Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

May 29, 2012

Kampung. Tak boleh ditandingi dengan tempat lain.

Jadi makin jarang update kat blog ni sebab hari hari yang tough pada hari yang lepas membuatkan hati lebih memberontak nak update dekat blog lagi satu. Terbukti terasa lagi selesa update dekat blog yang tak ada sorang pun tahu tu. :)


Anyway, nak cerita pasal Jumaat yang lepas balik kampung kat Johor.


Yeayy! It was really fun. :D
Lebih seronok dari hari hari cuti yang lain. betul neh! tak tipu.

Tujuan balik kampung sebenarnya sebab nenek dengan atuk nak buat kenduri doa selamat dengan bacaan Yassin. satu kebiasaan family balik kampung bergotong royong kalau ada kenduri kendara. Mama dengan Abah siap ambil cuti few days untuk tolong kat kampung.


kalau dah kat dapur bergotong royong tu memang benda normal bila jadi bisingkecoh nya mak aihh tak payah cakap lah. kadang boleh gelak tak henti kat dapur tu. instead of kena mengerah tenaga dan tension kena buat kerja kupas bawang berpuluh puluh bijik sampai nangis nangis, semuanya jadi benda yang seronok.  :)


tengok nenek dengan atuk gaduh gaduh. haha  -,-'
dengar celoteh mak cik sedara. :)
then mesti ada satu incident which yang kelakar gilaa macam haritu sepupu yang sakit mata tak habis habis langgar orang kat depan dia. tapi bila tiba bab makanan yang di sorok dia nampak jee. =.=
jadi makin suka bila anak buah sepupu yang umur setahun tuu ada. >.< dia dah setahun baru aku dapat jumpa. sadis sungguhh.


I bet takkan dapat punya rasa semua ni dekat tempat lain.
dengan dikelilingi orang orang yang kita sayang. :)


aku ni jenis short term memory kot. tapi tiap kali balik kampung tak pernah lupa apa yang jadi.
siapa lagi yang kita nak ingat kalau bukan orang yang kita sayang. siapa lagi yang kita nak sayang lebih kalau bukan  saudara kita sendiri.









kadang kalau ada sakit hati, makan hati, terasa hati, anything yang melibatkan hati lahh. The best thing to do is just forget about it sebab kadang kita yang salah, kita rasa diri kita betul tapi tak dapat nak menerima while actually orang yang kita benci tu buat semua tu sebab sayangkan kita.



Dunia makin tua, mati kita tak tahu bila. 
Allah sedang menguji kita.
Takut terkilan tiba tiba.
Maafkan lah selagi mereka masih ada.

Kadang meminta maaf tak bermaksud kita yang salah. Kita cuma mengalah.
Dan mengalah tak bermaksud kita lemah. Kita cuma... beralah.
Beralah dengan permainan dunia.



March 30, 2012

I'm not a good adviser when it comes to...

Ada seseorang itu yang tengah melalui kesedihan yang terlampau lampau. kesedihan yang sama aku lalui almost half years yang lalu. I have no idea what to tell that person how to be cool with it.
bukan cuma dia tapi my others friends also have been through almost the same thing.


tak akan lah aku nak kata,
"Rileks sajaa. lama lama lupa lah tu okay. :) "

lama lama lupa? aku pun tak lupa lagi how can I say something like that?


or bagitahu,

"Kalau dia baik dia tak kan tinggalkan kau. Dah lah. Tak usah susah hati sebab orang jahat cenggitu. "

jahat? memang boleh kata macam tu tapi lepas tu sama gak perahsaan tu kan. buruk macam mana pun, cinta itu kan buta. sendawa kuat kuat pun nampak macho. kentut bau busuk pun jadi wangi. fikiran kurang waras pun nampak normal. ahakss..



mungkin boleh kata,
"Dia tu tak layak walau untuk setitis air mata kau tau."

setitis air mata? aku pun dah perhabiskan berbaldi baldi air mata. macam mana nak kata kat dia jangan nangis.


"Why don't you kill yourself?"

bagusnya nasihatkann. memang berhasil. you will completely forget about them sebab ur brain is DEAD. not only your brain. you also will be dead.  -,-





lihatlah pandanglahhh....
I am not good in giving an advice. when people tell me about their broken hearted, I can be a listener and I always have a pleasure to hear it but to make they feel good with giving advice...I don't know how to do it. 


as for me, if I feels like to throw things or scream or knock my head, I will 
  • take a bath then nangis. after that pampered myself
  • solat and pray to Allah and while doa tu crying like gila gila punya leebih dari biasa
  • baca Yassin sebab orang kata ayatnya ubat penenang jiwa
  • having some conversation yang boleh buat rasa ini chill and happy



sangat sedikit kan bendanya..
maybe you can share with me how to go through all the things yang susah nak keluar dari kepala ni so I can tell my other friends. 
that's all I guess.
Assalamualaikum. :)






February 9, 2012

Kahwin Muda.

Assalamualaikum.

terasa berbelah bahagi bila habis ceramah Kahwin Muda hari tu nak tulis sesuatu tentang ceramah tu.
kalau tulis, kejap lagi ada berkata aku dah gataii nak kahwin. -.-'
calon pon tak ada lagi wehhh. ceth.

ni melalui pefahaman aku lah sebab aku cuba concentrate seboleh yang mungkin while the others gelak ter kekek kekek sebab Ustaz tu punya ceramah memang kelakar tak henti.








kahwin muda or nikah muda tak ada hukumnya. tapi kahwin/nikah memang ada hukumnya which you should know about this sebab everyone supposed already have learnt this masa sekolah menengah dulu.



Hukum Perkahwinan


  • Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
  • Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
  • Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.
  • Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat.
  • Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.





hukum bagi nikah muda tak ada cuma digalakkan mengikut hukum yang telah ditetapkan. tapi kalau nikah muda banyak sangat kelebihan + kebaikan + pahala.

Daripada menjadi kekasih berpegangan tangan mendapat dosa, kalau nikah bila pegang tangan berguguranlah dosa dosa kecil dari celah pegangan tangan suami isteri tu.
boleh naik motor sama sama, boleh dating, boleh bertepuk manja. semua dilakukan tanpa dosa malah mendatangkan pahala.






“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.” (An-Nur : 32)




maksud ayat di atas ni adalah janji Allah s.w.t kepada kita. kalau takut kahwin sebab tiada harta, Allah beri kekayaan kepada orang yang sudah nikah itu.



