November 3, 2016

Pulau Redang 3H2M Part 1

So before you start reading this entry, amaran perlu diberi. Entry ni sangat panjang. Bersambung-sambung. Ada 2 entry dan ini entry pertama maka itu bersabar yea because it takes me half day for 1 entry. ðŸ˜†


So, let's start!


2, 3 bulan sebelum tu geng da tanya bila nak pergi bercuti? Kat mana nak pergi? Tak kisah pun nak ke mana tapi semua tunggu aku. Aku lah punca last minute booking package vacation. ðŸ˜… memang bersalah sangat rasa tapi duk pikir janji dah lama, ekonomi merosot. Tu yang kena pikir banyak benda sebelum nak pergi dan sebelum nak mintak permission dari parents.

Sebulan sebelum tu lagi sekali di tanya bila dan kat mana. No more tangguh-tangguh sebab memang dah target nak pergi bulan 8. Sebagai permulaan aku usha blog orang untuk review setiap pulau yang diaorang cadangkan. Search je kat google nama pulau lepastu wajib letak perkataan 'blogspot' selepas nama pulau. Dah puas korek info terus aku cadangkan Pulau Redang sebab ramai yang kata kat sana best, chalet pun best, makanan pun sedap which is sangat penting. Bercuti juga bermaksud makanan yang sedap. Dan yang penting kena dengan bajet masing-masing. Paling penting sekali! 


Dah decide pulau -> cari agent -> contact -> booking dengan bayar RM100 satu kepala -> tunggu kau pulau aku datang! 


Seminggu sebelum pergi dah kumpul barang nak bawa sikit2 tapi yang kelakarnya, tiket bas pun tak beli lagi. Ye la. Kuala Terengganu tu memang depan rumah je. ðŸ˜† Nasib baik bijak lagi geliga hari-hari usha tiket bas sp bumi online bukan gigih menapak pergi bas sentral. Makin lama usha makin sikit tiket yang available. 3 hari sebelum pergi baru lah terkedek-kedek nak beli. Yeayyyy! 



Tibalah hari kejadian malam khamis tu buat la muka kesian kat parents mintak tolong hantarkan kat terminal bas klang. Masing-masing naik bas dari tempat berbeza. Malas nak bazir masa kumpul satu tempat. Naik je bas dari tempat sendiri. 

Aku naik bas kat Meru, Klang
Shida kat Shah Alam 
Day kat Kajang
Yana kat Manjung, Perak. 

Yang bestnya semua sampai kat Kuala Terengganu beza berapa minit je. Kitaorang semua naik SP Bumi sebab murah dari yang lain. ðŸ˜‹ Lepastu berkenan dengan waktu bas bertolak which is malam.

Dengan ini bermulalah perjalanan kami. Jeng jengg



*   *   *   *


First Day
Pukul 5pagi dah sampai terminal Kuala Terengganu. 


Menunggu Tuan Puteri Hidayah tak sampai lagi

Disebabkan Shida aktif dengan silat, kawan pun merata-rata kat mana-mana. Dan rezeki kitaorang kawan Shida, Hamid sudi tolong hantar ke jeti dari terminal siap pelawa balik rumah family dia untuk solat dan rehat. Untung gile okay. Tambah lagi untung sebab mak dia pelawa sarapan nasi minyak dgn gulai ayam😄😄😄 Ya Allah bahagianya.. Alhamdulillah rezeki waktu pagi bangun awal 5pagi. HAHA bajet bajet. Tak. Sebenarnya aku tak tido pun dalam bas sebab sejukkkkk! Tolong yea bawa jaket. Lupa bas malam memang beku.

Tiket feri kena ambil sejam sebelum feri sampai so bergegas lah kami dari rumah Hamid ke jeti. Dapat je tiket hati dah senang. ðŸ˜† Tak sabar ok. Tak sabarrrrr....  Selamat rasa kat sana bila ada kawan yang memang orang situ tunggu sampai kitaorang masuk terminal naik feri. Terima kasih Hamid  ðŸ˜„

Gambar pertama kat sana! >.<



Sejam dalam feri mula lah tebus tido yang tak cukup malam tadi. Sejam ok nak sampai pulau. Sebab tu pulau dia cantik. Jauh dari kerakusan manusia zaman besi. Ewahh kemain nak berpuitis. Bagi can kayh?



