October 6, 2011

Senang Buat Sendiri.

kecik kecik dulu sukaa sangat buat benda bukan bukan. ehem ehem. benda bukan bukan itu bukan benda yang tidak senonoh. sila betulkan persepsi anda terhadap saya. ;) *senyum buat muka sucii.

dulu aku ada satu kotak yang penuh dengan benda benda yang nampak je macam tak guna but I always reused untuk decorate or reka benda hiasan yang kind of menyemak actually. sukee buat frame gambar lepastuh decorate dengan pin rambut, bunga telor. masa tingkatan dua kalau tak silap aku ada beg silang kotak kotak hitam putih. beg tu memang simple habes. rasa macam kosong. so aku amek gelang besi yang dah tak pakai then silangkan dekat poket depan beg. baru nampak rockk kan. err... yelah tuu rock. macam buruk adelah sebenarnya. -,-

bukan tu jee. kad epi besday pun sukaa sangat buat. konon kreatif lah tu kononnyeee. ahakss. bukan apa. bila bagi kat orang tulis kat kad tuh,


barang ikhlas pemberian dari hati buatan tangan sendiri. :)


orang yang menerimanya pon cakap, 


awww..so sweet. comelnyeee. 


berbunga bunga hati bila dipuji. kihkihkihkih.. *gelak tergedik.

lepas tu dah lama tak buat benda benda tu dah sebab rasa macam tak ada idea and kalau buat pun nanti akan di buang juga. semester lepas dalam makmal komputer. secara tak sengaja pendrive terbelah dua bila kaki tersangkut dengan tali pendrive yang panjang berjela yang di cucok kat komputer. rasa macam



arrrghhhh! tidakkkk!




mula pikir macam mana nak sambung balik pendrive yang bercerai dari bajunya. kalau taruk gam gajah mesti nampak jugakk. taruk tape lagilah obvioussss. lepas tu teringat pelekat yang ada corak bulu bulu tu kat kedai serbaneka. apa lagii. projek bermula dan saya berpuas hati dengan hasilnya. XD


ini hasilnya lepas dah berusaha lekat kan.


beli besar besar elok guna lagi untuk handphone pulak sebab dah bosan dengan cover phone yang asal.. nak beli baru ada corak comey comey payah bebenarr nak jumpanyee.


dah bosan lagi beli pulak pelekat yang bling bling berwarna warni lekatkan dekat phone. glamour giteww bila dia ber-bling bling. bak kata Annas Easkey, awesome habess. XD

tak cukup dengan tu bila dapat handphone baru mama offer nak belikan cover phone warna warni. fikir denga cukup panjang dan dalam. kalau tolak rugi ouhh. tapi rasa macam membazir bila sebenarnya boleh je dapat cover phone berwarna yang sangat murah daripada habiskan almost 20rm untuk itu sajaa. sooo... tadaa..


yea. hasil kerja sedikit tak kemas sebab malas nak betolkan.
hehehh.. ;P
lepas tu terasa macam dapat phone baruu jee. hewhewheww.. XD

nak promote punye pasal apa pon boleh rasa kan? hehe.. toksah lah beli benda yang mahal bila boleh dapat benda yang serupa dengan harga yang lagii berbaloi. orang belakang berbisik, "cakap je lahh kedekot." perli ke hapa hah? rawrrrrr..

rasa macam nak balut semua benda dengan pelekat tu. soft jee. cuti ni nak carik lagi apa benda yang boleh di lekat dengan benda tuu. wahhh.. dah ada perancangan suda. ;)


p/s: sapa jadi boiprennn saya pun nak balut dengan benda tu. bole bole? ahakss..  ;D



October 5, 2011

Paper CalculusDua. | Huh! Sakit Hati!

it's already 2am dan tiba tiba malam nii..eh salah. pagi buta ni maseh rasa tak ngantuk. padahal time ni  la da ngantok dengan tadi bertungkus lumus cuci karpet, kemas barang dengan bersihkan bilik. tapi mata masih cerah. mungkin rindu nak update blog kott. wahh, bertuah kau bole rindu macam tu pulee.

