October 31, 2011

Stew Ayam

Assalamualaikum.

Rasa macam nak tongkat je mata dengan pencungkil gigi sebab sekarang jadi budak baik yang suka tidur awal. eh. budak? lagi berapa bulan je nak masuk dua dekad dah kott. tapi jiwa masih kanak kanak riang maa. ;P

anyway, sekarang ni aku ada benda baru yang aku pantang. pantang nampak benda sedap mesti nak try masakk. mana tak gemuk kan. sikit sikit nak try tu la, ni lahh. macam orang batak baru first time jumpa dapur. semua benda nak masak. haha ;D
pathetic. -,-

mulanya penyakit ni datang masa tengok Desperate Housewives masa Bree bake Pineapple Cake Upside Down. rasa macam sedapp je. after that tengok Junior Masterchef bake Brownies. godaannya bukan main sampai terasa kat tekak. seminggu dua kali hah buat cake. bukan main lagii.

tak habis lagi dengan itu. jiwa ni sekali lagi tergoda dengan Stew Ayam yang terjumpa masa nak search resepi untuk ayam.



bila try resipi stew ayam tu rasa macam, wahh... sedap sedap! :) okey. perut tiba tiba berbunyi pada waktu pagi pagi buta ni. -,-

tertanya kenapa gambar stew ayam je ada? sebab both of cake yang aku bake tu tak teringat nak tangkap gambar. bila teringat je dah habis pun bendanya. jangan salah faham habis sebab sedap. kek habis sebab masing masing kelaparan jee. rasa cake tu hancurss. haha :D

kepada yang teringin nak cuba masak resipi ada kat bawah nii. serious senang lebih kurang macam masak sup ayam je actually.


Stew ayam

Bahan:
500 gm ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
2 tangkai daun sup 
2 tangkai daun bawang ] potong pendek
1 batang carrot [potong kecil]
1 biji tomato [belah 6]
3 biji jagung muda [hiriskan nipis]
minyak [cukup untuk tumis]

Bancuhkan:
1 sudu kecil kicap cair
1 s/k tepung jagung
1/2 cawan air
1 s/k lada hitam
1 s/k minyak bijan
garam secukup rasa...

Bahan Tumis [hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili merah

Cara:
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga layu.
3. Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan sehingga lembut.
4. Masukkan sayuran kecuali daun bawang dan daun sup.
5. Bila dah layu masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata.
6. Tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang.
7. Hidangkan dengan nasi atau roti.



tumis bawang biar sampai layu betul baru sedap. kalau ayam tak nak potong kecil make sure ayam betul betul dah masak sebelum masukkan sayur. sebelum tutup api silalah rasa dahulu. :)

selamat mencuba! ;D
salam.

October 27, 2011

Journal for today: Gagal Tapi Lulus? | Nafas Terakhir.

Assalamualaikum.

Aku biarkan blogg ni untuk beberapa hari sebab tak ada idea langsung nak taip apa. kalau ada pun, mesti masa tu aku lebih cenderung kepada perkara yang emosi terlebih yang kemudiannya diterjemah ke dalam blog ini dan menjadi sesuatu yang banyak merepek dan banyak membebel. huaaa... macam sekarang. =.='

so, pagi tadi aku menyambung lesen aku yang gagal pada motor tapi lulus pada kereta tuh beberapa bulan lepas. yang paling tak boleh tahannya tuu bila dapat tahu aku orang kedua untuk test jpj. teros jantung berdegup laju gilee macam baru jumpa orang yang dicintai. macam tu lah rasanya kan? :)
dan keputusannya aku lulus. yeayy!!!

camwhore dulu sebelom pergi.
nampak terujakan? -,-
dalam ontheway nak sampai rumah dah plan bukak je pagar rumah terus nak lompat lompat masuk rumah ambil pinggan makan nasi sebab lapar sesangad sangadd. tapi dalam duk happy happy tuu sesuatu yang menyedihkan hati berlaku. :'(

i just can't believe i can be that soo emotional looking to my two little rabbit dead. dan lagi satu pula tengah nazak. :'( teros lupa perut tengah lapar. yang mampu buat cuma lihat sampai baby rabbit tu mati, menghembuskan nafas tercungap cungap dan akhirnya nafasnya yang terakhir. :'| mungkin sebab aku yang suapkan susu kat rabbit rabbit tuu.

okey. dah lalu tu kita lalukan sahaja. theres nothing we can't do selain memastikan the same thing didn't happened again. switch to neutral mood back.

i have my new favourites tv programs now! :) kejap. tv program ke orang panggil? entoh.
suka betul tengok Royal Pains. dulu House, tapi macam dah banyak tertinggal. so, pagi pagi dah tercacak depan tv pukul 8pagi tengok Royal Pains. huhuhu... ;D

he soo charming. ;) *senyum gatal sat.
apa lagi nak khabarkan yea. ouh. tiba tiba teringat satu soalan ni.


