April 19, 2012

Benda Paling Tak Suka Sampai Bertukar Menjadi Pengganas.

bila dapat soalan, benda yang paling aku tak suka. aku fikir panjang.





. . . .


. . .


. .


.




macam tak ada.
tapi harini baru teringat benda tu. benda yang paling aku tak sukaa sekali. benda yang paling benci sangat sangat. bencinya tahap kalau dah kena tu rasa nak menjerit kuat kuat dan mengamuk persis HULK.

iaituu...



aku tak suka bila kena baling tepung.


benda paling pantang sekali.
first time kena masa birthday sendiri. tak kan nak mengamuk. beralah je lah. yang buat tu kawan kawan baru dan saya sayang mereka masa tu. :)  *muka suci
tapi sekarang kalau kena memang siapp lah. merajuk kunci pintu aku. MUAHAHAHA :D



macam mana boleh timbul soal ni tiba tiba?
sebab harini Hari Jadi Nor Farhana Baharudin. :)




HAPPY BIRTHDAY NANA! :) 


Tak ada bajet nak beli cake.
Anggap lah cupcake yang Puan Afni bagi macam cake bday.
>.<



asalnya cuma nak menonton je adegan diaorang baling baling tepung. duduk diam comel comel je dalam kereta. ahakss. ;D comel sangatlah kan?
tak mungkinlah dia nak baling tepung dalam kereta milik orang lain.
sekali hamekk! dia peduli hape. aku dah kena. elok je ayu pakai baju kurung tapi berbedakkan tepung pula.

alang alang tu sebab aku pun cam terbengang so bersekutulah dengan ketua idea, Farah yang juga rakan karibnya untuk merampas tepung dari tangan Nor Farhana dan mandikan dia dengan tepung.

Puass hati gua!

sedih.
saya tak pernah seganas itu.


HAHAHA XD
okay bye.
Assalamualaikum. :)

April 18, 2012

Dapat suka dari jauh cukuplah. :D

tak merancang pun untuk menulis lebih dari satu entry hari ni tapi lepas tengok cerita Impian Raya Emelyn tiba tiba terdetik hati dahku untuk menulis sesuatu disini. >.<

yea saya tahu itu cerita bersiri raya tahun lepas. almaklumlah tinggal jauh dari rumah tak dapat tengok tv. :(
saya tahu saya ketinggalan, terlambat.



sebab tu



saya.....




habis tengok kesemua episod dia hari ni. 



YEAYYY! XD



maaf maaf. tiada apa yang perlu dibanggakan pun cuma terasa seronok sebab cerita dia yang tergedik gedik manja itu  menyampahkan plusss best. :D






Emelyn reminds me to myself yang pernah suka seseorang dari jauh. awww~ XD
sangat sweet! :)  rasanya lebih bahagia suka dari jauh dari budak sekarang yang tak habis habis update status sakit hati putus cinta putus couple.

ommaiii... zaman kanak kanak anda sangat tak menyeronokkan.



kepada adik adik yeaa..akak nak nasehat sikit neh. toksah kejar sangat cinta sekarang. korang budak lagi kot. kawan kawan then suka macam tu, macam tu je cukuplah.
cuba pandang depan dan lihat..

jauhhhhh...... lagi perjalanan adik.

okay boleh ambil baldi dan wek wekk sekarang.
tahulah saya tak ada ciri ciri nak jadi penceramah bebas. ciss.


7 tahun Emelyn menunggu Akil. saya tak sehebat Emelyn.
saya dapat tunggu 4 tahun je. acecehhh..LOL   XP

okay tutup cerita. bye. :)

Journal 18 April 2012 : Sentuh buku atau laptop?

Karena line yang saban hari semakin lambat dan lembap jadi semakin semalas malasnya nak online.
adakah ini petanda yang baik? mungkinkah Aqilah lebih banyak menyentuh buku dari laptop nya? jeng jeng jengg *mata bersinar sinar dengan penuh harapan.


ouuh TIDAK. ahakss. *sambil tersenyum sinis

aku lebih memilih untuk memegang laptop dan tengok movie.
kadang boleh tahan satu hari tu sampai empat, lima cerita. sedangkan kalau kat rumah tu boleh tahan tengok tv dari pagi sampai ke malam tukar tukar channel. toksah cerita lah kalau dengan laptop yang tinggal pilih nak cerita apa.
nanti tebalkan muka tersengih kambeng pergi bilik kawan mintak movie. ngehehehe ;D

nak tengok you tube susah. nak stalk facebook pun susah.. eh. saya dah tak stalk orang pun dah lah. saya kan sedang mencuba untuk menjadi budak yang baik.  :)

