August 30, 2014

Tak jadi hentak. Oh fyp!

Currently mood rasa nak hentak laptop sebab buat system asyik error lepastu tak jadi nak hentak bila pikir kalau mati laptop ni nangis la sendiri tak de sapa nak tumpang bahu sebab semua akan kata, "sape suro hentak? Padan muka." ouchh merintih lagi sendiri HAHA


While doing all the final year project stuff I've learnt a few things. Macam how to make your laptop run more fast which as a computer student aku patutnya belajar benda tu yang pertamaaa sekali. ni tak. sibuk belajar untuk test je pastu tak tahu nak praktik sebab all the computer language yang aku belajar is not a same language that were been using now in our IT industries. ecehh alasan. cara nak cas handphone dengan lagi cepat dari kebiasaan bila kita in hurry. penting untuk tahu tu. pokoknye banyak benda belajar termasuk nak buat system aku ni tapi bila dah error banyak kali terus jadi bosan. macam sekarang ni tengah run dreamweaver pastu recordset database and bla bla bla (aku explain bukan ada yang paham pun.) bla blaa tengah on checking the data tetiba stuck. baru je few minutes tadi. pastu apa pun tak sempat save. kena mula balik apa yang dah buat dari tengahari tadi -..- pastu otak pun jadi stuck and stress tapi buang masa je layan. biasa dah.


tak tahu system ni akan siap atau tak. atau tak akan pernah siap which hati ni dah berbisik bisik and just be ready for the consequences. kalau sambung buat dekat melaka confirm double triple stress sebab tak ada hiburan and tak ada orang yang boleh disakat untuk release tension. so..ready je lah untuk anything. okay tu je nak bebel. sambung sambung buat keje! 

harap menyesal menghabiskan masa baca bebelan di atas. :P

August 5, 2014

Syawal Pertama 2014 :)

Assalamualaikum.

Bergilir-gilir setiap tahun tiap kali balik kampung beraya dan tahun ni punya raya paling bestt lepas bertahun tunggu untuk raya macam ni. :D Tahun tahun yang lepas bila balik raya selatan sepupu yang balik raya boleh kira dengan jari je. Semacam kurang meriah, rasa kurang sesuatu jee.

Tiap kali raya mesti nak imbas zaman semua tengah sekolah lagi walaupun masa tu macam aku yang bebudak ni dah tak boleh nak bercampur dengan sepupu sepapat yang dah remaja sebab tak paham dengan diaorang tapi ingat lagi kitaorang main buat bulatan tepuk tangan orang sebelah sambil kira A,B,C sampai Z yang kena tepuk, leka, kena keluar. Kenangan tak seberapa tapi tu kira paling last dapat main ramai-ramai dengan sepupu sepapat.

Alhamdulillah tahun ni ramai yang balik, alhamdulillah banyak benda tolak tepi lepas tu semua macam seronok seriously terharu :') Nak dapat raya macam ni lagi tak tahu bila tahun boleh dapat.
























Beratur nak salam mintak ampun






Kecoh lepas dah lama tak sekecoh ni. :)








 Gadgets memang tak lepas dari tangan tapi tetap seronok. :)










Sepupu ensem cun saya. :)
Atas kiri: Sya'ari, Syazwi, Ujang, Abg Syafi'e, Abg Hijrah, Haziq, Syarazi
Bawah kiri: Aishah, Ain, Kak Nadia, Kak Yanti, Kak Nelly, ME, Kak Piqa, Didi

Yang tak ada dalam gambar. Wani, Kak Fara, Abg Yul, Kak Tasha, Ira, Kak Lenny, Farah Ain. 
Well, more than half yang ada. Nak kumpul semua memang susah tapi yang ni pun dah seronok. >.<


I always have a dream to gather everyone in my family. bukan gather je, nak sangat slogan kosong-kosong tu bukan setakat luah and ucap je. tapi betul betul maksudkannya and everyone will be natural like we used to be. Waktu kita cuma kenal saudara kita sebelum kita kenal dunia. 