Pergi weekend memang full house wa tell you. Very pack meh.
Abe ensem ngorat dalam feri

Pukul 12 camtu sampai Redang. But wait. Jangan eksaited sangat terus lompat sebab nanti instead of jejak pasir terus masuk laut. Kena buat stop kat jeti terapung tunggu bot datang angkut ke pulau. Entah tak tahu nama jeti apa tapi nampak macam jeti terapung so dapat lah nama gitu. hehe


Jeti terapung

Tudung hancur tak apa yang penting wefie


Jejak je pasir pantai terus carik atap hijau okay kalau Redang Lagoon. Jalan kaki je gi chalet sebab dekat. Kat sini nak nasihatkan pakai lah bagpack macam Dora the Explorer tu. Kalau beg tarik, tarik la kau kat pasir putih tepi pantai, ombak saling berkejaran. Kesian tengok aunty yang tarik beg baju dia kat pasir. Struggle gile nak tarik.

Tengok laut dengan pantai dia cantikkkkkkk! Biruuuu! Jernihhhh! Tapi macam acah cool lah kan. Alaa pantai je pun. Padahal rasa nak bergolek kat pantai tu dari hujung ke hujung pantai. 😂😂😂



Macam je la cool tapi tak dapat sorok pun.
Atap hijau = Redang Lagoon

Check in, dapat kunci, bayar baki kat kaunter terus cop katil masing-masing. Sebab aku ni anti dengan sejuk taknak air-cond so aku prefer tido tingkat atas ada kipas. Rela tidur berkipas tapi lena daripada tidur guna aircond tapi kejap kejap bangun pegi toilet. XD










Tak lama tu pergi lunch. Makanan kat cafe memang sedap sedapp! Lauk makanan biasa tu je tapi sedap laaa. Lambat sikit je makanan terus lesap. Tapi jangan risau sebab macik abe kakak kat situ memang akan topup lauk sampai semua orang dapat makan dan cukup.

Pukul 2.30petang kena ready sebab nak pergi snorkling.




Sewa safety jacket dgn goggle RM20 utk sepanjang 3hari 2malam kat situ. Ada abe mulut petah masa pegi tu memang terhibur. First snorkeling tempat yang dia bawak tu penuh dengan batu karang hidup dengan ikan ikan cantik. Seronok tengok ðŸ˜„  tak tipu. Memang leka. Lagi best kalau ada roti memang kena kerumun dengan ikan. 





Balik snorkeling, minum petang lepastu sambung lagi main air. Datang jauh-jauh so kena lah make sure mandi sampai puas air laut jernih tu. Kalau nasib baik sambil berendam tu nampaklah anak ikan jerung kat situ. 





Malam ada bbq. Termasuk dah sekali dengan pakej yang bayar tu. Bahan semua chalet sediakan, kitaorang cuma kena bakar dan makan! Tamak memasing bakar banyak banyak pastu tak habis. Amalan setan. Terok perangai. Tapi kitaorang bungkus untuk makan bila lapar nanti. hiks.



Ni meja perempuan. Jangan konpius.
Malam kononnya ada energy so berjalan dekat chalet sebelah bila nampak ada lampu cantik





Habis tu terus tumbang kat katil sebab penat. Hehe tunggu for my next post in shaa Allah I'll post it tomorrow.Toddles!

Tekan SINI untuk Part 2

August 5, 2016

Flawless

Nak cerita pasal flawless.

Sesungguhnya aku sangat nerd masa sekolah. Rupa je lah nerd. Perangai mashaAllah...teruk habaq mai. Malu nak ceghita kat orang. Kulit gelap sebab dulu kekohononnya aktif. Konon je la. 😆 Lepastu dulu takde pikir pasal cantik pon. Mekap pon tak tahu apebenda.

