April 17, 2020

Good Old Year - pada aku

Lembap tapi deep sebab aku terlebih menjiwai scene dia pulangkan barang ex-boyfriend dia. Bermula dari tu je. Scene yang aku sendiri pernah fikirkan moment 'if' aku.

Terasanya.
Terasa teruk.



Tak sepatutnya pun diselak lagi helaian cerita lama.
Aku sendiri mampu berangan je. Tak ada keperluan lagi.

Boleh untuk teringat tapi berhenti cukup setakat ingat.
Tak perlu nak dicapai demi kelegaan diri sendiri walau sekadar menyampaikan maaf dengan ikhlas sebab waktu untuk itu dah lama terlepas.

Terlambat.


Rumit hidup manusia ni tapi fikir lah hanya yang indah.
Leburkan penyesalan menjadi pengajaran dan hargai manusia disekeliling.


So pulang? buang?

Buang.
Satu hari nanti. Bukan sekarang walau sudah 10 tahun lamanya.
Nanti.
Waktu penting tu.
Waktu tu. Aku akan buang.

love

April 14, 2020

Alkisah Popia & Aku

PKP sambung lagi 2 minggu.

Kawan ramai yang tanya ni, "Popia ada tak?"




Aku dah tak buat sebab sebelum ni buat pun untuk bagi orang rasa. Masa yang aku kena peruntuk untuk persediaan bahan dengan waktu kena lipat popia, boleh sampai 4-5 jam untuk 100 ketul (20 pack saja dapat sekai buat. 1 pack 5 ketul) . Aku tak bajet betulbetul. Untung dapat pun sikit sangat. Rasa tak berbaloi, sampai lastnya bila order tak terkejar, aku yang penat, aku yang stress sebab tak ada masa untuk diri sendiri. Bertambah pula bila menimpa nimpa semua tu, ikhlas tu dah hilang.


Ada a few yang bising kenapa aku tak naikkan harga or kenapa tak jual harga betulbetul??


Begini.

Harga yang dah sedia ada tu pun dah mahal dari orang lain. Hakikatnya popia aku tak macam orang lain. Isi banyak, rasa sedap (kihkihh orang kata). Bahan yang aku guna bukan cikai beli kat kedai acheh. Aku jual memang nak bagi orang makan. So aku buat pun sungguh  macam aku yang nak makan. Orang repeat order banyak kali bila awal bulan. Akhir bulan slow sebab ye ahh harga popia aku bukan yang boleh makan selalu. Bankrap orang. Aku kesian nak letak tinggi sangat harga. Sebab tu aku putuskan nak stop buat. Selain tu, aku pun takut harga tinggi orang tak beli. Aku yang rugi.

Elok lah aku simpan je duit yang aku biasa laburkan untuk bisnes popia tu takpun belanja adik-adik pergi tengok wayang or belanja makan.

Begitu la al kisahnya.

Berakhir kisah aku jual popia. 15,000 keping popia keseluruhan.

Seronok jadi sibuk. Sungguh aku suka masa mula mula buat tu. Lagi suka bila orang pun suka dengan rasa popia tu. Rasa terbayar penat. Tapi tu lah. Penat berkait sekali waktu tu tengah berat kepala fikir benda lain sekali. Setelah lama memikir sampai demam tu, berakhir lah bisnes popia.


Next time buat bisnes nak kena ada Manager la kot. Biar dia manage. Aku tukang buat je.

April 1, 2020

Puisi Kemaruk Bercinta

Puisi. Puisi? Entah la tengah dalam kesukaan hati masa tu so setiap butir terlafaz tu jadi puisi. Ceth. Anyway beberapa rangkap puisi ni aku dah jadikan draft tapi aku post balik sebab aku boleh. HAHAHA


Duhai yang menceriakan hari,

terima kasih untuk itu
yang berbatu kita lalui
setiap langkah tapak kaki

terima kasih untuk ini
yang keluar dari hati
terharu hati dirasai
untuk gelak ini dan untuk senyum itu
untuk gembira di alami menjadi memori
setiap saat itu moga di ingati

terima kasih untuk setiap kalau
harapan tinggi seolah kita pasti
setiap pengertian
setiap sabar hati
dan setiap genggaman
dipinta jangan berakhir

March 31, 2020

Resepi Ayam Buttermilk (overr) Sedap

Nak simpan resepi ni so tak perlu cari tempat lain dah. Ayam buttermilk ni one of abah's favorite dan aku, so terer la jugak masak ayam ni. kihhh

Alang beralang tengah PKP masuk hari ke-14 ni lepastu masak untuk lunch awal gila pagi tadi so menyempat tangkap gambar ayam buttermilk kita untuk meriahkan blog sendu ni;


Aku suka over, abah suka bawang sebab tu banyak bawangnya.
Pernah aku masak something tapi kurangkan bawang,
tak kena kat tekak. Terus tobat nak kurangkan.

