Showing posts with label Jasin. Show all posts
Showing posts with label Jasin. Show all posts

December 25, 2014

Majlis Pra Graduan

Oh hai and assalamualaikum

Lama gilos tak update sebab benda yang sama je dilalui setiap hari. Kalau diri sendiri dah bosan apatah lagi nak cerita kat orang. Lagi extra bosan bila orang tanya rutin kita. Sebenarnya taklah bosan mana tapi sebab tak suka nak cerita exactly the same thing pasal apa yang kita buat kan kann..

Esok! genap setahun jatuh motor retak bagai tu. haha yupp its on Christmas. Petang natal yang hujan dan agak lebat and then bamm! jatuh sesal tak berguna nak elak kereta depan punya pasal.

Just in a few days nak masuk 2015 and not much thing that happened. Tengok kan dah kata..tak ada cerita. bosan bosann.. bla bla blaa.. hahaha tapi minggu lepas ada dua benda yang jadi. Lunch untuk pra graduan and also trip pergi menara TM. Dah nak habis belajar baru lah nak rapat and serlahkan perangai tak senonoh memasing. Lambatt betul. Hahahh


So cerita pasal Majlis Pra Graduan, MPG first. Held dekat Hotel Plaza Ramada. dekat je dengan kampus bandaraya Melaka. But for us yang duk Jasin it takes almost 40 minutes. Paling tak boleh lupa dari rumah 6.30am keluar rumah, around 8 sampai and we have to wait till 12 for food. Kelaparan yang tak boleh lupa. Oh yeah. Our MPG bukan on dinner but lunch. Untuk yang tak breakfast ni kira brunch lah.


Dulu coursemate masa diploma. 
Lepastu classmate
and now degree, housemate.


Muka muka anti sosial haha

1 2 3 smile!

anddd back to phone. -_-
hamagaaddd


Housemates

     








6A buddies 
Taman Maju babes

Shortly it was fun. Walaupun kena drive because of some things and problems yang tak dapat nak elak so I help my taman maju babes. baikkan baikkann? kah!
The food kat Hotel Plaza Ramada tu was okay lah. Dewan makan cantik. Persembahan best, overall bestt! Semua tu free so takyah comment bebanyak. Datang, sumbat mulut, bergamba ber-selfie, create memories and done.


Sampai rumah tak tahu apa yang penat sebab terus tido tak sedar diri.
What did you expected?

Kenyang, penat, tido lah kan?


 takk boleh buat menantu. hahahh


October 3, 2014

Sungai Puteri Gunung Ledang. | Lie To Me

Tatkala semua orang duk berebut berpusu-pusu balik kampung untuk balik raya korban aku pulak menghabiskan masa dengan buat entah apa-apa benda. Hobi paling utama tengok movie dan now dah kehabisan cerita episod Lie To Me.


Lie guy boleh tunggu kejap okay. Nak cerita pasal mandi sungai.


Last few weeks pergi berjalan mandi manda sungai dengan housemates and also with my lovely classmates. ecehh. rasa awkward bila aku sorang kenal group housemates dengan group classmates nih. the thing is kawan kelas duk merlimau and aku duk jasin. nak keluar dengan kawan kelas nanti aku je sesorang naik kereta ke sana sini. thats why ajak kawan rumah so takde lah macam bosan nak berjalan.

and another thing pulak kawan rumah aku ni satu course. aku je lain course. kan dah padan muka pegi duk sesorang kat jasin ni. kawan rumah berjalan kemana balik kelas, aku duk rumah buat apabenda ntah pun aku tak tahu. kahkah *gelak sadis kat diri* okay tutup buku. so sebab tu kalau keluar mesti nak dengan kawan rumah. tu je nak cerita yang pepanjang tu.

sila menjamu mata tengok keseronokan kami mandi sungai dekat Gunung Ledang ni. hewheww








Kata pergi mandi sungai tapi sebelum nak mandi tu terpaksa ber-jungle trekking nak cari port yang tak ramai orang. pergi masa public holiday. sesak tak payah cakap lah. 


Orang lain sampai terus terjun, 
kitaorang sampai bentang tikar makan dulu.
Sungai tak lari mana. HAHA 








 














Balik rumah berselubung dengan selimut sebab sejuk air sungai yang mengigit gigit kulit. hamboii metafora. semakin tua ni semakin tak tahan sejuk. dulu watlek watpeace je sejuk. sekarang sikit-sikit rasa nak demam. mengada-ngada.


Overall sungai dia best. Kena pandai carik port. Bersih sebab waktu mandi tu ada nampak orang kutipkutip sampah. macam volunteer. kalau volunteer memang respect-lah kat dia. menjadi volunteer mengutip sisa sampah orang yang tak ada tanggungjawab pikir nak senang je hidup. rasakan kau kepedasannya.

nak masuk sungai ni kena bayar ikut kepala. parking dalam pun kena bayar. nak jimat park luar tapi lepastu jauh sikit la jalan. toilet waktu lenggang 20sen. bila ramai tibatiba dia naik jadi singgit. silap mata.