Masuk diploma semester 3 kot, jerawat mencanak naik. Sebelum ni ada sesikit je. Ni tiba-tiba teruk. Tak tahan tengok terus mak kiterr bawak pi jumpa doktor.

Bom! Muka terus se-flawless-nya. Sampai bila panas je pipi merah ala-ala blusher giteww.. orang pun tengok suka. Bukan takat bedak muka, bedak talkum tu pon aku tak tepek kat muka.

Tapi dalam diam aku sengih orang puji aku terpikir gak, kenapa lah dah chantekk tetiba orang semua nak suka. Cuba kalau aku macam dulu, mesti diaorang tak suka.

Sekali benti jumpa doktor, ubat habis, salah tepek minyak zaitun konon nak pakai natural product terus teruk balik. Ni memang betul nikmat pinjaman kena pulang balik.

Aku sendiri sakit mata tengok muka sendiri, lagi sakit hati orang tegur macam aku ni tak  basuh muka sebab tu muka teruk.

Cakap mai apa yang aku tak penah try. Semua aku cuba. Benda tepek2 kat muka yang macam dnars, bedak tanaka, etc tu je aku tak penah pakai sebab tak berani nak tepek.

Aku boleh terima orang nak tegur lepastu bagi sumbangan idea bernas. Bukan takat tegur pastu konon bergurau acah acah gelak. Tak kelakar pon. -_- Rasa nak cubit diri sebab geram sambil mulut sengih tak ikhlas langsong kau tahu tak. Sampai satu tahap ada orang tu tego pasal muka, aku buat tak dengar sebab bukan kali pertama dia tegur. Dia paham sendiri aku malas nak layan soalan tu bila dia tanya benda lain baru aku jawab sambil senyum ikhlas.

Muka jerawat ni memang buat rasa rendah diri. Sebab tu bila orang tegur rasa nak tanggal muka ni. Sedih memang sedih. Sampai malazz nak keluar rumah tak nak jumpa orang. Orang ajak jumpa pun aku mengelak sebab kali terakhir jumpa muka tengah elok lagi. Sedih sangat. 😕

Itu lah dia luahan hati seorang aqilah. Hahah
Usaha tu aku tak putus. Masih cuba benda yang tepek kat muka dan boleh dimakan (natural product) macam yogurt, susu, kunyit, beras, soda bikarbonat etc. In shaa Allah masih cuba usaha tak putus. 😊

June 12, 2016

Baik

Aku tak baik.
Tak sempurna macam orang lain harapkan.
Tak pandai, 
tak reti jaga hati orang.
Kadang tak berniat,
tak sengaja menyakitkan. 

Aku harap kau maafkan.

Sebab aku tak baik, 
tapi aku belajar bertatih melangkah ke perubahan.




June 7, 2016

Diari ini

Assalamualaikum.

Sebelum terjadi apa yang jadi seminggu ni, aku dah lalui. Aku sedar diri dan aku tahu apa aku patut buat, aku jauhkan diri.
Bezanya aku tak dapat luahkan apa yang terbuku di hati sebab sakit di dalam. Dalam ni sakitnya kau sendiri pernah rasa.

Aku coret di 'diari'. Aku mengandaikan tiada yang baca sebab tiada yang ambil peduli. Kalau tujuan aku untuk meraih simpati, diari ni yang aku pilih. Diari ni.



April 1, 2016

Mencari sebab untuk berjumpa | Yana E-Day 270316

Plan hari Jumaat. Hari sabtu terus jalan! 
Pemandu mestilah aku. Peneman setia Day dan Shida! :)






Itu yang senangnya bila plan last minute. Tapi of course kena tahu dan kena usha tempat nak stay kalau nak bermalam. Macam kitaorang awal-awal tuan rumah bagitahu dia sediakan tempat untuk tido. Jimat ka-ching!