Andaikata boifrennn duduk jauh or tengah belajar tapi ada niat nak bernikah. jangan risau, kita ada cara yang lain untuk selesaikannya!




Have you ever heard about nikah gantung?




nikah gantung ni ialah pasangan yang bernikah tetapi tinggal berasingan dan nafkah masih belum ditanggung si suami tetapi ditanggung keluarga. ni cuma akan berlaku bila ada persetujuan kedua belah pihak. bila dua dua pihak setuju makanya tidaklah perlu risau tentang nafkah zahir dan batin.


sebut tentang nafkah zahir dan batin.

nafkah zahir is nafkah yang everyone already know tuuu. tahu kan? tahu kan?

takk? -.-'  nafkah zahir yang bagi duit makan segala tu lah.



and nafkah batin adalah sangat interesting.  :)
boleh tak jangan pikiaq kotor?  =.='

nafkah batin is not all about tidur malam tu je wokehh. nafkah batin juga adalah bila si suami boleh menggembirakan hati si isteri.
isteri yang mengandungkan anak hang, siapkan makan minum hang, yang melayan hang. tak boleh ka hang memahami isteri hang dan mengembirakan hati dia? eh. lebih lebih lak si penulis ni.


sebab tu untuk berkahwin perlunya ada dua perkara and you will be happy forever with your hubby mubby lubelyy. 2 perkara je. tak banyak pun.




Akhlak


&

Ilmu





berkahwin dengan ada dua perkara ni Insyallah lebih banyak bahagia dari derita yang mendatang.

banyak sangat yang boleh diceritakan tentang kahwin ni dan kahwin ni sesuatu yang sangat sangat membahagiakan. bunyi macam pernah experience lah pula kan? -.-'

itu je. kalau sambung lagi memang tak habis.


ni semua sekadar berkongsi.
banyak sangat lagi yang kurang dalam ni dan kalau ada yang salah silalah beritahu saya yaa.. ;D

terima kasih atas kesudian membaca. :)
salam.

February 1, 2012

2012 Kiamat. Sejauh Mana Kebenarannya.

Asslamualaikum.

Minggu ni dengan minggu depan memang banyak sangat ceramah yang sangat menarik perhatian tajuknya. jadi malam semalam pergi ceramah dari Imam Muda Ashraf tentang '2012 Sejauh mana Kebenarannya.'
Secara jujurnya aku pun tak tahu apa tajuk ceramah malam tu sebab terlalu banyak ceramah yang dianjurkan sampai aku jadi konpiuss. -.-'

selagi masih ingat lagi tentang apa yang diperkatakan oleh Imam Muda kita, izinkan saya kupas selapis demi selapis tentang isu ni. cewahh. ada gaya lah kan?


.............................................................................................................................


Ustaz Ashraf kata tajuk ni agak berat, bukan berat apa. takut cuma 5 minit je beri ceramah...dot dot dott.

faham ke idak? takut baru 5 minit beri ceramah lepas tu ki.. haihh.. tak mampu nak jelas secara terang terang. buat buat faham je lah.



bila semua orang sibuk perkatakan tentang kiamat terjadi pada 2012, lagi lagi dengan iklan syampu yang macam har....  tu aku macam ambil masa sama ada nak fikir benda tu betul akan terjadi atau pun semuanya propaganda semata mata. lastly aku pegang pada satu benda je. ni berlaku sebelum pergi ceramah lah.

menilik ni one of the way to predict what would happen in future. sedangkan menilik sudah terang terang dikatakan haram dalam Islam. apatah lagi kita nak kata Kiamat akan berlaku pada tahun ni, 2012 pada tarikh sekian sekian. tapi tidak pula aku menidakkan berlakunya kiamat pada tahun ni. kita tidak mengetahui.

sedangkan Rasulullah s.a.w. yang mengetahui dan champion kepada segala perkara ghaib tidak mampu nak menjawab tentang persoalan kiamat. apatah lagi kita walau sebesar semut pun tak setanding dengan Baginda.


kiraan di buat pada kitab rujukan kita, Al-Quran yang seolah menunjukkan pada satu tarikh yang ada pada tahun ini dan Ramadhan kita jatuh pada hari Jumaat juga tahun ni. banyak andaian yang dibuat tapi semua tu, wallahualam..



“(Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut.” Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah al-A’raf, ayat 187).



Semestinya, sesuatu yang mustahil bagi manusia membuat kiraan untuk mengetahui tarikh sebenar bila berlakunya hari kiamat.


Ustaz kata, untuk apa kita sibuk sibuk untuk semua itu? buat apa kita terlalu sibuk tentang Freemason dan dajjal. Ramai sangat yang obses dengan benda tu semua. dari sibuk tang tu semua, elok pertingkatkan iman sebab kiamat kita tak tahu bila tapi mati itu pasti.


nak tahu lagi banyak?


semua ni di karang ringkas untuk dikongsi sambil kita saling mengingatkan dan memberitahu kepada sesiapa yang masih tertanya tanya tentang 2012. itu sahaja.

terima kasih atas kesudian membaca.
Salam. :)

January 27, 2012

Kamu Very Important Person.

Assalamualaikum.

Memiliki laptop tapi sering mati bila empunya laptop tengah syokk tengok movie pluss online sekali membuatkan hati baran, sama sahaja macam macam bila 'VIP' kita malam tadi tidak datang malahan boleh bersuka ria. bagus ini punya orang.


EHEMM!



sila bertanya kepada orang yang lebih mengetahui sebelum menyebarkannya supaya tajuk ini menjadi lebih panas macam nugget goreng yang bakal group kami jual untuk DiskFest nanti. just kidding! :D
ouh yeah. silalah jenguk gerai kami kalau anda berada berdekatan dengan fakulti kami nanti. ewahh. macam semua orang tahu je keberadaan aku ni siap nak menjemput orang. dirahsiakan. sekian. ;D


jadinya malam tadi kasihan kepada yang terpaksa menunggu selepas test. patutnya boleh balik bilik or rumah then baringkan kepala yang sakit sebab perah otak or online or tengok movie orrr dengar radio online DJ Gunsou Meow Rero Rero kita. Tapi masa tu semua dibuang untuk menunggu orang tu yang memang tak nak datang.

minta penjelasan tapi tak nak bagi. tujuan meeting tu diadakan bukan nak menuding jari nak tunjuk salah siapa siapa.


wahai kamu, you know who I'm talkin about right? 

yang mencabar mahu jumpa face to face tu siapa agaknya? walaupun terang berderang dengan cahaya spotlight putih ramaiii yang agak kurang senang dengan kamu tapi rakan kamu menasihati kami untuk tidak boo or buat benda yang tak patut pada malam semalam sebab kamu seorang dan kami ramai. kenapa berkamu kami nih? -.-'

we just want the explanation. okey tu je. mungkin sedikit nasihat yang agak keras akan dilemparkan tapi dude. kata muhasabah diri. tapi tiada kesan apa apa pun? or you didn't really know the meaning of MUHASABAH tu. sila google meaning then think about it again okengg.

sekian. terima kasih membaca dan salam. :)

January 15, 2012

Hantar Rumah Orang Tua.