"kawan kau apa khabar? semakin sexy aku nampak."


soalan memerli tu sangat menyakitkan hati sebagai seorang kawan yang dah lama berkawan dengan dia yang sexy tuu. aku nak sexy dengan roommates aku pun segan. tak tahu bagaimana dia lakukan. berubah terlalu drastik. kalau memang biasanya begitu fahamlah. dah macam kejutan budaya pon ada. nak tegur kewwwjap lagi kena sound,

"kau jangan menyibok hidop aku" 
*dgn muka pontianak kehausan darah.

yelah kiah. hidup kau, kau punye suka. di sini cuma nak khabarkan sahaja. nanti kata tak bagitahu.

terima kasih di atas, di bawah, di tepi dan di sudut kesudian membaca sampai habes.
salam. :)

October 25, 2011

Pakaian Dan Per..

Assalamualaikum.

Baju memang satu kegilaan aku selain kasut. terutamanya t shirt. gile memang gila laa.. girls. paham paham je lah. cuma yang nak di alkisahkannya di sini tentang Pakaian dan Perayaan.

credit to Google.
Esok bagi yang tak sedar adalah hari apa, esok Hari Deepavali yeaa.. Macam perayaan yang lain bila tiba masanya, semua perkara penuh dengan benda yang berkaitan dengannya.  Tapi yang macam tak berapa nak sedap tengok tu bila yang Melayu pun sama macam seolah beriya nak menonjolkan perayaan yang bukan kita punya tu.

Sebagai contoh aku tengok pengacara satu rancangan tv haritu. macam nak tepuk dahi berkali kali tengok pakaian dia. pakai sari dah satu hal. then pakai pula benda yang orang India selalu pakai dekat dahi tuu. haihh.. tepuk dahi sambil menggeleng kepala nengoknye. rasanya tak salah kalau dia pakai baju kurung je. tak perlu nak feel feel sangat sampai pakai tu semua.

credit to Google.
Kalau di minta oleh producer untuk pakaikannya tak salahkan kalau dia tolak.


kalau melakukan perkara yang baik itu boleh membawa keburukan. 
lebih baik tidak melakukannya.


bukan nak kata kita tak boleh meraikan perayaan yang lain. tapi memang TAK boleh pun. the same thing goes to 1M'sia. nak menyamakan Melayu dengan kaum yang lain. eh. dah malu sangat ke nak ngaku Melayu sampai tak ada cara lain then nak samakan dengan kaum kaum yang lain. bukannya tak boleh bersatu padu tanpa semua tu kan? orang dulu dulu boleh jee. takkan kita nak kena buat 1 M'sia tu baru boleh nak bersatu dan hormat kaum yang lain? tak paham.

okey fine itu dulu. jadi tak boleh ke kita ambil yang baik itu sebagai contoh?

bukan masa Deepavali je la. perayaan lain yang bukan kita punya pun sama. Krismas, Chinese New Year, Hari Gawai ke. yang seumpama dengannya laa.

credit to Google.
Tak cukup ke Aidilfitri yang kita sambut tiap tahun dengan meriah tu? Baju kurung kita tu kalau di pakai bukan je cantik. ayu, manis, sopan. tak cukup nak sexy yeah? sekali lagi. tak paham. =.='

October 23, 2011

Macam Celebrate Tahun Terakhir Sebagai Remaja. -,-

Hari jumaat lepas di pilih sebagai hari untuk dating dengan girlfriend girlfriend yang dah lama tidak ketemu! ;D
sangat best okeyy. tak banyak perkara pun yang kitaorang buat but still I have fun with it. :) gila tak seronok. seolah meraikan tahun terakhir sebagai remaja belasan tahun. =.='

mula mula planning tu je bagai nak gadoo dah. kelakar jee. haha ;D okey. kita skip sahaja part yang tu. al maklumlah dah setahun lebih tak contact kan.

