November 26, 2012

PD with full of joy.

Gembira menanam lemak tepu di dalam badan bila dapat cuti. Lepas dah buboh baja, siram air terus tak tahu bila nak memulakan memetik hasil lemak tepu sebab bergantang gantang dah lemak tepu yang tengah duduk dalam badan neh. Plan dah banyak kali plan. Nak buat tu yang tak tercukup lagi keazaman di dada. :P



Second trip kembong perot makan angin.

Dah rancang sebelum nak pergi Pantai Merdeka lagi dah siap siap tempah bilik kondo secara online ( ibilik.my ) dekat Port Dickson dan alhamdulillah debaran di hati menunggu jawapan either saudara sepupu sepapat dapat join ke tak berjawab dengan jawapan YA. yeshhhh!!! XD dah macam debaran apa jee.

Permulaan perjalanan *pembuka ayat kena baku sikit* mulalah fikiran menerawang balik teringat cerita dolu dolu pergi bercuti dengan sedara. mulut berdarah eksaited nak tengok laut dekat balkoni sampai terlanggar sliding door lah, mandi laut ramai ramai kekonon belajar berenang last last sampai sekarangnya tak reti, tengok anak ketam, perdajal lubang anak ketam. macam macam! ;D

So, selepas menunggu saatnya finally we got our chance to enjoy our holiday together gether with full of laughter. :)






Bilik kondo yang kitaorang rent tu memang ada a few advantages yang memang dapat menutup disadvantages yang ada kat situ. Pantai memang a few meters je dari resort tapi kitaorang tak boleh seberang ikut jalan short cut so we have to jalan kaki ikut long cut. -..-' Naik kereta pun boleh kejap je tapi nak balik jalan kaki jugak sebab badan basah. Kalau malas we ended up dengan main air kat pool yang sedalam 155cm I guess paras atas telinga guwe which it's not cool lah bagi kami yang pendek belaka dan tak gheti berenang ni.

We love the beach bila air tak surut sebab bila surut banyak batu yang ada dan kaki luka pun aku boleh tak perasan.






Adib Naufal kena tanam kesian dia. >.<











We spend the rest of our time yang ada bila tak mandi laut or pool dengan melawat sambil belajar. feeling macam sekolah dulu. ;)







I can't imagine if I get a bf yang setinggi ni. Susah susahh -.-'





Malam enjoy makan durian. Yang sedihnya tak ada satu pun durian yang sedap kat situ. tak puas punya pasal beli lagi semalam dan saya sangat berpuas hati dengan durian tersebut. isi kuning, rasa manis. fuhh 
















November 13, 2012

DATING with my DEAR. :)

Ini olang tolak campur darab tambah langsung tak dapat jumpa entah berapa bulan entah. Nak contact borak gossip pun payah. Kita exam dia cuti, kita cuti dia exam. Kita free dia study, kita study dia free. Lastly without any planning yang terlalu awal takut tak menjadi buat kali yang berpuluh kali finally we got our chance to meet and have a date! >.<






Orangnya tampan lagi gagah. Ewahh ewahhh.. Pandai pandai buh tampan dengan gagah. Perbetulkan ayat takut disalah erti.



Orangnya disenangi dan comel sekali!
Dialah Yasmin Mohamed Razali siapa lagi. :)



My intan, my payung.
My permata, my berlian. 


Berbekalkan lesen P yang masih jauh untuk tamat and since we're 'anak mak' makanya kitaorang di haramkan drive melebihi Shah Alam for our safety. Mula mula memang nak benor pergi tempat yang selalu kitaorang pergi tapi sebab tempatnya dah melebihi kawasan yang dihalalkan so Setia City Mall menjadi pilihan hati untuk cuci mata dan bersuka hati. :)



The first thing that we do apa lagi kalau bukan cucok duit yang makin mengering. Sebab hati dah niat sangat sangat nak keluar dengan buah hati pekarang jantung kawan yang sangat disayangi ni so memang dah prepare duit awal awallll dah dalam bank. Kemain lagi hahh semangatnya nak berjalan dengan kawan. :P Hehee..







