March 4, 2026

Kesedihan tertangguh sesaat

Banyak kali nak karang tapi mesti tak terkarang pun. Tahu tahu dah 2026. Tahu tahu dah puasa and dah nak raya. 

No one can fit our shoes selagi diaorang tak duduk atas kapal yang sama. Seriously. Sekiranya ada yang tegur kenapa makin berisi. Maybe they should think first why is it now? not then? 

Aku rasa aku dengan adik-adik sama. Kitaorang makan apa yang kitaorang nak dan memang tak kawal. Dah takde diet ke, nak cantik kurus ke (sebab dulu nak kurus sebab nak cantik. bukan sihat 😅) Tak de dah. Kitaorang makannnnn je. Mungkin sebab rindu dengan air tangan arwah mama yang tak pernah tak sedap. Maggi pun tak nak masak sendiri dulu sebab air tangan arwah mama je yang menjadi nak buat rasa sedap tu. Sampai 1 tahap pernah arwah mama tanya, ok ke masak maggi utk tetamu? Bolehhh maaa! Sebab maggi mama maggi mewah. Sayur banyak, tak pakai perencah. Protein pun kemain bubuh banyak. Silap ek kat situ. Rupanya orang kutuk sampai sedih arwah. Salah aku la tu menyokong sebab arwah mama masak apa pun memang tak pernah tak sedap.

Dan makan tu mungkin buat rasa rindu tu tertangguh sekejap sebab kepala tengah menikmati makanan. Walhal famous mana pun makanan tu, mahal dan sedap mana pun, semua tu sementara je dan tetap tak dapat rasa yang sama macam arwah mama masakkan. Pastu nanti last2 bukak radio ada lagu sewindu sudah, berderai jugak air mata. Drive sorang-sorang keluar lagu salam akhir sudirman, keluar air terjun dari mata ni.

Basically, kitaorg ok tapi tak ok. Nak minta dipujuk pun tak tahu nak bagi solution apa kat orang. Ajak makan la kan to heal the sadness? Makan lagi 😂😂😂

Aku cemburu tengok orang yang ada peluang dengan mak diaorang. Jalan berlenggang sambil pegang tangan. Jealous tapi alhamdulillah Dia bagi aku mak mentua yang baik. Dia kurniakan aku anak yang baik. Buat aku lupa sekejap rasa kehilangan tu. Buat aku busy tak terleka sesat kearah kemurungan tu. Cuma ada waktu tu memang penat. Rasa diri tak terurus demi nak uruskan yang lain. Sampai ada waktu tu kemarahan tak terkawal sebab tak fikir benda lain. Fikir nak dapat rehat yang tenang walau 1 malam.

Speaking of which. Anak tak sihat dah beberapa hari dengan aku akuu sekali hampir tak sihat. Bersin kuat semacam nak gegar kepala. Bila anak tak sihat memang aku stress sebab aku akan tak cukup tidur. Lagi la bila terpaksa angkut anak pergi kerja. Jadi double triple penat sebab malam kau dah tak cukup tidur, kena bangun awal buat sahur, angkut anak gi kerja, sambil kerja sambil jaga anak, balik tak duduk apa terus masuk dapur masak untuk berbuka sampai anak merajuk mak tak nak main dgn dia padahal maknya depan mata 24 jam tapi mak tak boleh main dengan dia.

Aku dulu pun tak faham kepenatan ni. Tak merasa sendiri. Tengok2 dah terbaring kepenatan arwah mama dekat sofa dulu lepas je siapkan makanan berbuka. Sekarang aku faham. 

So nak cerita tu la. Aku rindu Mama aku. Sedekahkan al-Fatihah untuk arwah Mama saya, Nor'aini Binti Mohd Shukor 💗 Semoga beliau di dalam kalangan orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh aminnnnn

May 30, 2024

Terasa hidup ni kehilangan sesuatu. Tak terasa sepanjang masa tapi bila terasa, rasa kesunyian tu. Rasa semangat untuk buat sesuatu pun macam entah. Tak tahu ke mana. 


March 21, 2024

Loyal stalker

Sekali sekala jenguk blog mesti akan nampak view 1 dalam sekali sebulan. View pulak tu dekat blog lagi 1 yang tak pernah reveal kat mana-mana. Tak terfikir pun Mama yang stalk sebab ingatkan Mama dah tak ada jenguk jenguk. Rupa-rupanya Mama. Sorry Mama qila tak pernah habiskan tulis blog tu but you know the whole story about qila punya pregnancy. Mama jaga qila lepas pantang (qila paksa) dan tak menyesal. Nikmat dapat makan masakan Mama lepas dah lama tak dapat hari-hari walaupun makanan pantang. Dah la sedap pulak tu. And all the breakfast that you made for me. Thank you Mama. I wish I would say I love you everyday. I love you. And I miss you so much. 

March 4, 2022

Tiga Puluh :)

Ikutkan tak nak mengaku umur 30 sebab tahu dan sedar diri ni perangai tak serupa umur 30. Tapi kalau tak mengaku nanti sampai bila bilaa tak sedar diri.

