Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

October 3, 2014

Sungai Puteri Gunung Ledang. | Lie To Me

Tatkala semua orang duk berebut berpusu-pusu balik kampung untuk balik raya korban aku pulak menghabiskan masa dengan buat entah apa-apa benda. Hobi paling utama tengok movie dan now dah kehabisan cerita episod Lie To Me.


Lie guy boleh tunggu kejap okay. Nak cerita pasal mandi sungai.


Last few weeks pergi berjalan mandi manda sungai dengan housemates and also with my lovely classmates. ecehh. rasa awkward bila aku sorang kenal group housemates dengan group classmates nih. the thing is kawan kelas duk merlimau and aku duk jasin. nak keluar dengan kawan kelas nanti aku je sesorang naik kereta ke sana sini. thats why ajak kawan rumah so takde lah macam bosan nak berjalan.

and another thing pulak kawan rumah aku ni satu course. aku je lain course. kan dah padan muka pegi duk sesorang kat jasin ni. kawan rumah berjalan kemana balik kelas, aku duk rumah buat apabenda ntah pun aku tak tahu. kahkah *gelak sadis kat diri* okay tutup buku. so sebab tu kalau keluar mesti nak dengan kawan rumah. tu je nak cerita yang pepanjang tu.

sila menjamu mata tengok keseronokan kami mandi sungai dekat Gunung Ledang ni. hewheww








Kata pergi mandi sungai tapi sebelum nak mandi tu terpaksa ber-jungle trekking nak cari port yang tak ramai orang. pergi masa public holiday. sesak tak payah cakap lah. 


Orang lain sampai terus terjun, 
kitaorang sampai bentang tikar makan dulu.
Sungai tak lari mana. HAHA 








 














Balik rumah berselubung dengan selimut sebab sejuk air sungai yang mengigit gigit kulit. hamboii metafora. semakin tua ni semakin tak tahan sejuk. dulu watlek watpeace je sejuk. sekarang sikit-sikit rasa nak demam. mengada-ngada.


Overall sungai dia best. Kena pandai carik port. Bersih sebab waktu mandi tu ada nampak orang kutipkutip sampah. macam volunteer. kalau volunteer memang respect-lah kat dia. menjadi volunteer mengutip sisa sampah orang yang tak ada tanggungjawab pikir nak senang je hidup. rasakan kau kepedasannya.

nak masuk sungai ni kena bayar ikut kepala. parking dalam pun kena bayar. nak jimat park luar tapi lepastu jauh sikit la jalan. toilet waktu lenggang 20sen. bila ramai tibatiba dia naik jadi singgit. silap mata.



Okdah, cerita Lie To Me pulak.


Mula mula tak tahu pun ni cerita apa, pakai copy je. Well siapa students tu tahu lah benda biasa kan. Lagi lagi ayat, "nak copy movie!". "ada cerita best tak?", "bawak hard disk? nak movie.".

Tak suka pun tengok cerita yang ber-episod ni tapi cuba lah tengok satu episod Lie To Me and apparently dia bukan lah cerita bersambung. Lebih kurang macam cerita Dr. House. Satu kes after another. Apa yang beza between this two story, cerita ni pasal Dr. Lightman yang boleh baca air muka orang. Menipu ke, cakap betul ke, terkejut, remorse, happy without smiling, semua dia boleh baca. Apa yang sama, dua doktor aku suka. kahkahkah muka tak payah ensem, umo tak payah muda, tengok perwatakan je cukup.