Tak pernah bagitau sesapa benda ni sebab rasa diri ni kecik lagi tapi nama pun impian mek. Ada rezeki ada lah yang termakbul. :)





June 26, 2014

I am a good girl *mukasuci*

Assalamualaikum XD

senyum tu kan sodokah. walaupun sambil taip ni tak senyum pun tapi anggap je la aku bagi salam tu sambil tersenyum sampai tertutup mata. :P

dalam duk dilemma tak sudah last post haritu tetiba dapat jugak balik sebab mama comel tersayang tanya, tak balik ke? lajuu je amek baju sumbat dalam beg capai kunci start kete isi minyak 40hengget zupp balik rumah. >.<


muka happy nak shopping baju ghaye



semester ni im being such a good girl.
tak de carik gaduh. tak ada bad mood memarah tak tentu pasal. tak de ngumpat sebab most of my time i just sit at my room, doing my fyp. lepastu kalau tak puaih hati ka, tak suke ape ke i just keep it by myself. i am controlling myself dengan sangattt baik. :O  takjub dengan diri sendiri. haha sungguh tak percaya.


ada 3 kemungkinan:

  1. sebab dah tua so behavior tak sementah dulu. eceh!
  2. sebab something that has changed
  3. sebab ni semua sokojap jo. next sem datang balik le perangai tu. 
cont. 1. bila dah tua sedar tak sedar kadang dah rasa malas nak layan negativiti diri sendiri dengan sekeliling. bila malas jadi pasif sikit la berbanding masa muda duluu. 

cont. 2. bila ada ubah something in daily life or ubah status kee. hiks *malugedik* besar probability dia nak jadi penyebab kenapa jadi baik semacam ni. 

cont. 3. tak tahu which one but for sure i was hoping that good girl will stay more longer. lagi best kalau dia tak pergi langsung. but me, myself just convince myself that this is only temporary. harharharr. see just in a few days lagi this good girl might be gone mad. joking! 



sebenarnya nak post something yang bermanfaat dan berfaedah or critics on current news macam pasal mak budak OKU tapi mood tak sampai. next time maybe. 
till then. nak nyanyi lagu all of you. kbye. toddles.



June 20, 2014

short update #serabutserabai

Dah lama tak tulis sampai rasa kekok. Rabu next week dah start first final paper and yet I still cant believe that my fifth semester going to be end like 20days more. Serious tak percaya. Jasin ni pun tak habis explore lagi padahal kecik je pekan Jasin ni.

Andd..


Sebab study week tak ada so I have some problems with myself and with my own self only. Rasa hati macam nak balik tapi takut tak cukup hari je nak study and plus I dont even hve money bila dah balik sini balik. Habis kat minyak dengan tol pergi balik puncak je nanti. Nak berjimba I told ya I've got no money left yoo. Nak balik rumah nenek and again money.


I feels like to spend my time with anyone in this world that can make my heart happy. Rasa macam something wrong somewhere and something is missing tapi tak tahu apa. :( or maybe I know why but I try to ignore it. Haishh sakit jiwa camni. 

Semalam habiskan separuh hari pikir pasal benda ni je. Apabenda laa.. lepas tu end up keluar konon nak carik cd untuk replace video mandarin yang tak ada suara tu tapi lepastu merayau. Bukan lah exactly merayau pun. Melencong tempat lain yang sah sah tak ada jual cd sekeping 70sen. HAHA mengarut je qila.

Sekarang ni rasa macam nak tidoo je tak nak bangun. Bila habis final nanti baru nak bangun. Sedih betul kat diri sendiri. -_-

June 8, 2014

makan fyp, minum fyp, tidur fyp

Masa diploma kalau tak tidur 1 hari tu alaa apalah sangat dik. sikit je tuu..tapi kepoh kemain sebab tak cukup tidur je. Sekarang dah degree baru merasa susah nya jadi student ni. lagi lagi jadi student fakulti science computer ni hamekk la kau kalau baru buat report je dah tak tidur 2, 3 hari sampai cuti pun duduk rumah menghadap computer. dah boleh kawen sangat dah dengan computer bila dah 24/7 berkepit macam belangkas. 

ni belum buat prototype. *die*

tak apalah susah sekarang. *sedapkan hati* 


Shoot video mandarin


sampai tanggungjawab sebenar, belajar pun dah terabai. tanggungjawab kedua jadi ketua rumah pun dah entah ke mana. bil sampai lupa nak bayar sebab dah plan nak dating berdua dengan final year project report setiap hari. alolooo sweet ya amatt! 

dah siap hantar report dekat supervisor dengan harapan yang tinggi moga tiada penambahan lagi perlu dibuat. sir cakap selagi tak present fyp ni, selagi tu akan ada pembetulan. rasa kena tembak ber das das dengan senapang patah dengar benda tu. 