Alhamdulillah berjaya juga bertahan hidup sampai 3 dekad. 

Terima kasih Mama, terima kasih Abah, terima kasih adik-adik yang tak jemu melayan perangai yang entah apa-apa. Perangai suka komplen, suka cakap benda entah pa pe, suka tiba-tiba mood bertukar-tukar, suka merajuk. Nak disclaimer, suka komplen tapi bukan komplen pun sebenarnya. Nak bercakap nak ajak borak. Nak borak pasal benda harian tak ada apa jadi pun dengan hidup seharian. So nak borak dengan cara komplen lepastu kupas la isu tu. haha cakap benda entah pa pe tu kadang ikut mood. Mood mengantuk teruk ke, happy ke, sedih tapi tak nak pikir ke mula la ngarut-ngarut. Bila fikir balik bertuahnya la diri ni sebab family sanggup tahan perangai ni

Dan menginjak umur ke 30 ini juga bertambah lagi seorang yang so far masih lagi bertahan dengan perangai diri ni. Masuk hari ni dah hari ke-160 bergelar isteri kepada si dia. Alhamdulillahh bersyukur sangat sangat :) <3 Tak lama pun dan tak baru pun tapi jauhhh lagi perjalanan. 

Semoga dipermudahkan segala liku liku yang bakal Aqilah dan suami bakal hadapi, semoga mereka dapat lalui semuanya dengan tabah, tenang dan semoga mereka dikurniakan keberkatan dan kebahagian dunia dan akhirat dalam perkahwinan. Amiinnn (terima kasih doakan hehe)

So far tu je lah. Macam biasa ada je tulis post sebelum ni tapi jadi draft je. Tak publish pun sebab macam tiada hala tuju. Tu lah bukti diri ni memang suka cakap bukan bukan. Terima kasih pada yang baca. Blog ni dari dulu memang sesangat selfish. Semua tentang diri ni je. Bila ada yang sudi baca, kita terharu. Kita doakan yang baca ni dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah. Amiinnn

July 29, 2021

Waktu susah baru nak cari Tuhan? Tengah susah hati baru nak cari Dia? Tengah ada masalah baru nak mengadu kat Dia? 

Waktu senang tak ada pulak. Waktu senang semua nak cepat, nak kejar dunia. 

Pentingkan diri. Sumpah pentingkan diri.

June 23, 2021

Kisah bakal dibina

Patut cerita tak. 

Perjalanan ada yang berliku liku, ada yang dibentang rumput lembut. Selembut lembut rumput yang dipijak mesti lah ada duri yang tertusuk. Sesakit, sesusah dan sepayah yang berliku pun tetap cuba diharung. 

Dalam perjalanan bila ada yang luka cepat di ubat, jalan yang rosak cepat dibaiki. A good practice for future nanti. Jangan tangguh.

Hidup zaman mudah akses pengalaman hidup orang ni memang mudah wujud rasa takut untuk memulakan sesuatu tapi dari sebaik baik cerita pengalaman orang kita ambil untuk dipraktikkan, yang seburuk buruknya pula kita ambil buat pengajaran dan elakkan. 

Tahu tak mudah. Sebab kita ni manusia mudah lupa tapi kalau tak cuba kita tak tahu. Mungkin ini waktunya untuk perbaiki diri. Sampai bila nak takut? Kalau dah ada yang menunggu rasanya tak perlu buang masa kalau dah cukup di paras asas-nya. Kau tunggu la ready paras perfect memang sampai bebila takkan dapat. Dan yang penting tahu tanggungjawab yang bakal digalas tu. 

February 10, 2021

Tunang Di Hari Raya

Ni cerita lama tapi baru nak post hahaha bukan mudah okay nak mengarang panjang dengan harapan orang yang baca akan tertidur membacanya. Jom start bedtime stories ni.


Dalam geng rapat berlima masa diploma kat Sri Iskandar, Ainy dengan Yana orang yang paling awal tamatkan zaman bujang. Sini post hari bahagia diaorang --> link

Dah lah tarikh kenduri kahwin sama diaorang dua ni. Sekarang pun dedua dah ada anak 2 orang. Tak reti reti kann nak tunggu kita hahahah



So lepas 2 orang tu dah kahwin, tinggal Shida, aku dengan Day je single mingle. Masa tu la.


The only gambar yang cukup cukup kitaorang berlima.
Tak terkurang, tak terlebih




Raya tahun 2018 upload gambar dan caption dekat ig pergi beraya rumah Shida, padahal pergi 
Majlis Tunang Shida.


