November 6, 2011

Baguslah Buat Aku Macam Tu.

Aku percaya kat kau wehh. tapi senang senang kau cerita kat orang lain pasal benda tu kan. kau tak reti kan nak hormat orang lain? kau fikir pasal diri kau je. nak perhatian orang lain kau heboh benda tu. nak ada bahan untuk ngumpat, kau amek tajuk pasal diri aku. kau ingat aku ni apa. batu kau nak buat macam tu?? kalau dah sempit sangat ruang untuk aku luahkan dekat kau, apesal kau tak cakap je dari awal awal??? bila dah sempit sangat then kau memperluaskan balik ruang tu dengan cerita kat orang lain. bagus betul perangai kau. memang tu cara kau berkawan dengan menggelakkan aku belakang kawan kau yang lain kan KAWAN. maaflah aku tak ada kawan perangai macam kau. and please, behave yourself.

sekadar gambar hiasan.
credit to Yasmin. :)
okeyy. jangan gabra mahupun gubra. segala words di atas sekadar rekaan semata mata. pernah lah aku nak cakap macam ni kepada kawan ku yang molek sikapnya itu. tapi aku tak buat pun. ;P inilah yang dirasai oleh orang orang yang kepercayaan dia yang senang senang kena koyak. tapi rasanya ayat diaorang lebih terbakar, out of control dan banyak F word yang digunakan. haha :D normal bila seseorang itu tengah marah betul.

a few months ago I feels like being betrayed by my friend. of course lah kawan kan. siapa lagi yang akan khianat selalunya kalau bukan kawan. marah teramat sangat sampai tak boleh nak fikir. otak jadi blank bagai apa dahh.


ramai yang bila terlalu marah diaorang suka update status kat fesbuk ba alif ba ya lah, F words, segala ayat yang teruk teruk. aku pakai gak kalau dah marah tahap mendidih. tapi tak adalah sampai update kat status. sebut terus je kat orang tu. tak suka update kat status macam tu sebab bila aku tengok orang buat benda tu. tulis perkataan yang gilee harsh tu, aku rasa macam.. 



"perlu ke maki kat sini?" *sambil angkat kening macam Ziana Zain. 



okey fine. aku tak perlu baca kalau tak suke status tu. tapi tak ada nak fikir ke apa orang anggap bila kita tulis tu semua? okey okeyy. kau tak pernah nak pikir apa anggapan orang, suka hati kau. tapi pikir la orang yang kenal parents kau then apa orang akan kata tentang parents kau.

sebab tu aku suka berbasi basi bila karang ayat nak marah orang or kenakan orang or perli orang secara tersurat dan tersirat. jangan sia sia kan pelajaran Bahasa Melayu yang dipelajari selama 11 tahun. :)

dan dengan status yang aku update yang bukan bukan tu kalau tak suka nengok, delete je aku. 


November 3, 2011

Renew IC Sebelum Expired!

drive pergi Shah Alam pagi pagi memang menggeramkan sebab kesesakan lalu lintas dan traffic light nya yang banyakkk. tapi tak apa. aku tetap bersabar demi untuk


AKUNAKMAKI


eh. salah laa. i will mentioned that name everytime i forgot the real name of food. hehe ;P sebenarnya nama dia Okonomiyaki, Japan's Pizza. gurau jee. :)
sebelum ni pernah cerita pasal pizza ni and tiap kali balik cuti semester mesti perut ni craving for that food dan terutama sekali takoyaki. :D   today, starving and craving for tako oko

Okonomiyaki
Tour Guide yang tak menyabar nak makan.
pergi Plaza Masalam ni bukan semata mata untuk makanan tu. sebenarnya nak renew kad pengenalan yang lama yang muka skema masa darjah enam tuu kan. yang gambarnya walamakk. kelihatan nur di wajah kuu.. =.='
di nasihatkan kepada yang tak renew sila lah renew sebelum expired. sekarang kena bayar sepuloh ringgit jee. kalau dah expired umur dah exceed dua puloh empatt, amek ha kena bayar empat puloh hengget.

masa tangkap gambar untuk ic baru tu, urusan sedikit terhenti lepas akak kaunter terkejut tengok muka aku. terkejut melihat mata hantu pink aku. kihkih.. ;D nak buat macam mana. since aku kena drive, so lagi selesa pakai contact lens. dah cakap dengan akak kalau nak tanggalkan boleh tapi akak tu kata tak apa. jadinya nanti ic aku, lain dari yang lain sikit dengan ic orang lain nanti. haha :D apa ntah agaknya rupa nanti. -,-

muka bahagia, muncong mahal disertakan dengan peace. =.='
lagi satu nasihat, nak renew ic pergi awal pagii tepat pejabat bukak, nak tolong bukak kan pun bolee so tak perlu tunggu giliran terlalu lama. XD

bukti pergi awal awal pagii. hehe.. :)
renew ic tu one the things that i have to do sebelum balik kolej nanti. perkara kedua kena tolong sediakan tempat adik adik study. dah settle harini juga.

potong dan cat rak buku yang lama. :)
sekarang tinggal satu. perkara yang wajib tiap kali balik cuti. jumpa kawan kawan. :) kawan yang nak juumpa aku lah. yang tak nak tak kan nak menyibok ajakkan. ;P okey. habis dah celoteh hari ini. salam. :)

muka merenong maso dopan. XP



October 31, 2011

Dia Mengecewakan.