okay. tak sabar nak tunggu 18haribulan lagi. :D




May 17, 2014

kil me or not #random

Untuk pertama kalinya dan sesungguhnya dan seikhlas hatinya insha Allah this feeling won't change in future yang aku.. menunpang gembira orang lain punya kegembiraan. such a lame. hengat nak cakap apa kann. hahaha the time will come. :)



dua kali copy, dua kali delete cerita KIL till today copy buat kali ketiga sebab dah follow redza minhat punya twitter terus terasa nak tengok cerita tu when before this tak pernah rasa nak tengok.
Sukaaa sangatt the times when kil dengan zara sit together at the bar table lepas tu borak borak rasa macam sweet sangat. tak rasa macam lakonan. rasa the conversation that they both had tu bukan atas penghafalan skrip.






it was totally a good movie macam movie talent time. simple yet have lots of value. the dialog wasn't totally in Malay which is good jugak. buat rasa tetiberr nak speaking jugak. its good right for someone like me who wants to improve their English but never have a chance to practice walaupun guna malay+english. selalu ragu ragu.

dan yeaa. belajar hargai hidup ni and jangan buta kan mata tak nampak orang yang nampak kita. #cewahh kau ingat twitter nak hashtag? pedulik apa.

lepas tu tiba-tiba jugak rasa nak pergi hiking lagi walaupun banyak susahkan orang.
selfish tak? :P i didnt mean to. :(
lepas tu balik hiking macam cendawan jewawat keluar. sewonok betul jewawat tuu.


ok dah. random post je ni sambil tunggu orang sambil menghupdate sambil dengar lagu citinuralija yang baru, Jaga dia untukku. kena betul dengan sekarang sambil menunggu orang.


May 13, 2014

First time hiking. Brinchang, Cameron Highland.

Hiking? Sounds great tapi mampu ke aku? Nak ke tak nii. Nak tapi too much things to think about. Hati nak ni. Macam mana? Macam mana? instead of letting myself decide on it, terus tanya abah.

Lampu hijau.


ok dah tak ada alasan. Pergi jugak!



"honestly nak bagitau saya tak fit"




and i can't even believe myself yang stamina aku sememangnya rendah sangat. rendah ya amatt sampai rasa malu bila dah pergi tu we start to hiking in 17celcius if I'm not mistaken. permulaan memang konon power sebab jalan mendatar. bila dah mula jalan menaik terus mulut diam sampai tak tersebut perkataan, "ok" bila ditanya ok ke tak. hangguk kepala je. orang paling banyak buat stop. aku. -_-  shame on me.


beg dah la berat gilee lepas tu ada orang tolong bawakkan beg. :')

paling seronok bila dapat tengok bintang terang. oh lupa nak kata kitaorang hiking waktu malam. sejuk jee. tapi rasa penatnya tahap macam orang nak nangis tapi tak lah nangis. rasa je laa. bila dapat tengok bintang tu alahai.. suka sangat! lupa penat kejap.


malam pertama malas nak merangkak masuk khemah so berbumbungkan langit berkabus dengan sleeping bag dan sweater pinjam, tido. :) senyum ni bukan sebab best. apa yang best kalau tido dengan suhu 10celcius. tapi pengalaman. itu yang senyum. oh dengan sweater pinjam tu. kalau tak de tu i donno what to say lahh.







jungle trekking is my favorite dan buat kenangan masa camping dulu terimbau. tapi as I told, stamina memang out habis. naik larat lagi laa. boleh laaa kan. turun kaki dah terketar ketar sampai banyak kali ter-slip. hujan is one of the reason tapi mostly sebab kaki dah tak larat. terima kasih lagi orang yang jadi instructor mana nak pijak, mana nak langkah. :')


tak yakin boleh join berborak dengan orang yang aku tak kenal. perkara paling risau tapi alhamdulillah i managed to make myself comfortable with them and i even follow them to have a supper on the 2nd night when i know that mata ni confirm tertutup bila sampai meja makan. dan yea. mata ni memang tetutup kejap sampai kena tegur. kalaka kalakaaa HAHAHA *gelak sambil pegang perut*





tak akan lupa makan mihun sup kosong tak ada rasa. lapar. tangan terketar. baru faham kan perasaan orang yang homeless ni. sejuk, tak ada makanan, tak ada sumber air, tak ada tempat teduh, hujan, baju basah, angin seronok bertiup sampai badan menggigil.




walaupun penat, sejuk, sakit kaki, sakit tangan tapi seronokk dapat pengalaman macam ni. 

tolong laa nak pegi lagii nak merasa stamina out lagii XD



Kesedihan tertangguh sesaat

Banyak kali nak karang tapi mesti tak terkarang pun. Tahu tahu dah 2026. Tahu tahu dah puasa and dah nak raya.  No one can fit our shoes sel...