June 5, 2012

Cukup Tersentap?

It is not easy for keeping yourself things yang duk terngiang dalam hati bila tak ada orang untuk di ajak ber-gossip bersama sebab semua orang tengah BUSY SANGAT kan. 

aku pun macam dah lama tak sentap sentap dalam belogg yang kian suram ni.


last week aku ada post satu entry but then aku hide entry tu. 
terciptanya gubahan karangan (ohmaii ayat) tu sebab masa tu tengah dalam proses melupakan sesuatu yang before that ada melekat dalam kepala and I was thought it won't change anymore.
tapi terbukti takdir telah merancang sesuatu yang berbeza untuk diri saya. (ayat kau. again omg.)


rasa macam begitu terhina diri saya ini tewraserr diperlakukan sedemikian rupa. (propa melampau)
kemain lagi kann nak main hide and seek. 
anyone? cukop pedas chilli ni?



I was trying to keep my mouth shut so you wont get hurt for anything that I said.
kau pon tak cakap teros terangg apa yang kau nak sebenarnya. cakaplah suka si mulut murai. senang kan. nanti aku carikkan lah sekor burung murai. 

want to protect-lah, nak jagalah.
kononnya.


lepas tu nak fikir dulu lah, tak seiring lah. 

memang dalam hal ni kau je yang berfikir. aku duk rumah ni tak ada fikir apa pun macam orang tak tahu apa apa kannn. macam tak tahu apa yang jadi. macam tak nampak apa yang berlaku.




terlalu banyak menyimpan.
maybe this is the consequences.


it's okay. 
belajar dari pengalaman. 
lepas ni jadi Joyah lah kot.

June 1, 2012

Puding Roti Berlemakss dan Menyelerakan. ;D


Assalamualaikum.

Dah 2 hari berturut turut semalam dengan dua hari lepas kanak kanak riangg kat rumah ni yang sedang bercuti sekolah dan menjadi double and triple rianggg buat puding roti.

makanya saya pun tumpang sekaki, setangan, semulut dan seperut lepas puding tu dah siap.
lepas tu perut pun bernyanyi kegirangan sebab kekenyangan. XD






sejak cuti ni asyik update pasal resepi dan makanan je kan.
tertanam terkuburlah niat dahku untuk berdiet. mimpi lah nak jadi kuruih.
duduk rumah memang tak boleh nak cover makan sebab permintaan makanan yang sedap sedap oleh adik aku bila tiap kali tanya nak lunch apa.

tak apa. nanti bila start new se... eh. tak nak cakap apa apa. nanti tak jadi lagi. -.-'

okay, okay. mari berkenalan dengan puding roti dan memulakan operasi.







yang atas ni puding roti yang sama macam yang kat atas.
jasa aku dengan puding ni cuma susun roti tu dalam loyang konon nak nampak cantik lah en, dengan buat chocolate syrup tu je.
ada orang comment sedap. kembang semangkuk ceq tewrasehhh. haha :D




ni percubaan kedua. nampak dah kan beza permukaan dia. jangan lah tengok kehangusan dia. tengok permukaan roti tu yang disusun dengan kulit roti yang dah di potong. -.-'




dan yang ni disusun berselang seli dengan jagung dan mentega.

macam biasa bila dah tayang makanan yang dah dibuat mesti ada resepi kat bawah sekali.
selamat mencuba yeeaaa. ;D



BAHAN-BAHAN
  • Roti 
  • * 2 biji telur ayam
  • * 1 sudu besar butter - cairkan
  • * 1/4 cawan gula (equals to 50gram) 
  • * 235ml susu cair - nak guna fresh milk pon boleh (aritu me guna fresh milk, sedap je..)