Dari Shah Alam bertolak pukul 4. Drive macam pelesit tapi maintain 110 sebab sedar diri takde duit nak bayar kalau kena saman. Sepanjang jalan cakap tak henti henti. Seronok sebab ada kawan waktu drive. Cakap pasal hidup, masalah, gossip. :D 
Bila susah nak jumpa, nak contact masing-masing sebok dengan hidup, waktu ni je lah semua cerita nak keluar. Seronok. :)

Pukul 8malam still tak sampai lagi. Siap tersilap masuk jalan kampung yang menakutkan kiri kanan pokok getah, pokok sawit. Ada jalan senang tapi percaya gps. Rasakann haaa... Seram tapi sebab kena fokus kat jalan so dia macam tak sedar pun la suasana kegelapan kiri kanan tu.


Pukul 9 baru sampai terus mintak keje apa nak buat. Dapat la tugasan buat tepak sireh
Google gambar contoh tepak sireh, cari paling simple sesuai dengan bahan yang ada kat depan mata dann terus mulakan misi. 

Bismillah..untuk kali pertamanya..




Setelah tekun berusaha menghias tepak sireh untuk kali pertamanya dalam hidup sambil dibantu dua pembantu yang setia akhirnyaa siapp!



Sungguh serabai hasilnya. Minta ampun kat Yana sebab hasil yang tidak memberangsangkan. Hehee


Esok paginya kumpul ramai-ramai, sambung bercerita *perempuannn takkan habis cerita*, sarapan nasi goreng mak yana yang sedappp tu *terima kasih mak yana :)*, tuan rumah dah mula make-up baru yang lain kelam kabut nak siap jugak. >.<





Bermula dari sini tatapilah gambar melambak kami.
Tangkap gambar banyak-banyak sebelum pihak lelaki datang bertandang.






Dah puas bergambar tibatiba dapat call pihak lelaki dah nak sampai pun.  
Anak daro duk dapur, yang nak di cop si teruna teruih lari masuk bilik.







Bukan kali pertama menyempit celahan orang yang berbincang hal tunang dan hal masa depan which is kawen, tapi still suka jugak nak mendengar dan menyibuk. Bukan hari-hari orang yang kita kenal lama, orang yang kita sayang lalui hari bersejarah macam ni kan. :)



Tahniah untuk hari bersejarah ini Yanaa! Moga dipercepatkan ke jinjang pelamin. Amiinnn :) Terima kasih bagi tempat tido, bagi makan kat kami. Terima kasihh sangatt! :')

Pukul 1 lebih terus kemas beg baju, siap untuk balik. 
Salam-salam, peluk cium semua sebab tak tahu bila lagi nak jumpa, start kete, zupp terus jalan. Tempuh jalan senang sikit daripada semalam, singgah tempat lama. 

Tempat penuhh dengan kenangan! 


UiTM Sri Iskandar. :)


Tempat jatuh bangun bersama, tempat sedih, menangis teriak, gaduh, merajuk, gembira, ketawa. Tempat yang menjadi saksi kejahilan diri, tempat mengenang dan muhasabah diri. Banyaklah pokoknya! 
2tahun setengah tapi setiap harinya boleh aku kata bangga pada diri sebab berjaya mengisi dengan memori. Huyoo bermadah pujangga! tak sabar nak tengok ada apa dengan cinta 2. :D

Sejujurnya melambakk lagi gambar tapi kita simpan je lah. Cukup gambar ala-ala pose asia next top model ni meloyakan tekak yang menengok. HAHAHA

Singgah situ sekejap je sebab kejar masa. 



Sampai rumah penatnyaa ya amatt.
Tapi penat penat pun yang penting kenangan. Macam lama tak cipta kenangan dengan kawan yang membentuk aku harini. Lama tak bersua penyebab kita gigihkan juga diri merantau berjam-jam. 

Rasa tak cukup! 
Bila lagi kita nak jumpa kawan?