Assalamualaikum.

such a nice day that I have today.  :)  actually almost everyday. not only today.

Sedang asyik study tadi, cewah wahh. Tak adalah asyik sangat sebab tak dapat nak jawab banyak soalan.  -.-' tak apa. usaha tangga kejayaan. :D sila sambung kembali,
tengah study sambil tu dengar radio. lepas tu terdengar ada sorang macik ni cakap tentang hantar parents pergi rumah penjagaan orang tua. dia kata,


"tak apalah hantar mak bapak pergi rumah orang tua. apa salahnyeee? pagi kita hantar, petang kita ambil. macam sekarang ni. parents hantar anak mereka pergi taska. pagi hantar, petang ambil. sekurangnya diaorang gembira ada kawan kat sana. kita hantar pagi then ambil petang tu. tak salah pun."



it is not exactly like that all the words that she said tu. tapi itulah isi isi dia. menekankan isi hantar pagi, ambil petang tu.

and I was like..aa..
even though it is not the whole day and the rest of their life kat situ tapi macam something wrong somewhere tentang apa yang dilakukan tu.

mana dia tahu parents happy bila kena hantar pergi rumah penjagaan orang tua tu cuma sebab dia ada kawan?
zaman sekarang memanglah parents hantar anak anak pergi taska. dah masing masing kerja siapa nak jaga kat rumah. itu sekarang punya cerita. dulu ada ke macam tu?
"ibu dengan bapak nak pergi tanam padi ni, duduk taska elok elok yeaa."  -.-'


apa punya pemikiran? lucunya dunia ni.




apa salahnya biarkan ibu dan bapa yang tua tu kat rumah sepanjang hari?
lain lah kisahnya kalau mereka dah terlalu tua dan sakit. memang kena ada yang menjaga.


lagi menyakitkan hati bila dapat tahu ada yang hantar terus bulat bulat suruh rumah orang tua tu jagakan then tak ambil langsung dah.  :'|



Rasulullah s. a. w. bersabda,

          "Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya
 akan tinggal bersama aku (Nabi s. a. w) di dalam syurga."

January 5, 2012

Kawan. Baru tegur sikit dah melawan balik.

langsung tak menafikan kita as a human being, manusia di muka bumi ni tak terlepas dari buat salah dan silap.

bila seseorang tu memberi nasihat pada orang lain dan sometimes dia memetik sabda sabda Nabi dan rakan seperjuangan Nabi I always imagine that person mesti baik budi pekerti dia, sopan, bukan jenis mengata dulang paku serpih, bagus orangnya. :) sejuk hati, sejuk mata, luas tangan terbuka nak buat calon isteri atau suami.


malangnya lain yang aku nampak pada seseorang ni. 

sebab tu penting kadang kadang untuk kita ukur baju kat badan sendiri. betul ke aku guna pepatah tu?

susah nak jumpa orang yang muda dewasa atau kata lain remaja 20-an yang rajin menyampaikan pesanan Nabi dan catitan sahabat baginda dekat kawan kawan dia. tapi kalau perangainya macam aaa.... 
jadi tak rela aku nak tengok muka penyampai, sekadar memasang telinga untuk mendengar. 

pernah aku tegur si dia ni tapi dia lawan balik. bukan aku tak cakap elok elok. sebelum ni orang selalu mengata dia tapi aku tak lah termasuk dalam parti pembangkang ni. bila terkena kat hidung sendiri
hamekk kau! 

hampir hampir pupus keayuan aku ni nak tersebut perkataan yang.. you know what I mean kan? B word dan F word. penat okeyy menjaga mulut dari perkataan tu semua bila telinga ni jadi selesa dengan perkataan yang tak elok disebut tu. bukan perempuan je tak elok, lelaki pun nampak tak senonoh sebut perkataan tuh.



diharapkan kepada sesiapa yang mengerti dan mengetahui I just hope that someone can advice him dengan berkesan. kalau ramai ramai bersepadu lagi bagus. barulah dia tahu bukan seorang je annoy dengan dia. sebab dah terlalu ramai yang membentangkan tajuk ni bila jumpa.

itu sahaja. salam. :)

December 31, 2011

Tak geli ke?

One of my friend wrote about this thing on her blog. dan secara kebetulannya masa ontheway pergi hospital tadi pun that is what yang aku perasan. aku pun tak tahu sama ada selama ni memang dia dah ada kat situ sepanjang jalan dan berlonggok kat tepi pokok atau pun baru baru ni dia baru wujud?

perkara yang lebih kurang sama masa pergi mandi pantai kat PD haritu. baru nak cecah laut tiba tiba ternampak.... urm.. I don't know if I should say it or not. bagi hint je lah.
benda itu sangat menjijikkan yang digunakan oleh si comel secara pakai dan buang. HAHA :D sumpah geli. oleh itu, instead of merugikan duit mama stay kat situ tapi tak mandi, kitaorang pergi sejauh yang boleh dari 'benda' itu dan mandi. omagaddd. I love you mama! *tibatiba -.-*
aku bukan jenis mudah phobia. cuma terkejut je 'benda' tu ada kat situ, and still aku mandi juga. ehemm. laut tu seluas lautan okey. perlu ke describe? buktinya aku masih hidup harini. =.='

kat PD. muka dua orang tengah tu mintak tapak tuu.

enough about that moment yang mengezutkan tuh.
sambung yang sepanjang ontheway pergi hospital. that is what I saw. sampah.
orang sebok pasal artis pakai seksi, kahwin muda nak kecoh, turunkan bendera ehem ehemm, budak hot sombong gile, ombak rindu tak habis habis, sampah masyarakat macam sampah. tapi benda yang paling simple in our life pun orang susah nak buat. buang sampah kat tong sampah.
jadi mak Jemah ber-gossip dengan angkatan jirannya cepat je kan. apa ada hal tambah dosa lagi sebakul.


