Sebagai seorang yang suka mengira berapa ramai kawan rapat yang pernah sampai rumah semestinya lah aku cuba pujuk Yana yang the only one tak pernah sampai tu untuk mendaki Puncak Alam ni. Maka itu bermula lah promote homestay free dekat Yana sebab dia nak pindah Johor dari Perak. Tak tergoda juga kita duduk peluk je lah kaki kat bucu dinding mengenang homestay tak laku.
Plan memula nak beronok ronok dekat iCity mengimbas masa belajar diploma dulu jenjalan kat situ dengan boyfriend Yana yang sekarang ni dah jadi laki dia pun hahaha tapi lepas bincang, tukar2 plan bagai apa semua we stick to the plan of layparking dekat cafe hipsturr Kajang sebab Day yang duduk paling jauh.
The day!
Bertolak pukul 6 petang. Haru weh. Jem teruk. Bukan sesaja keluar pukul 6 tu tapi sebab orang Perak baru sampai so no choice. Tu baru permulaan dugaan nak keluar makan sama-sama. Keluar makan je ye.
Sebelum bertolak dah whatsapp owner cafe sebab nak double confirm cafe bukak. Cuba call tak dapat. Tapi dia boleh bagi bluetick je. Sabar dulu. Sampai je ikut waze sampai dekat tepi semak XD aku of course la cuak sebab yang cari cafe tu aku. yang cadangkan cafe tu aku. cuba call whatsapp je terus baru dapat. Cafe dah tutup! tak tahu nak marah ke nak gelak
Day yang pergi asing merempit tu dah call pehal dia sampai kat tepi semak XDD
Cari tempat makan lain dalam google maps. Pandang gambar makanan macam sedap gile. Ok pergi je terus. Dah sampai rupanya gerai tepi jalan je XD apakahhh salah kuuu boleh je nak makan kat situ tapi ada baby so macam kesian dan tak proper ok
Lastly Shida je yang cari dan sampai laaa dekat Laman Grill Steak & Barbque
Alhamdulillah we found the most great places to eat kot! Chef Zubir punya restaurant wehhh
Excited gila! Harga makanan standard Secret Recipe punya harga except untuk steak sebab ye la steak kot. Portion makanan pun puas hati. eh 5/5 lah bagi!
Dalam dugaan tu ada sinar sinarr bahagia gittuu
Okay nah belanja gambar
Okay 1 je gambar kitaorang XD
Gambar makanan tepek banyak sebab sumpaa sedap!
Makanan semua sedap! Tengok gambar ni pun rasa teringin nak pergi makan lagi :'(
Siapa nak cuba boleh lah google Laman Grill Steak & Barbque. Ni dekat Kajang dan dapat tahu ada lagi dekat tempat lain selain Kajang.
Boleh la candle light dinner ke, celebrate anniversary ke, celebrate birthday ke, dinner for the last time ke untuk confess nak break up ke kan!
Panjang nak cerita dan mengarut. Eh mengarut tak kot sebab tak cukup masa nak begitu.
Khamis lepas Cik Shida dan Cik Hidayah *tekankan CIK tu sebab kami je yang masih single :P* telah tidur satu malam di rumah saya. Ingat lepas jamu dinner bolehlah terus tarik selimut, rupanya diaorang bawak hadiah gedabak diaorang untuk dibalut. Hahaha besar ok. ambil masa kejap untuk balut.
Esoknya pergi Perak ikut jalan belakang, tak ikut highway. Singgah BhP Kuala Selangor nak isi minyak sekali tukar driver sebab Shida lagi tahu jalan belakang. Aku pulak nak kena jahit lace siapkan baju bridesmaid deme yang baru dapat. Hidayah yeaa tugas dia jaga barang belakang je supaya tak dibawa angin keluar tingkap yang tertutup. *tak fahamkan? jangan faham XD*
Okay nak cerita pasal baju. Pengantin pos kain untuk masing-masing buat baju ikut sukahati. Baju bridesmaid aku siap sebulan sebelum majlis. Tapi disebabkan baju tu terlalu cantik, aku cari kain lain untuk buat baju lain. 😄 Serious tak tipu. Cantik dan meriahhhhh weh. Aku puji tailor tu sebab tu baju kedua yang aku buat dengan dia.
Tapi cantik cantik sangatt pun, nak ganti pengantin duduk atas pelamin ke camner. Duduk atas pelamin ada pasangan takpe gak. Ni takde pon! HAHAHAaaa... so aku buat baju lain je.
