October 20, 2020
Hikmah dalam kesusahan
August 22, 2020
Hi you
I miss you
23/6 : Lagi berapa bulan je. Semoga kita dipermudahkan segala urusan dan niat kita diberkati oleh-Nya dalam kita ingin menghalalkan hubungan.
24/7 : I hope you're okay
6/8 : It's tough but it will make you tougher and stronger. Hang on there
August 9, 2020
Update Tak Berapa Nak Update Tuan Tanah
Baru lepas study and prepare untuk kelas web design ekonomi. Kenapa ekonomi? Sebab charge murah-tepuk-dahi untuk komuniti sebab alang-alang dah terbeli domain dengan hosting. Rugi tak guna. Rugi tak charge. Dapat lepas cost pun tak apa, tak nak untung pun. Tapi kalau dapat untung alhamdulillah hiks
So apa yang nak update? Tak ada.
Blog ni kalau bukan update pasal resipi untuk simpanan sendiri, upadate pasal vacation (tapi tu pun pemalas teruk) lepastu yang paling utama update pasal rasa ammarah, kecewa, kebuntuan. Begitu lah. Kebuntuan tu ada je sebenarnya tapi sekarang banyak simpan dalam diri je. Tak ada nak share dekat public sebab takut nau kena judge. Takut keputusan mengecewakan so kita cerita pun dekat orang rapat je. Dengan boifehemmmm! kita.
Menulis tu banyak je sebenarnya. Tapi simpan dalam phone je. Kadang tak tahu kenapa suka taip benda yang duk dalam hati dalam fikiran ni untuk susun atur supaya tak serabut. Kalau marah pun kadang taip kat notes dalam phone. Rasa lawak pun ada sebenarnya. Marah pi tulis dalam notes. Mungkin nanti bila nak luahkan tak berterabur? Masalah betul.
Astu? Astu takde benda la nak update sebab tengah bahagia. hahahhahahaha lepastu tengah busy. Nak update jugak sebenarnya tapi nenanti lah update. Kita update lengkap semua in shaa Allah. Mana tahu lepasni lagi banyak kita share sebab dah tak payah sesorok dah? hehehee In shaa Allah. Doakan yang baik baikk dan semoga urusan kita semua dipermudahkan.
Siapa tuan tanah? Blog ni tanah kita. Kita la tuan tanah. Sorry kalau ada yang tersalah faham hihi
May 20, 2020
Insecure dengan serba kekurangan
April 17, 2020
Good Old Year - pada aku
Terasanya.
Terasa teruk.
Tak sepatutnya pun diselak lagi helaian cerita lama.
Aku sendiri mampu berangan je. Tak ada keperluan lagi.
Boleh untuk teringat tapi berhenti cukup setakat ingat.
Tak perlu nak dicapai demi kelegaan diri sendiri walau sekadar menyampaikan maaf dengan ikhlas sebab waktu untuk itu dah lama terlepas.
Terlambat.
Rumit hidup manusia ni tapi fikir lah hanya yang indah.
Leburkan penyesalan menjadi pengajaran dan hargai manusia disekeliling.
So pulang? buang?
Buang.
Satu hari nanti. Bukan sekarang walau sudah 10 tahun lamanya.
Nanti.
Waktu penting tu.
Waktu tu. Aku akan buang.
April 14, 2020
Alkisah Popia & Aku
Kawan ramai yang tanya ni, "Popia ada tak?"
Ada a few yang bising kenapa aku tak naikkan harga or kenapa tak jual harga betulbetul??
Harga yang dah sedia ada tu pun dah mahal dari orang lain. Hakikatnya popia aku tak macam orang lain. Isi banyak, rasa sedap (kihkihh orang kata). Bahan yang aku guna bukan cikai beli kat kedai acheh. Aku jual memang nak bagi orang makan. So aku buat pun sungguh macam aku yang nak makan. Orang repeat order banyak kali bila awal bulan. Akhir bulan slow sebab ye ahh harga popia aku bukan yang boleh makan selalu. Bankrap orang. Aku kesian nak letak tinggi sangat harga. Sebab tu aku putuskan nak stop buat. Selain tu, aku pun takut harga tinggi orang tak beli. Aku yang rugi.
Elok lah aku simpan je duit yang aku biasa laburkan untuk bisnes popia tu takpun belanja adik-adik pergi tengok wayang or belanja makan.
Begitu la al kisahnya.
Berakhir kisah aku jual popia. 15,000 keping popia keseluruhan.
Seronok jadi sibuk. Sungguh aku suka masa mula mula buat tu. Lagi suka bila orang pun suka dengan rasa popia tu. Rasa terbayar penat. Tapi tu lah. Penat berkait sekali waktu tu tengah berat kepala fikir benda lain sekali. Setelah lama memikir sampai demam tu, berakhir lah bisnes popia.
Next time buat bisnes nak kena ada Manager la kot. Biar dia manage. Aku tukang buat je.
April 1, 2020
Puisi Kemaruk Bercinta
Duhai yang menceriakan hari,
yang berbatu kita lalui
setiap langkah tapak kaki
terima kasih untuk ini
yang keluar dari hati
terharu hati dirasai
untuk gelak ini dan untuk senyum itu
untuk gembira di alami menjadi memori
setiap saat itu moga di ingati
terima kasih untuk setiap kalau
harapan tinggi seolah kita pasti
setiap pengertian
setiap sabar hati
dan setiap genggaman
dipinta jangan berakhir
Kesedihan tertangguh sesaat
Banyak kali nak karang tapi mesti tak terkarang pun. Tahu tahu dah 2026. Tahu tahu dah puasa and dah nak raya. No one can fit our shoes sel...
-
Dah lama gilee tak update. duk terperap kat rumah langsung tak memberikan aku idea nak tulis ape ape. lagi lagi dengan serabutnya fikiran a...
-
I'm free today. No classes. Done with assignment. I got wifi coverage. What else for me to do if it is not online from day to night o...
-
semalam is kind of disaster gak. i was in bathroom untuk mencuci baju. duduk kolej en. basoh la baju sendiri. sadis sadis.. tapi bila pandan...