apa sudah jadi empat haribulan sepuloh semalam?
kaki ketar sampai ada yang tangan jem nak jawab paper calculus 2. bagai nak gilee study. dapat buat soalan ni lupe pulak macam mana nak jawab soalan yang tu. masalah bebenarr. tapi yang paling best dalam dewan tadi.

punca sebenarnya yeaa tak boleh nak jawab soalan yang senang tapi jawapannye yang susah tuu. sebabnya baru nak start menulis tiba tiba mikrofon yang tak di-switch-off-kan jatoh dari atas meja membuatkan semua kaget (terkejut) serentak memandang arah mikrofon. bagai luruh jantung habes berterabur segala formula yang dah di hafal. tu la punca dia sebenarnyaa...  *cari alasan memang juarakan?

mahu tazkirah pula. bersiap sedia sekali dengan masa untuk baca ni.
kadang kadang bila orang cakap sesuatu tentang orang lain dia terlupa nak fikir orang tu kisah ke tak or terasa hati ke idak. cakap belakang or dalam singkatannye yang bunyi-agak-mengganas-sikit, mengutok atau mengumpat tu banyak jadi. heh! toksah nak tuding kata perempuan jee. sama je,

laki 
perempuan 
itam 
putih 
sawo matang 
kuning langsat
kurang inci 
klcc 
wangi bak mawar
busuk bak bantal bucuk
comel 
ensem 
biasa saja 
chubby

kalau dah nama manusia tuh. sama jee. yang ngumpat tu bersepah terjadi tak kira dalam sedar atau tak sedar atau buat buat tak sedar kan. yang nak alkisah nye sekarang yang cakap depan depan tuu. kalau menegor kesalahan tu baguslah cakap depan. bukan ngumpat baru nak nasihat. ni yang kes lain dari yang lain. cakap tak fikir dulu. cakap pakai lepas yang lepas habes lepas tuu.

bila ada yang sakit hati bukan kita boleh nampak. lain lah asal sakit hati teros batok darah. cepat cepat minta maaf kan. maaf maaf. ehhh. over betol.
so walaupun rasa macam,



"eleh, suka hati aku lah nak cakap apa pun."



tapi dah kalau terkena sendiri baru faham sakitnya hati macam mana. so cuba elakkan kata benda yang kita sendiri tak mahu orang cakap kat kita. aku? semester ni aku je lah yang selalu orang buat macam tu kat aku. cuma bulan lepas je terrr cari pasal dengan orang yang salah.




tadi saja blogwalking then terjumpa ubat untuk orang yang selalu sakit hati ni. macam aku lah tu kan. siapa lagii. kes orang yang mudah cepat terasa. bagus kalau korang baca.  Petua Sakit Hati

kadang kadang beringat juga untuk menyabar. kadang kadang terlupa pulee.

harap membantu. mekaceh kerana baca.  :)


ada yang tak faham entry yang lepas. 
i'm wishing to somebody. 
nevermind.  :)



September 30, 2011

Jangan perangai tu sibok ikut balik.

konflik dalam diri memang menyusahkan. sakit gilee hati cuba tanam dalam dalam perasaan. ingat senang nak kekalkan perasaan sabar tu bila diri sendiri actually memang jenis makhluk yang selalu hangin satu badan??

orang selalu kata bagus kesabaran tuu. bagus lah bila makin lama makin memakan diri kann?
cuba tak tampar meja, apatah lagi nak hentak kaki macam budak kecik melepaskan geram.
tapi dah terhentak cawan pulak sebab bengang yang simpan tengah hari tu baru terlepas malam semalam.

janganlah terbawa perangai yang dah lama dah aku tinggalkan tu ke rumah.
terok betol perangai tuh.

eh, jangan salah faham.
kebaikan datang bila finally dapat tahan tangan dari sentiasa tergenggam macam nak tumbuk orang.
sebab cabaran lagi tinggi duduk bersepah kat luar.
mungkin ni satu persediaan untuk kalis kan diri dari banyak lagi benda kat luar sana.

tapi tapi..
walaupun dah sedar semua kebaikan tu, maseh lagi bagai nak cubit cubit diri.
apasal lah ni?
gile.

dah terlebih suka kott.
perlu lebih banyak belajar untuk membatukan diri.
dan kadang kadang jiwa ni juga.
tu yang paling penting.

