Showing posts with label list. Show all posts
Showing posts with label list. Show all posts

October 16, 2013

Macam Mana Nak Sewa Rumah?

This would be like the first after ages tulis post dengan something yang bermanfaat untuk orang yang baca. berblog tentang hidup peribadi yang tak berapa nak peribadi sebab update twitter hari hari pun dah jarang. ni nak update blog yang bermanfaat pada orang ramai. mimpi sangatt nak buat macam tu. tapi tadi dah tersebut dekat previous post dan pernah terniat pun. teruskan je lah apa yang nak dibuat.


Menjadi pelajar di Shah Alam toksah letak walau 10% harapan nak dapat kolej semester depannya. WAJIB mencari rumah seawal mungkin sebelum balik kampung halaman. kalau tak cari memang menangis nak cari. lagi lagi yag suka buat kerja last minit. confirm stress.





Maka dengan itu, bagaimana caranya kah untuk memulakan pencarian perumahan sewaan?

  1. Bertanya dengan kawan kawan atau senior.
  2. Melalui internet. mudah.com atau facebook page rumah sewa shah alam. Sebagai contoh: Rumah Sewa untuk Student ada banyak lagi page sila jangan malas. lagi meluas sampai tak terbaca semua kalau cari dekat google.com dan search. 

Itu bila nak mula mencari. Bila dah nampak calon calon rumah sewa ni apakah lagi yang perlu dilakukan?

   1. Senaraikan rumah sewa dan tulis sekali sewa dan kemudahan seperti 
      - fully furnished/half furished
      - 10 minit dari fakulti
      - parking motor/kereta yang banyak
       tapi jangan kemudahan ingat tapi kelemahan dilupakan. ni bukan nak cari kawan kena terima semua       
       dengan seadanya. hehehh tulis sekali kelemahan;
      - tiada dapur
      - tiada dobi yang berdekatan
   2. Dapatkan nombor contact tuan empunya rumah dan tulis sekali dekat list rumah sewa.
   3. Bagi yang guna prepaid sila beli topup sekaranggg juga. contact tuan rumah untuk bertanya ada 
       kekosongan atau tidak. Bagaimana dengan deposit berapa ringgit? 
   4. Bila dah dapat short list untuk lebih kesahihan dan lebih yakin rumah yang perlu di sewa buat satu
       lawatan kerumah rumah tu. Nak pergi jangan pakai redah. Buat janji dengan owner rumah.
   5. Bila dah buat lawatan mesti banyak rumah dapat tanda 'X'. Ada baiknya tengok rumah masa 
       penyewa masih ada lagi di rumah so boleh tanya sendiri apa lebih apa kurang dengan rumah yang 
       mereka duduk. 
       Lebih penting tanya tentang owner rumah jenis ambil kisah atau cuma tahu duit sewa bayar cukup bulan.





   6. Dah pasti dan yakin dan suka dengan rumah tu terus bertanya tentang agreement rumah supaya tak tertipu dengan bayaran deposit dan sewa.


Dekat shah alam nak dapat rumah murah memang payah sikit kadang. Kalau boleh elakkan rumah kedai sebab agak bahaya. macam macam kes tentang rumah kena pecah sampai ada penyewa yang kena ikat. Tapi kalau dah terdesak dan tiada pilihan kena sentiasa berjaga jaga bila tinggal dekat rumah kedai. 

Itu je kot step and a few tips yang boleh diberi. mungkin boleh fikir sendiri semua ni tapi untuk elak cuai dan perkataan 'kalaulah...' di masa hadapan baik prepare dari awal. 



February 14, 2013

Busy body!

Assalamualaikum :)

Hari hari saya busy.
Busy body.
Yeaa!
Saya busy body dengan diri sendiri.


Kadang tak busy pun buat buat busy. kalau tak mem-busy-kan diri keluar lah status aku bo bo bo booosannnnn! macam lagu Stacy tu. Pernah dengar? Pi korek kat you tube pi.

Alhamdulillah dalam masa berbulan bulan bercuti ni pernah sekali je terasa bosan. Itu pun sebab Mama suruh pilih nak pergi jalan jalan kat mana. Genting Highland? Pantai Jeram? Either two and I choosed none. tapi bila Mama ajak pi shopping cepat cepat masuk bilik zap zup zapp tukar baju. READY! XD hahahaa cepat je tenaga membara semangat berkobar kobar.