I was thinking about how to settle this problem sepanjang tu. but hey. start dari diri kita dulu. some of parents kat luar sana tu langsung tak terapkan nilai murni macam
  • jangan buang sampah ikut tingkap kereta. 
  • simpan sampah dalam poket dulu, sampai rumah baru buang kalau tak jumpa tong sampah.
  • kutip sampah kalau jumpa.

lagi mengajar sebaliknya then buat depan anak lagi adalah. 
I just don't know macam mana kita boleh tak terfikir, macam mana nak hidup dengan keliling kita ada sampah. tak geli? panjang lagi ni kalau bebel. biarlah abang mata sepet kita yang cakap tentang benda ni.lebih menarikkan?  :)
kalau dah pernah tengok bolehlah tekan X yang hujung kanan tu. sekian. ;)







December 11, 2011

Social Network | Menyedihkan. Masih Lagi Ada Lelaki Macam Ni.

Dulu bila tahu je ada new social network, teros terkedek kedek nak buat account. lepas tu melambaklah email dengan notification friend request, birthday, game request and so on dari Myspace, Tagged, Friendster, Pagii dan of course Facebook. :)

kebelakangan ni Facebook semakin membosankan. silalah setuju dengan statement berani mati aku ni sebab ramai dah pun yang post status macam tu kat facebook mereka. so, daripada menghadap facebook yang penuh dengan orang yang hot hot belaka dan yang agak sombong *lagi satu statement berani mati* , aku pun beralih dan buka balik semua account kat social network yang aku ada.


Myspace memang tak akan berubah lepas kewujudan Facebook. lebih membosankan. okey, next!


Friendster. dari dulu aku tak reti nak main bendalah ni. friends pun ciput. tak best langsung. next!


Tagged. jeng jeng jengg. famous amos betol aku kat tagged. ececehh..perasan perasan. -,-
dann. penoh dengan lelaki yang 'kekurangan kasih sayang'. kalau single tak jadi masalah. panjang sikit list aku. tapi masalahnya perangai tak senonoh. gambar gambar yang membuatkan aku kena sediakan baldi awal awal tiap kali nak check friend request. bukan sebab tak handsome or seangkatan dengannya okey. ingat aku ni gila bajet hot ke Jah. ish ish ishh.. sesungguhnya saya tidak menuju ke arah itu. cewah cewahhh.. =.='

gambar mereka sangat 18XX. buta ke apa diaorang tu pergi add aku. tak nampak default picture aku ke. ke tersilap tengok default picture aku pakai short dengan tube. berlagak macam mat saleh sungguh nak bergambar macam haramm tuh.

lepas tu Senah. tak habis lagi niii gossip sakan. haritu bukak Myspace ada mamat mana entah hantar message yang mintak tapak kaki yang melekat dengan taik kucing. bila agak aktif dekat Tagged. agak banyak yang hantar message yang lebih extreme. ada satu message ni yang buat aku rasa tersangatlah bengang tahap bangang.


Az: awakk nk kiss hihi
aku : Assalamualaikum.
Az: wsalmmm
Az: awak ade pnglam s*** x nk kngsi ngn awak la
aku : benda kalau dah tahu dosa buat apa nak buat.
Az: tanye jer..


mengapa mengapaaa.. macam haram lah perangai. dah lah default picture nampak clear gila gila muka dia. berani dia tanya soalan macam tu. itu pun lepas bagi salam still lagi berani tanya soalan gila tu. nama je kerja engineer. pikiran letak kat lutut. sia sia je belajar tinggi . tukarlah ic tuh. jangan nak mengaku orang melayu. apatah lagi mengaku agama Islam. bangsa dengan agama tak rugi apa pun bila kurang orang macam tu.

sebab tu everytime bila orang tegur say Hye kat tagged aku mesti bagi salam. yang gambar tak senonoh tu free free je dapat message tazkirah pendek aku. saya memang suka sakitkan hati orang yang tak sedar diri tak berpijak di bumi yang nyata macam tu. kadang tu menunggu gak. ada tak yang berani nak lawan balik. kalau berani siap siap lah teguhkan hati dengan kata kata yang berdesing dari aku. dah terang tang tang salah, berangan nak pertahankan diri.

tapi tak semua orang kat Tagged macam tu. some of them tersangat baik. :) some of them macam yang aku tulis kat atas ni.

menggeleng kepala sampai naik teleng bila tahu ramai lagi orang orang macam tu. bila orang sibok mengutuk luaran orang lain, semua tak sedar ramai lagi dalaman mereka yang makin membusuk. terlupa lah tu letak kat mana 'malu' diaorang.

muka kalau tak boleh blah tak apa. asalkan ada adab. ni tak. dua dua hancur. -,-


dan. muka kalau HOT buat apa. baik cari yang hati 'HOT'.  :)

November 25, 2011

Dik, Kain Terselak. Seksiii.

* semalam punya hanginn baru nak post. ;D *

uh!!! sakit mata!
download dosaa. 

tengah makan makan kat food court nampak cik adik serba merah dari atas ke bawah berbaju kebaya. comel comel. kecil kecil je orangnyaa. lepas tu pegang tisu control cun borak borak dengan kawan dia. kalau kena saman jangan nak sumpah seranah yea Mak Ngah. sebab tu pak guard tak bagi pelajar pakai kain terbelah belah. bila duduk terselak habis.

kalau tegur menegur pasal seksi seksi ni ada 2 reaksi je selalunya..

  • cepat cepat betulkan kain lepas tu jeling orang yang menegur.
  • buat tak reti lepas tu kutuk macam orang yang tegur tu bajet baguss.



nak memberi nasihat tak semestinya kena orang yang betul betul baguss.
kalau dah terlebih bagus kata bajet bagus pulak.
kalau kurang bagus kata poyo bagai hapee dah.

pemikiran memang mesti macam tu ke?


mak ngah pergi kelas pakai mini skirt je lah lain kali. dah alang alang nak bagi nampak kaki yang mulus dan licin tu kan. tapi tak bolehlah kan.. terlupa pula kampus kita nehh kolej laki perempuan dah lain lain. tempat makan pun asing asing laki perempuan. ni pulak nak pakai mini skirt. pakai lengan pendek nak pergi makan pun tak boleh kann. lupa pula yekk. tukar kampus je lah ngah.