Assalamualaikum.

It's been awhile aku tak tulis anything yang betul betul ada dalam hati sebab everytime aku taip je mesti tak tertekan butang publish tu. then buat another entry yang isi isinya more public, not really 100% about what I'm feeling and how I'm doing. seolahnya seperti mengelak.
I'm fine right now. cuma mengharapkan nothing awkward thing yang berlaku je sebab I'm totally not ready for that.

Bila orang kata dia memahami keadaan kita. apa yang aku rasa?


Tak. Kau tak faham.


aku pun tak tahu kenapa masih ada je rasa kucewa. orang kata untuk memaafkan boleh. tapi untuk melupakan? susah. sangad susah dan payah. tapi satu berita baik bila sometimes aku jadi stalker orang yang sangad mengecewakan tu, aku tak lah terasa sedih macam dulu. marah masih lah ada sedikit.



credit to my old picture.


semenjak itulah I always telling myself, no one is perfect. jangan terkejut sebab pernah aku rasa wujud orang yang perfect pada dirinya. tapi rupanya... tettt! salah.  :) sebaik mana pun dia tetap ada celanya walau sikit pun.

a few weeks lepas peristiwa yang mengecewakan tu jadi, ada orang comment blog aku dengan comment yang buat aku terdetik,


pengecewa mengadu kat orang lain. 


menunjukkan seolah dia tu tak tahu aku tengah kecewa dengan apa yang dia dah buat. macam tak ada rasa bersalah. secara tak langsung nampaklah yang dia boleh teruskan hidup dia dengan lebih gemilang. mesti ingat aku perlikan? nope. seriously I'm happy for that person. sebab aku tahu keliling dia penuh dengan orang yang baik.

I'm totally single at that time when he doing things yang disappointed-kan tu. surely ini bukan kes putus cinta if that is what you're thinking of. anyway, benda dah jadi dan dah berlalu. apa yang jadi akan datang itulah hikmahnya. aku cuma tulis apa yang aku selalu terfikir. maybe I think too much.

esok first november. tinggal dua puluh hari je lagi cuti yang ada dan ada dua benda yang perlu aku buat sebelum balik. eh, wait. make it three. :)

akhiri luahan jiwang karat blonde ini dengan kata terima kasih sudi membaca.
salam. :)

Kotorkan Tangan Dengan Tanah. Penuhkan Riba Dengan Buku.

Perhatian post kali ni penuh dengan gambar dan karangan kali ini agak membosankan. :)

Asslamualaikum.

yeah i know this is the second post for today. sahaja jee nak bagi bengkak mata esok bila bangun pagi walaupun mata macam dah berat sebenarnya ni.

tapi bila teringat balik apa yang aku buat last saturday terus macam bangkit sikit kelopak mata ni. apa benda yang best sangat tu kan? pergi clubbing-kah? aha! :) sikit pon tak betol. =.='

the night before that my mum invite ikut buat aktiviti tanam pokok dekat library shah alam. bunyi macam best. so langsung tak pikir panjang. tanam pokok? ada maksud tersembunyi ke? nope. memang itulah yang dilakukan. menanam pokok. secara jujurnya sebenarnya langsung macam tak menarik menanam pokok bersama dengan orang yang lebih dewasa dari umur aku. tapi tak salah pun pergi kan.

first thing that we do. breakfast dengan kenyangnya. makan penting untuk membekalkan tenaga, ;P teringat karipap dia yang seriously the best karipap i ever tasted! lepas dah diberi taklimat and sikit latar belakang library yang baru tu, niat yang asal untuk pergi sana terus dibuat. tanam pokok! :D

Scroll the box below.
:)





Kami sedia untuk tanam pokok!
*semangadd. ;D
Jalan jalan cari pasal sekejapp.
itulah dia pokok tinggi kamii! ;)
lemah lembut nak timbus akar pokok tu.
=.='

tanam pokok kecik ketonet pulaa.
BOS!

bersama sama bekerjasama.






uh. lupa nak habaq mai. sebenarnya ni macam charity activities-lah yang mama punya department buat. setakat tanam pokok je buat apakan kalau dah susah payah datang sampai sesat sesat cari library baru nii. so, beberapa jam dihabiskan di dalam library.

