April 8, 2012

Malang Menyeronokkan. Ini bilik, siapa punya?

tak tahulah nak kategorikan situasi yang duk menimpa ni sebagai sesuatu yang malang atau pun sesuatu yang menyeronokkan.



.    .   .



tengah ontheway nak pergi kampus mulalah contact kawan yang supposed to be my roommates for this semester but then he said, eh. did i wrote 'he'? hahaha joking joking. ;P  
she. she said that the room is already full. selamatlah kan aku tanya. kalau tak memang terbengang pluss terkejut time angkat barang masa masuk bilik tu jugak. 
so, nevermind..


operasi tanya bertanya, mesej dan me-reply pun bermula. adalah 2, 3 orang offer but then aku yang macam aaa... tengoklah keadaan bila dah sampai nanti.


sampai kampus cari bilik kosong. settle. tak perlu fikir panjang, tak perlu pening kepala.
lepas angkat barang, keluar kejap. beli barang yang tak ada. bila dah sampai kat bilik balik, tengok ada orang lain pulak yang masuk. 

okay. 
sabar..sabarrr....

bila tanya dia kata pejabat buka untuk daftar kolej. 

wah! bagus. haritu orang pejabat tu kata pejabat tak bukak hari cuti. hahaha...rasa macam nak membebel jee. =.='  tak pasal pasal dituduh aku ni menyampaikan maklumat tak tepat. tibatiba rasa nak nangis sambil membebel. HAHA XP


masa daftar, control balik perahsaan tu, cari bilik kosong dekat senarai bilik and wallaaahhh! siap! 

sekarang ni duduk sorang sorang ni terasa macam,




BILIK INI AKU YANG PUNYA!




muahahaha :D over betol.

April 6, 2012

Yesterday Journal & Maafkan Aku Song Cover.






Semalam macam biasa melakukan perkara yang biasa dilakukan setiap sebulan sekali. terlalu biasa a.k.a. bosan buat sampai rasa nak minta tolong mama cakapkan kat doktor. nak stop pergi hospital. boleh? -,-'

tapi yang seronoknya bila keluar pergi hospital lepastu mesti dapat makan macam macam. XD



bila dah balik dari hospital, kemas baju pluss barang untuk dibawa balik kampus. kenapa dah nak balik kampus? almaklumlah, saya cuti tak lama macam orang lain. orang lain sampai bosan duk rumah, aku pulak tak sempat nak bosan dah kena balik kampus. hahaha buat cerita sedih pulak kan..
bosan bosan tengah kemas barang, kacau kuceng boncit macam tuannya ni tidur.
mana tak boncit. asyik tidurr je dari tadi. bila kena kacau, dia ngiau ngiau.
marahlah tu kononnya kena kacau tido. lepas dah ngiau, tidur balik. bila dah bangun, mengeliat lepastu dia ngesot ngesot je, pemalas nak bangun. mak aihhh.. tak sangka kuceng aku macam tu. =.='


tak banyak benda nak update. but I've make a new video. video cover.
janganlah terkejut yea bila dengar suara saya yang sedap ini. ngehehehehh  :)


April 5, 2012

Sambal Goreng Jawa!

Tiap tiap hari kena fikir nak masak apa untuk makan tengah hari. asal dah siap je masak untuk lauk haritu, kena pula fikir lauk apa untuk esok.
waduh, waduhh..

Jadinya pagi tadi bila abah suruh goreng tempe. lepas tu baru dapat idea nak masak apa. >.<



Sambal Goreng Tempe

siapa orang jawa yang tak suka makan tempe jangan tergedik gedik nak mengaku Jawa. HAHAHA :D
yang asal nun jauh nak dekat siam pun boleh terjebak ketagihan tempe apatah lagi orang Jawa kan.

makan sambal goreng ni hari hari sumpah tak jemu!
tapi tadi buat langsung tak ingat resepi nenek so cari je lah kat internet. nanti balik kampung kena catat semua nenek punya resepi. mungkin kemudian boleh pula buat blog resepi NekYam kan kannn? >.< rindu pulak kat nenek. :')


buat ni memang terlebih dari senang. cuma kena rajin sikit lah sebab kena goreng satu persatu. ini resepinya,






Bahan-bahan:

  • Tempe (dipotong nipis dan digoreng)
  • Ubi kentang (dipotong nipis, kecil dan digoreng)
  • Kacang buncis/panjang (dihiris nipis)
  • Cili merah (dipotong nipis)
  • Suhun dan pucuk (direndam, dipotong sederhana)
  • Udang kering/ikan bilis (dikisar)
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • cili kering (dikisar) kalau nak pedas lebihkan
  • Santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit kicap manis
  • Sedikit air asam jawa
  • Minyak masak untuk menumis


Cara-cara:

  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau, goreng sehingga garing
  • Masukkan pula, air asam jawa, garam, gula dan kicap manis. Gaul rata
  • Masukkan santan sikit demi sedikit ikut suka rasa. Kalau tak nak pun tak apa sebab santan untuk melemakkan rasanya sahaja.
  • Akhir sekali, masukkan tempe, ubi kentang, kacang buncis, suhun dan pucuk. Gaul rata. Masak sehingga kering
  • Sedia untuk dihidangkan. :)


Itu sahaja segmen masak memasak kita harini okay.
Assalamualaikum. :)

April 4, 2012

Place for me to express everything.