tertanya ke apa benda semua ni?
semuanya perkataan tanpa gambar.
jiwang memang dah berkarat dalam rasa ni.

maaf kerana memerlukan diri anda untuk menggambarkannya sendiri.
terima kasih membaca entry kosong tak membawa erti ni.  :)

ouh lagi satu. walaupun awal lah juga.
maaf kepala ni bukan computer boleh senang senang tekan delete macam tu je. tak suka pun nak jadi jenis mudah lupa diri. kalau dah terasa tu walaupun rasanya ini tak membawa makna apa apa, ada lagi yang lebih penting atau memang completely dah dilupakan. satu benda je nak cakap tapi membawa beribu cabang.


jaga diri.


dah malas nak pikir. tido dulu. kbai.

zaman bila ntah punye gambar apply balik
macam sesuai reaksi muka macam pa pe tu dengan entry kali  ni.


September 25, 2011

Majlis Merisik Farah 'Izzati & Hafiezal.


eh ehhh..hehe.. bila mula mula dapat tahu one of my friends have been purposed by his boyfriend. terasa bagai nak tersenyum sampai ke telinga. :)  eh. tak nak lah senyum sampai ke telinga. nak senyum macam domo nampak gigi tersusun. :D

Farah 'Izzati Binti Hasan Sharif
ada ciri ibu mithali ni tau.
belum lagi di tanda nih.

barang hantaran pihak perempuan.
satu daripada barang hantaran pihak lelaki.
proses merisik sedang berjalan.  >.<
Alhamdulillah..
kata sepakat sudah dicapai.
anda melepas. dia sudaa di tanda.
hehehe...
okey. tak sabar nak makan nasi minyak. XD

macam yang korang jamu mata korang dengan gambar kat atas, yea majlis berjalan dengan lancar and this is my first time ever tengok dengan mata kepala sendiri adat merisik ni. never wondering one of friends will be through this process dalam masa terdekat ni. don't you ever dare to ask me,

"anda pula bagaimana?"  *sambil angkat angkat kening

tolonglah tanya kepada yang dah ada calon bertahun tahun dalam hati tapi tak reti reti nak meminang lagi. ada siapa siapa yang terasa? hehe..maaf maaf.

anyway harap harap bolee pergi untuk proses proses yang akan datang. bertunang dan kahwin. wahhh..nak nasi minyak dengan air sirap. bunyik kompang pang pang pung. best best. >.<

masa minta izin mama nak pergi tu free free kena perli. sedih tauu..

"eh, nak pergi kenduri kawan tu pandai pulee nak bagi tahu. ke dah teringin sangat nak jugak?"

oh no nooo. terluka hati dek di calar dengan kata kata itu. HAHA! serious terasa. ni semua gara gara cerita dulu tuu.  -,-

teringin gilee nak tangkap gambar gambar yang macam dulu tuu..
click to see the pictures. :)




p/s: gambar gambar yang lain untuk entry yang lain kali. 
sangat tak cukupp masa untuk upload semua.
harap bersabar. :)

September 23, 2011

Silalah tahuu. :)

Tahu tak, tahu tak? hee.. XD  *kalau tak bagi tahu nak tahu apemendenye en.

semester ni bukan lah semester yang best. ha'ah.

Calculus 1 semester lepas yang aku gigil nak jawab final aritu, lepas tuh bila masuk semester ni kena pulak belajar Calculus 2. memang terkejut macam ape daa. memang tak laa.. mesti bagai nak pengsan jawab final nanti. okey. itu satu subjek. the second one is Java.

selama ni belajar C++ je haaa..tiba tiba upgrade masok Java. dengan syntax panjang berjela. bila buat test tak pernah masa nak cukop. cenggana hah nak buat final nii. menangis kat situ jugaklah kalau tak sempat buat.

and then ekonomi, multimedia. berpeloh peloh lah ceq nak jawabnye nanti. disebabkan Bel dengan Ctu dah lepas so tawakkal je laa yang tu..

kalau dah tak best kenapa macam seronok je masa mula mula tadi?





sebabb...  :)


















habis da tatap muka seorang demi seorang? siapa depa tu? apa special sangat dengan depa tu sampai aku pampang muka muka depa kat blog aku?