Okdah, cerita Lie To Me pulak.


Mula mula tak tahu pun ni cerita apa, pakai copy je. Well siapa students tu tahu lah benda biasa kan. Lagi lagi ayat, "nak copy movie!". "ada cerita best tak?", "bawak hard disk? nak movie.".

Tak suka pun tengok cerita yang ber-episod ni tapi cuba lah tengok satu episod Lie To Me and apparently dia bukan lah cerita bersambung. Lebih kurang macam cerita Dr. House. Satu kes after another. Apa yang beza between this two story, cerita ni pasal Dr. Lightman yang boleh baca air muka orang. Menipu ke, cakap betul ke, terkejut, remorse, happy without smiling, semua dia boleh baca. Apa yang sama, dua doktor aku suka. kahkahkah muka tak payah ensem, umo tak payah muda, tengok perwatakan je cukup.


Suka lahhaiiii sampai every day wajib bukak satu episod sebab bestt cakap lu. haha over excited. sesiapa yang ada cerita ni meh la hulur sini satu season. tak elok simpan sendiri. hehe





June 26, 2014

I am a good girl *mukasuci*

Assalamualaikum XD

senyum tu kan sodokah. walaupun sambil taip ni tak senyum pun tapi anggap je la aku bagi salam tu sambil tersenyum sampai tertutup mata. :P

dalam duk dilemma tak sudah last post haritu tetiba dapat jugak balik sebab mama comel tersayang tanya, tak balik ke? lajuu je amek baju sumbat dalam beg capai kunci start kete isi minyak 40hengget zupp balik rumah. >.<


muka happy nak shopping baju ghaye



semester ni im being such a good girl.
tak de carik gaduh. tak ada bad mood memarah tak tentu pasal. tak de ngumpat sebab most of my time i just sit at my room, doing my fyp. lepastu kalau tak puaih hati ka, tak suke ape ke i just keep it by myself. i am controlling myself dengan sangattt baik. :O  takjub dengan diri sendiri. haha sungguh tak percaya.


ada 3 kemungkinan:

  1. sebab dah tua so behavior tak sementah dulu. eceh!
  2. sebab something that has changed
  3. sebab ni semua sokojap jo. next sem datang balik le perangai tu. 
cont. 1. bila dah tua sedar tak sedar kadang dah rasa malas nak layan negativiti diri sendiri dengan sekeliling. bila malas jadi pasif sikit la berbanding masa muda duluu. 

cont. 2. bila ada ubah something in daily life or ubah status kee. hiks *malugedik* besar probability dia nak jadi penyebab kenapa jadi baik semacam ni. 

cont. 3. tak tahu which one but for sure i was hoping that good girl will stay more longer. lagi best kalau dia tak pergi langsung. but me, myself just convince myself that this is only temporary. harharharr. see just in a few days lagi this good girl might be gone mad. joking! 



sebenarnya nak post something yang bermanfaat dan berfaedah or critics on current news macam pasal mak budak OKU tapi mood tak sampai. next time maybe. 
till then. nak nyanyi lagu all of you. kbye. toddles.



June 20, 2014

short update #serabutserabai

Dah lama tak tulis sampai rasa kekok. Rabu next week dah start first final paper and yet I still cant believe that my fifth semester going to be end like 20days more. Serious tak percaya. Jasin ni pun tak habis explore lagi padahal kecik je pekan Jasin ni.

Andd..


Sebab study week tak ada so I have some problems with myself and with my own self only. Rasa hati macam nak balik tapi takut tak cukup hari je nak study and plus I dont even hve money bila dah balik sini balik. Habis kat minyak dengan tol pergi balik puncak je nanti. Nak berjimba I told ya I've got no money left yoo. Nak balik rumah nenek and again money.


I feels like to spend my time with anyone in this world that can make my heart happy. Rasa macam something wrong somewhere and something is missing tapi tak tahu apa. :( or maybe I know why but I try to ignore it. Haishh sakit jiwa camni. 

Semalam habiskan separuh hari pikir pasal benda ni je. Apabenda laa.. lepas tu end up keluar konon nak carik cd untuk replace video mandarin yang tak ada suara tu tapi lepastu merayau. Bukan lah exactly merayau pun. Melencong tempat lain yang sah sah tak ada jual cd sekeping 70sen. HAHA mengarut je qila.

Sekarang ni rasa macam nak tidoo je tak nak bangun. Bila habis final nanti baru nak bangun. Sedih betul kat diri sendiri. -_-

March 14, 2014

Journal Minggu Kedua Jasin.

Baru lepas minggu kedua. baruu jee...
minggu kedua. =.=

Kenapa terasa macam dah sebulan. tapi tak terasa sangat macam sebulan. sebab tak belajar apa sangat pun. haha ;P apa ni kejap lama kejap tak. belajar chapter yang pertama still tak lepas-lepas lagi disebabkan ujian kehidupan. ehemm.. ujian kehidupan kohonohononnss *konon*. lampu tak ada lah. nota tak lengkap lah. buku tak ada. macam macam.


