Sebagai seorang yang suka mengira berapa ramai kawan rapat yang pernah sampai rumah semestinya lah aku cuba pujuk Yana yang the only one tak pernah sampai tu untuk mendaki Puncak Alam ni. Maka itu bermula lah promote homestay free dekat Yana sebab dia nak pindah Johor dari Perak. Tak tergoda juga kita duduk peluk je lah kaki kat bucu dinding mengenang homestay tak laku.
Plan memula nak beronok ronok dekat iCity mengimbas masa belajar diploma dulu jenjalan kat situ dengan boyfriend Yana yang sekarang ni dah jadi laki dia pun hahaha tapi lepas bincang, tukar2 plan bagai apa semua we stick to the plan of layparking dekat cafe hipsturr Kajang sebab Day yang duduk paling jauh.
The day!
Bertolak pukul 6 petang. Haru weh. Jem teruk. Bukan sesaja keluar pukul 6 tu tapi sebab orang Perak baru sampai so no choice. Tu baru permulaan dugaan nak keluar makan sama-sama. Keluar makan je ye.
Sebelum bertolak dah whatsapp owner cafe sebab nak double confirm cafe bukak. Cuba call tak dapat. Tapi dia boleh bagi bluetick je. Sabar dulu. Sampai je ikut waze sampai dekat tepi semak XD aku of course la cuak sebab yang cari cafe tu aku. yang cadangkan cafe tu aku. cuba call whatsapp je terus baru dapat. Cafe dah tutup! tak tahu nak marah ke nak gelak
Day yang pergi asing merempit tu dah call pehal dia sampai kat tepi semak XDD
Cari tempat makan lain dalam google maps. Pandang gambar makanan macam sedap gile. Ok pergi je terus. Dah sampai rupanya gerai tepi jalan je XD apakahhh salah kuuu boleh je nak makan kat situ tapi ada baby so macam kesian dan tak proper ok
Lastly Shida je yang cari dan sampai laaa dekat Laman Grill Steak & Barbque
Alhamdulillah we found the most great places to eat kot! Chef Zubir punya restaurant wehhh
Excited gila! Harga makanan standard Secret Recipe punya harga except untuk steak sebab ye la steak kot. Portion makanan pun puas hati. eh 5/5 lah bagi!
Dalam dugaan tu ada sinar sinarr bahagia gittuu
Okay nah belanja gambar
Okay 1 je gambar kitaorang XD
Gambar makanan tepek banyak sebab sumpaa sedap!
Makanan semua sedap! Tengok gambar ni pun rasa teringin nak pergi makan lagi :'(
Siapa nak cuba boleh lah google Laman Grill Steak & Barbque. Ni dekat Kajang dan dapat tahu ada lagi dekat tempat lain selain Kajang.
Boleh la candle light dinner ke, celebrate anniversary ke, celebrate birthday ke, dinner for the last time ke untuk confess nak break up ke kan!
Panjang nak cerita dan mengarut. Eh mengarut tak kot sebab tak cukup masa nak begitu.
Khamis lepas Cik Shida dan Cik Hidayah *tekankan CIK tu sebab kami je yang masih single :P* telah tidur satu malam di rumah saya. Ingat lepas jamu dinner bolehlah terus tarik selimut, rupanya diaorang bawak hadiah gedabak diaorang untuk dibalut. Hahaha besar ok. ambil masa kejap untuk balut.
Esoknya pergi Perak ikut jalan belakang, tak ikut highway. Singgah BhP Kuala Selangor nak isi minyak sekali tukar driver sebab Shida lagi tahu jalan belakang. Aku pulak nak kena jahit lace siapkan baju bridesmaid deme yang baru dapat. Hidayah yeaa tugas dia jaga barang belakang je supaya tak dibawa angin keluar tingkap yang tertutup. *tak fahamkan? jangan faham XD*
Okay nak cerita pasal baju. Pengantin pos kain untuk masing-masing buat baju ikut sukahati. Baju bridesmaid aku siap sebulan sebelum majlis. Tapi disebabkan baju tu terlalu cantik, aku cari kain lain untuk buat baju lain. 😄 Serious tak tipu. Cantik dan meriahhhhh weh. Aku puji tailor tu sebab tu baju kedua yang aku buat dengan dia.
Tapi cantik cantik sangatt pun, nak ganti pengantin duduk atas pelamin ke camner. Duduk atas pelamin ada pasangan takpe gak. Ni takde pon! HAHAHAaaa... so aku buat baju lain je.
