Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

January 22, 2016

Jadi Baik.

What happened with my life recently? Let see... Banyak. Banyak sangatt. The result of it is this Aqilah jadi lone ranger balik. And just in a blink of your eyes, my eyes, abu will become lone ranger too. In coming. Sabar sabar.. -_- I’m being sarcastic here.

Aku juga mendapati aku ada bakat menjadi pelakon. HAAAAHAAAA ignore this.

Dan apa yang jadi this recenlty ada kena mengena dengan jadi baik.

Jadi baik adalah goal aku dari dulu dan goal sekarang nak kekalkan. Sebab percaya orang berbuat baik akan dibalas baik. Kecuali atas jalan raya kalau ada yang pandu kereta macam tak pass lesen L, terpaksa aku gagahkan tangan menekan hon. I just kenot. Belajar dari Hana. Tapi kalau aku kena hon, aku lah tu salah. Nampak tak tu. Faham memahami.

So baik. Kalau orang baik, aku baik. Kalau orang pura-pura baik aku pun pura-pura baik. Awak ingat awak sorang je ke boleh pura-pura lepastu pijak kepala orang baik. No way.

Aku mengalami peristiwa orang berpura-pura baik tapi senyap-senyap aku kena tikam. Dah kantoi pun boleh pura-pura lagi lepastu buat muka tak bersalah. Salah aku ke percaya dan ber-husnudzon ni? Tak kan? *TAKKKK* hahaha 

Pengalaman hidup. Mahal pengalaman ni.

Sekarang aku masih terpaksa berdepan dan melemparkan senyum nak tak nak kat orang tu demi masa depan aku, cuba menjadi professional dan sebab aku tak reti nak marah dengan orang yang berpegang teguh dengan kepercayan, aku-je-yang-betul-orang-lain-salah-aku-god. Kalau lah aku boleh kenalkan dia ni kat semuaorang, people might not believe me. Ramai yang kenal dia tanya apa masalah sebenarnya, so cerita la sikit-sikit. Reaksi sama je, “ehh..nampak baik je.”, aku reply “kann kann kannnnnnnn”

So manusia kita tak boleh ukur dari luaran dia. Seriously hakak nasihatkan ni. Kita selalu dengar orang cakap macam tu. kekdang ingat. kekadang tak. bila jumpa orang NAMPAK baik, kita pun okay. Bila dah terkena kat batang hidung sendiri. Extra beringat.


And now, I can’t wait to go home! In shaa Allah ada lagi aku post. Kot. HAHA



Terima kasih sudi baca keluh resah hati ini. Ecehh serious ni. Terima kasih J toddles!

April 10, 2015

Sungai Chillin | Cerita Budak Intern

Genap sebulan jadi budak intern kat Cyberjaya. Tidaklah diri ini menyangka dah sebulan, sebab baru sebulan setengah yang lepas terbayang sekarang aku tengah duduk kat rumah tunggu satu semester habis sambil mencarik tempat intern. Or maybe tengah kerja scan barang kat kaunter 7e. KAH!

Okay. Tengah dengar radio pastu tertarik earphone. Bising satu opis menggelabah cucuk balik.

Tak nak cerita dah pasal intern. Nak cerita pasal pergi mandi sungai dekatt Sungai Chilin 8 minggu lepas. Haha teruk cerita dah basi bercendawan berkulat baru nak cerita. Rindu okay nak berblog tapi takdak masa sejak jadi orang putrajaya. Ecceehhh taknak. My hometown in my heart forever. Ok dah. Panjang intro.


Ceritanya bukan nak pergi Sungai Chillin. Pergi Sungai mana ntah. Maaf ingatan dah mereput. Tapi sebab bila pergi ada yang kata sungai tak best, cetek and tengok pun orang tak ramai, tempat tak meriah, suram je..dah confirm lah kesahihannya. Terus bukak gps carik sungai yang lain. Dapatlah Sungai Chillin ni yang memang Chillin sejuk membeku. Mana taknya, sungai mengalir dari Fraser's Hill.

Pergi sungai dekat situ memang ramai tak ingat, malas nak hengatt. Kereta beratur panjang. Nak sangattt yang meriah kan. Tapi be relax, be happy. Chill. My superhero berjaya mencari kawasan yang tak ramai orang. Boleh lah bentang tikar, susun makanan dan makan. 





Opss hero tengah mandi. XD

Apa tadi? Makan penting.






Main air puas-puas.



Dan makan lagiii







Okay nak bagi review. Sebab tak masuk pintu gerbang Sungai Chillin ni so tak tahu wujud ke tak sebenarnya tempat tukar baju. Tukar je baju dalam kereta dengan tutup satu kereta guna tikar. Hehe Kawasan not bad. Ada tempat cantik tapi kena turun tempat curam sikittt and sebab bawak bebudak kecik yang mengada takut jatuh lah bagai. Kecik lah sangat. Dah sama besar macam kakak diaorang ni, so tak pergi pun tempat cantik tu. Air sungai kat sana sejuk membeku. So far okay lah.