first thing that we do of course-lah cucok duit yang semakin kering kat dalam bank tu en. -,- after that usha movie. agak lama yeaa berdiri depan skrin tu untuk pilih movie ape since ada yang suka cerita ala ala hardcore, ada yang suka romantic comedy, ada yang tak kisah, and ada yang serba salah. jangan di teka aku yang mana satu. ;P lastly we watched Real Steel. mahu teruja nii. cerita tu BESTTT!!! menarikkan lagi hari kami. :)

lepas beli tiket sebenarnya perut mereka mereka dah berkeroncong. pikir nak makan apa je dah berapa jam. bila dah decide nak makan kat mana, sempat pula chamwore dulu before decide nak makan apa. batak bukan? =.=' lepastu makan tercekik cekik sebab nak kejar masa nak tengok movie. selamat sempat. fuhh..



Dari Kiri: HOT masa highschool, HOT di facebook, HOT dengan senyumannya. :)


mereka punya.

saya punya. :)
lepas movie habes, semua keluar dari pintu tersengih sengih sebab berpuas hati dengan cerita tuu. ;) then jalan jalan cuci mata. tak lama tu rasa lapar lagi. -,-

orang yang makan kat meja sebelah dah bertukar tukar orang daa. tapi kitaorang still duduk dan berceloteh macam tak ada penghabisnya. topik mengalahkan macik macik yang duk gossip petang petang kat depan rumah.




gambar di atas menceritakan segalanya bukan? yup. bowling. dah berzaman tak main. tiba tiba main lak. bola dah straight then masok longkang. bagus bagus. memalukan. =.=' selamat abang kaunter bagi lane yang kiri kanan tak ada orang. terima kasih abang kaunter. ;P

so itu sahaja date kami dari pukul 11.30 sampai 8.30malam itu. dan yeah. tahun ni tahun terakhir ada nombor satu pada nombor depan pada umur aku dan mereka yang lahir tahun 1992. dah tua dahh... :)

terima kasih atas kesudian membaca. salam. :)

October 21, 2011

Tak Pandai Bersosial. Emosi Sebentar.

Assalamualaikum.

Sementara menunggu kawan aku yang mesti lambat gilee datang, suddenly ada sesuatu yang terlintas dalam kepala aku.

aku ni tak pandai bersosialkan?


bisik sendiri sambil merasa, aku ni sangat menyedihkan.

tu yang aku rasa lah. aku berkawan dengan semua orang tapi aku prefer untuk tak berkawan rapat terlalu ramai. terutamanya kaum lelaki. tak percaya? boleh tanya budak budak lelaki yang pernah satu kelas dengan aku dari semester pertama sampai semester tiga ni.

tanya lah kawan kawan perempuan aku, kau ada number tepon si mamat ni? jawapannya selalu


ADA


kalau aku? TAK ADA. mungkin sebelum ni aku rasa cukup aku kawan dengan dia ni je. tak perlulah yang lain. sebab tahu boleh mengharap kat dia kalau ada apa apa. ngadu masalah kat dia. nak happy happy pun kat dia. nak cuba belajar gak tidak rapat dengan hanya seorang. tapi tak boleh lah. dah terbiasa pulak. dan mungkin malas kot. selalu kalau dah kawan kawan ni orang selalu pikir lain. lagi pun orang zaman ni berkawan mementingkan paras rupa dan ketebalan poket. betoll.


eh, mana ada!


korang cakaplah macam tu tapi masih juga ada yang begitu. dah macam rules dah semua tu.


  • yang taraf hot cuma berkawan dengan yang hot sahaja. 
  • yang agak biasa biasa tu tak perlulah dilayann. layan ala kadar.
  • grab orang yang cantik cepat cepat. say hi for the first time then teros tanya, nak kapel boleh?         tahhi betol.


ter-emo kejap sebab dah banyak kali kena macam tu. ingat ni zaman budak sekola menenengah boleh buat aku rasa blusher dengan pertanyaan tak semena mena tuh? kepada adik adik ku. jangan kembang yea dengan soalan begitu. jadi jangan pelik bila aku teros diamkan diri bila soalan tu ditanya. salah satu sebab juga kenapa malass nak berkawan. dan membuatkan aku berubah tanggapan dengan orang yang macam tu.

macam tergantung pulak. but i have to go sebab kawan dah nakk sampai. ;)

terima kasih mebaca entry yang agak tergantung sedikit ini. mungkin akan sambung. ;P
salam.

