October 23, 2011

Macam Celebrate Tahun Terakhir Sebagai Remaja. -,-

Hari jumaat lepas di pilih sebagai hari untuk dating dengan girlfriend girlfriend yang dah lama tidak ketemu! ;D
sangat best okeyy. tak banyak perkara pun yang kitaorang buat but still I have fun with it. :) gila tak seronok. seolah meraikan tahun terakhir sebagai remaja belasan tahun. =.='

mula mula planning tu je bagai nak gadoo dah. kelakar jee. haha ;D okey. kita skip sahaja part yang tu. al maklumlah dah setahun lebih tak contact kan.

first thing that we do of course-lah cucok duit yang semakin kering kat dalam bank tu en. -,- after that usha movie. agak lama yeaa berdiri depan skrin tu untuk pilih movie ape since ada yang suka cerita ala ala hardcore, ada yang suka romantic comedy, ada yang tak kisah, and ada yang serba salah. jangan di teka aku yang mana satu. ;P lastly we watched Real Steel. mahu teruja nii. cerita tu BESTTT!!! menarikkan lagi hari kami. :)

lepas beli tiket sebenarnya perut mereka mereka dah berkeroncong. pikir nak makan apa je dah berapa jam. bila dah decide nak makan kat mana, sempat pula chamwore dulu before decide nak makan apa. batak bukan? =.=' lepastu makan tercekik cekik sebab nak kejar masa nak tengok movie. selamat sempat. fuhh..



Dari Kiri: HOT masa highschool, HOT di facebook, HOT dengan senyumannya. :)


mereka punya.

saya punya. :)
lepas movie habes, semua keluar dari pintu tersengih sengih sebab berpuas hati dengan cerita tuu. ;) then jalan jalan cuci mata. tak lama tu rasa lapar lagi. -,-

orang yang makan kat meja sebelah dah bertukar tukar orang daa. tapi kitaorang still duduk dan berceloteh macam tak ada penghabisnya. topik mengalahkan macik macik yang duk gossip petang petang kat depan rumah.




gambar di atas menceritakan segalanya bukan? yup. bowling. dah berzaman tak main. tiba tiba main lak. bola dah straight then masok longkang. bagus bagus. memalukan. =.=' selamat abang kaunter bagi lane yang kiri kanan tak ada orang. terima kasih abang kaunter. ;P

so itu sahaja date kami dari pukul 11.30 sampai 8.30malam itu. dan yeah. tahun ni tahun terakhir ada nombor satu pada nombor depan pada umur aku dan mereka yang lahir tahun 1992. dah tua dahh... :)

terima kasih atas kesudian membaca. salam. :)

October 21, 2011

Tak Pandai Bersosial. Emosi Sebentar.

Assalamualaikum.

Sementara menunggu kawan aku yang mesti lambat gilee datang, suddenly ada sesuatu yang terlintas dalam kepala aku.

aku ni tak pandai bersosialkan?


bisik sendiri sambil merasa, aku ni sangat menyedihkan.

tu yang aku rasa lah. aku berkawan dengan semua orang tapi aku prefer untuk tak berkawan rapat terlalu ramai. terutamanya kaum lelaki. tak percaya? boleh tanya budak budak lelaki yang pernah satu kelas dengan aku dari semester pertama sampai semester tiga ni.

tanya lah kawan kawan perempuan aku, kau ada number tepon si mamat ni? jawapannya selalu


ADA


kalau aku? TAK ADA. mungkin sebelum ni aku rasa cukup aku kawan dengan dia ni je. tak perlulah yang lain. sebab tahu boleh mengharap kat dia kalau ada apa apa. ngadu masalah kat dia. nak happy happy pun kat dia. nak cuba belajar gak tidak rapat dengan hanya seorang. tapi tak boleh lah. dah terbiasa pulak. dan mungkin malas kot. selalu kalau dah kawan kawan ni orang selalu pikir lain. lagi pun orang zaman ni berkawan mementingkan paras rupa dan ketebalan poket. betoll.


eh, mana ada!


korang cakaplah macam tu tapi masih juga ada yang begitu. dah macam rules dah semua tu.


  • yang taraf hot cuma berkawan dengan yang hot sahaja. 
  • yang agak biasa biasa tu tak perlulah dilayann. layan ala kadar.
  • grab orang yang cantik cepat cepat. say hi for the first time then teros tanya, nak kapel boleh?         tahhi betol.


ter-emo kejap sebab dah banyak kali kena macam tu. ingat ni zaman budak sekola menenengah boleh buat aku rasa blusher dengan pertanyaan tak semena mena tuh? kepada adik adik ku. jangan kembang yea dengan soalan begitu. jadi jangan pelik bila aku teros diamkan diri bila soalan tu ditanya. salah satu sebab juga kenapa malass nak berkawan. dan membuatkan aku berubah tanggapan dengan orang yang macam tu.

macam tergantung pulak. but i have to go sebab kawan dah nakk sampai. ;)

terima kasih mebaca entry yang agak tergantung sedikit ini. mungkin akan sambung. ;P
salam.