HAHAHA :D
ouh puhleaaseee. umur dah dua puluh ada hati nak dipanggil budak lagi. ;P
berjaya sangat ke nak jadi baik tu? aaa...TAK.

maaf. sekadar propaganda semata mata. :)


menjadi stalker tu jahat ke? bergantung kepada niat. kot. XP



Rindu nak borakborak dengan sepupu. :)



eh. ada orang ketuk pintu nak bagi movie.
terima kasihh Faz! ;DD

bye nak tengok movie.
terima kasih menyinggahkan mata anda di setiap huruf dan membacanya sehingga menjadi karangan.
Assalamualaikum. :)



April 15, 2012

Pusing Ipoh dengan Tersayang. :)

Assalamualaikum.


Lepas kebosanan seminggu kelas asyik batal akhirnya dapat berseronok sikit dengan family dekat Ipoh. 
maybe masa yang kitaorang spent sangat sangatlah singkat but at least I have someone that can make me laugh, someone yang boleh dengar mulut aku bercakap tak henti macam sesat, tak jumpa penutupnya. -,-' someone for me to talk and gossip. theres no other people that is perfect for me as my family. 
rindu sudaa dengan mereka.  :')


I thought mama nak pergi mandi pantai ke or pergi tidur kat Cameron Highland ke. tapi rupanya bermalam dekat Ipoh. 

the best part is semua tempat tempat yang jadi tarikan orang luar untuk datang ke Ipoh memang keliling dengan hotel yang kitaorang tinggal. bertuahnya terasa. ;D 
so, instead of buang minyak kereta untuk pusing Ipoh, kitaorang jalan kaki je. kan sihat macam tu. 
ceth, tak payah poyo sangatlah en. ;P



D Eastern Hotel




petang tu tak tahu nak buat apa so jalanlah 1km pergi Ipoh Parade tengok wayang. sebelum ni tak tahu pun kat Ipoh Parade tu ada wayang sebab sebelum ni tengok wayang kat Jusco je. -.-' 
kitaorang tengok Battleship. guess what. 



BATTLESHIP IS DA' BEST!!!





teruja gila tengok. rasa macam nak tengok sekali lagi pun ada. ;D
habis tengok wayang terus pergi Gerbang Malam. pergi terlalu awal so tempatnya pun belum meriah sangat lagi. 




malam tu pergi lagi Gerbang Malam berdua dengan Haziq. dia dengan camera dia dan aku jadi modelnya. eh. cukup ke qualification tu nak jadi model? hahaha :DD 
tak lah. aku just cuci mata je kat situ.






the next morning pergi Pasar Karat. kat situ memang banyak barang antik. but most of it penuh dengan barang barang yang aku tak rasa boleh pakai lagi. antik tu antiklah kan. tapi barang yang tak boleh pakai tu I mean, barang yang bukan antik yang tak boleh guna. kenapalah nak jual jugak. =.='

tengahhari check out and terus balik kampus menjalani hari hari biasa sebagai student intersesi yang di kampusnya cuma ada satu tempat makan yang dibuka. kebanyakan masa makan, perut di isi dengan makanan yang tak berapa sihat. kebanyakan masa hanya duduk di dalam bilik tengok movie dan movie dan movie. 

sedihnya perenggan akhir ni. sobs sobss.
 XD





April 13, 2012

First Week of Intersession. | Vlog 1

Hello, hello and hai!

aaa..mana salam kau wahai Aqilah?

Assalamualaikum. :)


sudah masuk hari ke enam pun kat sini sebagai student semester ke empat separuh. hahaha nama nak pelik je.
minggu pertama macam biasalah dengan masalah jadual bertindih. next week again jadual akan bertukar buat kali ke empat if I'm not mistaken. kalau semester biasa tak kisah sebab ada 3 bulan waktu belajar. kelas batal boleh hooray tersengih sengih lagi.
ni tak sampai sebulan pun kena belajar and kelas yang batal kena ganti. -,-
but it's okay. manusia selalu careless. saya pun manusia juga. :)



staying all alone dalam bilik is not that bad. baru rasa berbaloi sikit duit yang dibayar untuk bilik ni. hehe ;P
rasa nak cat bilik ni warna pink lah. ahha! itu melampau.

kalau ada roommates pun sebelum ni masing masing buat kerja sendiri. kadang tu gossip sakan, borak borak. but most of the time memang buat kerja sendiri. so, not much different when I have no roommates.