Mampu menumpang pelamin bertunang orang.
Sebab pelamin sendiri macam dah hilang sinar-sinar dari pandangan.








March 24, 2016

Banyak fikir dan menyusahkan.

Aku stress, banyak fikir. Nampak je tenang macam bodo bodo je tak buat pa pe. Tapi dalam kepala ni ligat tengah berfikir.


Semua yang dirancang tak menjadi. Apatah lagi angan-angan tak bergerak. Disebabkan itu aku pun terdiam berfikir apa patut aku buat.

Awalnya memang gembira, Tapi lama-lama aku rasa kena pijak. Aku pun bertukar bengis dan berfikir apa salah aku terbuat.

Paling lemah aku tersasar memikir. Terlalu mengundur ke belakang terlupa tu semua kenangan. Mesti wajib sedih wajib terdiam. Kenapalah bodoh terlalu mengikut kata orang. Bodoh diri sendiri yang terlalu ikut perasaan.

Sesungguhnya aku memang menyusahkan diri orangnya. Complicated. Aku terlalu banyak berfikir. Terlalu banyak buat kesimpulan. Padahal yang pentingnya satu tu. Nikmat waktu sekecil nikmat. Waktu ketika disayangi orang.

Bila semua terlambat, cuma mampu menikmati semua tu dalam kenangan.


.    .    .    .

Salah aku mementingkan diri. Padahal dah diberitahu tapi nak juga ke inginan di penuhi. Sebab tu la lain kali jangan fikir benda yang tak elok. Fikir gembira terlebih ni confirm nangis hah jadi lah dia. Sendiri buat, bila kesannya pada diri menangis. Padan lah muka. Dah la aku tak tahu nak buat apa. Banyak kali fikir benda tak bik sebab rasa putus asa nak melayan emosi teruk diri sendiri tapi tu lah 

February 4, 2016

Ikan Kembung Masak Asam

Selalu masak suka cari online lepastu gabungkan bahan dengan resepi yang berbeza. Bila masak menjadi, siap puji diri sendiri, tap on my back. Haha *gelak tak ikhlas sebab puji diri sendiri*
Lepastu waktu yang lainnya cuba ingat balik dah tak ingat. Pernah salin letak kat buku, hilang entah mana. Simpan dalam phone, terpadam sebab berzaman sangat. Hehe

Resepi yang paling bertahan, of course la yang simpan dalam blog ni.
Salah satu punca jugak kenapa suka simpan gambar dalam facebook dengan myspace dulu sebab ni jugak. Senang nak trace balik . Macam gambar hari raya.

So, enuff dengan bebelan. Ini dia resepi kita!

Gambar sumber dari azlitamasammanis.com

Ikan Kembung Masak Asam

Si watak utama, 3 ekor ikan kembung - Boleh digoreng dahulu dengan kunyit dan garam kalau mahu (optional)
2 biji bawang merah besar - dipotong bulat
6 biji cili api - dibelah tanpa putus
1 biji tomato - dipotong
1 batang serai - diketuk
3 ulas bawang putih - dimayang
1 cm halia - dimayang
2 sudu besar asam jawa adabi
2 1/2 cawan air 
garam secukup rasa
gula secubit untuk imbangkan rasa

1. Panaskan minyak dan tumis bahan yg dimayang, setengah bawang merah tadi dan serai hingga harum. 
2. Masukkan air asam masak hingga didih. Perasakan garam dan gula.
3. Kemudian masukkan cili api dan baki setengah bawang besar.
4. Untuk ikan yang digoreng : Masukkan tomato dan ikan kembung biar seketika hingga kuah menyerap dan sedia dihidang.
    Untuk ikan tak digoreng : Masukkan ikan sehingga ikan masak dalam 20minit kemudian tomato. Kecilkan api dan biarkan selama 20minit.

Kesedihan tertangguh sesaat

Banyak kali nak karang tapi mesti tak terkarang pun. Tahu tahu dah 2026. Tahu tahu dah puasa and dah nak raya.  No one can fit our shoes sel...