Bahan dekat sini ikut sedap rasa tau. Tak reti aku nak bagi exactly ukuran bahan.

Bahan perapan ayam :
1. Isi ayam potong kecil setengah kilo kut?
2. Tepung bestari + serbuk kari atau

Tepung gandum 2 sudu
Tepung jagung 5 sudu (banyak dari tepung gandum)
Black pepper + garam
Serbuk kari setengah sudu besar
Telur (ikut tepung banyak mana. jangan terlalu cair or pekat asal adunan tepung melekat cantik kat ayam)

Perap ayam dengan adunan tepung setengah jam at least and then goreng ayam tersebut dan ketepikan dulu.

Bahan kuah buttermilk :
1. 8-9 biji bawang putih - cincang
2. 1 biji bawang merah - hiris
3. 8-10 biji cili padi - hiris halus (nak pedas lagi tambah ikut suka)
4. 3 batang daun kari
5. 5 sudu besar butter
6. Susu cair 1 tin
7. 2-3 sudu susu pekat
8. Garam secukup rasa

Cara-caranya :
1. Masukkan butter dan tumis bawang putih + cili padi + bawang merah + daun kari hingga perang
2. Masukkan susu cair hingga mendidih
3. Letak susu pekat dan garam kemudian rasa
4. Adjust rasa sehingga berpuas hati
5. Masukkan ayam dan gaul
6. Siap!


Ni makan macam ni je pun dah sedap.

Lagi sekali nak bagitau. Aku masak memang over. Perapan ayam aku letak jugak daun kari lepastu kalau orang lain buat takde over pun untuk bahan perapan. Cukup tepung dengan garam. Aku en overrrr. Baru cedapp hahahahaha


March 29, 2020

Meroyan Hidup Single hari ke-11 Perintah Kawalan Pergerakan

Semalam masuk kerja sekejap sebab line teruk kat rumah tak lepas nak upload video kerja tup tup ada bangkai tinggal tulang dengan bulu tupai kat tangga. Jadi la tukang cuci tangga pepagi tu. Hoih busuk dia melekat kat lubang hidung seharian semalam.

So hari ni hari ke-11 RMO/PKP. Update? Masih single. Dulu bukan main ramai ye bercinta, suka, last-last seorang pun tak lama. Salah sendiri. Orang kata aku memilih. Memula tak setuju, lelama rasa macam hmmmm betul lah tu. Takut nak kahwin pun ye jugak. Ramai bising aku tak ada calon, gila. Ingat aku tak risau ke. Of course risau. Last relationship buat aku risau tetiap hari, aku tak yakin, marah dekat diri sendiri,banyak fikir, aku jadi selalu demam je so last nya aku putuskan. Putus cara baik. Tak kejam nak biar orang tergantung bila aku sendiri tak yakin.

Meroyan hidup single kejap.

Pastu sekarang ni? Best ke?

Tak tahu nak kata best ke tak. Best ada waktunya sebab aku sendiri bukan jenis suka mengendeng, kena contact selalu, tetiap hari tanya benda yang sama aku rimas sebenarnya. Ada waktu nak selalu, ada waktu nak sesorang. Toodiaaaaa. Selfish camni takyah hidup la. Hidup la sesorang.

Tak cemburu tengok orang yang dah kahwin?

Of course! Sejenis selfish macam aku ni kena redho lah hidup tak berteman. Jadi anak yang annoying je la kepada mama dan abah tercinta. hiks. Mungkin la aku wakil dalam adik beradik jaga parents.

Mungkin.

March 23, 2020

Hari ke-6 Perintah Kawalan Pergerakan

Nak tulis dalam diari tapi tahu tak penat tangan nak menulis balik ni. Baru 1 ayat dah lenguh. So aku stop. Lupakan diari. Sambung sini.

Hari ni dah masuk hari ke-6 Perintah Kawalan Pergerakan sebab punca dari Covid-19. Alhamdulillah inisiatif company aku walaupun tak masuk kerja still dapat gaji. Work From Home bukan free free je dapat duit gaji. Kerja apa tu? Setiap hari kena update page dengan media sosial pasal wabak coronavirus ni.

Sehari sebelum PKP tu memang cuti so sempat keluar dengan adik yang tengah cuti sekolah tu pergi beli hadiah birthday untuk mama tercinta kita. Sambil tu sempat makan kek kumogi yang half price. Sedap tapi lagi sedap Secret Recipe. Lepastu ni dah terliur nak keluar. Aku memang suka duduk rumah tapi bila 6 hari dah berkurung ni rindu la nak keluar kejap. Dapat tahu harga makanan yang bukan asas macam cream cheese tengah murah. Lagi la geram nak menapak. Tapi pagi tadi dapat jugak keluar. Keluar buang sampah.