Suka lahhaiiii sampai every day wajib bukak satu episod sebab bestt cakap lu. haha over excited. sesiapa yang ada cerita ni meh la hulur sini satu season. tak elok simpan sendiri. hehe





May 17, 2014

kil me or not #random

Untuk pertama kalinya dan sesungguhnya dan seikhlas hatinya insha Allah this feeling won't change in future yang aku.. menunpang gembira orang lain punya kegembiraan. such a lame. hengat nak cakap apa kann. hahaha the time will come. :)



dua kali copy, dua kali delete cerita KIL till today copy buat kali ketiga sebab dah follow redza minhat punya twitter terus terasa nak tengok cerita tu when before this tak pernah rasa nak tengok.
Sukaaa sangatt the times when kil dengan zara sit together at the bar table lepas tu borak borak rasa macam sweet sangat. tak rasa macam lakonan. rasa the conversation that they both had tu bukan atas penghafalan skrip.






it was totally a good movie macam movie talent time. simple yet have lots of value. the dialog wasn't totally in Malay which is good jugak. buat rasa tetiberr nak speaking jugak. its good right for someone like me who wants to improve their English but never have a chance to practice walaupun guna malay+english. selalu ragu ragu.

dan yeaa. belajar hargai hidup ni and jangan buta kan mata tak nampak orang yang nampak kita. #cewahh kau ingat twitter nak hashtag? pedulik apa.

lepas tu tiba-tiba jugak rasa nak pergi hiking lagi walaupun banyak susahkan orang.
selfish tak? :P i didnt mean to. :(
lepas tu balik hiking macam cendawan jewawat keluar. sewonok betul jewawat tuu.


ok dah. random post je ni sambil tunggu orang sambil menghupdate sambil dengar lagu citinuralija yang baru, Jaga dia untukku. kena betul dengan sekarang sambil menunggu orang.


October 9, 2012

Keterujaan me-release-kan Tension yang Menghempap.

Tadi dah habis layan 3 cerita sederett tak berhenti. Itulah yang dinamakan men-rubish all the things yang duk hafal untuk exam 2 paper tadi.  ;P Pagi dan petang. 2 paper yoo.. Sakit kepala nangis nangis menjawab pagi tu. Petang tu jadi semacam asyik nak gelak pulak. Seram I dengan I ni you know..

Sepatutnya nak exam tu kena faham apa yang belajar tuu. Bukan duk menghafal. Tapi sebab terlalu nervous dan takut nak menghadap dua paper kirakira in one day and kena hafal formula yang tidak disediakan maka pilihan yang ada cuma menghafal sebaik mungkin. 

Dalam keadaan macam ni nak nampak huruf A tu memang dah tak nampak dah lah kan. Tinggal mimpi je lah. Wuu~



Dalam banyakbanyak cerita tadi yang bebanyak sangat tengok tadi tuuu.. (banyak sangat ke tiga tuh?) ada tengok cerita 'Love, Nora'. Auwww... The title already told everything kan kann? XD 

ouh. tak ke? -..-' 

Cerita tu is not really best pungg sebenarnya. tapi sebab kehadiran jejaka yang konon orang Italy padahal dia Cina M'sia membuatkan hati ni tersangkut janji tak reput dengan cerita tu. Huahuahuaa ;D Tak sangka saya tersuker dekat si dia pembaca berita ntv7, Will Quah.






Teringat sesuatu. 
Haritu konon tergila dekat Jang Geun Suk. Tapi bila tengok dekat folder album kawan and nampak nama JGS tu boleh pulak rasa macam, 

"Macam pernah dengar nama Jang Geun Suk ni. Siapa neh? Penyanyi ke?"

Terok benor peminat kerkonons fanatik JGS ni. Kasehan dia bermilikkan peminat seperti aku. 


Sambung balik cerita tadi.
Tak habis lepas rindu dekat laptop, sambung pula dengan cerita 'Lock Out' yang menimbulkan sedikit keterujaan sebab cerita tu cerita ala ala the imagination of the producer in future tentang kewujudan penjara di angkasa lepas pada tahun 2097 kalau tak silap. Tapi banduannya mak datuks. Sangat feeling dengan watak mereka. One word. Tanjung rambutan. Eh. Itu dah 2 words. hehehh -..-
But then bila tengok hero dia eh ehhh... muka macam pernah nampak jer nehh. 


Guy Pierce ada iras Will Quah.
Saya terpesona lagik!

adakah selepas ini semua orang akan kelihatan seperti WQ? ouh tidaks tidakss. kalau begitu bersama banduan lah saya ke tanjung rambutan arahnya nanti.