Tak sampai dua minggu je lagii nak masuk degree. bercampur baur perasaan yang datang. tak sabar, takut, kecut, seronok, risau.
Tak sabar sebab tak sabar nak tengok benda yang bakal dipelajari.
Takut sebab suasana belajar bakal menjadi tersangat berbeza.
Kecut sebab mungkin tak boleh bawa nanti. Degree kot.
Seronok sebab nak belajar! yeayyy.....?
Risau sebab banyak lagii benda tak settle!


Masalah yang menimpa

  • status pinjaman waktu diploma masih dalam pembiayaan while we're already finished our study. Tapi terima kasih kepada kawan kawan yang banyak membantu sebab bagi info macam mana nak selesaikan masalah ni.
  • Surat pengesahan tamat belajar kena ambil masa 3 hari untuk siap. Tak kan nak ulang alik pergi Perak mintak surat ni and then 3 hari kemudian datang lagi untuk amek surat. pentingg sangat surat ni untuk buat pinjaman baru. Insha Allah will be settle on next week.
  • Medical check up masih tak buat lagi. T.T
  • Slip gaji selalu susah nak mintak sebab terlalu private and confidential. -..-
  • Borang untuk pinjaman dengan kemasukan degree tak lengkap lagi!
  • Gambar passport tak tangkap lagiiiiii. -.-'
and a few things yang remeh temeh terlihat tetapi penting untuk dilengkapkan. 
Budak Seremban yang balik bercuti ni pun aku kena layan untuk cari barang keperluan dia. 



Gambar paling latest.
I'm getting chubbier and I'm worried about it.
T.T


Aku jadi susah sangat nak online berjam jam sekarang sebab memang aku saja biasakan diri aku macam tu. Ramai gak yang tanyaa mana hilang? mana hilang? -..- malas betul nak menjawab.

So, wahai masa depan permudahkanlah jalan ku yang berliku nanti. 

January 30, 2013

Kahwin Muda Part 2.

Assalamualaikum. :)


Sebelum ni ada mengarang dengan amat panjang lebar tentang kahwin muda dan sekarang to make it more balance supaya tak adalah cuma memikirkan only the pro of getting married at a young age and forgetting the cons of it.

Sebelum ni aku terasa yang teramat excited after knowing pasal kahwin di usia muda ni. Terasa wahhhh tomey dan tweetnyewwrr.. *oh. sila muntah hijau dengan penggunaan huruf yang agak gedik pada perkataan yang tidak-bersalah tu.


Habis baca ni orang akan ingat aku tak de bf sebab tu dengki dengan orang kahwin muda ni. HAHA :'D sadis. Tak ada bf tu memang benar, dengki tu separa benar. HAHA lagi. -.-'



Sumber The Clicker Facebook.



My mum once ask me,


"Takutnya budak sekolah menengah dah kahwin. Nak makan apa dah beranak pinak nanti? Pasir?"


Bukanlah exactly macam tu she asking me when she saw the video of budak primary school kahwin tu. Aku saja tokok tambah sikit. ;P Mulanya memang tak boleh terimalah persoalan yang ditimbulkan tu sebabbb..



“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, 
dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. 
Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka
 dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya),
 lagi Maha mengetahui.” 
(An-Nur : 32)



Pernah letak ayat kat atas ni dalam entry tentang kahwin muda sebab tu macam menentanglah things that my mum ask me pasal, nak bagi makan apa? pasir??

Bila dah membesar bukan dari segi ketinggian tapi dari segi umur dan mungkin pemikiran *uwekk* dan duduk di rumah kadang tengah sidai kain ke, masak ke, lipat kain ke terfikir all the things pasal kahwin muda tu baru macam terasa betul apa yang dipersoalkan tu.


Marriage is not something yang boleh dibuat hanya dalam 5 steps.
  1. Falling in love
  2. Kahwin
  3. Bercintan habis
  4. Dapat anak
  5. Happily ever after


not simply like that dude. If it so then why there are so many of married couple berpusu pusu naik turun mahkamah syariah untuk cerai? This is a fact okay.





