November 25, 2011

Dik, Kain Terselak. Seksiii.

* semalam punya hanginn baru nak post. ;D *

uh!!! sakit mata!
download dosaa. 

tengah makan makan kat food court nampak cik adik serba merah dari atas ke bawah berbaju kebaya. comel comel. kecil kecil je orangnyaa. lepas tu pegang tisu control cun borak borak dengan kawan dia. kalau kena saman jangan nak sumpah seranah yea Mak Ngah. sebab tu pak guard tak bagi pelajar pakai kain terbelah belah. bila duduk terselak habis.

kalau tegur menegur pasal seksi seksi ni ada 2 reaksi je selalunya..

  • cepat cepat betulkan kain lepas tu jeling orang yang menegur.
  • buat tak reti lepas tu kutuk macam orang yang tegur tu bajet baguss.



nak memberi nasihat tak semestinya kena orang yang betul betul baguss.
kalau dah terlebih bagus kata bajet bagus pulak.
kalau kurang bagus kata poyo bagai hapee dah.

pemikiran memang mesti macam tu ke?


mak ngah pergi kelas pakai mini skirt je lah lain kali. dah alang alang nak bagi nampak kaki yang mulus dan licin tu kan. tapi tak bolehlah kan.. terlupa pula kampus kita nehh kolej laki perempuan dah lain lain. tempat makan pun asing asing laki perempuan. ni pulak nak pakai mini skirt. pakai lengan pendek nak pergi makan pun tak boleh kann. lupa pula yekk. tukar kampus je lah ngah.


.....................................................................................................................



aku jeles? mana tahu aku jeles ni dengan mak ngah tuu? takut lelaki pandang mak ngah je?
kantoi habis bersepah air muka aku.

ceth. tak ada nak jealous langsung pun lah. kalau lelaki nak pandang dia pun sikitt tak hairan. lelaki pandang orang kata rezeki masa kali pertama tu. ada yang menoleh dua tiga kali dah lain ceritanya tuu. ada yang memang pandang sekali tenung lama lama. ada gak yang pandang lepas tu habis kau mak ngah famous dalam blogg! lelaki pun ramai yang tulis pasal pemakaian perempuan sekarang. kau hengatt lelaki sekarang macam dolu dolu.

tak nak banyak pun. pakai sopan cukupp.
kita sama spesies. kau nak ke kena tegur dengan spesies yang lain then terlerai keayuan, menyerlah kemarahan? jatuh saham.

okey. sekian terima kasih.

*mak ngah di atas bukan untuk seorang je. siapa siapa yang patut lah.*

Journal: Cuti Yang Menyedihkan.

Assalamualaikum.


seperti yang lain lain mesti sangat berbahagia bila tak ada kelass. :D ber plus plus bahagianyaa bila hari isnin pun tak ada kelas. cuti! woot! woott!

tapi aku tak seperti yang lain lain. *kedengaran background music yang memilukan*
aku yang paling menyedihkan lahh. sobs sobss.. kawan yang seorang balik rumah. yang seorang busy dengan silat dia. lagi seorang plan nak pergi date tak jadi tapi ada debate kat shah alam. room mates seorang dah balik rumah, last minute semalam. yang seorang probably ada site visit. =.='

bayangkanlah duduk bilik sorang sorang..



baru seminggu kat kampus nii!



nak balik tapi next week pun memang kena balik sebab ada hal. kalau balik minggu ni pun then next week pun balik memang tak ada hal. tapi tiket bas pun dah habes. nak balik apabendanya. terperuk lah dalam bilik selama empat hari ni yeaa cik Qila.


tu lah nasib dapat kawan masing masing duduk area Perak. semua balik rumah.  :'(  tak cool lah korangg.


kalau duduk kat rumah banyak lah jugak benda yang boleh dibuat. duduk kat kampus ni apa je benda yang boleh.


I miss NERO!

salam.

November 22, 2011

Temankan Saya Okey? :)

Assalamualaikum.

reading others blogg is in my list of favourite things to do selain dari 
  • merepek dalam blog sendiri, 
  • online fesbuk, 
  • reading almost every news feed dekat fesbuk tuh. but I will skip the part yang suka mencarut orang tuh. 
  • bangun awal rasa udara pagi, 
  • perhati orangg..

tu some of the list-lah.
kadang kadang bila dah terlalu bosan mula pilih any one of my friends blog then baca yang oldest entry sambil sambil menolong membersihkan dan meniupkan sikit habuk dalam blog diaorang tuh. -,-  dari sini dah boleh nampak dahh betapa tak ada kerja cik Qila ni.

obviously yang selalu rajin menghupdateee blog  tu aku lah kan. this is one of my way to keep my memory. I'm not good in remembering. sebab tu agak penting untuk aku update blog supaya boleh dibaca kembali bila tangan semakin berkedut dan berketar.  :) dan juga gelak dengan gigi palsu membaca entry yang sangat tak matang dan suka perli orang. =.='

harap masa tu ada yang disayangi di sisi menemankan aku untuk baca semua entry.  :')

terlalu sweet?
yang ni apa macam??



okeyyy, tu je. pendeknyee entry kali ini. :)
salam.