October 18, 2011

Header Baru | Malam Ini

Finally bertukar juga header lepas agak dah lama nak tukar tapi tak tukar tukar. rasanye gambar header ni macam boleh je kan buat iklan untuk contact lens. boleh lah buat bisnes contact lens lepas ni. gerentii laku. ;P



kalau perasan, background belakang tu actually background yang lama. kemalasan untuk mencari background yang baru. lepas dah test segala wallpaper yang ada dalam laptop ni, tu je yang macam okey. and i do some colour edit on the wallpaper. sikit je lah. tak banyak pun.

dan laguu. haha. i know it a little bit slow and agak ala ala macam lagu Fiona jee. but the song is not bad lahh. first song yang aku dengar lagu dia is lagu bertajuk Lagu.  and the singer of the song tuhhh kan. dia punya nama kannn. mengingatkan aku pada dua orang. bagus bebenarlah tu. so here is the lyric of the song kalau anda menyukainya.


Malam Ini by Bo Amir Iqram

malam ini
malam pertama kita ditemani kelembutan cahaya rembulan
perasaan indah memanggil namaku untuk menyintai mu

malam ini
kehadiranmu membawa seribu makna baru untuk hidupku
dirimu memberi cinta yang selamanya

suaramu
bergema di hatiku
mungkin untuk selamanya dan
dirimu
bertakhta di hatiku dari pandangan pertama

malam ini
puisi yang terindah terbaca setiap saat ku bersamamu dan
kaulah puitis hatiku yang ukirkan senyuman di wajahku

malam ini
ku serahkan segalanya untuk wanita impianku dan
bidadari dari syurga cintaku hanyalah untukmu

suaramu
bergema di hatiku
mungkin untuk selamanya dan
dirimu
bertakhta di hatiku dari pandangan pertama

malam ini
malam pertama segala hasratku adalah untuk kebahagiaanmu
perasaan dari syurga untuk sehidup semati denganmu



okey. itu sahaja for today. I have to go sebab  I have something to do. something special for my special one. :)   thanks for jenguk dan baca. salam.  :)

October 17, 2011

Aktiviti Harian Saya.

Assalamualaikum.

Macam karangan sekolah rendah punya tajuk je tajuk entry aku ni. -,-

Agak dah lama tak update rasa rindu lah puleee.. hehe :) dan dah update ni faham faham je laa. dah dapat balik daa lappy kesayangan! :D

Bagaimana cuti pada minggu pertama? Plan cuti ni pada minggu pertama memang menjadi seperti yang di plan kan.

  • bangun pagi. everyday bangun pagi. bukan bangun bangun matahari dah tegak atas kepala yea. tidak tidak. ecececehh..
  • kemas rumah. memang sampai seru nak kemas rumahnya. rajinkan? 
  • main masak masak. macam di jangka macam macam luka dapat. ape ke terok clumsy-nyee.. nak cakap konon selalu masaklah ni. hewhewheww... ;P
  • baring golek golek depan tv sambil nyanyi lagu kuch kuch hota hai. yang ni tak sempat lagi nak buat. sedih sedih.. =.='

selain tu perkara wajib bila duduk bercuti kat rumah. bake a cake/cupcake :)

belum bakar lagi.
sabar sabarr..
taraaa!
sila sila..
jemput makan.
terhad untuk 9 orang. ;P
cupcake yang aku buat ni tak sehebat cupcake adik aku la sebab dia dah selalu praktis. aku setengah tahun, sekali je buat. setengah tahun kenapa yea? sebab tiap setengah tahun cuti sebulan. time tu je la ada masa nak buat. mood pun macam membuak buak je nak buat cupcake.

itu je lah buat masa ni. nak cerita pasal family aku ada bakar satay ajak sedara then sepupu aku datang, tak lain tak bukan ber-gossiping cerita yang panas panas macam bohsan je kan. ;P

so, thank you for reading this. salam. :)

October 11, 2011

Strong and Limit.

I just read one of the entry in Fatin Suhana's blog. you can click on her name to see her by urself because she is really beautiful. but sayang lah to guys out there because she's already taken. if i were a guy, if and only if okey. tapi aku ni pompuan. semestinya aku ngorat die! harharharrr! :D

ouh. teros terlupa nak habaq mai. her entry inspired me to write something about this.


Strong


hah? Strong? kuat? kuat ada otot? badan yang tegap?
ehh..bukan bukan. ini kuat di dalam. :) pinjam ayat FS.