Jealous aku pada orang yang kahwin muda ni tahap debush debush nak babap kat mereka rasa mereka amat untung sesangat. Dan sekarang hilang sikit demi sedikit pada kahwin muda ni dan aku pun mula tertanya jugak, pasir sedap ke? ;P



Malu rasanya kan kalau nak kahwin cepat tapi parents yang sponsor everything masa kahwin termasuk pakai baju, makan minum anak bini nanti. Ni cerita untuk si laki dan si perempuan yang dua dua masih belajar menuntut ilmu dan duit dalam bank cukup untuk beli makanan masuk dalam perut sendiri je.


Insha Allah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki pada setiap mereka yang berniat untuk mendirikan masjid kerana Allah. Bagi lelaki terutamanya, bila dah dapat kerja, merasa duit gaji sendiri, boleh berdikari lepastu teruslah meminang kekasih gelap tu.

Memang kita tak sepatutnya susahkan perkara yang boleh dimudahkan. Kahwin ni bukan tentang nak pikir pelamin warna apa je tau atau nak pikir nama anak apa. Semuanya tentang tanggungjawab yang bakal dipikul selepas mendirikan rumahtangga.




Sumber The Clicker Facebook.


I didn't said kahwin muda salah bahkan memuji bagi mereka yang berkahwin muda demi mengelakkan setan gelak berdekah dan menangis bila anak muda kita bernikah. Acecehh.. anak muda tuu gelaran aku bagi kat geng geng yang lebih kurang umur aku. ;P Tak salah apa punn. Cuma selagi boleh di elakkan perkara perkara yang dilarang tu elakkan lah dan tunggu waktu yang betul betul sesuai untuk membina keluarga sendiri. Insha Allah kesabaran disamping kematangan dapat ditanam dalam diri.



December 25, 2012

Resipi Daging Masak Merah & Resipi Bonus. :D

Assalamualaikum. :)

Disebabkan dah terlalu ramai pun yang meletakkan bermacam recipe dalam internat ni sebab tu den pun makin lama makin malas nak mem-publish sebarang recipe dan lebih kepada personal life.
Tapi sejak cuti ni banyak pulak try masak makanan makanan yang menggamit perut untuk makan maka dengan ini diri ini pun terasa nak mem-publish recipe yang dah beberapa kali di cuba ini.

mempersembahkannnn...... *drum roll*

tak payah nak berdebar sangat lah. tajuk atas tu dah sebut pun.  -.-'



Daging Masak Merah.





Bahan-bahan:


  • 1/2 kilo daging - dipotong nipis. direbus dengan pewarna merah. den guna sirap je. muehehehee
  • Air rebusan daging tadi
  • 2 sudu besar cili kering kisar 
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat 
  • 3 biji bawang putih - diketuk 
  • 10 biji cili api - diketuk (lagi banyak lagi pedas. ikut citarasa lidah memasing) 
  • 2 sudu besar sos cili 
  • 2 sudu besar sos tomato 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • Daun limau purut - dikoyakkan 
  • 2 batang serai - dititik 
  • Kacang panjang - dipotong memanjang (terpulang nak letak ke tak) 
  • Garam secukup rasa 
  • Ajinomoto secukup rasa 
  • Sedikit tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah 


Cara membuatnya:

Panaskan minyak. Goreng daging sebentar dan ketepikan.
Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan cili kering kisar.dan masak sehingga terbit minyak.
Masukkan segala sos yang ada. Sos cili, sos tomato, dan sos tiram dan sedikit air rebusan daging diikuti dengan daun limau purut, serai dan cili padi. Yang ni tak wajib tapi untuk bagi kick sikit kat rasa dia letak sikit asam jawa extra Adabi. Kacau rata. Kemudian masukkan garam, gula, dan ajinomoto.
Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau.
Kacau sebentar, dan cuba rasa. Kalau ada apa apa yang kurang boleh lah tambah sebelum letak daging, Kemudian masukkan daging yang telah digoreng tadi bersama kacang panjang dan bawang besar.
Akhir sekali boleh diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih.



Sos Lada Hitam untuk Chicken Chop!


