pengantin ni. Dah kenyang siap-siap pulak pergi Meru Heights.

Ainy nampak cantikkk sangat! Entah berapa tahun tak jumpa. Selalu contact through whatsapp je memasing. Sampai-sampai je terus cari Ainy. Tak menyempat orang tu nak siap make up, nak jugak masuk bilik orang tu, nak jugak jumpa.



Sempat jugalah sambil duduk kat tepi pintu dengan si dara yang lain tengok Ainy sanding tu terasa sedih sikit. Pandang Shida, pandang Hidayah. Tetiba Shida bersuara, "Sedihnya weh. Bila kita nak kahwin?" :'(

Ni bertiga tau. Bukan sorang. Ada gak geng at least. Lawak pulak rasa.

Dah sampai Perak memang ramai la jumpa kawan-kawan diploma. Yang dah kahwin, dah anak sorang, yang dulu melidi kini tetap melidi, yang dulu berisi kini slim melim. Yang pasti dulu muka sapu bedak baby je sekarang eye shadow pink, pipi merah. Aku la tu kot eh? HAH!




Gitulah yeaa cerita tentang balik Perak. Nak di ikutkan memang tak puas sebenarnya. Tak sempat bosan lagi nak tengok muka diaorang. Rasa macam banyak benda nak bercerita tapi apakan daya. Motif ke sana memang untuk hadirkan diri. Nak tengok dengan mata kepala sendiri majlis kawan kita. Kawan dah la tak ramai. Ada berapa orang je. And at least balik Perak ni membantu juga aku dari segala segi. Emosi, kesedaran diri *tak sedar dah dewasa*, jiwa karat, muka kurang ketat, eh memacamlahh.

Akhir perenggan, terima kasih dekat tuan rumah yang menerima diri ini untuk bermalam kat sana. Tetiba tak sabar pulak nak ke sana lagi untuk tengok orang pakai stokin, calit herba kat dahi dengan rambut ikat siput tinggi. Wakakakakaa >.< 


Kesedihan tertangguh sesaat

Banyak kali nak karang tapi mesti tak terkarang pun. Tahu tahu dah 2026. Tahu tahu dah puasa and dah nak raya.  No one can fit our shoes sel...