October 18, 2011

Header Baru | Malam Ini

Finally bertukar juga header lepas agak dah lama nak tukar tapi tak tukar tukar. rasanye gambar header ni macam boleh je kan buat iklan untuk contact lens. boleh lah buat bisnes contact lens lepas ni. gerentii laku. ;P



kalau perasan, background belakang tu actually background yang lama. kemalasan untuk mencari background yang baru. lepas dah test segala wallpaper yang ada dalam laptop ni, tu je yang macam okey. and i do some colour edit on the wallpaper. sikit je lah. tak banyak pun.

dan laguu. haha. i know it a little bit slow and agak ala ala macam lagu Fiona jee. but the song is not bad lahh. first song yang aku dengar lagu dia is lagu bertajuk Lagu.  and the singer of the song tuhhh kan. dia punya nama kannn. mengingatkan aku pada dua orang. bagus bebenarlah tu. so here is the lyric of the song kalau anda menyukainya.


Malam Ini by Bo Amir Iqram

malam ini
malam pertama kita ditemani kelembutan cahaya rembulan
perasaan indah memanggil namaku untuk menyintai mu

malam ini
kehadiranmu membawa seribu makna baru untuk hidupku
dirimu memberi cinta yang selamanya

suaramu
bergema di hatiku
mungkin untuk selamanya dan
dirimu
bertakhta di hatiku dari pandangan pertama

malam ini
puisi yang terindah terbaca setiap saat ku bersamamu dan
kaulah puitis hatiku yang ukirkan senyuman di wajahku

malam ini
ku serahkan segalanya untuk wanita impianku dan
bidadari dari syurga cintaku hanyalah untukmu

suaramu
bergema di hatiku
mungkin untuk selamanya dan
dirimu
bertakhta di hatiku dari pandangan pertama

malam ini
malam pertama segala hasratku adalah untuk kebahagiaanmu
perasaan dari syurga untuk sehidup semati denganmu



okey. itu sahaja for today. I have to go sebab  I have something to do. something special for my special one. :)   thanks for jenguk dan baca. salam.  :)

October 17, 2011

Aktiviti Harian Saya.

Assalamualaikum.

Macam karangan sekolah rendah punya tajuk je tajuk entry aku ni. -,-

Agak dah lama tak update rasa rindu lah puleee.. hehe :) dan dah update ni faham faham je laa. dah dapat balik daa lappy kesayangan! :D

Bagaimana cuti pada minggu pertama? Plan cuti ni pada minggu pertama memang menjadi seperti yang di plan kan.

  • bangun pagi. everyday bangun pagi. bukan bangun bangun matahari dah tegak atas kepala yea. tidak tidak. ecececehh..
  • kemas rumah. memang sampai seru nak kemas rumahnya. rajinkan? 
  • main masak masak. macam di jangka macam macam luka dapat. ape ke terok clumsy-nyee.. nak cakap konon selalu masaklah ni. hewhewheww... ;P
  • baring golek golek depan tv sambil nyanyi lagu kuch kuch hota hai. yang ni tak sempat lagi nak buat. sedih sedih.. =.='

selain tu perkara wajib bila duduk bercuti kat rumah. bake a cake/cupcake :)

belum bakar lagi.
sabar sabarr..
taraaa!
sila sila..
jemput makan.
terhad untuk 9 orang. ;P
cupcake yang aku buat ni tak sehebat cupcake adik aku la sebab dia dah selalu praktis. aku setengah tahun, sekali je buat. setengah tahun kenapa yea? sebab tiap setengah tahun cuti sebulan. time tu je la ada masa nak buat. mood pun macam membuak buak je nak buat cupcake.

itu je lah buat masa ni. nak cerita pasal family aku ada bakar satay ajak sedara then sepupu aku datang, tak lain tak bukan ber-gossiping cerita yang panas panas macam bohsan je kan. ;P

so, thank you for reading this. salam. :)

Kesedihan tertangguh sesaat

Banyak kali nak karang tapi mesti tak terkarang pun. Tahu tahu dah 2026. Tahu tahu dah puasa and dah nak raya.  No one can fit our shoes sel...