Sebab ada yang membaca recipe saya ni dan saya rasa teramat terharu maka saya ingin memberi resipi bonus. :D Air rebusan daging yang banyak tadi boleh lagi digunakan untuk membuat sos lada hitam. Senang gila kot. Giniii...

Bahan bahan:

  • 2-3 sudu Margerin
  • Air rebusan daging
  • 4-5 biji bawang putih - dicincang
  • 1 biji bawang besar - dicincang
  • Lada hitam 
  • Garam
  • Air bancuhan tepung jagung
Cara membuatnya:

Panaskan margerin. Tumis bawang putih dan bawang besar. Letak lada hitam dalam 1 sudu besar penuh. Lepas bawang dah keemasan atau coklat letak air rebusan daging tadi dan biar mendidih sampai 10-20 minit. 
Letak air bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit dan lihat kepekatannya. Kalau kurang tambah lagi air bancuhan tepung jagung. 
Akhir sekali letak garam secukup rasa dan walaaahhhh! Siap! 

Beli daging lembu atau ayam dengan tepung kentucky. Kacau telur 2-3 biji. Daging tadi golek golek dekat telur, lepas tu golek dekat tepung kentucky tadi dan goreng. Siap goreng tuang kuah tadi atas ayam. Jadilah chicken chop! Huhuu ;D

November 30, 2012

Akhir kata dua tahun setengah di Sri Iskandar. :)

Tak berapa berani tulis entry tamat bagi kehidupan diri sebagai seorang pelajar diploma sampailah ketika ini bila dah berapa minggu dapat result baru rasa, okay. masanya telah tiba. :P poyo gilerr hah gayanya.

Dalam masa dua tahun setengah tu dah macam macam benda merasa. Merasa ada kawan kawan yang memang bestt gile. Some of them memang protective macam mak mak, some of them jiwa innocence macam budak budak. Ada yang straight to the point but they mean no harm, ada yang blurr blurr but they actually bring the cheers in our life.

benda negative kebanyakannya actually salah faham je lebih and girls kan are full with drama so it's normal kalau kekadang ceritanya kecik tapi dibawanya besar kalah cerita kl gangster. tapi kalau cerita besar kitaorang buat dekk je macam tak de pa pe. ye ke? hahaha ;D
but mostly we are actually face it and try to solve it together. :)






Sri Iskandar yang pada mulanya dimulakan dengan air mata berderai derai, bangga rasanya bila balik bawa lebih beribu kenangan. :') Tak salah keputusan dulu nak tukar kampus dari Machang ke Sri Iskandar. Kalau tak mesti


  • tak kenal 'kanak kanak' riang kat Sri Iskandar tu. :P 
  • Tak de lah dapat kawan yang akan heret aku pergi shopping Ipoh. 
  • Pengalaman drive tersasar sampai ke Kuala Kangsar dengan hujan lebat cuma nak cari sungai pun tak dapett. 
  • Pengalaman overnight. *tak boleh lupa overnight dgn Linda :)*
  • Masak lewat malam nak bukak gerai esoknya.

bermacam macam lagi pengalaman baru yang tak mungkin merasa kalau duduk melangut kat rumah macam sekarang ni. =.='






Pensyarah pun best besttt! Memang suka sangat dengan pensyarah yang mengajar sebab most of them memang treat kitaorang macam anak diaorang. :') Untung walaupun fakulti kecik tapi pensyarah kenal muka muka student dia. Bila jumpa kat luar pun boleh hai bye bye. :D



untuk aku memang banyak benda yang belajar. lebih lebih lagi belajar terima kritikan. kalau kena haritu, malam nangis lah pepuas esoknya rebuild balik senyuman di hati. kalau tak kena haritu bila lagi nak tahu kelemahan diri. belajar cara belajar yang betul, belajar sikap positif yang semakin lama disisihkan, belajar jadi nakal. ;P nakal sesikit lumrah jadi student jauh dari keluarga. -..-






Rindu memang terlalu banyak benda yang boleh dirindui dekat sana. Pasar malam dalam kampus tu selalu rambang mata kalau nak beli makanan dan diakhiri dengan senak perut pada malamnya. Tesco kecik ketonet yang menjadi tumpuan tiap kali bosan duduk terperuk kat kolej. Bilik fakulti yang sejuknya tak payah nak pi bukak then duduk depan peti ais kalau kepanasan. Fuhh! banyak sangat.