CARA-CARA

  1. Blender kesemua bahan yang ada bintang *. Cuba rasa kemanisan dia. Kalau kurang, tambah gula atau susu kalau nak melemakkan perut yang sedia berlemak.  jokingg ;D
  2. Potong tepi roti dan susun roti dalam loyang. Ikut lah creativity nak susun macam mana. nak koyak koyak roti tu ke or nak susun macam tu je ke. nak susun tinggi tinggi macam klcc pun bolehh.
  3. Setiap kali susun satu tingkat, jirus dengan bahan yang di blender tadi. Susun dan jirus dan susun dan jirus. Jirus bukan renjis yea. 
  4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan sehingga keperangan selama 20-25 minit dengan suhu 180 C. Tengok lah warna dia cukup coklat dan cucok dengan lidi. Tak sure tunggu sampai hangus. Kompem sangat dah masak tu. -,-'
  5. Angkat, hidang dan ngap..hehehe..

kalau nak buat yang jagung punya tu, beli jagung dalam tin. separuh dari dalam tin tu blend kan sekejap dengan bahan yang di blend. yang selebih nya di seling selikan dan disapu mentega.


Coklat syrup tu paling senang di dunia!

Buat double boiled. Masukkan 
mentega secukup rasa, 
susu manis secukup rasa dan 
serbuk koko secukup rasa. nak guna coklat bar pun boleh tapi kalau coklat bar yang bersusu dah tak perlu tambah susu. 

aku ikut sesuka hati aku jee. letak serbuk koko campur nan milo. -.-'
Paling sedap bila makan dengan eskem. wahhhh! XD





May 31, 2012

Didi Khadijah. :)

Gambar sebelum balik kampung.


Assalamualaikum.


capturing some pictures with Didi. nama nak modern je kan. nama penuh dia,

Norain Khadijah Binti Zulhisham

Untung dia nenek yang bagi nama tu.



entah tak tahu dari mana dia belajar benda benda yang aku masa umur dia pun tak tahu apa maksudnya. 
dia tahu apa tu couple, clash. bebudaks zaman sekarang kan. 

aku tak ajar pun okay dia benda tuhh. sempat pula lah kan aku nak ngajar dia while aku pun always ada kat Perak. aku berlagak harimau adalah. but since dia macam dah pro dengan benda benda tu, aku jadi suka pulak ngadu domba dekat dia sekarang.

kat sekolah dia memang ramai peminat. selalu dapat surat. selalu kena ngorat.
haishh. adik siapa lah ni kan. lalala~


she is such a good listener. 
I told her everything that happened to me. benda benda yang aku risau or sedih or happy. bila nak gila gilaa pun dengan dia je lah. kalau dengan yang lagi sorang tu memang dia tak faham cara gurau kasarr kitaorang pastu dia merajuk sampai muncung mulot tu boleh sangkut baju.


ada satu hari tu bagitahu dia pasal status aku. guess what how she react with it.



"Yeayyyyy!! :D "
"Eh. Kenapa suka pulak ni?"
"Sebab dia tak deserved untuk qila pun."
Then dia senyum sampai tak lekang dari bibir. 
-,-'



okay. this is for my adik adikk.
Sorry kakak tak boleh nak protect korang bila korang in trouble, kena buli or anything yang berkaitan dengan anasir anasir jahat neh sebab kakak tak ada kat rumah. Tapi kakak percaya korang boleh protect diri korang dan tahu how to handle it.  :)

Mana tahu?
sebab susah nya nak percaya adik adik kuh yang ganas ganass ini di buli. tak mungkin. =.=



ouh yeah. signature for both of us is, hidung kembang.
*mesti nak scroll atas tengok gambar hidung kembang ke tak enn. trololololll ;P

*we will make some video tomorrow. :)

Risau Kata Orang. Tentang Diri.

Lupakan with all the fact things yang berwarna warni yang di buat tu. Benda yang di list kan tu kadang apa yang dirasai, while people will said a different thing about me.


Entah lah. 

selalunya orang cakap, apa pedulik tapi itu lah perkara yang akan aku risau.
Risau. Dengan kata orang.

tiba tiba sekarang jadi risau sangatt.
risau dengan comment orang tentang diri ni.