Tu cerita baju pertama. Cerita baju kedua, tailor Cik Hidayah tutup kedai. Dengar cerita tailor lari balik kampung dia kat India. Okay. Gile tak gile. Gigih pergi beli kain lain dan cari tailor yang boleh jahitkan baju 1 malam. Lusa dah nak pergi Perak. Cik Shida pun mencari jugak kat PKNS tapi sungguh aku tak sangka ada gak kain sama warna dan sebijik. Tapi sebab tailor yang datang dekat aku untuk ambil kain buat baju tu so takkan nak cancel kan.
Sambung balik cerita perjalanan. Aku rasa kereta yang selisih dengan kitaorang sengih je nampak aku menjahit dalam kereta. First time weh. Terdesak punya pasal, pening pun tak rasa bila jahit dalam kereta tu.
Perjalanan ambil masa dalam 4 jam macam tu. Sampai Perak, kebulur terus singgah makan. Rasa bertuah terjumpa kedai nasi ayam yang superbb! Restauran Nasi Ayam Junid. Kedai makan nampak biasa je. Tapi bila sampai tu ada la sorang pakcik tu tapau nasi ayam tu berbungkus-bungkus. Sedap lah ni. Tiba lunch hour ramai gak yang beratus nak order. Bila order sampai and rasa sos ayam dia tu berkenan gile aku! Rasa nak tapau tapi nanti tak muat pulak baju pink meletups kita tu. hiks
Sampai je rumah Cik Liyana, masuk bilik, rehat-rehat kejap lepastu terus kerjakan photobooth. Bab ni aku sebenarnya terkilan. Kenapa laaa aku tak bawak je barang-barang aku untuk meriahkan lagi photobooth tu.
Hari nikah Cik Liyana!
Pagi-pagi terus bersiap, makeup shantek shantekk, dann terus pergi Masjid tempat nikah. Tapi sebab ada ceramah kat situ, contact tok kadi dan terus tukar venue. Bila tukar venue, saksi pulak tak sampai sampai. Sambil tunggu tu tiba-tiba tok kadi terus buat akad. Ingatkan rehearsal je. Rupanya dah sah pon jadi bini orang kawan aku ni! Dah Puan Liyana pun. >.< sebak weh. sebak.
Bila jumpa kawan kawan ni selalu tak sedar diri kita ni bukan budak lagi. Umur dah 25 tahun. Bila kawan dah maju selangkah jadi macam tak percaya.
Habis photoshoot lepas batalkan air sembahyang terus bergegas balik rumah tukar baju, bersiap untuk sanding pulak.
Okay aku nak comment sikit. Aku tak rasa photographer tu dapat gambar cantik masa kat video ni sebab bunga tangan Liyana tutup muka dia. He can actually ask Yana to the pose *salam* again tapi bunga pegang tangan kanan. Tu laa qila weh. Orang suruh belajar amek kursus fotografi takmo. Pastu sibuk nak komen. Sebab aku tend to see people's fault bila bab bergmbar ni. Heww Untuk gambar ni je la. Gambar photoshoot outdoor dah jeling sikit dan santekkk okengggg
Tengok la gaya atas pelamin tu. Entah bila nak merasa dewasa bila sentiasa terasa macam budak-budak sekolah menengah. =.=
Siap sanding, pergi photoshoot outdoor. Bagi ruang pengantin tangkap gambar, kita layan kita kita je. Seronok buat outdoor sampai basah berpasir kena air laut lah cerita dia demi gambar kahwin. hahaha ;D
Malam tu tengah layan gambar yang tangkap siang tu terdengar bunyi orang cuci periuk. Dalam hati dah terfikir pengantin tu mesti pergi dating keluar makan. Al maklumlah pengantin mana sempat makan banyak siang tu. Rupanya diaorang yang tengah cuci periuk belanga. XD terus panggil Cik Hidayah sekali turun kerjakan apa-apa yang patut.
Pagi esoknya semua tak nak bangun awal. Berselubung dengan selimut. Rumah kampung weh. Dugaan sangat nak bangun awal. Tetapi yeaa..sebagai early bird, acecehh aku bangun awal cari Liyana. Kereta tak ada, yang lain tengah tido lagi ok bosan. Dari duduk melangut, eloklah cari keje sebelum bertolak pergi wedding Ainy lepastu terus balik Selangor.