Dah lama rasanya tak membebel sepanjang ni. Terharu sayaa. :') 
Hidup belajar ni memang seronok. Sedih jauh dengan keluarga itu memanglah ada tapi itulah orang kata pengorbanan. Kalau bukan sekarang nak belajar berdikari bila lagi kan. duduk bawah tiak mak jer lahh kalau macam tu. 


July 21, 2012

Celoteh Bulan Puasa. Insya'Allah may be a Meaningful Ramadhan.

Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak. :)


Doa Ramadhan


Senyum sikit.
Jangan sikit sikit nak ke dapur je konon lupa hari ni dah start puasa. Jangan sikit sikit nak tengok jam then count down bila nak buka puasa. :P

Hari ini is the first day of our puasa.
Solat tarawikh, menahan lidah, mata dan telinga is not enough untuk bulan mulia ni dan memandangkan kita sekarang makan keropok Bika pun nak kasi habaq mai satu donia dalam laman sosial so for a mean while, tahan lah jari dari menaip benda yang tak elok dekat laman sosial. In other word,



Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Bukan yang bermakna puasa itu sekadar menahan makan, minum tetapi puasa yang sungguh itu menahan diri dari lagha (perkataan tidak berguna) dan kata-kata yang keji" (Riwayat Muslim)



Berhenti download gambar yang tak patut. I mean your aurat as you are a Muslim dan lagi satu nak kasi bising sikit. Jangan nak dating meeting je kojenya. Semalam jumpa couple dating belakang kedai yang gelap. Mulut ni tak tertahan dari mengeluarkan kata berdesing kalau nampak. Tolonglah hormat bulan Ramadhan ni supaya dapat lebih keberkatan dan penuh bermakna. Acecehh.. Kenapa skema nerdy sangat ayat?



Sahih Bukhari :: Book# 32 :: Hadith# 226
Narrated Abu Huraira: I heard Allah’s Apostle saying regarding Ramadan,

“Whoever prayed at night in it (the month of Ramadan) out of sincere Faith and hoping for a reward from Allah, then all his previous sins will be forgiven.”






Tengah search dekat Google for some alternative nak kurangkan kering pada bibir untuk puasa ni since aku kalau tak puasa pun bibir kering. Tiba tiba bila dah taip, banyak pula link yang keluar. Tiba tiba macam rajin nak baca so tiba tiba baca je lah. Tiba tiba mana lah tahu tiba tiba ada benda yang kita tak tahu untuk bulan puasa ni kan. HAHA ;P annoying kan?




Anyway, Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam.
Alhamdulillah kita masih dihidupkan sehingga ke hari ini untuk merasai sekali lagi Ramadhan. :)



June 9, 2012

Cuti dah habis. Apa jadi?

Fenadd dah angkat beg masuk bilik, gosokk semua baju yang ada then pergi bilik kawan yang rasanya macam sepuloh batu jauhnya tu. -.-'

cuti dah habis dan dengan semangatnya balik kampuss pada hari pertama pendaftaran. ulang yea. hari pertama.

semangat kan, semangat kannn
muahaha ;D


harap bukanlah semangat yang jenis hangat hangat tahi ayam jee.
bila start belajar je mula penyakit malas datang berlumba. ubat rajin pun berlalu terkedek kedek macam itik. tapi memang selalunya macam tu. =.=



comment tentang cuti semester yang lepas:
"saya rasa cuti ni macam pendek sangat. harap boleh dipanjangkan lagi."

HAHA :D joking joking. dah aku amek short sem. memang lah pendek je cutinya. tapi sebenarnya cukup sangat cuti tu. sungguh cukup. cukup cukuplah masa yang diberi untuk mengepam diri.


permulaans shuti lepash short shem smemangs taks sberapa sbest shangat. *terbeliat lidah nak baca*
average je. langsong tak ada perkara yang membangkitkan semangat. 
nak kata bosan tak pun, sebab banyak sangat benda boleh dibuat kat rumah tu.

