Masuk 2016 dah rasa macam tak adil kalau
tak mencoret sebab dah lah berzaman tak update.
Banyak nak cerita ni. Rasa tamak pun
ada. Lepas tu ending-nya kita simpan je semua cerita tu sebab biarlah rahasia.
HAHA kedekut.
Nak tahu boleh tanya sendiri what.
Sambil kita duduk melepak, mengopi,
kita cerita sok sek sok sek. Menjemah sikittt. Cerita serious lepastu gelak
sakan.
Ah! Lama tak macam tu. Anak dara
pemalas nak keluar rumah, malas nak melepak memang macam ni kan.
Lepas ni dah tak dapat nikmat duduk
sendiri.Sebenarnya duduk membujang pun malas ya ampun nak keluar rumah. Rela
duduk bilik marathon cerita korea, Retun of Superman, takpun marathon movie mat
sallehhh.
Bila cuti sabtu ahad, buat keje dan
tugasan sebagai anak sulung iaitu melipat kain 2, 3 bakul sambil tukar-tukar channel. Bila tv tu kena kacau
rasa nak ngamuk. Merajuk naik atas tinggalkan kain tak lipat bergunung depan
tv. Tapi bila dapat sambil tengok tv, sambil lipat kain gaya macam mamak
menebar roti canai. Miahahahahh melampau betul gambaran tu.
Kat kepala ni. Banyak simpan harapan.
Cita-cita ada la jugak banyak. Tak tahu nak langsai bila. Itulah sadisnya jadi
orang pengecut nak mengorak langkah ke cita-cita sendiri. Takut nak cabar diri
sendiri. Tapi in shaa Allah akan ada something that will trigger myself to be
brave and pursue my dream. Cewah cewahh
Ni post pertama 2016 so harapan untuk
tahun 2016 ni semoga muka kekal babyface dengan itu berjayalah mengelak diri daripada
soalan “bila nak kahwin?”
Ada jodoh ada lah kita kan bae.
Ada jodoh ada lah kita kan bae.
Seru jodoh sampai menutup mata.
HAHAHA nak gelak pegang perut sebab
aku sendiri tak kenal siapa bae aku tu. HAHAHA
perasan.

2 comments:
lama betul nak update hahaha
busy la you. keje. bulan depan free sikit sebab tak keje. hahaha :P
Post a Comment