Tak lama tu Puan Liyana kita balik rupanya cari roti canai dengan nasi lemak. Allahuu..seronok eh jadi tetamu rumah pengantin ni. Dah kenyang siap-siap pulak pergi Meru Heights.
Ainy nampak cantikkk sangat! Entah berapa tahun tak jumpa. Selalu contact through whatsapp je memasing. Sampai-sampai je terus cari Ainy. Tak menyempat orang tu nak siap make up, nak jugak masuk bilik orang tu, nak jugak jumpa.
Sempat jugalah sambil duduk kat tepi pintu dengan si dara yang lain tengok Ainy sanding tu terasa sedih sikit. Pandang Shida, pandang Hidayah. Tetiba Shida bersuara, "Sedihnya weh. Bila kita nak kahwin?" :'(
Ni bertiga tau. Bukan sorang. Ada gak geng at least. Lawak pulak rasa.
Dah sampai Perak memang ramai la jumpa kawan-kawan diploma. Yang dah kahwin, dah anak sorang, yang dulu melidi kini tetap melidi, yang dulu berisi kini slim melim. Yang pasti dulu muka sapu bedak baby je sekarang eye shadow pink, pipi merah. Aku la tu kot eh? HAH!
Gitulah yeaa cerita tentang balik Perak. Nak di ikutkan memang tak puas sebenarnya. Tak sempat bosan lagi nak tengok muka diaorang. Rasa macam banyak benda nak bercerita tapi apakan daya. Motif ke sana memang untuk hadirkan diri. Nak tengok dengan mata kepala sendiri majlis kawan kita. Kawan dah la tak ramai. Ada berapa orang je. And at least balik Perak ni membantu juga aku dari segala segi. Emosi, kesedaran diri *tak sedar dah dewasa*, jiwa karat, muka kurang ketat, eh memacamlahh.
Akhir perenggan, terima kasih dekat tuan rumah yang menerima diri ini untuk bermalam kat sana. Tetiba tak sabar pulak nak ke sana lagi untuk tengok orang pakai stokin, calit herba kat dahi dengan rambut ikat siput tinggi. Wakakakakaa >.<
Esok pagi celik mata lepas makan nasi lemak tepi pantai terus buat sesi tangkap gamba. Wajib buat sebab entah bila tahun nak datang lagi. Buat kenangan melompat, jalan jalan kat air, acah model tak berbayar, macam macam pose buat sampai puas hati, penat dan bosan baru berhenti. hehee
Macam sweet je khaannnnn >.<
Bila dah puas dan penat bergambar kitaorang pun mula bersiap siap untuk snorkeling kat Marine Park. RM5 kena bayar yea. Apa yang special sangat sampai pergi kena bayar dulu?! Sebab dalam laut dia sangatttt cantikkkk! Tak perlu ke tengah laut nak snorkeling. Tepi pantai je dah ada batu karang cantik-cantik dengan ikan macam-macam.
Marine Park!
Lepastu nak cerita la pasal ada abang ni yang bercuti jugak kat situ tengah berenang tak jauh dari kitaorang. Agaknya dia usha kitaorang asyik pegang je camera tapi macam tak guna betul-betul since kitaorang terapung kat air je lepastu dia terus offer nak tolong tangkapkan gambar. Siap bagi idea tangkap macam mana. Dengan blurnya sebab first time en nak bergambar dalam laut dengan kaki tak cecah bumi so kitaorang ikut lah arahan dia. Berterima kasihh sangattt kat abang tu. Sanggup melayan. Terima kasih sangat!
Tu kaki abang yang tolong tangkapkan gambar interframe hahaha
Balik snorkeling terus makan lunch dengan baju basah lepas mandi tu sebab dah pikir nak sambung main air sampai pukul 2.30 untuk next snorkeling.
Snorkeling yang last ni kurang best sebab port cantik yang penuh batu karang hidup dah kena cop dengan chalet lain so tak enjoy sangat. Bila dah ada yang dah penat mula lah ada yang mabuk laut, pening. Plus takde pemandangan yang menarik dekat kawasan dalam laut tu so kitaorang pun kejap je berenang. 20 minit macam tu explore dalam laut dan still tak menarik, terus naik bot. Tetiba tak lama tu ramai yang naik jugak so balik lah kita kembali ke pulau.