Alaa tersipu sipu maluu




Shida bertunang dengan jejaka pilihan (gittuu gelaran kita bagi). Simple je majlis Shida. Pelamin tak ada, tapi datang datang je dia mintak cantikkan sofa tempat sarung cincin (which aku tak ada idea dan masa tu bisnes pun tak mula lagi masa ni. kalau tak banyak benda boleh tolonggg) , pastu dia ada gantung langsir untuk background belakang. So masa hari kejadian tak ada pun benda aku dapat tolong sangat. Aku datang nyibok-nyibok je. Nyibok posing dengan orang baru tunang hiks


Alang alang gambar kitaorang dua banyak ni, letak je lah sini >.<


1



2



3



4 
Eh ehh

bertentangan mataa gittuhh



Maka itu selamatlah Shida jadi tunangan orang dengan majlisnya berjalan dengan lancar, dengan jayanya dan meriahh. Tahun 2018 tunang, tak ada Covid. Takde nak pening. Tahniah sebab tunang tahun tu Shida XDD



*                       *                       *


Tahun 2019. 
Perkahwinan Shida.

Dan aku ditabalkan menjadi Pengapit.
 
Pengapit lagi? Pleasee la asyik jadi pengapit je. XDDD tapi masa ni baru kali ketiga ye. Ulang suara. Baruuu kali ketiga hahahha so this time around awal awal lagi dari jauhh aku ditugaskan buat bunga tangan. Siap je bunga, hantar gambar, tanya okay tak, adjust situ sini pastu terus bungkus dalam plastik supaya tak kena habuk.






Mikhail tak nak pandang cameraa
 

Sehari sebelum terjadinya hari pernikahan Shida, Yana dengan Mikhail (anak Yana. masa ni baru sorang anak dia) tidur satu malam dekat rumah aku. Gila la kalau nak terus sambung atas jalan sebab Yana datang dari Johor. Sempat la kejap kejap pegang Mikhail. Aku awkward sebab kat rumah ada anak kucing je. Tu pun sombong. Mikhail baik gila tak nangis pun. Ada la sekali tu nangis kejap bangun tidur sebab cari mak dia yang tengah mandi. Sis cemass terus bawak turun, "nah mama".

Tidur satu malam dann esoknya baru memasing siap cecantik, ensem ensem untuk teruss pergi Sekinchan, Majlis Pernikahan Shida pada hari Sabtu, 27/7/2019.










Sampai je sana sempat la tengok Shida bersiap make up dengan pakai inai putih. Orang kulit putih pakai inai putih, memang cantik laaa. Jeless sis. Kulit tak putih since kecik kenot relate.

Siap semuanyaa, pengantin perempuan gojes, pengantin lelaki ready, apa lagi. Terusss pergi masjid.


Situasi pernikahan ni selalu macam ni tau.

Kalau terleka sikit jee walau seminit, tetahu je dah "Sah" "Sah" "Alhamdulillahh". Of course la aku pun tak perasan kejadian "aku terima nikahnya" tu macam mana sebab cepat sangat jadi. So tetahu je berlaki sudahh Shida! Hahahaha 



Tetangkap gambar. 
Sedih la sikit hari pernikahan Shida kitaorang tak cukup geng.


Fun facts: Yana pakai baju nikah dia masa ni




Malam sebelum Majlis Sanding, Shida buat khatam al-Quran dengan geng silat dia. Siap je majlis tu terus berinai. Nak balik tu kereta kena block dengan kereta lain. Bawak la lagi kereta besar sis. Seksa nak keluar sebab jalan kecik. Nasib baik la terer tak masuk parit. >.<

Hari tertabalnya aku sebagai Pengapit, berkhidmat lah sis dengan penuh semangat. 

Helo helo. Siapa kawen ni sibuk tengok camera jugak





Haih terngiang ngiang lagu pengantin baru. rinduu nak makan nasi minyakk


Habis menjalankan tugas sebagai Pengapit, balikk lah aku drive keseorangan sebab Yana balik Perak dengan kakak dia. Bersedih sesorang dalam kereta sebab tak ada Mikhail yang tenung dari seat sebelah. Menyempat budak tu tenung padahal dia duduk atas umi dia kot. Budak zaman now.



*                *                 *



Shida antara orang yang paling lama aku berkepit. Banyak sangat kongsi kenangan dengan hakakk sorang ni masa belajar sebab kitaorang dua sama course sejak Diploma sampai lah Degree. Banyak sangat sesama, kadang dia lagi kenal aku dari diri aku kenal diri sendiri. Macam mana nak korek rahsia aku pun dia reti -_-

Maka itu, dikesempatan ini, ingin daku mengucapkan sesuatu yang rasanya tak pernah terucap lagi iaitu terima kasih sebab sanggup bertahan berkawan dengan seorang Aqilah ini. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah bersama suami tercinta!





January 21, 2021

Tunang Secara Secretive

Bismillah.

Isi kandungan hari pertunangan dengan hari perkahwinan.


Kawan baik aku lagi sorang kahwin!! Aku dah tak tahu berapa kali dah ni jadi pengapit. Lupa nak bagitahu kali ni Hana yang kahwin. Kawan dari sekolah tapi masa sekolah tak rapat. Mula rapat terukk masa sesama kerja, makan, minum, masak, menjemah tak boleh terpisah. Duduk sebilik, serumah sama-sama. Haih my twin lah senang citer. Minat kitaorang sama, makan. Benda yang tak minat pun mostly sama. Pemikiran sama, sebab sama-sama anak sulung kot. 