.....................................................................................................................



aku jeles? mana tahu aku jeles ni dengan mak ngah tuu? takut lelaki pandang mak ngah je?
kantoi habis bersepah air muka aku.

ceth. tak ada nak jealous langsung pun lah. kalau lelaki nak pandang dia pun sikitt tak hairan. lelaki pandang orang kata rezeki masa kali pertama tu. ada yang menoleh dua tiga kali dah lain ceritanya tuu. ada yang memang pandang sekali tenung lama lama. ada gak yang pandang lepas tu habis kau mak ngah famous dalam blogg! lelaki pun ramai yang tulis pasal pemakaian perempuan sekarang. kau hengatt lelaki sekarang macam dolu dolu.

tak nak banyak pun. pakai sopan cukupp.
kita sama spesies. kau nak ke kena tegur dengan spesies yang lain then terlerai keayuan, menyerlah kemarahan? jatuh saham.

okey. sekian terima kasih.

*mak ngah di atas bukan untuk seorang je. siapa siapa yang patut lah.*

November 6, 2011

Baguslah Buat Aku Macam Tu.

Aku percaya kat kau wehh. tapi senang senang kau cerita kat orang lain pasal benda tu kan. kau tak reti kan nak hormat orang lain? kau fikir pasal diri kau je. nak perhatian orang lain kau heboh benda tu. nak ada bahan untuk ngumpat, kau amek tajuk pasal diri aku. kau ingat aku ni apa. batu kau nak buat macam tu?? kalau dah sempit sangat ruang untuk aku luahkan dekat kau, apesal kau tak cakap je dari awal awal??? bila dah sempit sangat then kau memperluaskan balik ruang tu dengan cerita kat orang lain. bagus betul perangai kau. memang tu cara kau berkawan dengan menggelakkan aku belakang kawan kau yang lain kan KAWAN. maaflah aku tak ada kawan perangai macam kau. and please, behave yourself.

sekadar gambar hiasan.
credit to Yasmin. :)
okeyy. jangan gabra mahupun gubra. segala words di atas sekadar rekaan semata mata. pernah lah aku nak cakap macam ni kepada kawan ku yang molek sikapnya itu. tapi aku tak buat pun. ;P inilah yang dirasai oleh orang orang yang kepercayaan dia yang senang senang kena koyak. tapi rasanya ayat diaorang lebih terbakar, out of control dan banyak F word yang digunakan. haha :D normal bila seseorang itu tengah marah betul.

a few months ago I feels like being betrayed by my friend. of course lah kawan kan. siapa lagi yang akan khianat selalunya kalau bukan kawan. marah teramat sangat sampai tak boleh nak fikir. otak jadi blank bagai apa dahh.


ramai yang bila terlalu marah diaorang suka update status kat fesbuk ba alif ba ya lah, F words, segala ayat yang teruk teruk. aku pakai gak kalau dah marah tahap mendidih. tapi tak adalah sampai update kat status. sebut terus je kat orang tu. tak suka update kat status macam tu sebab bila aku tengok orang buat benda tu. tulis perkataan yang gilee harsh tu, aku rasa macam.. 



"perlu ke maki kat sini?" *sambil angkat kening macam Ziana Zain. 



okey fine. aku tak perlu baca kalau tak suke status tu. tapi tak ada nak fikir ke apa orang anggap bila kita tulis tu semua? okey okeyy. kau tak pernah nak pikir apa anggapan orang, suka hati kau. tapi pikir la orang yang kenal parents kau then apa orang akan kata tentang parents kau.

sebab tu aku suka berbasi basi bila karang ayat nak marah orang or kenakan orang or perli orang secara tersurat dan tersirat. jangan sia sia kan pelajaran Bahasa Melayu yang dipelajari selama 11 tahun. :)

dan dengan status yang aku update yang bukan bukan tu kalau tak suka nengok, delete je aku. 


October 27, 2011

Journal for today: Gagal Tapi Lulus? | Nafas Terakhir.

Assalamualaikum.

Aku biarkan blogg ni untuk beberapa hari sebab tak ada idea langsung nak taip apa. kalau ada pun, mesti masa tu aku lebih cenderung kepada perkara yang emosi terlebih yang kemudiannya diterjemah ke dalam blog ini dan menjadi sesuatu yang banyak merepek dan banyak membebel. huaaa... macam sekarang. =.='

so, pagi tadi aku menyambung lesen aku yang gagal pada motor tapi lulus pada kereta tuh beberapa bulan lepas. yang paling tak boleh tahannya tuu bila dapat tahu aku orang kedua untuk test jpj. teros jantung berdegup laju gilee macam baru jumpa orang yang dicintai. macam tu lah rasanya kan? :)
dan keputusannya aku lulus. yeayy!!!

camwhore dulu sebelom pergi.
nampak terujakan? -,-
dalam ontheway nak sampai rumah dah plan bukak je pagar rumah terus nak lompat lompat masuk rumah ambil pinggan makan nasi sebab lapar sesangad sangadd. tapi dalam duk happy happy tuu sesuatu yang menyedihkan hati berlaku. :'(

i just can't believe i can be that soo emotional looking to my two little rabbit dead. dan lagi satu pula tengah nazak. :'( teros lupa perut tengah lapar. yang mampu buat cuma lihat sampai baby rabbit tu mati, menghembuskan nafas tercungap cungap dan akhirnya nafasnya yang terakhir. :'| mungkin sebab aku yang suapkan susu kat rabbit rabbit tuu.

okey. dah lalu tu kita lalukan sahaja. theres nothing we can't do selain memastikan the same thing didn't happened again. switch to neutral mood back.

i have my new favourites tv programs now! :) kejap. tv program ke orang panggil? entoh.
suka betul tengok Royal Pains. dulu House, tapi macam dah banyak tertinggal. so, pagi pagi dah tercacak depan tv pukul 8pagi tengok Royal Pains. huhuhu... ;D

he soo charming. ;) *senyum gatal sat.
apa lagi nak khabarkan yea. ouh. tiba tiba teringat satu soalan ni.


"kawan kau apa khabar? semakin sexy aku nampak."


soalan memerli tu sangat menyakitkan hati sebagai seorang kawan yang dah lama berkawan dengan dia yang sexy tuu. aku nak sexy dengan roommates aku pun segan. tak tahu bagaimana dia lakukan. berubah terlalu drastik. kalau memang biasanya begitu fahamlah. dah macam kejutan budaya pon ada. nak tegur kewwwjap lagi kena sound,

"kau jangan menyibok hidop aku" 
*dgn muka pontianak kehausan darah.

yelah kiah. hidup kau, kau punye suka. di sini cuma nak khabarkan sahaja. nanti kata tak bagitahu.

terima kasih di atas, di bawah, di tepi dan di sudut kesudian membaca sampai habes.
salam. :)

October 25, 2011

Pakaian Dan Per..