Tak sedar dah pukul 2.30 pagi. Cukuplah membengkakkan mata pagi bebuta ni. Esok bangun awal kita study okayy. Nite and assalamualaikum. :)



Poster bahasa German. ini saja yang termampu. Ahakss ;P

April 18, 2012

Dapat suka dari jauh cukuplah. :D

tak merancang pun untuk menulis lebih dari satu entry hari ni tapi lepas tengok cerita Impian Raya Emelyn tiba tiba terdetik hati dahku untuk menulis sesuatu disini. >.<

yea saya tahu itu cerita bersiri raya tahun lepas. almaklumlah tinggal jauh dari rumah tak dapat tengok tv. :(
saya tahu saya ketinggalan, terlambat.



sebab tu



saya.....




habis tengok kesemua episod dia hari ni. 



YEAYYY! XD



maaf maaf. tiada apa yang perlu dibanggakan pun cuma terasa seronok sebab cerita dia yang tergedik gedik manja itu  menyampahkan plusss best. :D






Emelyn reminds me to myself yang pernah suka seseorang dari jauh. awww~ XD
sangat sweet! :)  rasanya lebih bahagia suka dari jauh dari budak sekarang yang tak habis habis update status sakit hati putus cinta putus couple.

ommaiii... zaman kanak kanak anda sangat tak menyeronokkan.



kepada adik adik yeaa..akak nak nasehat sikit neh. toksah kejar sangat cinta sekarang. korang budak lagi kot. kawan kawan then suka macam tu, macam tu je cukuplah.
cuba pandang depan dan lihat..

jauhhhhh...... lagi perjalanan adik.

okay boleh ambil baldi dan wek wekk sekarang.
tahulah saya tak ada ciri ciri nak jadi penceramah bebas. ciss.


7 tahun Emelyn menunggu Akil. saya tak sehebat Emelyn.
saya dapat tunggu 4 tahun je. acecehhh..LOL   XP

okay tutup cerita. bye. :)

July 20, 2011

Kena tengok. [Movie]

if I was you.. I'll watch this movie!


A girl who was trap by a guy that she really loves. Semua tagline dalam movie ni terbaekk dan sangat sangat sweet walaupun tagline dia simple and bukanlah quotes yang mahal mahal dari penulis novel or penulis quote yang terkenal.. I'm wondering if there was really exist couple yang macam ni. Sweet sangadd. Some of the tagline are sound like this,


Guy: Do you believe with  love at a first sight?
Girl: Nope.
The guy leave with sad face and come back to this girl.
Guy: How about second sight?  :)
Both of them smiling.  :)


Guy: Are you a movie?
Girl: Nope. Why?  (curious)
Guy: Because I'm never bored watching you. :)

and also this Thailand movie.. Crazy Little Thing Called Love.


A junior girl with weird ugly faces falling in love with this kind handsome smart senior boy for 3 years at her school. She finally have the confident to make a confession because she already do everything she can to attract this boy like follow the instruction of a book, "How to got love from your senior" if i'm not mistake, trying to be beautiful, got the first place in academic, become a brass band leader and many thing. But then some unexpected thing happen.. I think korang patut tengok kalau nak tahu kisah selanjutnya. hehe..

There was a scene like other people would wait when the heroine is ugly. Make-Over! While everyone gaps for her beauty, this boy looks on nonchalantly, mumbling that she looks the same. huh? seriously korang takkan sangka yang.. okey. tu je. saje nak bagi tertanya-tanya.

emm..I cry while watching this movie. hehe.. >.<

lagi satu. dua dua cerita lamaa. bukan cerita baru pun. Other movie I already watch is 321 Cinta, Kung Fu Panda 2, Karak, Penanggal dari astro, Kekasihku Is Setan also from astro. Almaklumlah. kat kolej tak ada tv kann. sedih bukan?  haha.. :)

Kesedihan tertangguh sesaat

Banyak kali nak karang tapi mesti tak terkarang pun. Tahu tahu dah 2026. Tahu tahu dah puasa and dah nak raya.  No one can fit our shoes sel...