Tu cerita baju pertama. Cerita baju kedua, tailor Cik Hidayah tutup kedai. Dengar cerita tailor lari balik kampung dia kat India. Okay. Gile tak gile. Gigih pergi beli kain lain dan cari tailor yang boleh jahitkan baju 1 malam. Lusa dah nak pergi Perak. Cik Shida pun mencari jugak kat PKNS tapi sungguh aku tak sangka ada gak kain sama warna dan sebijik. Tapi sebab tailor yang datang dekat aku untuk ambil kain buat baju tu so takkan nak cancel kan.
Sambung balik cerita perjalanan. Aku rasa kereta yang selisih dengan kitaorang sengih je nampak aku menjahit dalam kereta. First time weh. Terdesak punya pasal, pening pun tak rasa bila jahit dalam kereta tu.
Perjalanan ambil masa dalam 4 jam macam tu. Sampai Perak, kebulur terus singgah makan. Rasa bertuah terjumpa kedai nasi ayam yang superbb! Restauran Nasi Ayam Junid. Kedai makan nampak biasa je. Tapi bila sampai tu ada la sorang pakcik tu tapau nasi ayam tu berbungkus-bungkus. Sedap lah ni. Tiba lunch hour ramai gak yang beratus nak order. Bila order sampai and rasa sos ayam dia tu berkenan gile aku! Rasa nak tapau tapi nanti tak muat pulak baju pink meletups kita tu. hiks
Sampai je rumah Cik Liyana, masuk bilik, rehat-rehat kejap lepastu terus kerjakan photobooth. Bab ni aku sebenarnya terkilan. Kenapa laaa aku tak bawak je barang-barang aku untuk meriahkan lagi photobooth tu.
Hari nikah Cik Liyana!
Pagi-pagi terus bersiap, makeup shantek shantekk, dann terus pergi Masjid tempat nikah. Tapi sebab ada ceramah kat situ, contact tok kadi dan terus tukar venue. Bila tukar venue, saksi pulak tak sampai sampai. Sambil tunggu tu tiba-tiba tok kadi terus buat akad. Ingatkan rehearsal je. Rupanya dah sah pon jadi bini orang kawan aku ni! Dah Puan Liyana pun. >.< sebak weh. sebak.
Bila jumpa kawan kawan ni selalu tak sedar diri kita ni bukan budak lagi. Umur dah 25 tahun. Bila kawan dah maju selangkah jadi macam tak percaya.
Habis photoshoot lepas batalkan air sembahyang terus bergegas balik rumah tukar baju, bersiap untuk sanding pulak.
Okay aku nak comment sikit. Aku tak rasa photographer tu dapat gambar cantik masa kat video ni sebab bunga tangan Liyana tutup muka dia. He can actually ask Yana to the pose *salam* again tapi bunga pegang tangan kanan. Tu laa qila weh. Orang suruh belajar amek kursus fotografi takmo. Pastu sibuk nak komen. Sebab aku tend to see people's fault bila bab bergmbar ni. Heww Untuk gambar ni je la. Gambar photoshoot outdoor dah jeling sikit dan santekkk okengggg
Tengok la gaya atas pelamin tu. Entah bila nak merasa dewasa bila sentiasa terasa macam budak-budak sekolah menengah. =.=
Siap sanding, pergi photoshoot outdoor. Bagi ruang pengantin tangkap gambar, kita layan kita kita je. Seronok buat outdoor sampai basah berpasir kena air laut lah cerita dia demi gambar kahwin. hahaha ;D
Malam tu tengah layan gambar yang tangkap siang tu terdengar bunyi orang cuci periuk. Dalam hati dah terfikir pengantin tu mesti pergi dating keluar makan. Al maklumlah pengantin mana sempat makan banyak siang tu. Rupanya diaorang yang tengah cuci periuk belanga. XD terus panggil Cik Hidayah sekali turun kerjakan apa-apa yang patut.
Pagi esoknya semua tak nak bangun awal. Berselubung dengan selimut. Rumah kampung weh. Dugaan sangat nak bangun awal. Tetapi yeaa..sebagai early bird, acecehh aku bangun awal cari Liyana. Kereta tak ada, yang lain tengah tido lagi ok bosan. Dari duduk melangut, eloklah cari keje sebelum bertolak pergi wedding Ainy lepastu terus balik Selangor.
Tak lama tu Puan Liyana kita balik rupanya cari roti canai dengan nasi lemak. Allahuu..seronok eh jadi tetamu rumah pengantin ni. Dah kenyang siap-siap pulak pergi Meru Heights.