Assalamualaikum.

Baju memang satu kegilaan aku selain kasut. terutamanya t shirt. gile memang gila laa.. girls. paham paham je lah. cuma yang nak di alkisahkannya di sini tentang Pakaian dan Perayaan.

credit to Google.
Esok bagi yang tak sedar adalah hari apa, esok Hari Deepavali yeaa.. Macam perayaan yang lain bila tiba masanya, semua perkara penuh dengan benda yang berkaitan dengannya.  Tapi yang macam tak berapa nak sedap tengok tu bila yang Melayu pun sama macam seolah beriya nak menonjolkan perayaan yang bukan kita punya tu.

Sebagai contoh aku tengok pengacara satu rancangan tv haritu. macam nak tepuk dahi berkali kali tengok pakaian dia. pakai sari dah satu hal. then pakai pula benda yang orang India selalu pakai dekat dahi tuu. haihh.. tepuk dahi sambil menggeleng kepala nengoknye. rasanya tak salah kalau dia pakai baju kurung je. tak perlu nak feel feel sangat sampai pakai tu semua.

credit to Google.
Kalau di minta oleh producer untuk pakaikannya tak salahkan kalau dia tolak.


kalau melakukan perkara yang baik itu boleh membawa keburukan. 
lebih baik tidak melakukannya.


bukan nak kata kita tak boleh meraikan perayaan yang lain. tapi memang TAK boleh pun. the same thing goes to 1M'sia. nak menyamakan Melayu dengan kaum yang lain. eh. dah malu sangat ke nak ngaku Melayu sampai tak ada cara lain then nak samakan dengan kaum kaum yang lain. bukannya tak boleh bersatu padu tanpa semua tu kan? orang dulu dulu boleh jee. takkan kita nak kena buat 1 M'sia tu baru boleh nak bersatu dan hormat kaum yang lain? tak paham.

okey fine itu dulu. jadi tak boleh ke kita ambil yang baik itu sebagai contoh?

bukan masa Deepavali je la. perayaan lain yang bukan kita punya pun sama. Krismas, Chinese New Year, Hari Gawai ke. yang seumpama dengannya laa.

credit to Google.
Tak cukup ke Aidilfitri yang kita sambut tiap tahun dengan meriah tu? Baju kurung kita tu kalau di pakai bukan je cantik. ayu, manis, sopan. tak cukup nak sexy yeah? sekali lagi. tak paham. =.='

October 21, 2011

Tak Pandai Bersosial. Emosi Sebentar.

Assalamualaikum.

Sementara menunggu kawan aku yang mesti lambat gilee datang, suddenly ada sesuatu yang terlintas dalam kepala aku.

aku ni tak pandai bersosialkan?


bisik sendiri sambil merasa, aku ni sangat menyedihkan.

tu yang aku rasa lah. aku berkawan dengan semua orang tapi aku prefer untuk tak berkawan rapat terlalu ramai. terutamanya kaum lelaki. tak percaya? boleh tanya budak budak lelaki yang pernah satu kelas dengan aku dari semester pertama sampai semester tiga ni.

tanya lah kawan kawan perempuan aku, kau ada number tepon si mamat ni? jawapannya selalu


ADA


kalau aku? TAK ADA. mungkin sebelum ni aku rasa cukup aku kawan dengan dia ni je. tak perlulah yang lain. sebab tahu boleh mengharap kat dia kalau ada apa apa. ngadu masalah kat dia. nak happy happy pun kat dia. nak cuba belajar gak tidak rapat dengan hanya seorang. tapi tak boleh lah. dah terbiasa pulak. dan mungkin malas kot. selalu kalau dah kawan kawan ni orang selalu pikir lain. lagi pun orang zaman ni berkawan mementingkan paras rupa dan ketebalan poket. betoll.


eh, mana ada!


korang cakaplah macam tu tapi masih juga ada yang begitu. dah macam rules dah semua tu.


  • yang taraf hot cuma berkawan dengan yang hot sahaja. 
  • yang agak biasa biasa tu tak perlulah dilayann. layan ala kadar.
  • grab orang yang cantik cepat cepat. say hi for the first time then teros tanya, nak kapel boleh?         tahhi betol.


ter-emo kejap sebab dah banyak kali kena macam tu. ingat ni zaman budak sekola menenengah boleh buat aku rasa blusher dengan pertanyaan tak semena mena tuh? kepada adik adik ku. jangan kembang yea dengan soalan begitu. jadi jangan pelik bila aku teros diamkan diri bila soalan tu ditanya. salah satu sebab juga kenapa malass nak berkawan. dan membuatkan aku berubah tanggapan dengan orang yang macam tu.

macam tergantung pulak. but i have to go sebab kawan dah nakk sampai. ;)

terima kasih mebaca entry yang agak tergantung sedikit ini. mungkin akan sambung. ;P
salam.

October 11, 2011

Strong and Limit.

I just read one of the entry in Fatin Suhana's blog. you can click on her name to see her by urself because she is really beautiful. but sayang lah to guys out there because she's already taken. if i were a guy, if and only if okey. tapi aku ni pompuan. semestinya aku ngorat die! harharharrr! :D

ouh. teros terlupa nak habaq mai. her entry inspired me to write something about this.


Strong


hah? Strong? kuat? kuat ada otot? badan yang tegap?
ehh..bukan bukan. ini kuat di dalam. :) pinjam ayat FS.