So Hana bertunang secara secretive pada tahun 2019. (saja letak secretive tu) Sebagai seorang yang suka menyibuk dan excited nak tolong, mula la aku menceburi bidang hias dulang hantaran. Tak tahu la. Aku sangat suka yee nak menyelit nyelit ni. Tumpang bahagia pastu nak tolong apa yang mampu. Entah la, aku je kot perangai gitu. hahaha ;P 

Aku reti buat simple simple je sebab aku memang suka simple dan itu menjadi 1 masalah untuk bisnes aku. Lain orang lain style. Argh stress nak tambah collection tapi takde bajet. Okay tu cerita lain. Move on. 

Selama setahun kami semua ini merahsiakan perkara ini sampai la dah nak dekat tarikh dia kahwin semua jadi cacing kepanasan tak sabarrr nak up gambar tunang tahun lepas tu >.< 




Pertunangan Hana.

Prektis jap
HAHAHAHA
Tengok la pelamin mini dia simple jeee

Usik sikitt je tambah daun


Proses bertunang dia proses normal lah macam orang lain. Bezanya dia tunang masa tu covid takdak lagi! Aku datang, tolong sesikit hias dulang hantaran, lepastu masuk bilik dia melopong tengok dia di-makeup-kan. Live tutorial makeup sis. Senyap senyap aku amek notes dalam kepala untuk apply kat diri sendiri hiksss 

Settle makeup tunggu lah memasing dalam bilik. Lepastu iring Hana turun tangga selepas dia kena seru untuk duduk atas mini pelamin dia yang kehijauan dan cantikk tuuu


Tengah pas dulang cincin

Dah sah apa semua. Eh bukan bukann, belum lagiii hehe lepas yang makan garam dulu settle borak, bincang apa yang perlu dibincang, terus lah proses sarung cincin. Pastu cam biasaaa, bergambarrrr



Kepochi teruk hahahha

Look at this picture :')


+                  +                 +               +


Perkahwinan Hana.

Malam sebelum nikah datang nak tolong apa yang patut tapi tak ada tolong apa pun sebab pengantin dah settle-kan dah semua benda cuma kena masukkan je dalam beg doorgift which kena buat sehari sebelum hari kenduri dekat wedding hall. So untuk hari nikah tinggal buatkan bunga tangan je. 

Siapp settle, apalagi berinaii la memasing dann kemudiannya tibalah hari penting Hana.


First time ever attend hari nikah time Covid.
Pagi tu elok pulak hujan. Hujan rahmat :)

Hana dah kahwinnnn!

Dengan Amir!!!

Tak sangka kan, kan. Siapa kenal semua yang dalam gambar ni tahu la kitaorang ni semua satu sekolah dari sekolah rendah darjah 6 termasuk si Amir tu. Semua orang tak sangka dua merpati ni sebab Hana sendiri tak pernah bagi angin yang Amir ni boyfriend dia. Pandaii simpan rahsia.


Hari nikah, habis nikah, salin baju nak merewang (rewang sangatt) sebab nak pergi dewan dan settle-kan doorgift reramai. Ya Allah seronoknya bila ingat balik dapat kumpul reramai macam tu walaupun sekejap je. Korang sabaa nanti aku kahwin semua kawan kawan aku kutip ajak buat doorgift ramai ramai tak kira korang saling kenal ke tak, aku tak kira. Yang penting kerjasama! Time ni je la nak kumpul sesama hehee


Tak tahu berapa ketul semua ni tapi cantikk okeh.
Simple je semua dapat benda yang sama takde nak gaduh silap bagi XD

Shiny shiny muka.
Shine bright like a diamond



Esoknya wedding!

Wedding Hana ni aku bukan officially pengapit yang kena kipas dia tu. Aku standby kat tepi je pegangkan phone, pegangkan kunci kereta (senang nak kahwin lari), betulkan makeup pun sesikittt je sebab MUA dia the best la makeup melekat sepanjang hari. Dengar cerita tidur pakai makeup tu pun takde melekat kat bantal ke apa (aku tipu. jangan percaya) senang cerita aku tak berapa function pun hari kejadian sebab dia ramai askar askar yang setia dari mula majlis sampai habis majlis yang tolong dia. 