Hantu cerita memang aku lah orangnya. Kalau keluar, tengok movie salah satu benda yang mesti nak kena buat. Tadi tengok Silent Hill dan komen untuk cerita tu, the movie was da bomb. :D Tapi kalau cermin mata 3D aku tak kabur mesti cerita tu lagi kebaboom boommm! Dah lah cerita ngeri ngeri ni memang favorite eden. Dapat pulak cermin mata macam tu. Buat kacau konsentrasi jerr.









Walaupun besar besar SCM tu still kitaorang macam tak tahu nak ke mana dan banyak keluar masuk kedai lepas tu komen macam macam dekat baju yang dipegang seolah macam nak beli jee, we do have a great time. Dapat borak macam macam. Sowronok! >.<









Lagi meriah kalau lagi ramai tapi sebab masing masing ada benda nak kena buat sebab tu kitaorang decide nak pergi berdua je. Yasmin sacrifice one of the day that she supposed to study sebab dia cuti bukan cuti untuk hooray hooray tapi sebab study week dan saya amat berterima kasih untuk itu. :')












Lepas ni kalau dapat peluang lagi kita bertukar tukar cerita lagi yeah awak. :D



November 9, 2012

Essay Title: Final result ku untuk final semester ku.

Assalamualaikum. :)

Title di atas cukup merangkumi apa yang nak dikarang dalam entry ni. Mula mula bukak facebook dengan twitter scroll sampai bawah cari kawan kawan seperjuangan update pasal result diorang dan alhamdulillah sangat sangat semuanya lepas lepas belaka and I'm happy for them. :') Congrats!



Sejak semalam sampailah nak tengok result tadi perasaan nya sebijik macam minum air sky juice a.k.a air kosong. Plain je rasa. Macam tak ada perasaan langsung. Maybe sebab sebelum tertidur malam tadi hati dah bisik bisik dua benda.



Tawakkal dan redha.




Siap tulis diary malam tadi as a record that I'll be fine with any result that I got but the critical problem is siapa lagi kalau bukan parents. Encik Abah dengan puan Mama. Kita tak nak kecewakan mereka. One of them memang pelik dan gelak besar lah kalau aku cakap aku study sebab SPM pun aku selalu tercongok kat depan tv. -.- So mama ada termimpi yang aku ada fail lepas je aku balik rumah.

Bila dapat tahu mimpi tu..

Sedihnya di dalam seketul hati ini Allah je yang tahu. Mak kiterr tu yang mimpi. Kalau ada bomoh Cina tetiba datang rumah kata aku fail memang bukak kudakuda Taekwondo masa tu jugak. Tapi ...



Percayaaa... pada diri.. dengan harapan dan keyakinannnn.... 
Hei..!!!



Dah lama tak dengar theme song Akademi Fantasia tu. :)

Anyway, diri ini rasa alhamdulillah sesangat sebab mimpi itu tidak menjadi kenyataan. :D
Paper lulus semua. Atas pagar pun tak ada. Rasa bersyukur sesangat sangat tersangat bersangat menyangat disangat untuk itu. :')


Rasanya memang macam air kosong tapi air tu lah yang akan rasa manis bila rasa haus.  :)



Saya Aqilah Lala telah menghabiskan diploma saya.
 Insha Allah dengan jayanya. :)



November 5, 2012

Aidiladha. Perlis dan Kedah. :)


Aidiladha tahun sebelum ni memang simple gilee benda yang akan dibuat. Pakai cantik cantik lepas mandi pagi tu then tidur tengah hari nya. Macam tak ada motip pakai cecantik lepas tu buat kuak lentang tanpa sedar depan tv. -.-


Tapi untuk tahun ni diri inih tewraseh agak hooray hooray dan yes yesszzz! :D


Mula mula dapat tahu kena balik kampung hati tak berapa nak ikhlas sangat untuk meninggalkan hari cuti yang sepatutnya diluangkan dengan menonton tv sepanjang hari. Tapi bila dapat tahu sinopsis jalan penceritaan yang akan ditempuhi, semua terus rasa teruja nak pergi. XD


Pagi raya seronok sikit sebab dapat pergi sembahyang raya korban for the first time. Saya ulang yea, sembahyang raya korban ni first time. Sodih!
Sebelum ni kalau raya kat rumah macam malas sikit. Hehee..