Do you know the disadvantage of being strong?

it's when people know that you are strong,
they think it's okay to hurt you,
over and over again.


terasa diperlekehkan dan dipermainkan. diperkotak katik kan. rasa macam diri tak penting.

semua orang ada limit sabar dia. limit kekuatan hati dia. talking about limit teringat pula sesuatu.

alkisahh..I have a friend yang aku tak tahu mana dia campak kemarahan dia. banyak kali dia kena kacau then buli. I mean buli secara bergurau lah oleh kawan sendiri. tapi kalau orang yang bergurau tu kena macam tu kompem kompem dah naik angin sebab gurauan yang melampauu. sometimes I heard people called him pondan and he doesn't care. he just smile. and his smile seriously meruntun jiwaa lah wa cakap. memang dalam list future husband okeyy! jk. ;P  *teringat pulak kisah yang memalukan.*

limit kesabaran dia betul betul tinggi. and he only mad bila pada masa yang sangat sangat perlu je. macam bila dia pertahankan adik dia dari di buli budak jahad. macam hero kann? hewhewwww :D  *angkat angkat kening.*

itu limit kesabaran dia. orang lain pun ada limit dia. ada yang tinggi (macam dia). ada yang rendah. (macam aku. -,- ) tapi tetap ada je yang tidak mengendahkan limit tu dan fikir dia boleh buat apa dia suka kat orang lain. diaorang jawab apa tau,


ada aku kisah? sikit pon tak herannn.


well yeah I know u have soo many many many acquaintances yang petik jari boleh jadi kawan. tepuk tangan boleh jadi bestfriend. hentak kaki dah bole jadi kekasih hati. *eh. macam lagu bila gembira lak. =.=' *
tapi sampai bila nak uji kesabaran semua orang sekeliling korang?

yang mangsa tu I know how the feeling is bila diperlakukan begitu. apa boleh buat? untuk tegur yang mereka dah melebihi limit kesabaran memang jarang ada yang nak buat melainkan yang suka straight to the point. itu bagus. bagi yang lebih suka menawarkan senyuman bila diperlakukan begitu,


marilah kita bina tembok concrete supaya limit itu tidak boleh dipecahkan. 
ayuh! :)


bukan tak berani nak menegur. tapi kita sendiri takut orang tu geram ditegur begitu. lebih teruk lagi kalau digelak gelakkan lagi. lagi sakit hati. anggap je lah praktis untuk bila dah kerja nanti. mana lah tahu dapat majikan hati panas memanjang kan..

ini last ni. dah nak habis bebel dah. peringatan untuk diri aku juga. let's think with deeply. 


kalau tak sabar siapa yang rugi?
kan kan?
jeng jeng jenggg! 


thanks for read dan salam. :)

October 10, 2011

Cuti Kali Ini. | Aqilah Kipas Arang?

Assalamualaikum.   

seronok betul menjadi one of the student yang ambil last paper pada hari last exam session.


baguih baguih.. =.='


lepas tu kan, menjadi orang terakhir yang keluar dari bilik. hwaaa... :'(
sedih lah haii. baru merasa apa yang dirasa roommates ku yang lain bila terpaksa melihat roomates yang lain meninggalkan bilik and lastly ditinggalkan keseorangan.


our last day in third semester. :')


so! aktiviti yang bakal dilakukan sementara menunggu adik adik yang lain cuti untuk memulakan projek kami.

  • bangun pagi. kalau dapat, nak bangun seawal yang boleh. ulang sekali lagi dan tekankan perkataan yang. seawal yanggg boleh. 
  • kemas rumah. itu pun kalau sampai seru nak kemas rumah.
  • main masak masak. lepastu kalau dah clumsy tu mulalah tangan terkena periuk la, terpotong jari laa. macam macam budak zaman sekarang. *geleng geleng kepala
  • since lappy akan dihantar untuk diformat for a few days. tak boleh usha you tube. :|  so, barang keutamaan di depan mata mestilah tv. channel akan di tukar dan di tukar sampaii ada cerita yang berkenan di hati.
  • baring golek golek depan tv sambil nyanyi lagu kuch kuch hota hai.

tengah tengok KevJumba, si kecik ni teros lompat depan lappy.
nak aku tatap muka dia lah tu.
jeles dengan Kevin.
=.='
soalan cepu emas sering di tanya bila aku dah memulakan tabiat orang tiada kerja.