Tudiaa bukti sumbat semua benda dalam beg comel tu.
Beg hadiah dari pengantin birthday tahun tu. Thank youuuu Hanaa! <3





Oh btw, Hana siap dapat video wishes dari geng dia, sweet gilaaa. Sweet terukk! Benda-benda kecik macam tu serious buat air mata bertakung (sis sangatt tipikal sentimental suka benda gituhh) so lucky Hana! Simpan leklok bideo tu kayh buat stok nangis geli geli masa tengah emo

Tahniah Hana! Walaupun dah nak dekat setengah tahun dah ponn! Hahaha sorryy kita update blog ni sesikitt bila ada free. Ni pun ada lagi stok post wedding kawan yang kahwin 2019, 2 tahun lepas XDDD nanti eh

So aku happy. Happy kawan aku kian lama kian ramai tinggalkan aku. Blah ah semuaa pergi kahwin ramai ramai! Berbahagia la korang semua! :') Okay gurau sis. Gurauuuuuu hahaha. Aku happy. Semoga kawan-kawan aku, Puan Hana dan Encik Amir ya mengecapi kebahagiaan yang dicari selama ini dan kuat menghadapi liku-liku kehidupan :') *happy tears 



So, jodoh kita tak tahu. (tiba tibaaa ceramah) Entah entah jodoh tu pernah sesama jalan seiring pergi sekolah, jiran belakang rumah, budak yang pernah cari pasal dengan kau masa kecik, main dekat satu taman ke, orang yang paling kau tak suka masa belajar, orang yang pernah interview kat tempat kerja kau ke. Kita tak tahu kan. Berkawan je ramai ramai tapi pepandai jaga diri. Jadi baik (as in jangan buat jahat kat orang). Don't rush and take ur time. Know your worth dan fikir betul-betul sebelum buat keputusan. Jodoh tak ke mana pun.

Dah la panjang gila. Gigih. Terima kasihh siapa yang baca sampai habis. Lama tau tak update panjang macam ni. Kaseh <3

January 16, 2021

Bath & Body Works BBW bau macam mana?

Ni berdasarkan hidung yang tak berapa sensitif aku dengan orang yang aku kenal bila aku tanya. Kalau tak sama so sorryy. Simpan sini so senang nak rujuk kalau nak shopping. Ni pun tak tangkap semua sebab malass. Next time kita buh full list yang ada.


Gingham ni one of my favorite! Soft jee bau dia. Body cream dia fuhh tahan lama!
Susah nak masuk sales yang bebetul murah ke sebab orang dah grab awal². Cita-cita nak grab full collection

Winter Candy Apple ni christmas collection but not bad

Rose Water, suka packaging diaa warna rose gold tapi tu la bau sirap hahaha

Warm Vanilla Sugar. Vanilla is my the most favorite scent especially lilin tapi yang ni mehh.
Tak kena dengan kulit kot sebab lelama pakai bau dia tak sedap

A Thousand Wishes, bila baru nak cuba dan nak yang strong scent boleh try this.
Wangiii and girly!

Magic in the Air. Bau ni pun sedapp. Lembut terukss bau dia.
Bau almond boleh pakai on daily basis tapi untuk cuba other body care dia yang lain, tak la kot for now. Kita masih setia dengan Gingham. hiks

And this! Sunset Glow! Bau creamyy kek dia. Suka! Suka! Terus beli mist dia ye tapi bau body mist dia tak sama la macam body cream ni but still wangi and sukaaa! Suka this one dengan Gingham!


So conclusion-nya kalau dah suka satu bau tu jangan expect all the body care akan bau exactly the same lagi lagi body mist dengan body cream. Different texture kan. 

Kalau nak try boleh cuba handcream dulu macam sisturr buat, especially waktu sekarang ni beli online tak boleh nak bau. Lagi better kalau terjumpa BBW ni terus masuk dan bau sendiri. So bila ada sale tinggal terus order nak apa.

Waktu sale better beli dengan personal shopper sebab chaos. Beratur panjanggg. Sale pulak kena pandai la tahu waktu bila sebab ada certain sales for certain item at certain time. Sale untuk candle waktu lain, candle 1 wick dengan 3 wick berlainan waktu kalau nak dapat yang betul betul murah. Sale body care waktu lain, body care full size dengan travel size lain lain waktu, sale handwash, handcream dengan hand sanitizer usually akan menyelit antara sale yang lain. Hahaha

Ada lagi pink chiffon, pink cashmere, be echanted tapi next time kita hupdatee. Lilin pun sama adaa tapi tengah tunggu barang sampai nanti boleh lah review bau sesambil kumpul review orang lain. Okay bye!


December 22, 2020

Si kaku lumpuh

Dikelilingi mereka yang sayang diri ini menjadi satu nikmat yang tak terbanding dengan yang lainnya. Aku nampak kasih sayang tu. Apatah lagi bila dicurahkan dengan kebaikan dan pertolongan yang tak terbalas rasanya. Diri terasa beruntung ya amatt. Tapi tu lah. Kena belajar untuk ekspresikan diri lebih jelas tanpa risau sebab ekspresi aku cuma mampu tersenyum. Padahal tak tergambar perasaan syukur ni pada mereka. Sebab tu aku suka tulis. Menulis satu satunya cara untuk luahkan perasaan jauh di lubuk hati yang tak terluah ni. Semoga berjaya wahai diri!