Do you know the disadvantage of being strong?

it's when people know that you are strong,
they think it's okay to hurt you,
over and over again.


terasa diperlekehkan dan dipermainkan. diperkotak katik kan. rasa macam diri tak penting.

semua orang ada limit sabar dia. limit kekuatan hati dia. talking about limit teringat pula sesuatu.

alkisahh..I have a friend yang aku tak tahu mana dia campak kemarahan dia. banyak kali dia kena kacau then buli. I mean buli secara bergurau lah oleh kawan sendiri. tapi kalau orang yang bergurau tu kena macam tu kompem kompem dah naik angin sebab gurauan yang melampauu. sometimes I heard people called him pondan and he doesn't care. he just smile. and his smile seriously meruntun jiwaa lah wa cakap. memang dalam list future husband okeyy! jk. ;P  *teringat pulak kisah yang memalukan.*

limit kesabaran dia betul betul tinggi. and he only mad bila pada masa yang sangat sangat perlu je. macam bila dia pertahankan adik dia dari di buli budak jahad. macam hero kann? hewhewwww :D  *angkat angkat kening.*

itu limit kesabaran dia. orang lain pun ada limit dia. ada yang tinggi (macam dia). ada yang rendah. (macam aku. -,- ) tapi tetap ada je yang tidak mengendahkan limit tu dan fikir dia boleh buat apa dia suka kat orang lain. diaorang jawab apa tau,


ada aku kisah? sikit pon tak herannn.


well yeah I know u have soo many many many acquaintances yang petik jari boleh jadi kawan. tepuk tangan boleh jadi bestfriend. hentak kaki dah bole jadi kekasih hati. *eh. macam lagu bila gembira lak. =.=' *
tapi sampai bila nak uji kesabaran semua orang sekeliling korang?

yang mangsa tu I know how the feeling is bila diperlakukan begitu. apa boleh buat? untuk tegur yang mereka dah melebihi limit kesabaran memang jarang ada yang nak buat melainkan yang suka straight to the point. itu bagus. bagi yang lebih suka menawarkan senyuman bila diperlakukan begitu,


marilah kita bina tembok concrete supaya limit itu tidak boleh dipecahkan. 
ayuh! :)


bukan tak berani nak menegur. tapi kita sendiri takut orang tu geram ditegur begitu. lebih teruk lagi kalau digelak gelakkan lagi. lagi sakit hati. anggap je lah praktis untuk bila dah kerja nanti. mana lah tahu dapat majikan hati panas memanjang kan..

ini last ni. dah nak habis bebel dah. peringatan untuk diri aku juga. let's think with deeply. 


kalau tak sabar siapa yang rugi?
kan kan?
jeng jeng jenggg! 


thanks for read dan salam. :)

October 8, 2011

Perempuan Semua Sama ?!

ouh my! ouh no! aku tersentap dengan statement di facebook mengenai



perempuan semua sama!!!!!!!!!!!!!!!!!!



tersentap tak? tersentap kan? okey. aku tipu. aku tak tersentap. kalau korang tersentap tak tahulah. tapi saja mencelah memberi comment pada yang update status tu sebab I have my own opinion about that. dan yang buat statement tu jangan pulak tersentap eden buat entry pasal ni. bukan hang jaa pernah cakap macam ni. saja nak buat karangan pasal benda ni.

pernah tak dengar orang cakap,


budak kelantan semua sama jeeee!!!


please lah perbetulkan persepsi anda tentang semua perkara yang cuba nak sama samakan ni. it's not fair okey. you girl. maybe u make that statement sebab secara kebetulan u met kelantan boy yang punyai ciri ciri negatif yang sama. iaitu playboy or apa apa je sikap yang tak elok. aku cakap playboy sebab itu yang selalu diperkatakan orang.

kembali kepada statetment yang hot tadi. perempuan semua sama? kemungkinan itu bad luck korang jumpa girls yang macam tu. tapi percaya laa. that bad luck will turn to the most lucky thing that ever happened sebab you will finally found someone yang lebih baik. ada hikmah tu untuk semua tu. untuk dapat yang lebih baik mestilah kita jumpa yang tidak baik dulu kan? ingat senang senang boleh dapat yang terbaik? banyak comel hang kan.


semua orang sama. kita semua sama. setiap sesuatu perkara yang jadi tu or kesilapan yang dilakukan tu berdasarkan kesalahan individu. bukan sebab dia jahat, dia suka kikis duit orang dan dia tu orang perak. pergilah buat statement,


girls perak semua samaaaa!!!


buatlah statement macam tu. aku kikis kuku korang pulak nanti kang. semua tu berdasarkan individu. ingat tu je.


Macam mana nak berdepan dengan dia?

bila perangai dia huduh sangat tegor lah elok elok. secara individu and in private. tak adalah korang malukan dia. after that perhatikan respond dia. dia menerima or dia memenangkan jugak salah dia tu. dari situ boleh nampak siapa dia sebenarnya. tapi jangan selamanya label diri dia macam tu. manusia berubah. sama ada baik ke buruk atau buruk ke baik. people change. dan biar buruk mana pon lah perangai dia tuhh. nasihat slow slow mungkin lama lama dia sedar lepas dah jatuh tuu. people tend to realize their mistake after they fall. dan cuba menerima seseorang itu dengan melihat diri positif dia. bukan dengan mencaci dia sebab buruk dia. kalau dia caci kita sebab teguran kita, cuba berlagak tenang jee. jangan melatah. we already do our best untuk diaorang.

kepada yang dapat nasihat dari orang lain tu cuba terima dengan sebaik mungkin. bukan cakap,


"ini hidup aku. aku punya suka. kau jangan kacau hidup aku!"

or

"kau tu bagus sangat ke nak tegor aku?"


come on lah. dia tegur untuk kebaikan kau. simpan ego tuu. cuba cermin. hodoh tahuu.


tu je nak habaq mai. setengah jam aku buat entry ni. *ecehh. poyo gile. -,-
nak tido dah pukul 2.55am. terima kasih. salam. :)


p/s: tak mo buat statement sensitap dah. sensitif + sentap = sensitap


October 7, 2011

Earn With Six Easy Ways Even After Death.

semalam vlogwalking. amous famous kita  Matluthfi dengan Anwar Hadi tak update lagi vlog mereka. tapii AmanWan ada update. tak lupa juga si mata sepet Shahrin pun ada update. hehe :D

kemahudian yeaa..blogwalking pula macam macam blog. paling utama blog awek cun melecun macam Hanis Zalikha. wahhh! jenguk juga blog Fatin Suhana. huarghhh! cun abess!

last sekali blog Fatin Liyana. perghhh! believe me dia sangat cun bak bulan purnama. ewahh..melebih pulakk.

lepastuh terjumpa ni dekat blog dia dan saya cume reblogg sahaja. :)


Six easy ways to earn even after death


  • Give a copy of quran to someone. Each time one reads from it, you gain.
  • Donate a wheelchair to a hospital. Each time sick person uses it, you gain.
  • Participate in building a masjid.
  • Place watercooler in a public place.
  • Plant a tree. You gain whenever a person or animal sits in its shade or eats from it.
  • And the easiest of all, share this message with people. Even 1 applies any of the above, you gain.

