Showing posts with label sungai. Show all posts
Showing posts with label sungai. Show all posts

April 10, 2015

Sungai Chillin | Cerita Budak Intern

Genap sebulan jadi budak intern kat Cyberjaya. Tidaklah diri ini menyangka dah sebulan, sebab baru sebulan setengah yang lepas terbayang sekarang aku tengah duduk kat rumah tunggu satu semester habis sambil mencarik tempat intern. Or maybe tengah kerja scan barang kat kaunter 7e. KAH!

Okay. Tengah dengar radio pastu tertarik earphone. Bising satu opis menggelabah cucuk balik.

Tak nak cerita dah pasal intern. Nak cerita pasal pergi mandi sungai dekatt Sungai Chilin 8 minggu lepas. Haha teruk cerita dah basi bercendawan berkulat baru nak cerita. Rindu okay nak berblog tapi takdak masa sejak jadi orang putrajaya. Ecceehhh taknak. My hometown in my heart forever. Ok dah. Panjang intro.


Ceritanya bukan nak pergi Sungai Chillin. Pergi Sungai mana ntah. Maaf ingatan dah mereput. Tapi sebab bila pergi ada yang kata sungai tak best, cetek and tengok pun orang tak ramai, tempat tak meriah, suram je..dah confirm lah kesahihannya. Terus bukak gps carik sungai yang lain. Dapatlah Sungai Chillin ni yang memang Chillin sejuk membeku. Mana taknya, sungai mengalir dari Fraser's Hill.

Pergi sungai dekat situ memang ramai tak ingat, malas nak hengatt. Kereta beratur panjang. Nak sangattt yang meriah kan. Tapi be relax, be happy. Chill. My superhero berjaya mencari kawasan yang tak ramai orang. Boleh lah bentang tikar, susun makanan dan makan. 





Opss hero tengah mandi. XD

Apa tadi? Makan penting.






Main air puas-puas.



Dan makan lagiii







Okay nak bagi review. Sebab tak masuk pintu gerbang Sungai Chillin ni so tak tahu wujud ke tak sebenarnya tempat tukar baju. Tukar je baju dalam kereta dengan tutup satu kereta guna tikar. Hehe Kawasan not bad. Ada tempat cantik tapi kena turun tempat curam sikittt and sebab bawak bebudak kecik yang mengada takut jatuh lah bagai. Kecik lah sangat. Dah sama besar macam kakak diaorang ni, so tak pergi pun tempat cantik tu. Air sungai kat sana sejuk membeku. So far okay lah.


Nak cerita tu je. Tengah free sikit sekarang ni. Dua hari beturut datang kerja pukul 7pagi. Project kali ni susah sangat, tempoh yang dia bagi pun berapa hari je so mintak big bos pas kat senior programmer sebab diri ini yang kurang berpengalaman nak handle semua tu daripada dah tahu tak boleh buat pastu senyap jee kan. Padahal tinggal sikit je lagi, which the hardest part of the project. Isnin next week dah start event for the website and nak launch dah. Tak tahu senior yang tak dikenali tu dapat settle-kan tak. Risau gak. Tapi dah nama pun senior takkan tak boleh. Kan kann 


Ok dah. Bye. :)

Assalamualaikum.

October 3, 2014

Sungai Puteri Gunung Ledang. | Lie To Me

Tatkala semua orang duk berebut berpusu-pusu balik kampung untuk balik raya korban aku pulak menghabiskan masa dengan buat entah apa-apa benda. Hobi paling utama tengok movie dan now dah kehabisan cerita episod Lie To Me.


Lie guy boleh tunggu kejap okay. Nak cerita pasal mandi sungai.


Last few weeks pergi berjalan mandi manda sungai dengan housemates and also with my lovely classmates. ecehh. rasa awkward bila aku sorang kenal group housemates dengan group classmates nih. the thing is kawan kelas duk merlimau and aku duk jasin. nak keluar dengan kawan kelas nanti aku je sesorang naik kereta ke sana sini. thats why ajak kawan rumah so takde lah macam bosan nak berjalan.

and another thing pulak kawan rumah aku ni satu course. aku je lain course. kan dah padan muka pegi duk sesorang kat jasin ni. kawan rumah berjalan kemana balik kelas, aku duk rumah buat apabenda ntah pun aku tak tahu. kahkah *gelak sadis kat diri* okay tutup buku. so sebab tu kalau keluar mesti nak dengan kawan rumah. tu je nak cerita yang pepanjang tu.

sila menjamu mata tengok keseronokan kami mandi sungai dekat Gunung Ledang ni. hewheww








Kata pergi mandi sungai tapi sebelum nak mandi tu terpaksa ber-jungle trekking nak cari port yang tak ramai orang. pergi masa public holiday. sesak tak payah cakap lah. 


Orang lain sampai terus terjun, 
kitaorang sampai bentang tikar makan dulu.
Sungai tak lari mana. HAHA 








 














Balik rumah berselubung dengan selimut sebab sejuk air sungai yang mengigit gigit kulit. hamboii metafora. semakin tua ni semakin tak tahan sejuk. dulu watlek watpeace je sejuk. sekarang sikit-sikit rasa nak demam. mengada-ngada.


Overall sungai dia best. Kena pandai carik port. Bersih sebab waktu mandi tu ada nampak orang kutipkutip sampah. macam volunteer. kalau volunteer memang respect-lah kat dia. menjadi volunteer mengutip sisa sampah orang yang tak ada tanggungjawab pikir nak senang je hidup. rasakan kau kepedasannya.

nak masuk sungai ni kena bayar ikut kepala. parking dalam pun kena bayar. nak jimat park luar tapi lepastu jauh sikit la jalan. toilet waktu lenggang 20sen. bila ramai tibatiba dia naik jadi singgit. silap mata.



Okdah, cerita Lie To Me pulak.


Mula mula tak tahu pun ni cerita apa, pakai copy je. Well siapa students tu tahu lah benda biasa kan. Lagi lagi ayat, "nak copy movie!". "ada cerita best tak?", "bawak hard disk? nak movie.".

Tak suka pun tengok cerita yang ber-episod ni tapi cuba lah tengok satu episod Lie To Me and apparently dia bukan lah cerita bersambung. Lebih kurang macam cerita Dr. House. Satu kes after another. Apa yang beza between this two story, cerita ni pasal Dr. Lightman yang boleh baca air muka orang. Menipu ke, cakap betul ke, terkejut, remorse, happy without smiling, semua dia boleh baca. Apa yang sama, dua doktor aku suka. kahkahkah muka tak payah ensem, umo tak payah muda, tengok perwatakan je cukup.


Suka lahhaiiii sampai every day wajib bukak satu episod sebab bestt cakap lu. haha over excited. sesiapa yang ada cerita ni meh la hulur sini satu season. tak elok simpan sendiri. hehe





Kesedihan tertangguh sesaat

Banyak kali nak karang tapi mesti tak terkarang pun. Tahu tahu dah 2026. Tahu tahu dah puasa and dah nak raya.  No one can fit our shoes sel...