November 15, 2020

PKPB Kedua

Dah dua post tulis tapi tak publish cam biasehh. So what's new? Work from home lagi. This time around ikut mukim instead of ikut negeri. Our big plan tertunda tunda tapi kita percaya ada hikmah. Perlukan kesabaran je buat masa ni. Cuma aku risau. Of course la kan. Risau gilaa tapi tak nak layan risau tu sebab macam tak perlu nak risau² ni. Ke aku perlu risau sebenarnya? #sispening

Oh aku dah mula melayan tv. Dah jadi hantu tv balik. Tv used to be my life kot. Sebab tu macam tak ada life sangat. Masa sekolah drama Indon, Thailand, Filipino, Latin. Lepastu masa study layan movie, korean show, korean movie. Dah kerja still movie. And now sis tengok drama Turkey la wei. Siapaa sangka 1 season almost 100ep and now dah season 3. Tapi aku tak tengok sangat pun. Tapi once tengok, melekat kat tv, bontot pun melekat kat lantai/kerusi. Kalau aku tak tengok aku nak buat apa duduk rumahh time tak ada kerja. Kena jugakk layan. Hobi? 

Mengaku sebenarnya aku mudah bosan orangnya. Dulu tak nak ngaku. Baca buku kejap je dah bosan, acah melukis tu pun sama, boleh layan sekali je pastu dah bosan, mengait? Dah buat tapi bosan so tak siap. Bela pokok. Mati. So apa seronok? Tengok tv yang endingnya selalu tv yg tengok balik

So apa nak disampaikan ni? Takde pon. Tu je lah. Banyak nak cerita tapi bila selalu simpan² lelama dah tak excited nak bercerita sbb lupaa. Pastu diam je. Padahal banyak benda nak cakap. Eh. K. bai.

October 20, 2020

Hikmah dalam kesusahan

Tak apa. Setiap perkara itu ada hikmahnya. Tengah sedapkan hati sendiri yang sedih. Cuba nak elak terlalu berfikir negatif. Sedih wei tapi bebuat tak rasa apa. Kita tak tahu lagi. Kita hanya mampu merancang. Mungkin bukan sekarang. Mungkin teruss.... ehem!

Setiap perkara tu walaupun dugaan dan menjadi kesusahan pada diri kita tu kan ada hikmahnya.

Contohnyaa depan mata. Abah yang dah mula ambil cuti sakit a few weeks before pkp yang kedua ni sebab tak berapa sihat andd mula duduk rumah tak pergi kebun dia sejak seminggu lepas sebab demam (punca memang dah diketahui dan bukan covid) Tup tup dapat tahu department abah ada yang positif covid dan ramai yang kena. Department tu the very same department yang abah selalu pergi. Alhamdulillah for that. Dalam kesusahan rupanya ada kebaikan dan hikmah dari Dia. Percaya + redho.

Keputusan tak ada lagi tapi of course dah dapat jangka. Kalau dapat teruskan alhamdulillahh, kalau tak dapat kita bukak table bincang balik. Bukak table as in bincang on phone sebab pkp kan :'( 

hoihh geram. Orang lain punya angkara, orang lain kena tanggung. Bertabahlah rakyat marhaen. Percaya pada Dia Yang Berkuasa in shaa Allah semoga segala urusan kita dipermudahkan. Aminnn

August 22, 2020

Hi you

 I miss you

23/6 : Lagi berapa bulan je. Semoga kita dipermudahkan segala urusan dan niat kita diberkati oleh-Nya dalam kita ingin menghalalkan hubungan. 

24/7 : I hope you're okay

6/8 : It's tough but it will make you tougher and stronger. Hang on there

August 9, 2020

Update Tak Berapa Nak Update Tuan Tanah

Baru lepas study and prepare untuk kelas web design ekonomi. Kenapa ekonomi? Sebab charge murah-tepuk-dahi untuk komuniti sebab alang-alang dah terbeli domain dengan hosting. Rugi tak guna. Rugi tak charge. Dapat lepas cost pun tak apa, tak nak untung pun. Tapi kalau dapat untung alhamdulillah hiks

So apa yang nak update? Tak ada.

Blog ni kalau bukan update pasal resipi untuk simpanan sendiri, upadate pasal vacation (tapi tu pun pemalas teruk) lepastu yang paling utama update pasal rasa ammarah, kecewa, kebuntuan. Begitu lah. Kebuntuan tu ada je sebenarnya tapi sekarang banyak simpan dalam diri je. Tak ada nak share dekat public sebab takut nau kena judge. Takut keputusan mengecewakan so kita cerita pun dekat orang rapat je. Dengan boifehemmmm! kita.

Menulis tu banyak je sebenarnya. Tapi simpan dalam phone je. Kadang tak tahu kenapa suka taip benda yang duk dalam hati dalam fikiran ni untuk susun atur supaya tak serabut. Kalau marah pun kadang taip kat notes dalam phone. Rasa lawak pun ada sebenarnya. Marah pi tulis dalam notes. Mungkin nanti bila nak luahkan tak berterabur? Masalah betul.