mereka kawan saya lah. 

nak ada muka kat sini jom jadi kawan saya. rela? HAHA :D

p/s: tengah tak sihat pon bole update blogg lagi. =.='


Enak kemudian menggelikan.

menu semalam., sangadd awesome okeyy. ais jagung special. sebab tak menyabar dengan godaan ais tu teros rembat.

credit to Flickr.
lepas tu takkan ais jagung semata-mata je kan. order la pule nasi goreng daging merah.

credit to Emirol Ezany.
nasi tu sampai jee terus makan. kelaparan dari pagi tak makan. pukul 5 tu baru nak makan. sedapp! semangad je kan. tapi sebab tak berapa nak sihat pastuh makan ais jagung pulee, first time tak dapat habiskan makanan. sedih tengok nasi tu tak dihabiskan. dahlah berbayar. free pon lagi makan sampai licin. ni berbayar lak en.

still ingat lagi nenek cakap, menangis nasi tu kalau kita tak habiskan dia. so tiap kali makan aku pun mesti makan sampai habis except for yesterday sebab betul betul tak mampu habiskan.

perot dah penuh tapi tak tahu kenapa tak senang hati.

okey okey, ready untuk cerita yang agak menggelikan

lepas bayar tu pergi toilet kejap sebab perut rasa tak sedap. dan makanan yang berharga tujuh hengget lima puloh sen tu teruss keluar balikk. i mean muntah. penad je tau mengunyah dan menelan dan menikmati dengan seenaknye. keluar balikk? =.='

bukan salah makanan tu pun sebab malam semalam tu pun the same thing happened. aku makan benda yang sama roommates aku makan. dia okey jee. aku yang bermasalah.
bila muntah mesti badan mula weak gile then demam. tak faham betol. so sekarang teros takut nak makan. :(

September 20, 2011

S*I* !!

eh. banyak pulak aku update blog sekarang. makin exam makin galak yea jari jemari ni menari atas keyboard. janji tak type panjang panjang harini. kihkihkih.. sebab kejap lagi nak tengok movie Hantu Bonceng! hehe..okey fine. aku tahu aku banyak ketinggalan.

here's the thing. correct me if I'm wrong. maksud aku english aku yang memang berterabur dan banyak kesalahan grammar yang basic. yeah saya tahu.  :'(  sadis bukan? megapa yea tergedik nak tulis omputih? sebab esei kali ni have related with my the most younger sister. since mereka pun sangat rajin baca blog aku ini. nak fully english nanti haramm satu benda korang tak faham apa aku merepek ni. manglish lah jawabnye.

i was playing the game that have red, yellow, blue and black color tuh. yang in real world binatang tu ada feathers tu lah. no need to mentioned the name of the game here sebab si kecil itu lagi terer main dari kakak kakak dan abangnye. then without I'm realize, my mouth said something that not really good to be heard for a 8years old kid.

s*i*


mungkin bukanlah perkataan yang amat teruk but i dont want my little sister growing up with saying even one of those words everytime she angry. tak lama lepas tu dia tanya,

"what the meaning of s*i*?"

aku buat macam tak berapa dengar,

"ha? ouhh..ship tu kapal. kapal terbang, kapal selam"

perbincangan stop kat situ juga.  perbincangan je lah. cerita aku tak habis lagi.

kawan aku terlalu mengikut ayat kat movie KLGangster. aku tak nak cuba sekali pun mengikut ayat Zizan dalam cerita tu sebab takut terbawa pula bila balik rumah nanti lepas apa yang aku terlepas cakap masa maen game tu. tapi kan. lepas tu kan. haihh..

last week like i have mentioned this before. aku balik rumah, after that balik kampung. dalam kereta. si kecik tu of course lah ada. then I heard she said, "puihh!"
disebabkan masa tu dalam kereta and my mum was at there too so aku just tego with saying her name je and asking where she learn that thing.

cuti nanti siap kau budak kecik kena ceramah dengan aku sebulan.

Kesedihan tertangguh sesaat

Banyak kali nak karang tapi mesti tak terkarang pun. Tahu tahu dah 2026. Tahu tahu dah puasa and dah nak raya.  No one can fit our shoes sel...