Semua Tidur Lena Kerana Skuad HM. :)

Assalamualaikum.

apa ni kau? tiba tiba post pasal bola. peminadd bola ke??? ;P

semalam confirm confirm semua tidur dengan nyenyak dan lena bila Malaysia menang. Alhamdulillah.  :) termasuklah aku tuu sampai pagi tadi pun rasa tak nak bangun dari katil sebab kelas start pukul 10pagi. seronoknya alahai!


gol pertama. ;D

mula mula memang macam tak ada harapan. biarpun semangat agak pudar, tapi seronok tengok Khairul Fahmi Che Mat, Apek yang asal dari Kelantan tu tangkap bola. seriously tabikk dengan dia bila almost every time Indon nak jaringkan dia dapat tangkap. tak kurang hebat pemain yang lain lain. :)


nampak tak betapa semangadd nya aku sampai duduk barisan depan.
(^^,)v


ada yang kata Reff makan rasuah. ada yang kata Reff okeyy.
kadang kadang bila tengok, macam main jampi pun ada. HAHA :D
mentang mentang dah menang boleh gelak lah kan. cuba kalau kalah. mahu tak dihambur dengan kata kata kesatt. memang kena halau semua Indon.
tapi ni sukan. perlawanan. pertandingan. tak elok lah nak amek hatii. ;P

ouh yeah. mungkin anda berminat untuk baca entry Solihin Zubir when he copied and pasted about what fans of Garuda said when they defeated by our squad and what others comment on that status.
-->  Apa Makan Harimau Muda? What The Fakri?

teruja semacam je kann? aku pun tak sangka aku boleh join orang tengok bola sebenarnya. =.='
but it's fun. terlalu seronok sampai tak ada suara.

last but not least, *even though dah tak ada BEL perlu kita apply yeaa.*





TAHNIAH HARIMAU MALAYA!




again, seriously. aku post pasal bola? o.O
salam.

November 19, 2011

Sampai Kampus Dah! :'(

Assalamualaikum. :)

Akhirnya hari yang tak mahu dan tak teringin pun untuk tunggu telah tiba. hari pulang ke kampus. :'( dan currently ada kat kampus pun sekarang. rasa nak patah balik jee. agak agak boleh tak? mama bagi tak agaknya? soalan yang tak perlu ditanya pun sebenarnya. soalan yang nak mintak tenungan tajam dari mama.


kali ni post tak dapat nak upload gambar sebab guna laptop abah. memang ada gambarlah kann. penuh dengan microsoft office dengan excel jee. =.='

anyway, sangat bersyukur sekarang sebab lepas je post yang luahan hati yang jiwang berkarat tuuu.. aishh. macam mana nak ngadap muka kawan kawan pasni lepas post luahan getaran jiwa tuu. alahh. bukan diaorang baca pun. okey okeyy. macam tu lah caranya nak tenangkan hati. -,- sambung balik. lepas post tuu je terus rasa macam okey.  :) Alhamdulillah..

semester baru kali ni macam sem yang lepas lepas. tak nak berharap apa apa pun. aku memang penakut untuk mengharap sesuatu. penakut yang takut nak meghadapi risiko tidak dapat apa yang diharapkan. tapi kita percaya semua tu ada baiknya. Insyallah..

dah lah. banyak sangat bebelan. esok duduk bilik sorang sorang boleh bebel lagi banyak berserta dengan gambar. jaga diri masing masing okey. peringatan untuk aku juga. :)

salam.

November 18, 2011

Moist Cake with Hot Chocolate. :)

Assalamualaikum. :)

sebelum balik kampus esok, habis satu rumah dah dibersih dan digilap. eh. tak lah satu rumah. dapur jee. XD
dan sebelum balik kampus, takut nanti terindu rindu nak bake cake so buatlah cake sendiri punya resepi. yang peliknya, bila ikot resepi bulat bulat. tak pernah nak menjadinya. kalau reka sendiri punya resepi menjadi pula. =.='


Chocolate Chip with Peanut Cake Lala. 
haha! nama cake nak ada nama sendiri je kann. padahal orang dah berzaman dah buat cake macam ni. sekali sekala perasan pencipta resepi apa salahnya. XD
resepi memang gila simple. guna basic dan tambah ikot suka hati.

Chocolate Chip with Peanut Cake.

Bahan A.
  • Tepung 200gram
  • Telur 3 biji
  • Gula 150gram (tak suka manis boleh kurangkan.)
  • Butter 150gram
  • Baking Powder 1 tea spoon
  • Cooking Chocolate ikut suka rasa.