Astu? Astu takde benda la nak update sebab tengah bahagia. hahahhahahaha lepastu tengah busy. Nak update jugak sebenarnya tapi nenanti lah update. Kita update lengkap semua in shaa Allah. Mana tahu lepasni lagi banyak kita share sebab dah tak payah sesorok dah? hehehee In shaa Allah. Doakan yang baik baikk dan semoga urusan kita semua dipermudahkan.


Siapa tuan tanah? Blog ni tanah kita. Kita la tuan tanah. Sorry kalau ada yang tersalah faham hihi

May 20, 2020

Insecure dengan serba kekurangan

Aku sejenis mengadu bila tengah bengang pada beberapa orang yang aku rapat dalam hidup. Dulu masa zaman sekolah tak pandai nak cakap terus terang kat orang, perasaan yang aku alami (sekarang pon still tak pandai sangat sebenarnya) pastu tulis kat blog acah ber-speaking dengan harapan orang yang baca tu memahami apa masalah dialami aku sebenarnya. Last-last orang ingat aku carut dia. Salah faham. Haaa speaking la lagi sampai maksud pun tak sampai. Tercyduk sis. Macam mana la jadi manusia entah aku dulu (sekarang pun masih tertanya).



Tak boleh la nak minta aku tak marah bila ada waktunya situasi tu memang buat aku jadi marah sebab realitinya aku memang pemarah cuma sekarang dah kurang apinya. Ada waktu aku matang (sangat. ye la tu sis), ada waktu aku kebudakan sikit. Especially dengan orang yang aku rapattt. Kadang aku lost sense jugak. Aku akan cari someone yang boleh bawa aku berpatah balik ke jalan kebenaran (gituh!) Dalam setahun at least akan ada liku waktu aku down teruk. 

Waktu happy, gembira, suka, aku memang tunjuk cumanya terserlah atau orang perasan ke tak. Kadang terlalu gembira gelak tak ingat dunia sampai sakit perut.

Ada waktunya jugak aku sembunyi apa aku rasa sebab insecure dengan apa yang orang interpret perasaan aku waktu tu.

Insecure aku ni kadang tak nak orang nampak betapa tak sempurnanya aku ni sebab dapat rasa orang expect yang tinggi dari aku as someone yang lemah lebut sepanjang masa, tenang tak pernah melatah, ayu ayu putu ayuu, senyum selalu, pandai itu ini. Kenapa aku dapat rasa macam tu? Sebab orangorang ni yang expectation tinggi dari aku ni adalah orang yang aku mula nak rapat, tunjuk apa yang diaorang harapkan dari aku.

Sebab tu ada yang aku baru rapat tibatiba buat keputusan tak nak rapat dah sambil serah sebab yang tak masuk akal buat aku rasa kecewa ya amattt. Kau ingat aku takut ke nak rapat dengan orang lain lepastu? Of course la ya. Bedebah.


So apa kesimpulannya? Entah. Nak update something kat blog ni. Dah bebel pastu tak reti nak bagi petutup. Tidur je lah bulan puasa ni. Rajin awak baca bebelan saya ni. Terima kasih ye. 
Selamat berpuasaa.

April 17, 2020

Good Old Year - pada aku

Lembap tapi deep sebab aku terlebih menjiwai scene dia pulangkan barang ex-boyfriend dia. Bermula dari tu je. Scene yang aku sendiri pernah fikirkan moment 'if' aku.

Terasanya.
Terasa teruk.



Tak sepatutnya pun diselak lagi helaian cerita lama.
Aku sendiri mampu berangan je. Tak ada keperluan lagi.

Boleh untuk teringat tapi berhenti cukup setakat ingat.
Tak perlu nak dicapai demi kelegaan diri sendiri walau sekadar menyampaikan maaf dengan ikhlas sebab waktu untuk itu dah lama terlepas.

Terlambat.


Rumit hidup manusia ni tapi fikir lah hanya yang indah.
Leburkan penyesalan menjadi pengajaran dan hargai manusia disekeliling.


So pulang? buang?

Buang.
Satu hari nanti. Bukan sekarang walau sudah 10 tahun lamanya.
Nanti.
Waktu penting tu.
Waktu tu. Aku akan buang.

love

April 14, 2020

Alkisah Popia & Aku

PKP sambung lagi 2 minggu.

Kawan ramai yang tanya ni, "Popia ada tak?"




Aku dah tak buat sebab sebelum ni buat pun untuk bagi orang rasa. Masa yang aku kena peruntuk untuk persediaan bahan dengan waktu kena lipat popia, boleh sampai 4-5 jam untuk 100 ketul (20 pack saja dapat sekai buat. 1 pack 5 ketul) . Aku tak bajet betulbetul. Untung dapat pun sikit sangat. Rasa tak berbaloi, sampai lastnya bila order tak terkejar, aku yang penat, aku yang stress sebab tak ada masa untuk diri sendiri. Bertambah pula bila menimpa nimpa semua tu, ikhlas tu dah hilang.