Aku aware.
I might look like bodo bodo, diam and jenis tak amek port. orang main main cakap aku macam tu dan ni. aku pun gelak sakan terbahak bahak sekali tapi sebenarnya dalam otak memory dah record dah kunci siap mangga warna pink sekali lepas tu play like a thousand times dalam otak.
*motip mangga warna pink sebab suka pink. heh.

pernah tanya dengan gegirls kat kampus.

aku: kau rasa aku macam mana?

gegirls: biasa biasa je.

baca tu. saya cuma gadis biasa. gadis semasa. *nak jugakk.
cuma luar biasanya satu je. mesra alam bukan aku.
I mean susahlah nak mesra.

oh lagi satu. janganlah kata kau tahu dan kenal aku kalau kau tak cukup setahun tepat berkepit dengan aku.

Muka nak persis Hulk je kan.

past few weeks I had a problem with this person berkaitan dengan habit aku yang payah nak bukak mulut. cuba nak minta tolong with this few friends that I close tapi sayangnya hahahh! rasa nak nyanyi lagu Ramlah Ram, Sesaat Kau Datang. -,-'



Posted via Blogaway

May 29, 2012

Kampung. Tak boleh ditandingi dengan tempat lain.

Jadi makin jarang update kat blog ni sebab hari hari yang tough pada hari yang lepas membuatkan hati lebih memberontak nak update dekat blog lagi satu. Terbukti terasa lagi selesa update dekat blog yang tak ada sorang pun tahu tu. :)


Anyway, nak cerita pasal Jumaat yang lepas balik kampung kat Johor.


Yeayy! It was really fun. :D
Lebih seronok dari hari hari cuti yang lain. betul neh! tak tipu.

Tujuan balik kampung sebenarnya sebab nenek dengan atuk nak buat kenduri doa selamat dengan bacaan Yassin. satu kebiasaan family balik kampung bergotong royong kalau ada kenduri kendara. Mama dengan Abah siap ambil cuti few days untuk tolong kat kampung.


kalau dah kat dapur bergotong royong tu memang benda normal bila jadi bising. kecoh nya mak aihh tak payah cakap lah. kadang boleh gelak tak henti kat dapur tu. instead of kena mengerah tenaga dan tension kena buat kerja kupas bawang berpuluh puluh bijik sampai nangis nangis, semuanya jadi benda yang seronok.  :)


tengok nenek dengan atuk gaduh gaduh. haha  -,-'
dengar celoteh mak cik sedara. :)
then mesti ada satu incident which yang kelakar gilaa macam haritu sepupu yang sakit mata tak habis habis langgar orang kat depan dia. tapi bila tiba bab makanan yang di sorok dia nampak jee. =.=
jadi makin suka bila anak buah sepupu yang umur setahun tuu ada. >.< dia dah setahun baru aku dapat jumpa. sadis sungguhh.


I bet takkan dapat punya rasa semua ni dekat tempat lain.
dengan dikelilingi orang orang yang kita sayang. :)


aku ni jenis short term memory kot. tapi tiap kali balik kampung tak pernah lupa apa yang jadi.
siapa lagi yang kita nak ingat kalau bukan orang yang kita sayang. siapa lagi yang kita nak sayang lebih kalau bukan  saudara kita sendiri.









kadang kalau ada sakit hati, makan hati, terasa hati, anything yang melibatkan hati lahh. The best thing to do is just forget about it sebab kadang kita yang salah, kita rasa diri kita betul tapi tak dapat nak menerima while actually orang yang kita benci tu buat semua tu sebab sayangkan kita.



Dunia makin tua, mati kita tak tahu bila. 
Allah sedang menguji kita.
Takut terkilan tiba tiba.
Maafkan lah selagi mereka masih ada.

Kadang meminta maaf tak bermaksud kita yang salah. Kita cuma mengalah.
Dan mengalah tak bermaksud kita lemah. Kita cuma... beralah.
Beralah dengan permainan dunia.