Sepanjang dua minggu ni banyak duduk bilik sebab nak keluar tak rela nak habiskan minyak kereta. duduk dekat shah alam yang naik bas pun rasa tak cukup duit apatah lagi ni kena drive sendiri tak ada passenger boleh tong duit minyak. tak. sendiri. kadang orang tak faham keadaan kita kan. duit minyak ulang alik dah sama macam duit makan.

buat cerita sedih. cukup. tak kesian langsung.



cerita pasal gambar la kan.



Pupu tidur bajet ala Superwoman. Mimpi tengah terbang lah tu.
Kodi yang selalu dibuli dipanjat disepak dengan Pupu.

Ini tikus sayaa! HAHA kura-kura okay dik. bukan tikus.

Memang dah lama angan-angan nak bela binatang yang senang nak jaga buat jadi kawan, jadi penghilang stress. terima kasih Pupu yang aktif macam tikus suka buat tuan hang geram dengan hang sebab aktifnya tak menggambarkan macam kura-kura dalam cerita kura dan arnab.

Pupu suka bila orang sua tangan kat dia sebab dia tahu orang nak angkat dia keluar dari balang.







Ini bukan sebab diet ni makanan macam ni tapi sebab nak makan sayur. bila masak untuk diri sendiri tak seronok nak buat sup sayur, sayur tumis cuma untuk sendiri makan. salah satu alternatif nak makan sayur buat sarapan or makan tengah hari. semua rebus. senang gilos tak payah nak tumbuk potong bawang nak tumis tumis.







Siti Hidayah Idrus kata saya macam mak datin. HAHA serious rindu day. rinduu rinduuuu!

pakai shades ni bukan nak berlagak mak datin pun. memang satu keperluan sebab Jasin yang panas nokharomm nya cuma yang duduk kat sini je tahu. Letak kereta seminit kat luar bila masuk balik kereta dah panas dah dalam tu. -..-


buat masa ni ini je yang mampu nak cerita. baru teringat kena tidur awal sebab ada aktiviti nak buat esok. till then, assalamualaikum. :)


March 7, 2014

DuaDua | Di tengah kelapa sawit.

Akhirnya! akhirnya! baru dapat online dekat laptop yang dah berjasa dari diploma lagi ni.

Satu haribulan tiga yang lepas dah jadi dua puluh dua tahun dah. kalau tengok orang lain yang umur 22 ni at least nampak lah muka orang 22. gaya pun macam orang umur 22. aku? mimpi mimpii. sampai sekarang tak caya dah 22. macam mana entah nak terima kenyataan dah tua. tahun ni langsung tak ada meraikan apa-apa. macam tahun lepas juga. tapi hadiah best. peti ais. hahaha! tak ponah rasanya orang dapat hadiah hari lahir peti ais. ni pun alang-alang pindah rumah sewa dekat tengah kelapa sawit ni kannn..



itu muka orang umur 22 bajet ayu.
*muntah hijauu*
happy belated birthday to meee!


oh yea. dah pindah pun kat tengah kelapa sawit. walaupun tak lengkap kampus kat sini tetap pelajar kena datang sini. lecturer tak pindah lagi tak apa. yang penting student tu kena pindah dulu. belajar dengan dinding pun tak pe. pelajar fakulti sains komputer yeaa. makmal ada tapi tak ada komputer pun tak apa, wifi ada tapi kelajuan tahap siput pun tak apaa. gile memerli aku ni. bukan memerli, menyatakanya sahaja. ;P


kiri kanan hijau.
selama 15 minit kalau pecut, jalan macam ni lah yang dilalui ke kampus.





kononnya nak terima seadanya kampus kat sini tapi kirim salammm bila dah fikir pasal fyp yang kena mula dari semester ni. T.T broadband pun dah tak pakai sebab nak bajet guna duit untuk minyak kereta sebab tak ada kemudahan kenderaan awam kat sini dan jalan pun bahaya. *nangis sekali lagi* T_T


begitu dan begini lah perasaan berpindah kampus baru di buka di negeri yang tak hujan dari bulan 11 tahun lepas ni. " Ya Allah, kau turunkan lah hujan rahmat di negeri Melaka, Jasin ini dan kau permudahkanlah urusan pembelajaran kami di sini. Aminn.. " Jangan skip hokayy. kita doa sama-sama. >.<


Untuk diri, tolong dan tolongg sesangat-sangat buat yang terbaik dan termampu. Jangan malas dan kurangkan perkataan bosan. sejak menetap kat Jasin ni entah berapa puluh kali sebut perkataan tu. Jadi lebih bersemangat nak menapak ke kampus yang jauh setiap hari, kurangkan sikit rasa malu tu, ingat pesan mama dengan abah dan lebih berhati-hati duduk kat sini.  :)


Kesedihan tertangguh sesaat

Banyak kali nak karang tapi mesti tak terkarang pun. Tahu tahu dah 2026. Tahu tahu dah puasa and dah nak raya.  No one can fit our shoes sel...