Petang raya Aidiladha family akan buat aktiviti wajib tiap kali balik kampung. Bersantai santai melihat matahari terbenam. Wahh! Romantik lah kononnya neyy.





A few days before that memang dah rasa Zinger double Down KFC ni. Tapi sebab tak puas terus pujuk pujuk puan Mama dengan encik Abah makan lagi. Huhu.. Mana lah tak bertambah tambah bulat muka ni kannn. 

Line untuk beratur memang panjang gilee setiap kaunter. Tapi sebab dah susah susah tempuh hujan dan kepayahan mencari parking kereta tetap berdegil nak jugak makan. Hasil dari halangan dan rintangan yang ditempuhi memang berbaloi gilee. >.<

 

Dua hari duduk dekat kampung tak payah pergi mana mana pun terus dapat duit raya. Gilee tak suka. Kalau macam ni memang tiap tiap tahun nak balik kampung. XD




Tak puas bercuti kat kampung dengan perasaan gelojoh-nak-bercuti di hati terus pergi Kedah pula untuk menikmati keindahan Pantai Merdeka.



KEDAH. Here WE come!!





 












Tak tahan dengan batu tajam yang merata rata dalam laut terus melupakan hasrat untuk tenggelam timbul dalam air masin. 
Walaupun begitunyeerrrr.... air clorox masih ada. Lagi seronok nak bukak mata dalam air tu sebab air dia jernih. Lepas tu mata kemerahan sebab konon terer bukak mata lama lama dalam air kolam tu.





After two and a half years finally dapat proper holiday dengan family macam dulu. Adik adik semua makin besar dan aku ni yang paling sulung semakin memendek rasanya. Bukan diorang yang semakin meninggi.

Lepas ni ada lagi satu trip bercuti and I'm not sure if it will be fun macam dekat Kedah atau tak sebab family are hoping bilik sewa nanti akan jadi crowded gilee dengan saudara. Mesti happening gilee. Tapi sebab commitment masing masing semua cuma dapat confirm last minute pastu rasanya macam terkubur je harapan tu.


Anyway, I have a blast with my family. Bukan hari tu jee. Tapi hari hari sejak cuti ni. Eh. Tak boleh puji lebih lebih sebab selalunya everything will be turn to another way bila puji lebih. 
Selain tu, I miss my Perak friends too. My bed yang empuk. Meja belajar sendiri. Wifi yang lembap gile. Ouh, yang tu bukan rindu di hati tapi menjengkelkan hati. Haha :P




October 17, 2012

Kerja Lain Vs Jadi Bibik.

Dalam perjalanan nak balik rumah dari Perak rasa sedih nak tinggalkan rumah kedua selama dua tahun setengah tu. Tak cukup sedih rasa menggigil pun ada. gererr gererr gererrrr..... *tak tahu sound effect apa tu
Gigil bukan sebab apa pun. Air conditioner kereta yang even bukak paling kecik tapi kelebatan hujan kat luar tu buat rasa sejuk tahap maksimum macam nak pengsan. Serious cakap tak tipu.

Sedih sedih dan sejuk sejuk pun tapi the first thing that I was talking with encik Abah dengan puan Mama is,




K E R J A.




acecehhh. konon je kan.
eksaited gilee berazam tinggi nak mencari kerja cuti ni. tapi bila dah duduk cuti kat rumah jadi bibik ni rasa malas nak keluar. Mama kata tak payah cari jauh jauh. dalam kawasan bandar ni je dah cukup.
errr.... baru je nak merasa kerja satu banggunan tempat kerja dengan mama pastu lunch sesama, balik sesama. sweet tak? sweet tak??

bila dah macam ni alamak aihh..tak tahu kenapa malas dah pula nak kerja. haha! tu lah berangan jenin sangatt. tapi sebab nak sangat beli 'benda ni' so tetap juga bertekad nak kerja.

nak achieve sesuatu kita kena ada something to motivate ourself. that's what we call the need of achieve. dah masuk subject Entrepreneurship dahhh niiii. -.-'

Duduk kat rumah ni bukan goyang kaki. dah nama pun bibik so everything dekat rumah ni memang aku lah yang buat. except for susun pinggan dengan buat breakfast. cuci pinggan I don't really mind tapi nak susun pinggan memang kerja tu dah di cop adik.
Tunggu aku buat breakfast memang encik Abah tak makan pagi jawabnya sebab encik Abah selalu keluar rumah pukul 6.15 ke 6.30 pagi.