Ainy nampak cantikkk sangat! Entah berapa tahun tak jumpa. Selalu contact through whatsapp je memasing. Sampai-sampai je terus cari Ainy. Tak menyempat orang tu nak siap make up, nak jugak masuk bilik orang tu, nak jugak jumpa.
Sempat jugalah sambil duduk kat tepi pintu dengan si dara yang lain tengok Ainy sanding tu terasa sedih sikit. Pandang Shida, pandang Hidayah. Tetiba Shida bersuara, "Sedihnya weh. Bila kita nak kahwin?" :'(
Ni bertiga tau. Bukan sorang. Ada gak geng at least. Lawak pulak rasa.
Dah sampai Perak memang ramai la jumpa kawan-kawan diploma. Yang dah kahwin, dah anak sorang, yang dulu melidi kini tetap melidi, yang dulu berisi kini slim melim. Yang pasti dulu muka sapu bedak baby je sekarang eye shadow pink, pipi merah. Aku la tu kot eh? HAH!
Gitulah yeaa cerita tentang balik Perak. Nak di ikutkan memang tak puas sebenarnya. Tak sempat bosan lagi nak tengok muka diaorang. Rasa macam banyak benda nak bercerita tapi apakan daya. Motif ke sana memang untuk hadirkan diri. Nak tengok dengan mata kepala sendiri majlis kawan kita. Kawan dah la tak ramai. Ada berapa orang je. And at least balik Perak ni membantu juga aku dari segala segi. Emosi, kesedaran diri *tak sedar dah dewasa*, jiwa karat, muka kurang ketat, eh memacamlahh.
Akhir perenggan, terima kasih dekat tuan rumah yang menerima diri ini untuk bermalam kat sana. Tetiba tak sabar pulak nak ke sana lagi untuk tengok orang pakai stokin, calit herba kat dahi dengan rambut ikat siput tinggi. Wakakakakaa >.<
So before you start reading this entry, amaran perlu diberi. Entry ni sangat panjang. Bersambung-sambung. Ada 2 entry dan ini entry pertama maka itu bersabar yea because it takes me half day for 1 entry.
So, let's start!
2, 3 bulan sebelum tu geng da tanya bila nak pergi bercuti? Kat mana nak pergi? Tak kisah pun nak ke mana tapi semua tunggu aku. Aku lah punca last minute booking package vacation. memang bersalah sangat rasa tapi duk pikir janji dah lama, ekonomi merosot. Tu yang kena pikir banyak benda sebelum nak pergi dan sebelum nak mintak permission dari parents.
Sebulan sebelum tu lagi sekali di tanya bila dan kat mana. No more tangguh-tangguh sebab memang dah target nak pergi bulan 8. Sebagai permulaan aku usha blog orang untuk review setiap pulau yang diaorang cadangkan. Search je kat google nama pulau lepastu wajib letak perkataan 'blogspot' selepas nama pulau. Dah puas korek info terus aku cadangkan Pulau Redang sebab ramai yang kata kat sana best, chalet pun best, makanan pun sedap which is sangat penting. Bercuti juga bermaksud makanan yang sedap. Dan yang penting kena dengan bajet masing-masing. Paling penting sekali!
Dah decide pulau -> cari agent -> contact -> booking dengan bayar RM100 satu kepala -> tunggu kau pulau aku datang!
Seminggu sebelum pergi dah kumpul barang nak bawa sikit2 tapi yang kelakarnya, tiket bas pun tak beli lagi. Ye la. Kuala Terengganu tu memang depan rumah je. Nasib baik bijak lagi geliga hari-hari usha tiket bas sp bumi online bukan gigih menapak pergi bas sentral. Makin lama usha makin sikit tiket yang available. 3 hari sebelum pergi baru lah terkedek-kedek nak beli. Yeayyyy!
Tibalah hari kejadian malam khamis tu buat la muka kesian kat parents mintak tolong hantarkan kat terminal bas klang. Masing-masing naik bas dari tempat berbeza. Malas nak bazir masa kumpul satu tempat. Naik je bas dari tempat sendiri.
Aku naik bas kat Meru, Klang
Shida kat Shah Alam
Day kat Kajang
Yana kat Manjung, Perak.
Yang bestnya semua sampai kat Kuala Terengganu beza berapa minit je. Kitaorang semua naik SP Bumi sebab murah dari yang lain. Lepastu berkenan dengan waktu bas bertolak which is malam.
Dengan ini bermulalah perjalanan kami. Jeng jengg
* * * *
First Day Pukul 5pagi dah sampai terminal Kuala Terengganu.