pertengahan cuti pulak balik kampung kat Johor.
masa tu barulah rasa cuti kali ni rasa seronok sangatt. mungkin sebab aku rasa macam aku mula sedar tentang banyak sangatt benda dari mula balik kampung sampai habis cuti. It was like a wake up call.

aku mula sedar yang

  • macam mana masam adunan kek tu, macam tu rasanya bila dah dibakar. -.-'
  • kita kena kosongkan perut sebelum nak pergi makan kat Tree steak House. haha :D
  • bilik akan kelihatan luas bila dikemas. :P
  • kalau aku jadi cikgu, mesti aku cikgu yang paling garang sekali.
  • kadang tak semua orang yang suka kita tu suka segalanya tentang kita.
  • tak semestinya orang yang kelihatan baik dan sweet talker boleh kita percaya.
  • bila kita ada untuk orang tu, kita sebenarnya mengharap orang tu pun ada untuk kita :')
dann banyak lagilah.




tentang permulaan semester ni rasanya macam tak berapa nak bagus sebab mama cerita tentang mimpi buruk dia kat aku pagi tadi. harap harap sangat semua tu cuma mainan mimpi je. :(.


anyway, harap dapat ingat nasihat mama which is jangan terlalu banyak berfikir benda yang tak sepatutnya. 


tiba tiba rindu nak panggil then kacau Didot. 
ayokk tak tahu. haha :D



terima kasih kerana membaca dan Assalamualaikum. :)





April 23, 2012

12 Facts About Aqilah Lala.



01. Selesa bergurau lawak buduss dalam text/penulisan. Face to face? Selalu fail. Orang ingat saya serious.
02. Kawan lelaki tak ramai. Yang rapattt? Tak ada. Untunglah boyfriend saya. -.-'
03. Tak pandai decide. Sebab tu suka tanya pendapat orang lain.
04. Takut memberi reaction yang lebih.
05. Tak pernah merancang. Dululah.. sekarang baru terhegeh hegeh macam siput.
06. Suka bercerita dan membebel.
07. Suka kepada pendengar yang setia. Synchronise dengan nombor 6. :P
08. Power mata saya 500 kedua dua belah. Tak boleh lawan kannnn.
09. Dinding hati saya nipis. Saya tersangad sensitipp. aww~ menyampah. tapi suka berlagak tough.
10. Suka pada high heels tapi tak boleh memakainya sebab ketinggian yang tinggi dari kawan lain.
11. Kadang suka bagi ayat yang ada seribu makna. aceceehh.. macam ayat bawah ni.
12. Saya selalu terlupa. Tolong selalu ingatkan saya. >.<

dah cukup. banyak sangat. bosan orang baca.
lagi 12 sambung lain kali. :)





Dulu dan sikalang. 
macam sama je. orang kata lain. 
muka matured kott. HAHAHA :DD

March 11, 2012

Dear, Taylor Swift. Did you read my diary?

Tengok.... baru sehari hide tak tertahan hati ni meronta nak jenguk blogg and write something on it.



I've changed my mp3 song. Macam tak sesuai lagu ala ala emo tapi background blog full with colours. Ada melah, bilu, kuning, olen, ijau. harharharrr...  :D  pelat. 

Lagu ni dah lama tapi baru terjumpa masa usha youtube lepas tengok video Mathluthfi. 




She's looks lovely.  :)



Entah dah berapa kali replay lagu ni sebab lagu ni beshhh! XD 
It's a song by Taylor Swift. 
It feels like she's the one who read my diary because I always found that I have  the same situation like all the song that she have wrote and sing dari duluuu lagi sampai sekarang.




"You and I walk a fragile line
I have known it all this time
But I never thought I'd live to see it break"
- Haunted by Taylor Swift



"I know people change and these things happen
But I remember how it was back then"
- If This Was A Movie by Taylor Swift



"These days I haven't been sleeping
Staying up playing back myself leavin'
When your birthday passed and I didn't call."
-Back To December by Taylor Swift




But everyone know that all the song that she wrote is about herself.   :)




"Some of the things I wrote about are things everyone saw me go through. Some of the things I wrote about are things nobody ever knew about." -Taylor Swift





enough about her song.
I cried after I read my dear friend blog, Aqilah Akmal.  :')



Terima kasih kerana menyinggah dan salam.
:)



November 26, 2011

Puhh! Buruk Perangai! Aku.

