November 9, 2012

Essay Title: Final result ku untuk final semester ku.

Assalamualaikum. :)

Title di atas cukup merangkumi apa yang nak dikarang dalam entry ni. Mula mula bukak facebook dengan twitter scroll sampai bawah cari kawan kawan seperjuangan update pasal result diorang dan alhamdulillah sangat sangat semuanya lepas lepas belaka and I'm happy for them. :') Congrats!



Sejak semalam sampailah nak tengok result tadi perasaan nya sebijik macam minum air sky juice a.k.a air kosong. Plain je rasa. Macam tak ada perasaan langsung. Maybe sebab sebelum tertidur malam tadi hati dah bisik bisik dua benda.



Tawakkal dan redha.




Siap tulis diary malam tadi as a record that I'll be fine with any result that I got but the critical problem is siapa lagi kalau bukan parents. Encik Abah dengan puan Mama. Kita tak nak kecewakan mereka. One of them memang pelik dan gelak besar lah kalau aku cakap aku study sebab SPM pun aku selalu tercongok kat depan tv. -.- So mama ada termimpi yang aku ada fail lepas je aku balik rumah.

Bila dapat tahu mimpi tu..

Sedihnya di dalam seketul hati ini Allah je yang tahu. Mak kiterr tu yang mimpi. Kalau ada bomoh Cina tetiba datang rumah kata aku fail memang bukak kudakuda Taekwondo masa tu jugak. Tapi ...



Percayaaa... pada diri.. dengan harapan dan keyakinannnn.... 
Hei..!!!



Dah lama tak dengar theme song Akademi Fantasia tu. :)

Anyway, diri ini rasa alhamdulillah sesangat sebab mimpi itu tidak menjadi kenyataan. :D
Paper lulus semua. Atas pagar pun tak ada. Rasa bersyukur sesangat sangat tersangat bersangat menyangat disangat untuk itu. :')


Rasanya memang macam air kosong tapi air tu lah yang akan rasa manis bila rasa haus.  :)



Saya Aqilah Lala telah menghabiskan diploma saya.
 Insha Allah dengan jayanya. :)



November 5, 2012

Aidiladha. Perlis dan Kedah. :)


Aidiladha tahun sebelum ni memang simple gilee benda yang akan dibuat. Pakai cantik cantik lepas mandi pagi tu then tidur tengah hari nya. Macam tak ada motip pakai cecantik lepas tu buat kuak lentang tanpa sedar depan tv. -.-


Tapi untuk tahun ni diri inih tewraseh agak hooray hooray dan yes yesszzz! :D


Mula mula dapat tahu kena balik kampung hati tak berapa nak ikhlas sangat untuk meninggalkan hari cuti yang sepatutnya diluangkan dengan menonton tv sepanjang hari. Tapi bila dapat tahu sinopsis jalan penceritaan yang akan ditempuhi, semua terus rasa teruja nak pergi. XD


Pagi raya seronok sikit sebab dapat pergi sembahyang raya korban for the first time. Saya ulang yea, sembahyang raya korban ni first time. Sodih!
Sebelum ni kalau raya kat rumah macam malas sikit. Hehee..

Petang raya Aidiladha family akan buat aktiviti wajib tiap kali balik kampung. Bersantai santai melihat matahari terbenam. Wahh! Romantik lah kononnya neyy.





A few days before that memang dah rasa Zinger double Down KFC ni. Tapi sebab tak puas terus pujuk pujuk puan Mama dengan encik Abah makan lagi. Huhu.. Mana lah tak bertambah tambah bulat muka ni kannn. 

Line untuk beratur memang panjang gilee setiap kaunter. Tapi sebab dah susah susah tempuh hujan dan kepayahan mencari parking kereta tetap berdegil nak jugak makan. Hasil dari halangan dan rintangan yang ditempuhi memang berbaloi gilee. >.<

 

Dua hari duduk dekat kampung tak payah pergi mana mana pun terus dapat duit raya. Gilee tak suka. Kalau macam ni memang tiap tiap tahun nak balik kampung. XD




Tak puas bercuti kat kampung dengan perasaan gelojoh-nak-bercuti di hati terus pergi Kedah pula untuk menikmati keindahan Pantai Merdeka.



KEDAH. Here WE come!!