Bahan B.
  • Chocolate Chip
  • Crushed Peanuts (ikut suka nak hancur macam mana.)

cara caranya ialah, ecehh. berlagak chef wan. boleh masuk Masterchef macam ni. *berangan*
  1. lepas dah measure bahan bahan, asingkan putih telur. Cooking Chocolate tu potong halus halus macam serpihan. 
  2. putarkan putih telur dahulu sampai putih segebu gebunya macam krim.
  3. adunkan semua barang A termasuk kuning telur yang dah diasingkan kecuali coklat. make sure putar atau kacau betul betul sampai sebati. 
  4. dah sebati semua baru adunkan coklat.
  5. sapukan dalam loyang dengan mentega. tak nak sapu pun boleh. cuma bila sapu, kek senang nak dikeluarkan. 
  6. masukkan separuh dari adunan ke dalam loyang. taburkan bahan B kemudian masukkan lebihan adunan tadi.
  7. kemudian bakar. siappp! :D
soalan yang bakal ditanya.

Kenapa tiada essence vanilla?
since adik ku yang alergic dengan vanilla, sebab tu tak ada essence vanilla which untuk kurangkan rasa telur. dan sebab itu jugalah cuma guna 3 biji telur jee.  :) 

Kenapa kena putar putih telur sampai jadi macam krim?
mengikut dongeng, haha.. :D mengikut kata orang ramai, bila putar putih telur sampai jadi macam krim, kek akan naik dan lembut. 

sekarang pun baru lepas hujan. sejuk je rasa. makan dengan hot chocolate pun sedapp. :)
selamat mencuba! 

salam. :)


Si Sombong Tak Sedar Diri. | Packing.

mula mula sebab dah lama tak update kita tayang dulu muka Mak Jenah yang mulai malas nak update blog. kemalasan dia ini menyerlahkan lagi sifat kesombongan dia sebab dah lah kat fesbuk tak pernah tegur orang. blog dibiarkan berlalang.

ni lah Mak Jenah pemilik blog WOTS tuu.

*buat buat tak kenal diri sendiri lak kan. tak sedar diri betul.*
bila tersedar cuti lagi seminggu jeee, terus tak mo pandang blog pon. sombong betolkan.. adik adik yang lain pun baru habis final exam dan mula merajinkan diri untuk memonteng sekolah. ponteng sekolah??? even though dah habis periksa akhir kena pergi sekolah juga! tapi cuba lihat dari sudut positifnya. I got my chance to spend my time with my siblings. :)

minggu ni barulah rajin mencelikkan mata lebih awal dari selalunya semata untuk jogging dan main badminton dengan adik adik. sumpahh sakit satu badan. nampak sangat tak pernah nak bersukan sebelum ni. -,-
semalam baru kemas baju. barang barang yang nak bawa pun dah beli. sedih pula rasaa. :'(


Daia! Lupakan Yang Lain. XD

setiap kali nak mula semester baru mesti rasa macam semester pertama dulu. sedih bagai nak rak. belajar pula subjek yang tak pernah tahu apa benda. nak tahu subjek apa?


Computer Science


apa tu? menatang apakah tu? komputer dan sains? komputer ada proses photosynthesis kah? okey. melebih lebih. mula mula memang nangis almost everyday. ;P cengeng. nak cover diri punya pasal takut nanti result final terok. mengadulah kat mama dengan abah. kalau tak buat macam tu nanti diaorang ingat kita ni okeyy je kan. taktik tuh. taktikkk. Alhamdulillah result semester pertama lulus. :) lepas lepas tu kiokk. *kiok = teruk = kantoi*   =.=' taklah terok. tapi menurunlah.

ouh. lepas kemas barang semalam terjumpa sesuatu. tiket wayang. yang setiap satunya ada kenangan dia tersendiri. :) kenangan tau. kenangannn. kenangan cuma tinggal kenangan. ingat tuhhh. ;P

hobi mengumpul tiket wayang. XD

lepas tu selongkar dompet. penoh dengan resit. patotlah dompet tebal. padahal duit nipis.


menunjukkan suka berbelanja banyak.
belanja barang dapurlahh.

CARS.
simpan dari tingkatan satu lagii masa pergi petrosains dengan besties. :')

my first Appointment Card. XD
okey. sampah dalam dompet pun boleh ditayangkan. kemudian batak pula menunjuk appointment card. memang blogger terunggulkannn. :D next appoinment lagi dua minggu. yeayy!! boleh balik.

Kesedihan tertangguh sesaat

Banyak kali nak karang tapi mesti tak terkarang pun. Tahu tahu dah 2026. Tahu tahu dah puasa and dah nak raya.  No one can fit our shoes sel...