Anyway tetap juga,


rindu    Sri Iskandar!













eh. ni bukan Sri Iskandar. ini kawan dekat Sri Iskandar.





ini Kampus Sri Iskandar.  :)

tak tahu nak update apa pun. tapi sebab sekarang tengah cuti and kalau tak update macam pelik je.
maaf lah ayat pun agak membosankan. I got something to do after this so toddles my dear friend.

I may update another entry about my whole journey while I was taking my diploma tapi tu semua after dapat result Insha Allah.. Assalamualaikum  :)

October 9, 2012

Keterujaan me-release-kan Tension yang Menghempap.

Tadi dah habis layan 3 cerita sederett tak berhenti. Itulah yang dinamakan men-rubish all the things yang duk hafal untuk exam 2 paper tadi.  ;P Pagi dan petang. 2 paper yoo.. Sakit kepala nangis nangis menjawab pagi tu. Petang tu jadi semacam asyik nak gelak pulak. Seram I dengan I ni you know..

Sepatutnya nak exam tu kena faham apa yang belajar tuu. Bukan duk menghafal. Tapi sebab terlalu nervous dan takut nak menghadap dua paper kirakira in one day and kena hafal formula yang tidak disediakan maka pilihan yang ada cuma menghafal sebaik mungkin. 

Dalam keadaan macam ni nak nampak huruf A tu memang dah tak nampak dah lah kan. Tinggal mimpi je lah. Wuu~



Dalam banyakbanyak cerita tadi yang bebanyak sangat tengok tadi tuuu.. (banyak sangat ke tiga tuh?) ada tengok cerita 'Love, Nora'. Auwww... The title already told everything kan kann? XD 

ouh. tak ke? -..-' 

Cerita tu is not really best pungg sebenarnya. tapi sebab kehadiran jejaka yang konon orang Italy padahal dia Cina M'sia membuatkan hati ni tersangkut janji tak reput dengan cerita tu. Huahuahuaa ;D Tak sangka saya tersuker dekat si dia pembaca berita ntv7, Will Quah.






Teringat sesuatu. 
Haritu konon tergila dekat Jang Geun Suk. Tapi bila tengok dekat folder album kawan and nampak nama JGS tu boleh pulak rasa macam, 

"Macam pernah dengar nama Jang Geun Suk ni. Siapa neh? Penyanyi ke?"

Terok benor peminat kerkonons fanatik JGS ni. Kasehan dia bermilikkan peminat seperti aku. 


Sambung balik cerita tadi.
Tak habis lepas rindu dekat laptop, sambung pula dengan cerita 'Lock Out' yang menimbulkan sedikit keterujaan sebab cerita tu cerita ala ala the imagination of the producer in future tentang kewujudan penjara di angkasa lepas pada tahun 2097 kalau tak silap. Tapi banduannya mak datuks. Sangat feeling dengan watak mereka. One word. Tanjung rambutan. Eh. Itu dah 2 words. hehehh -..-
But then bila tengok hero dia eh ehhh... muka macam pernah nampak jer nehh. 


Guy Pierce ada iras Will Quah.
Saya terpesona lagik!

adakah selepas ini semua orang akan kelihatan seperti WQ? ouh tidaks tidakss. kalau begitu bersama banduan lah saya ke tanjung rambutan arahnya nanti.



Tak sedar dah pukul 2.30 pagi. Cukuplah membengkakkan mata pagi bebuta ni. Esok bangun awal kita study okayy. Nite and assalamualaikum. :)



Poster bahasa German. ini saja yang termampu. Ahakss ;P

Kesedihan tertangguh sesaat

Banyak kali nak karang tapi mesti tak terkarang pun. Tahu tahu dah 2026. Tahu tahu dah puasa and dah nak raya.  No one can fit our shoes sel...