 












Tak tahan dengan batu tajam yang merata rata dalam laut terus melupakan hasrat untuk tenggelam timbul dalam air masin. 
Walaupun begitunyeerrrr.... air clorox masih ada. Lagi seronok nak bukak mata dalam air tu sebab air dia jernih. Lepas tu mata kemerahan sebab konon terer bukak mata lama lama dalam air kolam tu.





After two and a half years finally dapat proper holiday dengan family macam dulu. Adik adik semua makin besar dan aku ni yang paling sulung semakin memendek rasanya. Bukan diorang yang semakin meninggi.

Lepas ni ada lagi satu trip bercuti and I'm not sure if it will be fun macam dekat Kedah atau tak sebab family are hoping bilik sewa nanti akan jadi crowded gilee dengan saudara. Mesti happening gilee. Tapi sebab commitment masing masing semua cuma dapat confirm last minute pastu rasanya macam terkubur je harapan tu.


Anyway, I have a blast with my family. Bukan hari tu jee. Tapi hari hari sejak cuti ni. Eh. Tak boleh puji lebih lebih sebab selalunya everything will be turn to another way bila puji lebih. 
Selain tu, I miss my Perak friends too. My bed yang empuk. Meja belajar sendiri. Wifi yang lembap gile. Ouh, yang tu bukan rindu di hati tapi menjengkelkan hati. Haha :P




October 17, 2012

Kerja Lain Vs Jadi Bibik.

Dalam perjalanan nak balik rumah dari Perak rasa sedih nak tinggalkan rumah kedua selama dua tahun setengah tu. Tak cukup sedih rasa menggigil pun ada. gererr gererr gererrrr..... *tak tahu sound effect apa tu
Gigil bukan sebab apa pun. Air conditioner kereta yang even bukak paling kecik tapi kelebatan hujan kat luar tu buat rasa sejuk tahap maksimum macam nak pengsan. Serious cakap tak tipu.

Sedih sedih dan sejuk sejuk pun tapi the first thing that I was talking with encik Abah dengan puan Mama is,




K E R J A.




acecehhh. konon je kan.
eksaited gilee berazam tinggi nak mencari kerja cuti ni. tapi bila dah duduk cuti kat rumah jadi bibik ni rasa malas nak keluar. Mama kata tak payah cari jauh jauh. dalam kawasan bandar ni je dah cukup.
errr.... baru je nak merasa kerja satu banggunan tempat kerja dengan mama pastu lunch sesama, balik sesama. sweet tak? sweet tak??

bila dah macam ni alamak aihh..tak tahu kenapa malas dah pula nak kerja. haha! tu lah berangan jenin sangatt. tapi sebab nak sangat beli 'benda ni' so tetap juga bertekad nak kerja.

nak achieve sesuatu kita kena ada something to motivate ourself. that's what we call the need of achieve. dah masuk subject Entrepreneurship dahhh niiii. -.-'

Duduk kat rumah ni bukan goyang kaki. dah nama pun bibik so everything dekat rumah ni memang aku lah yang buat. except for susun pinggan dengan buat breakfast. cuci pinggan I don't really mind tapi nak susun pinggan memang kerja tu dah di cop adik.
Tunggu aku buat breakfast memang encik Abah tak makan pagi jawabnya sebab encik Abah selalu keluar rumah pukul 6.15 ke 6.30 pagi.


Anyway tetap juga,


rindu    Sri Iskandar!













eh. ni bukan Sri Iskandar. ini kawan dekat Sri Iskandar.





ini Kampus Sri Iskandar.  :)

tak tahu nak update apa pun. tapi sebab sekarang tengah cuti and kalau tak update macam pelik je.
maaf lah ayat pun agak membosankan. I got something to do after this so toddles my dear friend.

I may update another entry about my whole journey while I was taking my diploma tapi tu semua after dapat result Insha Allah.. Assalamualaikum  :)

October 9, 2012

Keterujaan me-release-kan Tension yang Menghempap.

Tadi dah habis layan 3 cerita sederett tak berhenti. Itulah yang dinamakan men-rubish all the things yang duk hafal untuk exam 2 paper tadi.  ;P Pagi dan petang. 2 paper yoo.. Sakit kepala nangis nangis menjawab pagi tu. Petang tu jadi semacam asyik nak gelak pulak. Seram I dengan I ni you know..

