Jadi makin
jarang update kat blog ni sebab
hari hari yang tough pada hari yang lepas membuatkan hati lebih
memberontak nak update dekat blog lagi satu. Terbukti terasa lagi selesa update dekat blog yang tak ada sorang pun tahu tu. :)
Anyway, nak cerita pasal Jumaat yang lepas balik kampung kat Johor.
Yeayy! It was really
fun. :D
Lebih seronok dari hari hari cuti yang lain. betul neh! tak tipu.
Tujuan balik kampung sebenarnya sebab nenek dengan atuk nak buat kenduri doa selamat dengan bacaan Yassin. satu kebiasaan family balik kampung bergotong royong kalau ada kenduri kendara. Mama dengan Abah siap ambil cuti few days untuk tolong kat kampung.
kalau dah kat dapur bergotong royong tu memang
benda normal bila jadi
bising.
kecoh nya mak aihh tak payah cakap lah. kadang boleh
gelak tak henti kat dapur tu. instead of kena mengerah tenaga dan tension kena buat kerja kupas bawang berpuluh puluh bijik sampai nangis nangis, semuanya jadi benda yang seronok. :)
tengok
nenek dengan atuk gaduh gaduh. haha -,-'
dengar
celoteh mak cik sedara. :)
then mesti ada satu incident which yang kelakar gilaa macam haritu sepupu yang sakit mata tak habis habis langgar orang kat depan dia. tapi bila tiba bab makanan yang di sorok dia nampak jee. =.=
jadi makin suka bila anak buah sepupu yang umur setahun tuu ada. >.< dia dah setahun baru aku dapat jumpa. sadis sungguhh.
I bet
takkan dapat punya
rasa semua ni dekat tempat lain.
dengan dikelilingi orang orang yang kita sayang. :)
aku ni jenis
short term memory kot. tapi tiap kali balik kampung
tak pernah lupa apa yang jadi.
siapa lagi yang kita nak ingat kalau bukan orang yang kita sayang. siapa lagi yang kita nak
sayang lebih kalau bukan
saudara kita sendiri.
kadang kalau ada sakit hati, makan hati, terasa hati, anything yang melibatkan hati lahh. The best thing to do is
just forget about it sebab
kadang kita yang
salah, kita rasa diri kita betul tapi
tak dapat nak menerima while actually orang yang kita benci tu buat semua tu sebab sayangkan kita.
Dunia makin tua, mati kita tak tahu bila.
Allah sedang menguji kita.
Takut terkilan tiba tiba.
Maafkan lah selagi mereka masih ada.
Kadang meminta maaf tak bermaksud kita yang salah. Kita cuma mengalah.
Dan mengalah tak bermaksud kita lemah. Kita cuma... beralah.
Beralah dengan permainan dunia.