October 15, 2018

Catch-up Session with Atie!

Dah mula faham tentang dunia.
Dunia kita, dunia kita. Dunia orang lain jangan diharukan. 

Terfikir balik kenapa bodohnya dulu.
Harap harap sekarang lebih bijak dan tak buat diri akan datang persoal,
"kenapa bodoh jugak dulu waktu dah sedar diri dulu yang dulu tu bodoh?



Waktu keluar dengan Atie hari Rabu 2 minggu lepas memang tak banyak pun yang terluah. Banyak senyum sebab bertahun tak jumpa.

Sambil menunggu tu order Kimbap dengan Myeongdong Topokki dekat Myeongdong Topokki Restaurant yang aku baru discover tahun ni. Not bad la for the taste. Aku selalu order yang ringan je. Tengah tunggu baru Atie sampai. Peluk cium bagai lepastu suruh dia tunggu jap sebab aku nak beli air dekat TeaLive HAHAHA teruk! kawan baru sampai terus suruh tunggu sebab aku tak dapat Korean Milk Tea yang sedap kat situ.

Sambil makan sambil borak. Aku boleh kira guna jari tangan sebelah je berapa manusia yang aku jumpa untuk bersosial. Punya la jenis susah nak jumpa kawan sebab cuti aku sekali je weekend. Minggu lain semua on weekdays.

Atie ada bagi nasihat. Macam faham apa yang tengah berperang dalam kepala ni sampai nak botak rasa. Tak tipu memang rambut gugur teruk. Mungkin sebab syampu tapi nak gak salahkan isu personal. :P Tenang hati sat bila dengaq dia ceramah. Sat ja la. Lepastu pikir balik. But at least hati berbunga dapat jumpa bestfriend lama. :)

Sejenis yang tak reti keep in touch dengan kawan macam aku ni bersyukur dapat kawan macam dia sebab tak lokek langsung nak call kadang bila ada masa.

Terima kasih Atie for your time! Love teruks dengan kawan zaman diploma sorang ni :*

July 15, 2018

Homestay Puncak Alam


Terletak di Bandar Puncak Alam Fasa 2. Hanya 5 ke 8km(8mins) untuk ke UiTM Puncak Alam.

Beberapa meter dari homestay ada kedai, speedmart, kedai makan, surau, klinik dan dobi. Dobi layan diri ada, dobi dilayan orang pun ada. Hehe

Tesco juga tidak jauh. Tapi jauh la kalau nak berjalan. 

Homestay bajet yang ada perkara asas. Yang tiada hanya siaran tv dan mesin basuh. (masih dalam usaha memperbaiki apa yang tiada. ;D)


Fasiliti: (Boleh lihat gambar penuh di bawah)

- Bilik Utama : Tingkap, katil saiz king, kipas siling, kipas berdiri, almari, bilik air dalam bilik
- Bilik ke-2 : Tingkap, katil single 2, kipas berdiri, meja
- Bilik ke-3 : Tingkap, katil single, meja, rak baju
- 3 bilik air
- Ruang makan dan ruang tamu dilengkapi dengan perabot
- Dapur, kabinet dan alatan memasak
- Cerek letrik, periuk nasi, gas memasak (untuk memasak makanan yang halal sahaja)
- Peti ais
- Iron baju

1 malam hanya RM 100!

Peraturan:
- Makanan tidak halal dan air alkohol tidak dibenarkan sama sekali
- Pastikan keselamatan barang anda di dalam rumah
- Check Out pukul 12.00 tengahari. Cas RM30 dikenakan jika melebihi waktu yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut boleh komen di bawah atau boleh whatsapp saya di nombor 0176084328 atau tekan link whatsapp ini https://api.whatsapp.com/send?phone=60176084328&text=Saya%20nak%20sewa%20homestay



Ruang Tamu + Ruang Makan

Dapur

 Bilik Tidur Utama

 Bilik Tidur 2 katil single


Bilik Tidur 1 katil single

Homestay murah puncak alam berdekatan UiTM memuatkan 5-6 orang

February 20, 2018

Update sikit 2018. Sikit je tak banyak.

Assalamualaikum dan haiiii!

Terakhir kali tulis dekat blog ni tentang post Pulau Langkawi Part 1. Part 1 baru. Mana Part 2? Manaa? Dah nak masuk bulan 3 2018 dah ni. Lupa langsung nak update yang Part 2. 

Maafin guwe dong kesibukan banget.

Sibuk dengan tiba-tiba buat perangai teringin nak tukar suasana bilik (deko bilik). Angin mana entah datang. Sedap betul beli itu ini. Itu pun banyak gak mak kita sponsor. Tu pun termenung 10 saat dekat machine ATM bila tengok balance duit simpanan acah2 untuk wedding of the year makin berkurang. HAHAHA! Tak tak. Kita kan dah promise kat diri yang penting nak jamu tetamu makanan Jawa yang sedap-sedap. k lapar.

Nak diikutkan mana ada pun melepak lelama dalam bilik yang sampai nak sangat deko bilik cecantik tu. Dannnn sampai sekarang bilik yang dah hampir 90% siap tu pun tak sempat lagi nak duduk bergolek dari hujung bucu bilik ke pintu. Serious sibuk tahun ni. Waktu cuti sentiasa ada hal. Cuti tak serupa cuti pun tapi terasa jugak lah hari cuti telah di-utilize-kan untuk perkara yang penting. 

Anak sulung memang macam ni eh. Lelagi anak sulung yang tak kahwin lagi. Mana group 'Sulung Bawah Ketiak Mak'? tolong jawab. Wakakaka suka sangat tanya soalan yang dah tahu jawapan. Sama macam bila shopping baju lepastu tanya pilihan antara nak pilih warna hitam favorite atau warna pink yang cantik. Obviously hitam yang favorite. Habis setengah jam kat situ. Lagi best bila last2 tak beli. Sakit hati gak dengan diri sendiri. Bukan kau je sakit hati kena teman aku yang susah nak buat pilihan. 

Post yang ni tak ada isi penting sekadar menulis realiti. Realiti yang bukan dongeng termasuk juga dengan realiti tentang tahun ni dah 26 tahun! Kalau tengok orang umur 26 tahun nampak kematangan yang utuh dekat orang lain tu. Tapi kita tetap feeling sweet 20.

Dalam ramai kengkawan aku mungkin tergolong yang paling lambat dalam semua benda. Dalam belajar, dalam hidup, dalam kerja takyah cerita. Mungkin sebab bukan jenis multitasking. Dah sibuk dekat hidup tak boleh nak catch-up bahagian kerja. 

Jangan lambat-lambat sangat lah! Takut terlambat je. 

Sekian kesian.

Kesedihan tertangguh sesaat

Banyak kali nak karang tapi mesti tak terkarang pun. Tahu tahu dah 2026. Tahu tahu dah puasa and dah nak raya.  No one can fit our shoes sel...