Sepatutnya nak exam tu kena faham apa yang belajar tuu. Bukan duk menghafal. Tapi sebab terlalu nervous dan takut nak menghadap dua paper kirakira in one day and kena hafal formula yang tidak disediakan maka pilihan yang ada cuma menghafal sebaik mungkin. 

Dalam keadaan macam ni nak nampak huruf A tu memang dah tak nampak dah lah kan. Tinggal mimpi je lah. Wuu~



Dalam banyakbanyak cerita tadi yang bebanyak sangat tengok tadi tuuu.. (banyak sangat ke tiga tuh?) ada tengok cerita 'Love, Nora'. Auwww... The title already told everything kan kann? XD 

ouh. tak ke? -..-' 

Cerita tu is not really best pungg sebenarnya. tapi sebab kehadiran jejaka yang konon orang Italy padahal dia Cina M'sia membuatkan hati ni tersangkut janji tak reput dengan cerita tu. Huahuahuaa ;D Tak sangka saya tersuker dekat si dia pembaca berita ntv7, Will Quah.






Teringat sesuatu. 
Haritu konon tergila dekat Jang Geun Suk. Tapi bila tengok dekat folder album kawan and nampak nama JGS tu boleh pulak rasa macam, 

"Macam pernah dengar nama Jang Geun Suk ni. Siapa neh? Penyanyi ke?"

Terok benor peminat kerkonons fanatik JGS ni. Kasehan dia bermilikkan peminat seperti aku. 


Sambung balik cerita tadi.
Tak habis lepas rindu dekat laptop, sambung pula dengan cerita 'Lock Out' yang menimbulkan sedikit keterujaan sebab cerita tu cerita ala ala the imagination of the producer in future tentang kewujudan penjara di angkasa lepas pada tahun 2097 kalau tak silap. Tapi banduannya mak datuks. Sangat feeling dengan watak mereka. One word. Tanjung rambutan. Eh. Itu dah 2 words. hehehh -..-
But then bila tengok hero dia eh ehhh... muka macam pernah nampak jer nehh. 


Guy Pierce ada iras Will Quah.
Saya terpesona lagik!

adakah selepas ini semua orang akan kelihatan seperti WQ? ouh tidaks tidakss. kalau begitu bersama banduan lah saya ke tanjung rambutan arahnya nanti.



Tak sedar dah pukul 2.30 pagi. Cukuplah membengkakkan mata pagi bebuta ni. Esok bangun awal kita study okayy. Nite and assalamualaikum. :)



Poster bahasa German. ini saja yang termampu. Ahakss ;P

September 27, 2012

Minggu Belajar gaya Saya. Ohok ohokk >.<

Masuk study week cuba ingat balik semester lepas. Aku ada balik ke sem sem lepas masa study week? Ke ni pers time dalam erti kata lain buang terrbiat tak balik masa study week. 
Diri sendiri tidak meyakinkan untuk jawab then terus tanya rakan sebilik selama 5 semester yang sangatt saya sayangi. :D  Fazlina.



" Ni first time ke qila tak balik masa study week? "


" A'ah. First time." 



Wow wowwww.. Straight to the point tidak berliku tidak bersimpang dia jawab. 



Tiba tiba rasa macamm.. hati ni macammm..... 



NAK BALIKKK. :'(



Selalunya tiba study week lepas balik dari rumah mesti nak buat sesuka hati macam tak ada rasa bersalah dengan masa yang diperuntukkan untuk belajar neh. Terokss. 
Tengok movie, online 24hours, hang out then bila tiba masanya baru stop semua dan mula memandang ke satu arah yang sepatutnya di tujui. BUKU, nota, past sem question.






Itu selalunya kalau aku balik rumah lah. hati dah senang dapat balik then salam Puan Mama dengan Encik Abah pastu dengan adik adik dapat gelak berdekah sambil memegang perut yang boroi di isi dengan makanan masakan Puan Mama dan ditolong olehh Sayaa. >.<






Namun sekarang ni hati macam tak berapa nak best. (namun???) 
Makanan macam rasa sama jee.. Tengok movie gelak pun macam gelak tak ikhlas, nangis pun macam memerah merah memaksa air mata keluar. Mandi tak lena, tidur tak basah. Erkk..


Sudah cukup sudah dengan cerita sedih. Nangis lah air hingus meleleh leleh sekali pun tetap kena lalui semua ni.  =.='


Rindu nak buli Ain. Rindu nak gaduh dengan Aishah.





September 19, 2012

Pagi pagi Makan Pagi.