Menunggu Tuan Puteri Hidayah tak sampai lagi
Disebabkan Shida aktif dengan silat, kawan pun merata-rata kat mana-mana. Dan rezeki kitaorang kawan Shida, Hamid sudi tolong hantar ke jeti dari terminal siap pelawa balik rumah family dia untuk solat dan rehat. Untung gile okay. Tambah lagi untung sebab mak dia pelawa sarapan nasi minyak dgn gulai ayam. Ya Allah bahagianya.. Alhamdulillah rezeki waktu pagi bangun awal 5pagi. HAHA bajet bajet. Tak. Sebenarnya aku tak tido pun dalam bas sebab sejukkkkk! Tolong yea bawa jaket. Lupa bas malam memang beku.
Tiket feri kena ambil sejam sebelum feri sampai so bergegas lah kami dari rumah Hamid ke jeti. Dapat je tiket hati dah senang. Tak sabar ok. Tak sabarrrrr.... Selamat rasa kat sana bila ada kawan yang memang orang situ tunggu sampai kitaorang masuk terminal naik feri. Terima kasih Hamid
Gambar pertama kat sana! >.<
Sejam dalam feri mula lah tebus tido yang tak cukup malam tadi. Sejam ok nak sampai pulau. Sebab tu pulau dia cantik. Jauh dari kerakusan manusia zaman besi. Ewahh kemain nak berpuitis. Bagi can kayh?
Pergi weekend memang full house wa tell you. Very pack meh.
Abe ensem ngorat dalam feri
Pukul 12 camtu sampai Redang. But wait. Jangan eksaited sangat terus lompat sebab nanti instead of jejak pasir terus masuk laut. Kena buat stop kat jeti terapung tunggu bot datang angkut ke pulau. Entah tak tahu nama jeti apa tapi nampak macam jeti terapung so dapat lah nama gitu. hehe
Jeti terapung
Tudung hancur tak apa yang penting wefie
Jejak je pasir pantai terus carik atap hijau okay kalau Redang Lagoon. Jalan kaki je gi chalet sebab dekat. Kat sini nak nasihatkan pakai lah bagpack macam Dora the Explorer tu. Kalau beg tarik, tarik la kau kat pasir putih tepi pantai, ombak saling berkejaran. Kesian tengok aunty yang tarik beg baju dia kat pasir. Struggle gile nak tarik.
Tengok laut dengan pantai dia cantikkkkkkk! Biruuuu! Jernihhhh! Tapi macam acah cool lah kan. Alaa pantai je pun. Padahal rasa nak bergolek kat pantai tu dari hujung ke hujung pantai.
Macam je la cool tapi tak dapat sorok pun.
Atap hijau = Redang Lagoon
Check in, dapat kunci, bayar baki kat kaunter terus cop katil masing-masing. Sebab aku ni anti dengan sejuk taknak air-cond so aku prefer tido tingkat atas ada kipas. Rela tidur berkipas tapi lena daripada tidur guna aircond tapi kejap kejap bangun pegi toilet. XD
Tak lama tu pergi lunch. Makanan kat cafe memang sedap sedapp! Lauk makanan biasa tu je tapi sedap laaa. Lambat sikit je makanan terus lesap. Tapi jangan risau sebab macik abe kakak kat situ memang akan topup lauk sampai semua orang dapat makan dan cukup.
Pukul 2.30petang kena ready sebab nak pergi snorkling.
Sewa safety jacket dgn goggle RM20 utk sepanjang 3hari 2malam kat situ. Ada abe mulut petah masa pegi tu memang terhibur. First snorkeling tempat yang dia bawak tu penuh dengan batu karang hidup dengan ikan ikan cantik. Seronok tengok tak tipu. Memang leka. Lagi best kalau ada roti memang kena kerumun dengan ikan.
Balik snorkeling, minum petang lepastu sambung lagi main air. Datang jauh-jauh so kena lah make sure mandi sampai puas air laut jernih tu. Kalau nasib baik sambil berendam tu nampaklah anak ikan jerung kat situ.
Malam ada bbq. Termasuk dah sekali dengan pakej yang bayar tu. Bahan semua chalet sediakan, kitaorang cuma kena bakar dan makan! Tamak memasing bakar banyak banyak pastu tak habis. Amalan setan. Terok perangai. Tapi kitaorang bungkus untuk makan bila lapar nanti. hiks.
Ni meja perempuan. Jangan konpius.
Malam kononnya ada energy so berjalan dekat chalet sebelah bila nampak ada lampu cantik
Habis tu terus tumbang kat katil sebab penat. Hehe tunggu for my next post in shaa Allah I'll post it tomorrow.Toddles!