mungkin korang pernah baca sebab follower FL tu pun ramai hah. 30765. tapi kalau belum pernah baca silalah sebagai penambah ilmu di dada dan idea untuk menjadi lebih baik. :)


Kita kawan kan? :)

malam ni terasa nak dengar radio ERA je. tak nak tukar tukar siaran dah macam selalu. kebetulan la pulak semua lagu favorite belaka. lagu zaman kecik kecik duluu. wahhh.. suke suke! :)

teruja melebih malam nii.  XD  mungkin banyak sangat benda yang aku imbas malam ni. mulanya teringat semester pertama menjejakkan kaki dekat kampus yang tak pernah pun aku terbayang akan melangkah kaki ke kelas setiap hari.



jumpa lagi bermacam jenis kawan. seronok je yek masa tuu. tapi dunia sentiasa berputar meletakkan kita kejap kat bawah, kejap kat atas.



sekarang ni tengah imbas balik kawan lama yang almost 8 years tak jumpa. kawan yang pernah bikin jam wa putuih sampai aku nangis. grrr.. HAHA  XD  dia kata berjam jam aku nangis. itu tak betol okeyy. anyway, it's soo funny bila flash back. tengah online fesbuk tiba tiba ternampak dia chat dekat group sekola rendah. teros usha gambar and yeah. he soo different. ye laa. kita semakin membesar bukan? termasuk lah aku. bagai di pam pam. =.='

i don't know how many times i will post the same thing again and again. macam lagu 2PM tuh. rasa sangat sangat bersyukur pernah kenal dengan kawan yang sedia ada ni.  :')


Tadika Mustika (1997-1998)
SK Seksyen 24 (1999-2004)
SMK Puncak Alam (2005-2009)
Computer Science Courses (2010-now)





dan untuk orang istimewa sayaa. terima kasih awak!   :)

siapa siapa? kemain lagi orang istimewa. cam geli je kan? korang lah yang always menjenguk blogg yang best sangat sangat nih kan. -,-  hah. cakap lagi geli. angguk lagi iya kan jee kan. padahal korang. ahakss :D  *jahadnye aku malam ni.

harap masa akan datang menjadi masa yang lebih baik untuk di isi dengan memori yang lebih baik untuk dikenang kenangkan bila dah tua nanti. mesti luruh jugak la air mata kalau ingat balik. hahah.. emosi terlebih. XP  I cannot ask for a better memory than I had now. Even though some of it didn't ended with really good ending but I'm trying to remind myself,

setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

cuba dengan lebih baik untuk ingat semua tu sebagai penguat hati nak harung masa yang susah bila tiada siapa di sisi sebab kadang kadang ada certain benda diri sendiri tak berapa gemar nak kongsi. susahkan hati orang lain angkara susah hati diri sendiri.


p/s: hobi mengingat lembar cerita yang lama buat diri ingat siapa diri kita dulu. tak mudah lupa diri. terima kasih atas semua itu. nak tidoo! nak create lembar yang baru pula esok! :)

October 5, 2011

Paper CalculusDua. | Huh! Sakit Hati!

it's already 2am dan tiba tiba malam nii..eh salah. pagi buta ni maseh rasa tak ngantuk. padahal time ni  la da ngantok dengan tadi bertungkus lumus cuci karpet, kemas barang dengan bersihkan bilik. tapi mata masih cerah. mungkin rindu nak update blog kott. wahh, bertuah kau bole rindu macam tu pulee.

apa sudah jadi empat haribulan sepuloh semalam?
kaki ketar sampai ada yang tangan jem nak jawab paper calculus 2. bagai nak gilee study. dapat buat soalan ni lupe pulak macam mana nak jawab soalan yang tu. masalah bebenarr. tapi yang paling best dalam dewan tadi.

punca sebenarnya yeaa tak boleh nak jawab soalan yang senang tapi jawapannye yang susah tuu. sebabnya baru nak start menulis tiba tiba mikrofon yang tak di-switch-off-kan jatoh dari atas meja membuatkan semua kaget (terkejut) serentak memandang arah mikrofon. bagai luruh jantung habes berterabur segala formula yang dah di hafal. tu la punca dia sebenarnyaa...  *cari alasan memang juarakan?

mahu tazkirah pula. bersiap sedia sekali dengan masa untuk baca ni.
kadang kadang bila orang cakap sesuatu tentang orang lain dia terlupa nak fikir orang tu kisah ke tak or terasa hati ke idak. cakap belakang or dalam singkatannye yang bunyi-agak-mengganas-sikit, mengutok atau mengumpat tu banyak jadi. heh! toksah nak tuding kata perempuan jee. sama je,

laki 
perempuan 
itam 
putih 
sawo matang 
kuning langsat
kurang inci 
klcc 
wangi bak mawar
busuk bak bantal bucuk
comel 
ensem 
biasa saja 
chubby

kalau dah nama manusia tuh. sama jee. yang ngumpat tu bersepah terjadi tak kira dalam sedar atau tak sedar atau buat buat tak sedar kan. yang nak alkisah nye sekarang yang cakap depan depan tuu. kalau menegor kesalahan tu baguslah cakap depan. bukan ngumpat baru nak nasihat. ni yang kes lain dari yang lain. cakap tak fikir dulu. cakap pakai lepas yang lepas habes lepas tuu.

bila ada yang sakit hati bukan kita boleh nampak. lain lah asal sakit hati teros batok darah. cepat cepat minta maaf kan. maaf maaf. ehhh. over betol.
so walaupun rasa macam,



"eleh, suka hati aku lah nak cakap apa pun."



tapi dah kalau terkena sendiri baru faham sakitnya hati macam mana. so cuba elakkan kata benda yang kita sendiri tak mahu orang cakap kat kita. aku? semester ni aku je lah yang selalu orang buat macam tu kat aku. cuma bulan lepas je terrr cari pasal dengan orang yang salah.




tadi saja blogwalking then terjumpa ubat untuk orang yang selalu sakit hati ni. macam aku lah tu kan. siapa lagii. kes orang yang mudah cepat terasa. bagus kalau korang baca.  Petua Sakit Hati

kadang kadang beringat juga untuk menyabar. kadang kadang terlupa pulee.

harap membantu. mekaceh kerana baca.  :)


ada yang tak faham entry yang lepas. 
i'm wishing to somebody. 
nevermind.  :)



Kesedihan tertangguh sesaat

Banyak kali nak karang tapi mesti tak terkarang pun. Tahu tahu dah 2026. Tahu tahu dah puasa and dah nak raya.  No one can fit our shoes sel...