Tengah syok sakan baca kawan satu sekolah punya blogg yang tersangatlah aku faham keadaan dia dan feeling dia tu sampai kat aku, tiba tiba lah pulak kan dengar lagu Adele, Someone Like You.
Wahh, feeling habes macam feeling bila tengah makan soto dengan bergedil, sebab lagu dengan entry memang lebih dari sesuai! XD


kalaulah dapat type entry macam tu panjang berjela memang puas gila. but since I already know who will read my blog so I just can wrote entry yang bertapis je. tak best langsong.


itulah gunanya the second blog which only a few who know about it.
kat situ I can throw and said everything that I want. tak ada tapis tapis kat situ. itu yang paling menyeronokkan. :)
seronok sebab I sound more like who I am.


masa sekolah menengah memang sangat suka tulis kat diari everything yang jadi. lagi lagi when it comes to things yang menyakitkan hati, happy, marah dan menyedihkan.
masa tu sebab blog ni ada lah juga viewer yang aku rasa macam segan aku nak mereka baca semua tu so I just wrote it on my Diari. :)




dari kecil aku memang tak reti nak meluahkan rasa yang bersarang sarang dalam hati neh. selalu simpan je. lepastu tulislah dalam diari rasa bengang tahap bangang segala tu.

bila tengah sedih tu sambil tulis nanges nanges habis terkeluar air mata + hingus.
bila tengah happy tulis sambil tersengih sorang sorang.
bila tengah marah habis semua ayat terkeluar.

tolonglah cakap korang pun sama begitu. tak elok tipuu. ;P bila dah besauu sikit dah ada orang yang boleh untuk luahkan segala. tapi lepas tu everything back to the time where I wrote everything that I feel, time where I always talking with myself.
weh, lagi sikit je tu nak jadi orang sakit jiwa. Ahha! I'm just kidding. :D




errr...Nero, kucing yang kononnya pakwe aku tu terlebih gedik manja pulak bila aku cuti ni. -_______-'
anyway, thanks to read this dan salam. :)


April 3, 2012





You said you want to lend me your shoulder if I'm crying.








April 2, 2012

Aku terlupa.

I already lost the real you on 14 August 200*. our first fight. I forgot about that.
masa tu selalu saja sakit hati.
after that, ingat everything will be fine till bila bila. tapi lupa, kalau dah sekali terjadi mesti berulang lagi.
macam manalah boleh lupa.

dah berubah banyak dah. kalau banyak benda dah berubah, kegemaraan dah berubah, letaknya aku pun mesti lah akan berubah. kenapalah aku terlupa.


aku perasan.
cuma aku diam.
kalau aku tak diam, aku banyak berkata mesti tak jadi sampai macam ni kan.
aku cuma...
terlupa.





Jemput Cicot yang demam.

Yea saya dah balik. :)
Ingat bila mama jemput dari kolej, bolehlah tidur sambil berdengkur sepuasnyaaa dalam kereta sebab malam tu dah bersengkang mata study, kononnya. ;P sekali, mama yang berdengkur, aku yang drive. Yessss! saya suka itu.



tadi jemput adik yang paling kecil dari sekolah sebab dia demam. sian diaa. jadi kakaknya yang tersangat baik hati ni pun pergilah sekolah dia. minyak habis, so isilah dulu of course. melainkan nak exercise tolak kereta, tak perlulah isikan? -,-

mula mula cari dulu kelas dia. dah tahu dah confirm kelas dia bukan aras bawah. pergi aras 1, nampak budak lelaki jalan kat tangga. tanya dia kelas darjah 3 kat mana. kat atas.
dengan cuaca yang agak panas hari ini, satu persatu dahku menyuson langkah. ewah wahhh. dah macam nak tulis novel pulak.
sampai tingkat 2 nampak dua orang budak lelaki ni tengok aku, tersengih sengih macam kerang busuk. ngehehehh.. ;P tanya pulak dia, rupanya kelas Cicot tingkat atas sekali. okay. tak perlu jogging kalau selalu macam ni. bila dah jumpa kelasnya, cikgu dia kata dia ada kat bilik guru tingkat bawah kat hujung sekali. O.o  ottoke???

memang exercise betul harini.
agak agak dah turun berapa gram lah yea? harharharr :D


dannn juga, tadi ternampaklah pula seseorang. :)
selamat tak jadi nak jenguk budak budak kat tempat kerja dulu. kalau pergi tadi mesti terjumpa dia. dengan keadaan aku yang agak serabai dan tak terurus sebab rushing tadi tidaklah mungkin aku nak terjumpa dengan dia. nehi, nehiii.

bytheway, number aku tak boleh nak call or text sesiapa. tapi kalau nak terima text or call orang lain boleh. tak tahulah apa masalahnya. sedih jee.




Nampak tak muka terpaksa senyum tu sebab penad. -,-



untuk harini itu je kot. anyway I'm glad to be home! walaupun kena buat kerja rumah. -_________-'
kepada yang cuti 2 bulan have fun lah yea. saya amat jeles sebab saya cuti sekerjappp je.
okaylah, bye.
terima kasih atas kesudian membaca dari awal hingga scha. eh? hahaha :D
Assalamualaikum. :)




Kesedihan tertangguh sesaat

Banyak kali nak karang tapi mesti tak terkarang pun. Tahu tahu dah 2026. Tahu tahu dah puasa and dah nak raya.  No one can fit our shoes sel...