library ni ada satu perkara yang library lain tak ada. ada XD Theatre! ;D the best way for someone yang nak cuba roller coaster tapi tak ada keberanian nak cuba yang real punya. so u can come to this library and enjoy the 3D Cinema. of course berbayar yea. :)




boleh tido kalau datang sini.
ini buktinya. ;P


cafe.
perpustakaan tu memang hevvat and paling best library yang pernah aku pergi. :)  (aku pernah ke pergi library tempat lain? -,- ) bestlah kalau tak ramai orang macam masa aku datang haritu pukul 8pagi. library tu buka for public pukul 11.30 kalau tak silap. since tempat tu baru lagi so bukunya still tak penuh laa. kebanyakan yang datang just untuk online and study.

tu je lah kot. maaf kalau sebenarnya aku tertinggal dan semua orang dah pernah pergi pun situ. haha :D
for more pictures of the library, u can visit here Selangor New Library.

okeylah. mahu tido dengan nyenyak.
sikit tahun lagi nak datang kat library nii then tengok pokok yang ditanam membesar. hehe..

terima kasih sudi menyinggah dan baca. salam.  :)

Stew Ayam

Assalamualaikum.

Rasa macam nak tongkat je mata dengan pencungkil gigi sebab sekarang jadi budak baik yang suka tidur awal. eh. budak? lagi berapa bulan je nak masuk dua dekad dah kott. tapi jiwa masih kanak kanak riang maa. ;P

anyway, sekarang ni aku ada benda baru yang aku pantang. pantang nampak benda sedap mesti nak try masakk. mana tak gemuk kan. sikit sikit nak try tu la, ni lahh. macam orang batak baru first time jumpa dapur. semua benda nak masak. haha ;D
pathetic. -,-

mulanya penyakit ni datang masa tengok Desperate Housewives masa Bree bake Pineapple Cake Upside Down. rasa macam sedapp je. after that tengok Junior Masterchef bake Brownies. godaannya bukan main sampai terasa kat tekak. seminggu dua kali hah buat cake. bukan main lagii.

tak habis lagi dengan itu. jiwa ni sekali lagi tergoda dengan Stew Ayam yang terjumpa masa nak search resepi untuk ayam.



bila try resipi stew ayam tu rasa macam, wahh... sedap sedap! :) okey. perut tiba tiba berbunyi pada waktu pagi pagi buta ni. -,-

tertanya kenapa gambar stew ayam je ada? sebab both of cake yang aku bake tu tak teringat nak tangkap gambar. bila teringat je dah habis pun bendanya. jangan salah faham habis sebab sedap. kek habis sebab masing masing kelaparan jee. rasa cake tu hancurss. haha :D

kepada yang teringin nak cuba masak resipi ada kat bawah nii. serious senang lebih kurang macam masak sup ayam je actually.


Stew ayam

Bahan:
500 gm ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
2 tangkai daun sup 
2 tangkai daun bawang ] potong pendek
1 batang carrot [potong kecil]
1 biji tomato [belah 6]
3 biji jagung muda [hiriskan nipis]
minyak [cukup untuk tumis]

Bancuhkan:
1 sudu kecil kicap cair
1 s/k tepung jagung
1/2 cawan air
1 s/k lada hitam
1 s/k minyak bijan
garam secukup rasa...

Bahan Tumis [hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili merah

Cara:
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga layu.
3. Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan sehingga lembut.
4. Masukkan sayuran kecuali daun bawang dan daun sup.
5. Bila dah layu masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata.
6. Tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang.
7. Hidangkan dengan nasi atau roti.



tumis bawang biar sampai layu betul baru sedap. kalau ayam tak nak potong kecil make sure ayam betul betul dah masak sebelum masukkan sayur. sebelum tutup api silalah rasa dahulu. :)

selamat mencuba! ;D
salam.

October 27, 2011

Journal for today: Gagal Tapi Lulus? | Nafas Terakhir.

Assalamualaikum.

Aku biarkan blogg ni untuk beberapa hari sebab tak ada idea langsung nak taip apa. kalau ada pun, mesti masa tu aku lebih cenderung kepada perkara yang emosi terlebih yang kemudiannya diterjemah ke dalam blog ini dan menjadi sesuatu yang banyak merepek dan banyak membebel. huaaa... macam sekarang. =.='

so, pagi tadi aku menyambung lesen aku yang gagal pada motor tapi lulus pada kereta tuh beberapa bulan lepas. yang paling tak boleh tahannya tuu bila dapat tahu aku orang kedua untuk test jpj. teros jantung berdegup laju gilee macam baru jumpa orang yang dicintai. macam tu lah rasanya kan? :)
dan keputusannya aku lulus. yeayy!!!