Sampai je dekat chalet mungkin sebab dah puas main air so masing masing pun malas beriya sangat mandi tepi laut tu. Ada yang sambung terapung apung kat laut jernih tu termasuk aku, ada yang dah duduk bawah pokok tenung pantai je. Dah bosan terus naik bilik. Dah naik bilik awal sangat mula lah idea dengan angan angan yang nak direalisasikan which is minum air kelapa kat tepi pantai ahaha lepastu merayap sampai hujung pantai sebab nampak port cantik kat situ.
Bila usha hujung pantai tu tak ada apa sangat pun. Terus patah balik pergi pantai depan chalet, jalan-jalan kejap lepastu balik bilik. Melepak lah sambil buka cerita sementara nak tunggu makan malam.
Selama dekat pulau tu memang ada nampak langit suram dengan matahari kena tutup macam nak hujan tapi tak hujan pun langsung. Malam last tu dengan energy yang dah low, tengah lepak tengok gambar, hantar gambar, edit, celoteh, tiba-tiba hujan selebatnya dalam 10-20 minit lepastu tetiba benti. Sejuk takyah cakapla. Terus bersyukur gila sebab pilih kipas instead of air-cond. heheww dan bersyukur gila jugak sebab tak hujan selama kitaorang buat aktiviti kat luar :D
Last Day Pagi menjelang je semua pack barang. Padahal lambat lagi feri datang tapi sebab pagi last so aku pun gigih bangun subuh2 tu tengok pantai.
Malangnya tak nampak pun sunrise. Hampa ok. Balik bilik, mandi terus pegi breakfast. Sebab malas nak tangguh-tangguh lepas check barang semua dah clear terus checkout.
Alang-alang dah cantik comel mesti lah nak bergamba. Walaupunnn penat dan panas tapi acah-acah larat la. Siap panjat batu bukit nak tangkap gamba ala gangsta. Gangster taik kucing je. Hahaha
Sooooo sepanjang kat Redang itu lah cerita kitaorang. Naik feri nak balik tu tido lah kan apa lagi. Sampai jeti kuala terengganu kitaorang shopping kejap dann singgah rumah Hamid lagi untuk rehat. Kitaorang terima kasih gilee kat family Hamid. Sebab tiket bas malam so Hamid dengan baik hatinya melayan kitaorang jalan-jalan. Tak tahu nak cakap terima kasih macam mana. :')
Jadi konklusinya, Redang best!!! I will go there again. Definitely! Sekarang bila stress je tengok balik gambar dengan video yang rakam tu terus lega sikit. Macam sekarang. Sambil tengok gambar sambil sengih sorangsorang sebab banyak sangat gambar hodoh.
Sekarang nak share tips ke Pulau Redang. Walaupun banyak yang dah lupa tapi kita cuba lah yea ingat sebanyak yang mungkin.
TIPS AND AGENT's INFORMATION
- Cari pakej yang merangkumi semua benda supaya tak perlu pening banyak fikir; bilik, makan, tiket feri, snorkeling
- Check testimoni orang yang pernah menginap chalet yang akan di duduk sebab ada chalet yang tak sediakan tuala so kena prepare betul-betul
- Minimakan barang yang nak di bawa. Contoh baju mandi selama 3 hari tu bawa sehelai baju dan seluar SAHAJA. Nanti balik menangis nak pikul baju basah yang berat tu.
- Elakkan beg tarik sebab dah sampai pulau kena jalan atas pasir. Pakai bagpack.
-Elakkan memandu sendiri ke Kuala Terengganu sebab confirm akan penat dan nanti tak enjoy nak bercuti so naik bas je. But it depends. Kalau suka memandu boleh je. Tapi nanti nak kena pikir duit parking kereta 3hari.
- Cari bas malam sebelum hari booking bilik supaya tiba di jeti sebelum pukul 8pagi. Kebiasaan feri akan sampai pukul 9pagi++
- Dekat situ ada disewakan camera yang boleh dibawa ke dalam air so boleh sewa kalau tak ada GoPro atau seantaro dengannya.
- Safety jacket dengan goggle ada disewakan tapi boleh je kalau nak bawa goggle sendiri
- Last but not least berhati-hatilah kat sana. Bawa plaster dengan minyak gamat/ubat luka just in case kaki terluka kena batu karang - Daannnnn ini dia contact number agent yang digunakan so boleh contact dia untuk package dan latest price :