Nak cerita tu je. Tengah free sikit sekarang ni. Dua hari beturut datang kerja pukul 7pagi. Project kali ni susah sangat, tempoh yang dia bagi pun berapa hari je so mintak big bos pas kat senior programmer sebab diri ini yang kurang berpengalaman nak handle semua tu daripada dah tahu tak boleh buat pastu senyap jee kan. Padahal tinggal sikit je lagi, which the hardest part of the project. Isnin next week dah start event for the website and nak launch dah. Tak tahu senior yang tak dikenali tu dapat settle-kan tak. Risau gak. Tapi dah nama pun senior takkan tak boleh. Kan kann 


Ok dah. Bye. :)

Assalamualaikum.

September 2, 2014

Nak keje! *error* Nak duit!

Minggu depan dah mula semester baru. Semester akhir in shaa Allah sebelum praktikal. *dalam hati doa bebanyak.* 
habiskan semua. 
nak keje nak keje!


Bila umur dah makin meningkat lagi lagi aku ni perempuan mesti nafsu kemain banyak, kemain tinggi. Tak habis orang kata student ni pakai duit pt shopping sana sini, Aku ni padahal tahan diri sampai lah sekarang ni nak beli apa apa kena fikir 2, 3 kali. 


Sebab tu dalam kepala otak nak cepat keje, dapat duit sendiri. Pertama moga dapat bertahan sedikit melepaskan duit kepada orang yang sepatutnya diberi. Kedua, kemudian baru rasa nikmat duit gaji sendiri. Dah lupa dah rasa betapa seronok duit ada dalam bank hasil sendiri keje sampai ikat perut makan maggi. Ketiga, menabung tu dah pasti untuk masa depan. Keempat konon dah penat hadap buku, hadap paper final so nak keje. Kelima tak sabar nak cuba nasib dalam bidang lain. :)



Bercuti pun nak!


OH TAMAK!


Moga dipermudahkan segala urusan. Lagi-lagi fyp yang dah naik menyampah nak hadap ni. Moga insaf dan penat bagi error berjela dekat aku. Tq.




October 17, 2012

Kerja Lain Vs Jadi Bibik.

Dalam perjalanan nak balik rumah dari Perak rasa sedih nak tinggalkan rumah kedua selama dua tahun setengah tu. Tak cukup sedih rasa menggigil pun ada. gererr gererr gererrrr..... *tak tahu sound effect apa tu
Gigil bukan sebab apa pun. Air conditioner kereta yang even bukak paling kecik tapi kelebatan hujan kat luar tu buat rasa sejuk tahap maksimum macam nak pengsan. Serious cakap tak tipu.

Sedih sedih dan sejuk sejuk pun tapi the first thing that I was talking with encik Abah dengan puan Mama is,




K E R J A.




acecehhh. konon je kan.
eksaited gilee berazam tinggi nak mencari kerja cuti ni. tapi bila dah duduk cuti kat rumah jadi bibik ni rasa malas nak keluar. Mama kata tak payah cari jauh jauh. dalam kawasan bandar ni je dah cukup.
errr.... baru je nak merasa kerja satu banggunan tempat kerja dengan mama pastu lunch sesama, balik sesama. sweet tak? sweet tak??

bila dah macam ni alamak aihh..tak tahu kenapa malas dah pula nak kerja. haha! tu lah berangan jenin sangatt. tapi sebab nak sangat beli 'benda ni' so tetap juga bertekad nak kerja.

nak achieve sesuatu kita kena ada something to motivate ourself. that's what we call the need of achieve. dah masuk subject Entrepreneurship dahhh niiii. -.-'

Duduk kat rumah ni bukan goyang kaki. dah nama pun bibik so everything dekat rumah ni memang aku lah yang buat. except for susun pinggan dengan buat breakfast. cuci pinggan I don't really mind tapi nak susun pinggan memang kerja tu dah di cop adik.
Tunggu aku buat breakfast memang encik Abah tak makan pagi jawabnya sebab encik Abah selalu keluar rumah pukul 6.15 ke 6.30 pagi.


Anyway tetap juga,


rindu    Sri Iskandar!













eh. ni bukan Sri Iskandar. ini kawan dekat Sri Iskandar.





ini Kampus Sri Iskandar.  :)

tak tahu nak update apa pun. tapi sebab sekarang tengah cuti and kalau tak update macam pelik je.
maaf lah ayat pun agak membosankan. I got something to do after this so toddles my dear friend.

I may update another entry about my whole journey while I was taking my diploma tapi tu semua after dapat result Insha Allah.. Assalamualaikum  :)

Kesedihan tertangguh sesaat

Banyak kali nak karang tapi mesti tak terkarang pun. Tahu tahu dah 2026. Tahu tahu dah puasa and dah nak raya.  No one can fit our shoes sel...