Baru ni jugak dapat tahu ada jiran yang join tabligh tapi dah buat saringan dan negatif so tengah berkurung je. Patut la dah lama tak nampak. Kalau tak hari-hari dengar bunyi motor dia keluar masuk. Baru betul bertanggungjawab. Tak lari dan tak sorok. Tak tahu la tahap kebodohan yang menyorok tu langit ke berapa. Takut Tuhan je katanya, buatp takut virus. Buat lagi perjumpaan beramai-ramai. Hmmm murung aku mengenang manusia yang otak tercicir ni

Kena duduk rumah ni kira settle untuk yang introvert macam aku. Sanggup duduk rumah boleh layan drama entah pa pe tapi better tidur la. Cuma semalam baru tengok video syahmisazli terjah 'pak abu'. Rumah daif takde tv pun. Ha kau. Nak duduk rumah buat apa je tu? Bersyukur sangattt la weh hidup senang ada mak bapak lagi. Sumpah aku bersyukur. Selama ni macam tak sedar sebab selesa tapi sebenarnya aku cukup bertuah.

Dah la bebel apa apa ntah. Mana ada orang buat blog dah. Orang buat vlog. Ala muka tak cun nak buat. So mampu menulis je

Semoga cepat lah berlalu semua ni dan berakhir dengan jayanya. Aminnn


December 21, 2019

Nah. Luahan yang menyedihkan seorang aku.

Sebulan lebih yang lepas aku mula rasa down teruk.
Aku penat.

Kesan daripada tak cukup tidur, tak happy, tak ada waktu untuk diri sendiri, untuk family, dengan rumah bersepah. Serius aku rasa teruk sangattt. Nak luahkan kat kawan tapi aku tahu kawan aku pun sibuk dan aku tak ready. Nak kena gather segala benda kat dalam kepala aku ni untuk diceritakan dan bertenang dulu baru boleh cerita.

Serabut pun ye jugak.
Simptom meningkat tua macam ni la kot. Umur dah berapa weh tapi kerja takat tu je, gaji paras pinggang je macam asal ada dapat lepas bayar hotang. Cuba cari kerja lain tapi bukan rezeki kat tempat lain sampai aku boleh bertahan kat sini 3 tahun. Bukan aku tak cari. Aku sedih kena tuduh tak cari.

Tahun depan aku tak tahu cerita aku macam mana. Bakal jobless sebab tempat ni dah nak tutup dah. So aku mula menghitung silap aku kat mana. Tengah hitung tu terfikir pulak umur ni dah berapa tapi still tak ada apa. Fikir pasal perasaan pun satu hal. Salah aku tak percaya dengan rezeki mungkin? Tak percaya rezeki tu ada.

So apa yang aku penat?
Aku penat bisnes aku yang asalnya sekadar suka-suka. Letak harga pun untung tak banyak mana sebenarnya. Sikit sangat. Niat nak bagi orang rasa. Lepastu dapat sambutan. Bila order banyak aku memang tak akan open order sebab sejenis aku yang cepat kesian. Orang order, aku sanggup buat batch baru sebab memang nak bagi orang rasa dan tak nak hampakan orang. Nak naikkan harga supaya setimpal dengan penat aku tapi tu lah. Kesian. Nanti kata Melayu bisnes harga macam esok boleh pergi Haji. Sambil menaip ni pun dah berkaca mata.

Akhirnya lepas hampir 3 minggu aku simpan sendiri, sedih, penat, serabut sendiri, aku dapat bawa diri bertenang dan mula bercerita sikit dekat sahabat aku yang seorang tu. Itu pun dia yang tanya,
"Kau apa cerita hari tu?"

Tahap aku sampai fikir malas dah lah nak fikir pasal masa depan ni, Aku tak nak kahwin, aku nak cari kerja yang kalau tak gaji banyak mana pun tapi at least kerja yang setimpal dengan gaji lepastu bina hidup sendiri (umur dah berapa baru nak bina???) kalau ada rezeki ambil anak angkat. Dah. Bukan layaknya aku kot nak cari kerja yang kena dengan minat aku sebab umur aku mana ada orang nak ambil kerja. Aku tak salahkan sesiapa. Sebab of course la ada je orang yang tak pandang umur ni nak ambil berkerja. Ni sekadar apa yang bermain dalam kepala otak aku. Kalau tengok sendiri pun kat iklan kerja antara nak yang berpengalaman tak pun yang boleh berbahasa mandarin.

Ok dah.

Lamaa gile tak luahkan perasaan kat sini! Haha ini pun bukan semua aku cerita. Banyak censored. Masih menyimpan ye. Itulah dia kisah hidup seorang Aqilah yang agak menyedihkan. Tapi sekarag happy sikit sebab dah dapat ringankan sikit beban dalam kepala lepastu adik pun semua balik rumah. Boleh lah menggila, jenjalan, karoake maybe? pastu as kak long, aku la kena sponsor. Alah stress balik aku.

Kesedihan tertangguh sesaat

Banyak kali nak karang tapi mesti tak terkarang pun. Tahu tahu dah 2026. Tahu tahu dah puasa and dah nak raya.  No one can fit our shoes sel...