It's quite fun actually when nobody have interested to our blogg. Bila dulu ada pembaca setia dan kini tidak lagi. I don't have to be worry about anyone feeling since I didn't connected with anyone sincee a few months ago except for my classmates-lah.

People would see me as a quiet type of girl tapi sebenarnya aku seseorang yang suka sangatt merungut. Uh! I got some idea. Things that I should type for tonight. jeng jeng jengg!



Perangai Buruk Aqilah Lala!



memang muka tak segan men-list-kan sendri perangai terok. habes nak hentam orang lain tak ada siapa. sekali sekala perasan diri terok why not bukan? at least aku sedorr lah jugaa dari dikatakan seorang yang tidak sedar diri.


  • suka merungut. sediakan telinga mendengar celoteh panjang aku.
  • mudah tersentuh. ouch! aku mudah emosi.
  • cepat marah. kalau mood tak elok tabahkan je lah hati dengan baran aku.
  • pendiam. sediakan list things to talk. kalau tak memanjang bunyi cengkerik.
  • unpredictable. kadang kadang aku suka menguji tanpa sebab.
  • cerewet bila shopping. u won't like to be my shopping partner. trust me.
  • keras kepala. tapi hati saya lembut. aww..
  • muka tak menggambarkan perasaan. sometimes.
  • bila terlebih berani I will said anything I want. in another words, sound-straight-to-the-point.


itu baru sikit. jadi tak best kawan dengan saya nii. Alhamdulillah.. sedar diri pun aku ni. 
seronoklah pula mengutuk diri sendiri. tak apa. dari tiap kali update entry asyik kutuk dan mengata orang sahaja. 

sangat menyentuh hati dengar lagu Adele, Someone Like You. :) 
radio memang memahami jiwa lara pendengarkan. 


Salam.

March 16, 2011

Marry marry marry.

i just knew that my friend just married like 4 days ago dan kitaorang nie sebaya. baca tuu. sebaya. tekejot tak payah cakap lah macam mane. ta penah pulak aku dengar dia ada bf. and shes not a type of girl yang suke couple couple nehh. ganass macam laki la kot dia tu. mulut macam mak cik. haha.. gurau jeee.. jangan marah. tapi datang kelas relaks je kau en. 

tak perlu lagi tertanya tanya. siapa agaknya orang pertama sekali yang akan kawen dalam kalangan budak budak kelas aku? dah terjawab daa. haha.. biasalah girlsss. we have like hundred questions about our future and all the question mesti bermula dengan, 

"who the first one that will . . . ?"
  • got their true love
  • tunang
  • naek pelamin a.k.a kahwin
  • have a child
  • graduate
  • kahwin ngan datuk kepada cucu ???
haha! yang last tu i made it by myself. ta de tekeluar pon soalan soalan sebegitu. tulun sikitt. hehee.. and soalan soalan lain yang teramad jauh yang belom tentu lagi terjadi seperti
  • nak anak perempuan berapa? anak laki berapa?
  • tema majlis kahwin warna ape?
  • nanti kahwin nak sediakan lauk apa kat tetamu?
  • amek catering ke masak sendiri? bhahaha...
mengong. tapi ade je yang berangan angan macam tu. siap dah pikir nak amek siapa jadi perunding majlis kahwin and member member sume dah cop tempat nak jadi pengapit. melampau melampau. haha! ta pe. kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. walaupun sesetengah tu boyfriend pun belum wujud dan jauh sekali calon pengantin laki . tu belakang citer. agagaga~

anyway, kepada kau babe. eventhough kau ta bace pon blog aku ney still aku na say congratulation babe! :)  moga bahagia sampai ke anak cucu. tak cukup lah. sampai ke hujung nyawaa.. oihh..sweetnyee.. anyway still aku jealous neh. macam mana kau boleh kahwin dulu dari aku neh? hahaha...  

sekadar gambar hiasan.
this is my cousin wedding photoshoot.
My little sister, Aishah while being flower girl.

Kesedihan tertangguh sesaat

Banyak kali nak karang tapi mesti tak terkarang pun. Tahu tahu dah 2026. Tahu tahu dah puasa and dah nak raya.  No one can fit our shoes sel...