Last update pasal makan pagi ni pun masa semester ke dua dan masih lagi mengamalkan bangun pagi untuk menikmati breakfast walaupun dah masuk semester ke lima. aceceh.. bangga lah ney? hah? hah?  heh. -..-


Dalam banyak banyak hidangan tak tahu lah kenapa suka sangat makan pagi. Mungkin sejuk pagi yang menggigit  kulit yang membuatkan sukaaaaaaa sangat dengan PAGI. 
Alasan lain untuk makan pagi sebab terasa macam duduk dekat rumah. huuuu....~ ;D
Kalau kat rumah memang kena bangun awal kemas rumah then masak untuk adik adik bila cuti semester. Even on weekend pun. Tapi bagus lah kan. Murahhh... rezeki pada sesiapa yang bangun awal pagi. Insha Allah kan. :) 







Hari ni punya breakfast.

Action nya makan honey start pungg nak makan dalam cawan coke free gift McD. Padahal susah gila kot nak makan dalam tu.

Kalau college ni ada sediakan peti ais dengan dapur memang bukak warung lah aku jawabnya. Tapi sebab tak ada kita makan simple simple je untuk pagi. 
Lunch baru taram sampai tak muat perut.







Sekarang jarang sikit online facebook dengan twitter sebab tak bayar broadband. Mama memang masukkan duit untuk bayar broadband tapi saja tak nak bayar. Kalau broadband tu available memang alamatnya tak study lahh.. Kan nak final. 

Main mercun meletop letop, dahului lah buku dari laptop. Hohoho.. :D




September 11, 2012

Entrepreneurship Presentation yang sunggoh HAHA. -.-'

Selalu pikir sampai pening nak letak apa untuk post title. -..-


Minggu ni bakal menjadi minggu yang menyibukkan macam minggu lepas but the most challenging day is semalam. Like seriously rasa macam nak hentak hentak kepala. Sedih betul. :(
tapi nanti orang kata gile pulak duk hentak kepala.

Dan gile juga kepada siapa yang tak kata gile kepada orang yang menghentakkan kepalanya.
Eh. Pulak dah kan?


Puncanya bermula tiga hari yang lepas.
Terlalu penat tak cukup rehat.

Jumaat ada siaran langsung dengan program kat TV1, 'Bicara Rakyat' and we as the last year student have to join it dan Sabtu tu pulak ada ceramah pagi. Petang ada program Latihan Dalam Kumpulan. Ahad sibuk buat last minute preparation for Entrepreneurship presentation sampai malam.
We have to, bukan gedikgedik nak buat lambat okay. We just knew yang kitaorang kena present semalam and masa dapat tahu tu tengah busy with other things. Saborrr je lah. But it's okay. Alhamdulillah dah pun berlalu sesi nervous though aku tak rasa nervous langsung!


We buy our tudung at the same place on the same time with the same price but in different color. Ngehehe ;P



.our nametag.



"Hebat present memang lah tak nervous."


Salah kot assumption tuhh. Kepala terlalu sakit rasa macam nak pecah sampai mengatasi rasa nervous. Serious rasa nak buat something yang thrill kat kepala ni macam cocok obat sedatif kat kepala. Tapi kewarasan tetap mengatasi sakit kepala.



Ouh.
Sakit nya hati bila present dan di tanya soalan soalan yang SUSAH gile nak jawab. erghhh!

Why u put that company as your competitors and bla bla blaa?
Its not logic that u can't produce that amount of product on a day.
Why ur second year profit is not as greater than the first year?

We're not trying to blame to anyone tapi dah lecturer tutor kata, letak je. letak jeee macam tu bila kitaorang pun rasa tak logic but we didn't said that lah kat panel. Sekarang bila ikut kata last last kitaorang yang kena. Sedih. :(




Malam tu dah tak sakit kepala sebab dapat tidur lepas release tension makan McD after presentation. HAHA terok. macam tu pun nak release tension.







Lepas setahun tak makan GCB akhirnya makan juga. YEAYYY! :D
Tapi tak sedap macam mulamula dia keluar dulu. Tahu macam tu baik order Double Cheese Burger je. -.-



Kesedihan tertangguh sesaat

Banyak kali nak karang tapi mesti tak terkarang pun. Tahu tahu dah 2026. Tahu tahu dah puasa and dah nak raya.  No one can fit our shoes sel...