"kenapa tak keluar jumpa kawan kawan?"


ohoi! tak cemas pun bila dengar soalan ni. =.=' dah memang tak ber cepu cepu pon emasnya. nak cemas macam mana. 

jawapan:  tak ada keinginan untuk berjumpa sesiapa untuk masa ini sebab tiba tiba terasa segan lah untuk berjumpa!  XD 

memang pun segan. rasa nak terperap je dalam rumah. sabarr je lah dengan perangai diri sendiri ni. 

by the way, bisnes nak kipas arang tak jadi sebab kat tempat nak berbisnes dah ramai orang kipas arang. hikhikss... :D selamat tak kepoh kat orang ramai. kejap lagi ada pula yang kempunan nak tengok aku kipas satay kalau bagitau awal awal. opsss! terlepas sudaa. kipas arang tu kipas satay sebenarnya. :)

lepas di beri cadangan mama teros tanya, 


"tak malu ke nanti nak kipas satay kat pasar malam? 
kejap lagi terjumpa bekas buah hati ke kangg."


Aqilah Lala *nak glamour je tarok nama macam tu kan* memberi jawapan ,



"eleh, kalau jumpa je then dia maesti pandang pandang. 
cakap lah dekat dia. eh, takkan tengok je?
tak reti reti kau nak beli ke??? 
kau dah buat aku macam hapee."



then mama teros gelak bagai nak rak and i'm still in serious mood. okey. gurau jee. :) aku pon gelak la jugak sebab tiba tiba terpacul ayat tu dari mulut aku. HAHA :D


like usually. *usually lah sangat kan.* thanks for read this entry okey.  :)
enjoy your holiday for those yang turut bercuti. salam.



October 8, 2011

Perempuan Semua Sama ?!

ouh my! ouh no! aku tersentap dengan statement di facebook mengenai



perempuan semua sama!!!!!!!!!!!!!!!!!!



tersentap tak? tersentap kan? okey. aku tipu. aku tak tersentap. kalau korang tersentap tak tahulah. tapi saja mencelah memberi comment pada yang update status tu sebab I have my own opinion about that. dan yang buat statement tu jangan pulak tersentap eden buat entry pasal ni. bukan hang jaa pernah cakap macam ni. saja nak buat karangan pasal benda ni.

pernah tak dengar orang cakap,


budak kelantan semua sama jeeee!!!


please lah perbetulkan persepsi anda tentang semua perkara yang cuba nak sama samakan ni. it's not fair okey. you girl. maybe u make that statement sebab secara kebetulan u met kelantan boy yang punyai ciri ciri negatif yang sama. iaitu playboy or apa apa je sikap yang tak elok. aku cakap playboy sebab itu yang selalu diperkatakan orang.

kembali kepada statetment yang hot tadi. perempuan semua sama? kemungkinan itu bad luck korang jumpa girls yang macam tu. tapi percaya laa. that bad luck will turn to the most lucky thing that ever happened sebab you will finally found someone yang lebih baik. ada hikmah tu untuk semua tu. untuk dapat yang lebih baik mestilah kita jumpa yang tidak baik dulu kan? ingat senang senang boleh dapat yang terbaik? banyak comel hang kan.


semua orang sama. kita semua sama. setiap sesuatu perkara yang jadi tu or kesilapan yang dilakukan tu berdasarkan kesalahan individu. bukan sebab dia jahat, dia suka kikis duit orang dan dia tu orang perak. pergilah buat statement,


girls perak semua samaaaa!!!


buatlah statement macam tu. aku kikis kuku korang pulak nanti kang. semua tu berdasarkan individu. ingat tu je.


Macam mana nak berdepan dengan dia?

bila perangai dia huduh sangat tegor lah elok elok. secara individu and in private. tak adalah korang malukan dia. after that perhatikan respond dia. dia menerima or dia memenangkan jugak salah dia tu. dari situ boleh nampak siapa dia sebenarnya. tapi jangan selamanya label diri dia macam tu. manusia berubah. sama ada baik ke buruk atau buruk ke baik. people change. dan biar buruk mana pon lah perangai dia tuhh. nasihat slow slow mungkin lama lama dia sedar lepas dah jatuh tuu. people tend to realize their mistake after they fall. dan cuba menerima seseorang itu dengan melihat diri positif dia. bukan dengan mencaci dia sebab buruk dia. kalau dia caci kita sebab teguran kita, cuba berlagak tenang jee. jangan melatah. we already do our best untuk diaorang.

kepada yang dapat nasihat dari orang lain tu cuba terima dengan sebaik mungkin. bukan cakap,


"ini hidup aku. aku punya suka. kau jangan kacau hidup aku!"

or

"kau tu bagus sangat ke nak tegor aku?"


come on lah. dia tegur untuk kebaikan kau. simpan ego tuu. cuba cermin. hodoh tahuu.


tu je nak habaq mai. setengah jam aku buat entry ni. *ecehh. poyo gile. -,-
nak tido dah pukul 2.55am. terima kasih. salam. :)


p/s: tak mo buat statement sensitap dah. sensitif + sentap = sensitap


Kesedihan tertangguh sesaat

Banyak kali nak karang tapi mesti tak terkarang pun. Tahu tahu dah 2026. Tahu tahu dah puasa and dah nak raya.  No one can fit our shoes sel...