camwhore dulu sebelom pergi.
nampak terujakan? -,-
dalam ontheway nak sampai rumah dah plan bukak je pagar rumah terus nak lompat lompat masuk rumah ambil pinggan makan nasi sebab lapar sesangad sangadd. tapi dalam duk happy happy tuu sesuatu yang menyedihkan hati berlaku. :'(

i just can't believe i can be that soo emotional looking to my two little rabbit dead. dan lagi satu pula tengah nazak. :'( teros lupa perut tengah lapar. yang mampu buat cuma lihat sampai baby rabbit tu mati, menghembuskan nafas tercungap cungap dan akhirnya nafasnya yang terakhir. :'| mungkin sebab aku yang suapkan susu kat rabbit rabbit tuu.

okey. dah lalu tu kita lalukan sahaja. theres nothing we can't do selain memastikan the same thing didn't happened again. switch to neutral mood back.

i have my new favourites tv programs now! :) kejap. tv program ke orang panggil? entoh.
suka betul tengok Royal Pains. dulu House, tapi macam dah banyak tertinggal. so, pagi pagi dah tercacak depan tv pukul 8pagi tengok Royal Pains. huhuhu... ;D

he soo charming. ;) *senyum gatal sat.
apa lagi nak khabarkan yea. ouh. tiba tiba teringat satu soalan ni.


"kawan kau apa khabar? semakin sexy aku nampak."


soalan memerli tu sangat menyakitkan hati sebagai seorang kawan yang dah lama berkawan dengan dia yang sexy tuu. aku nak sexy dengan roommates aku pun segan. tak tahu bagaimana dia lakukan. berubah terlalu drastik. kalau memang biasanya begitu fahamlah. dah macam kejutan budaya pon ada. nak tegur kewwwjap lagi kena sound,

"kau jangan menyibok hidop aku" 
*dgn muka pontianak kehausan darah.

yelah kiah. hidup kau, kau punye suka. di sini cuma nak khabarkan sahaja. nanti kata tak bagitahu.

terima kasih di atas, di bawah, di tepi dan di sudut kesudian membaca sampai habes.
salam. :)

October 25, 2011

Pakaian Dan Per..

Assalamualaikum.

Baju memang satu kegilaan aku selain kasut. terutamanya t shirt. gile memang gila laa.. girls. paham paham je lah. cuma yang nak di alkisahkannya di sini tentang Pakaian dan Perayaan.

credit to Google.
Esok bagi yang tak sedar adalah hari apa, esok Hari Deepavali yeaa.. Macam perayaan yang lain bila tiba masanya, semua perkara penuh dengan benda yang berkaitan dengannya.  Tapi yang macam tak berapa nak sedap tengok tu bila yang Melayu pun sama macam seolah beriya nak menonjolkan perayaan yang bukan kita punya tu.

Sebagai contoh aku tengok pengacara satu rancangan tv haritu. macam nak tepuk dahi berkali kali tengok pakaian dia. pakai sari dah satu hal. then pakai pula benda yang orang India selalu pakai dekat dahi tuu. haihh.. tepuk dahi sambil menggeleng kepala nengoknye. rasanya tak salah kalau dia pakai baju kurung je. tak perlu nak feel feel sangat sampai pakai tu semua.

credit to Google.
Kalau di minta oleh producer untuk pakaikannya tak salahkan kalau dia tolak.


kalau melakukan perkara yang baik itu boleh membawa keburukan. 
lebih baik tidak melakukannya.


bukan nak kata kita tak boleh meraikan perayaan yang lain. tapi memang TAK boleh pun. the same thing goes to 1M'sia. nak menyamakan Melayu dengan kaum yang lain. eh. dah malu sangat ke nak ngaku Melayu sampai tak ada cara lain then nak samakan dengan kaum kaum yang lain. bukannya tak boleh bersatu padu tanpa semua tu kan? orang dulu dulu boleh jee. takkan kita nak kena buat 1 M'sia tu baru boleh nak bersatu dan hormat kaum yang lain? tak paham.

okey fine itu dulu. jadi tak boleh ke kita ambil yang baik itu sebagai contoh?

bukan masa Deepavali je la. perayaan lain yang bukan kita punya pun sama. Krismas, Chinese New Year, Hari Gawai ke. yang seumpama dengannya laa.

credit to Google.
Tak cukup ke Aidilfitri yang kita sambut tiap tahun dengan meriah tu? Baju kurung kita tu kalau di pakai bukan je cantik. ayu, manis, sopan. tak cukup nak sexy yeah? sekali lagi. tak paham. =.='

Kesedihan tertangguh sesaat

Banyak kali nak karang tapi mesti tak terkarang pun. Tahu tahu dah 2026. Tahu tahu dah puasa and dah nak raya.  No one can fit our shoes sel...