Ada a few yang bising kenapa aku tak naikkan harga or kenapa tak jual harga betulbetul??


Begini.

Harga yang dah sedia ada tu pun dah mahal dari orang lain. Hakikatnya popia aku tak macam orang lain. Isi banyak, rasa sedap (kihkihh orang kata). Bahan yang aku guna bukan cikai beli kat kedai acheh. Aku jual memang nak bagi orang makan. So aku buat pun sungguh  macam aku yang nak makan. Orang repeat order banyak kali bila awal bulan. Akhir bulan slow sebab ye ahh harga popia aku bukan yang boleh makan selalu. Bankrap orang. Aku kesian nak letak tinggi sangat harga. Sebab tu aku putuskan nak stop buat. Selain tu, aku pun takut harga tinggi orang tak beli. Aku yang rugi.

Elok lah aku simpan je duit yang aku biasa laburkan untuk bisnes popia tu takpun belanja adik-adik pergi tengok wayang or belanja makan.

Begitu la al kisahnya.

Berakhir kisah aku jual popia. 15,000 keping popia keseluruhan.

Seronok jadi sibuk. Sungguh aku suka masa mula mula buat tu. Lagi suka bila orang pun suka dengan rasa popia tu. Rasa terbayar penat. Tapi tu lah. Penat berkait sekali waktu tu tengah berat kepala fikir benda lain sekali. Setelah lama memikir sampai demam tu, berakhir lah bisnes popia.


Next time buat bisnes nak kena ada Manager la kot. Biar dia manage. Aku tukang buat je.

April 1, 2020

Puisi Kemaruk Bercinta

Puisi. Puisi? Entah la tengah dalam kesukaan hati masa tu so setiap butir terlafaz tu jadi puisi. Ceth. Anyway beberapa rangkap puisi ni aku dah jadikan draft tapi aku post balik sebab aku boleh. HAHAHA


Duhai yang menceriakan hari,

terima kasih untuk itu
yang berbatu kita lalui
setiap langkah tapak kaki

terima kasih untuk ini
yang keluar dari hati
terharu hati dirasai
untuk gelak ini dan untuk senyum itu
untuk gembira di alami menjadi memori
setiap saat itu moga di ingati

terima kasih untuk setiap kalau
harapan tinggi seolah kita pasti
setiap pengertian
setiap sabar hati
dan setiap genggaman
dipinta jangan berakhir

March 31, 2020

Resepi Ayam Buttermilk (overr) Sedap

Nak simpan resepi ni so tak perlu cari tempat lain dah. Ayam buttermilk ni one of abah's favorite dan aku, so terer la jugak masak ayam ni. kihhh

Alang beralang tengah PKP masuk hari ke-14 ni lepastu masak untuk lunch awal gila pagi tadi so menyempat tangkap gambar ayam buttermilk kita untuk meriahkan blog sendu ni;


Aku suka over, abah suka bawang sebab tu banyak bawangnya.
Pernah aku masak something tapi kurangkan bawang,
tak kena kat tekak. Terus tobat nak kurangkan.

Bahan dekat sini ikut sedap rasa tau. Tak reti aku nak bagi exactly ukuran bahan.

Bahan perapan ayam :
1. Isi ayam potong kecil setengah kilo kut?
2. Tepung bestari + serbuk kari atau

Tepung gandum 2 sudu
Tepung jagung 5 sudu (banyak dari tepung gandum)
Black pepper + garam
Serbuk kari setengah sudu besar
Telur (ikut tepung banyak mana. jangan terlalu cair or pekat asal adunan tepung melekat cantik kat ayam)

Perap ayam dengan adunan tepung setengah jam at least and then goreng ayam tersebut dan ketepikan dulu.

Bahan kuah buttermilk :
1. 8-9 biji bawang putih - cincang
2. 1 biji bawang merah - hiris
3. 8-10 biji cili padi - hiris halus (nak pedas lagi tambah ikut suka)
4. 3 batang daun kari
5. 5 sudu besar butter
6. Susu cair 1 tin
7. 2-3 sudu susu pekat
8. Garam secukup rasa

Cara-caranya :
1. Masukkan butter dan tumis bawang putih + cili padi + bawang merah + daun kari hingga perang
2. Masukkan susu cair hingga mendidih
3. Letak susu pekat dan garam kemudian rasa
4. Adjust rasa sehingga berpuas hati
5. Masukkan ayam dan gaul
6. Siap!


Ni makan macam ni je pun dah sedap.

Lagi sekali nak bagitau. Aku masak memang over. Perapan ayam aku letak jugak daun kari lepastu kalau orang lain buat takde over pun untuk bahan perapan. Cukup tepung dengan garam. Aku en overrrr. Baru cedapp hahahahaha


Kesedihan tertangguh sesaat

Banyak kali nak karang tapi mesti tak terkarang pun. Tahu tahu dah 2026. Tahu tahu dah puasa and dah nak raya.  No one can fit our shoes sel...