computer student memang have no life ke? eh? *tibatiba  :D


terasa berbelah belah terbahagi bahagi nak letak video ni. tapi lastly beralah jugee lah.
video tak ada apa apa pun. toksah tengok lah. tak do po yang sewonok pungg.
nak introduce bilik yang saya duduki seorang diri ini sahaja.


maaf sebab visual sangat tidak clear.
kalauss senang sila tonton yea bapak bapak ibuk ibuk. >.<



ignore sahajaa muka suci itu.  :)

April 9, 2012

Arak Haram. Tak Tahu?

lepas tengok a few pictures of my 'friends' aku jadi tertanya tanya. aku yang anti sosial atau mereka yang terlebih bersosial? HAHAHA :D 

yang membaca kalau anda terasa. 

pleaseeee,



DO. FEEL. OFFENDED.





teringat masa tingkatan 1 kot. ada assignment untuk subject seni. kena tampal macam macam logo dekat kertas lukisan and sebab saya tersangat nerd yang nerddd, got it? aku tak sengaja tampal logo botol arak. bila cikgu tunjuk kat semua orang, semua buat bunyi 


"woooooo!!!"





konon macam wow qila, gila dasat kau tampal logo arak. aku tingkatan satu and I am NERD kot masa tu. tak tahu tu logo brand arak.
tapi bila dah besar ni, dah tahu arak tu segala bagai dan dah tahu banyak hukum tak mungkin aku nak jejak tempat yang dipenuhi dengan ARAK.


eh, gila skema kau dari dulu sampai sekarang qila macam kau teror sangadd bab agama ni.





aku tak hebad pon dalam agama tapi kalau dah tahu HARAM buat apa nak dekat dekat dengan benda tuhh? memang kau tak minum tapi kau dah masuk pun lembah dia. macam restoran yang jual khinzir. kau masuk ke restoran yang jual khinzir tapi kau nak makan benda lain? 
macam tak ada tempat lain nak chill out. 

dan lagi satu, cukuplah keluar malam berpeluk sakan dengan lelaki. kau tu perempuan. 

tak payah nak tunjuk sangat pergaulan terlebih bebas tu. 


tak mention any names kat sini sebab tak nak bagi malu. nak kasi bukak mata kau tu je. itu pun kalau kau bacalah kan. HAHAHH




now I can see one of the hikmah not to be friend with HIM. 


Menyesal Buat SPM Bersungguh-sungguh.

banyak desas desus mengatakan terlalu berusaha untuk dapat straight A's for your SPM examination will make you to have a regret feelings in future.

is it right? or it's totally wrong???


aku bukan budak yang masuk kategori itu pun so I don't know how the feelings.






haritu pun aku ada terdengar kawan aku sendiri cakap dia macam menyesal sebab study bagai nak pengsan masa SPM yang bila dah besau besau belaka sekarang neh, tak dapat nak praktik langsung benda yang di belajar tu macam Add Maths.

those things reminds me to what my lecturer said,

"Kenapa sekolah menengah tak ada subject yang boleh dipraktikkan bila dah habis sekolah macam subject belajar memandu."

aku pun macam, yo tak yo jugokk. semua pelajar bila habis sekolah mesti akan ambil lesen untuk memudahkan diaorang in future nanti.


dan mostly apa yang belajar kat sekolah tu mesti end up dekat kertas and after that lupa sebab tak boleh nak praktikkan dalam kehidupan seharian.

even though SPM nampak macam tak penting tapi dengan SPM lah tiket untuk sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi.


*   *   *


aku macam mana?

aku masa SPM dapat result memang ala kadar sebab study pun ala kadar.

mereka kata mereka menyesal buat SPM separuh nak mati sampai ada yang macam nak bunuh diri dan aku pulak kalau dapat memang nak repeat SPM tu sebab nak dibandingkan dengan apa yang aku tengah belajar sekarang.... SPM is nothing. kalau rajin lebih sikit mesti banyak A lagi boleh dapat.

SPM macam level yang setiap dari kita kena lalui sama macam UPSR and PMR. tak ada yang tak betul dengan peperiksaan besar ni. cuma cara student yang menghadapinya dan yang palingg penting sekali cara orang sekeliling yang judge. cara parents judging their children.


by the way, public. boleh tak stop asking others children macam ni,



"Anak hang dapat berapa A???"




grrrr..




p/s: buat paper SPM tahun tahun lepas Insya'Allah boleh buat.



Kesedihan tertangguh sesaat

Banyak kali nak karang tapi mesti tak terkarang pun. Tahu tahu dah 2026. Tahu tahu dah puasa and dah nak raya.  No one can fit our shoes sel...