May 22, 2012

Biskut untuk Ustaz.

'Ustaz, biskut ni kakak saya buat. Harap-harap sedap dan ustaz suka.'


that is what Aishah wrote on her hand made card yang disertakan dengan biskut yang mama suruh aku buat for the Teacher's Day gift.




satu bulan lepas.
sebelum intersessi aku jemput Aishah balik awal sebab dia demam. kebetulan her class teacher which the same Ustaz yang aku cerita kat atas tu tengah mengajar. dia tunjuk Aishah kat mana. a few days lepas tu Aishah balik dari sekolah dengan penuh semangat dan berkobar kobar dia cerita dekat mama dengan aku,

"Qila, ustaz kata qila cantik."

aku, "Dah kenapa dengan Ustaz Aishah tu."
mama senyum then tanya, "Ustaz Aishah dah kahwin dah?"
Aishah jawab, "Dia dah kahwin dahhh."
mama, "Cakap dengan ustaz, isteri ustaz nak letak manaaa nanti?" 






semalam Aishah balik. nampak muka aku terus dia bercerita lagi.

"Qila, qila. Aishah dah bagi biskut tu kat ustaz."
"Habis tu kenapa?"
"Lepas ustaz baca card adik tu dia terus peluk bekas tu."
aku pun, 



"HAHAHAHAHAH!!!!"




gelak tak hengat dunia. apa motif aku gelak kuat kuat? aku pun tak tahu.
haha. :D
alaa..biasalah tu gurau gurau dengan anak murid.






anyway, biskut tu memang senang yang tersenang teramat amat nyee dan sedap.. rasanya tak ubah macam biskut Amos Famos. boleh lah korang try buat kalau agak agak rajin tu kan. terutama yang duk goyang goyang kaki kat rumah tu jee. tolong terasa, tolong terasaaa. >.<


Bahan-bahan ( 70-80 biji )
-  250g mentega
-  280g tepung gandum
-  10g serbuk koko
-  150g gula kastor
-  ½ sudu kecil esen vanila
-  ½ sudu kecil soda bikarbonat
-  2 sudu besar susu tepung
-  2 sudu besar tepung jagung
-  1 biji kuning telur
-  100g sebarang kekacang (walnut, badam, hazel, gajus, etc, yang dicincang)
-  100g coklat cip
-  Secubit garam


Cara-cara
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko dan garam ke dalam bahan yang dipukul tadi. Kemudian kacau hingga rata.
4. Masukkan coklat cip dan cincangan kacang. Kacau rata.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
6. Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam balang kuih.



atas ni resepi asal.
tapi kitaorang ubah kurangkan gula then tak letak coklat cip tapi salut biskut tu dengan coklat. esen vanila pun tak letak sebab ada lah budaks tu alahan dengan vanila.

okay lah. kepada yang nak mencuba, best of luck. :)

Assalamualaikum.

May 17, 2012

Another 8 Facts About Lala.

lagi 8 perkara tentang saya.
tekan sini untuk 12 perkara.


13. Suka semua jenis genre muzik. Slow music, jiwang karat, dangdut, screamo, hindustan, nasyid. hee.. ;P
14. Tak mudah to get along dan bermulut banyak in short time with some people.
15. Suka gelak kuat kuat and behave macam budak kecik dengan adik adik.
16. Tak suka pun nak mintak benda bukan bukan selain pertolongan dalam masa paling terdesak.
17. Dikenali as Mata Warna Warni. Land mark saya. -,-'
18. Pernah melakukan perkara yang agak extreeme pada orang yang tak disukai.
19. Waktu tidur macam budak kecik. Pukul 12malam is too late.
20. I love food. Huuuu.. XD




Kesedihan tertangguh sesaat

Banyak kali nak karang tapi mesti tak terkarang pun. Tahu tahu dah 2026. Tahu tahu dah puasa and dah nak raya.  No one can fit our shoes sel...