August 7, 2011

Did you totally forget about me?

Just want to know if you still remember this or you already foget about it.


Him:
hihi. your welcome dear. ^^
hey. i dont mind if u get mad at me. i think i can still get over it. just dont dont get mad at me for too long ok. i dont want to lose you. =(
I love u so much sayang. i’ll be always there for u no matter what happen till the day that apart us both.
Although i know im kinda boring sometimes right, but im trying my best to make u laugh and smile everyday so that u wont get bored with me.
I wont get tired of telling u to eat here and that because i cared so much bout you. Just dont get annoyed with me . XP
Love u and i really mean all the thing i said my beloved sayang. xoxo


orang kata..bukan orang sahaja. aku pun pernah kata benda yang sama. perkara yang lepas itu sudahlah. live your life. tapi aku pernah juga cakap, walaupun menuju ke depan, menoleh lah sedikit ke belakang. aku tak ada apa dah pun dengan dia. tapi agak lah weh yang seorang ni. sombong betol nak menoleh. ada simen kot kat leher. maybe dia kata dia ada berbilion lagi kawan baru. dia tak hairan.

yeah. I know I always make people feel annoyed with me.

aisehh Qilaaaa... when the hell are you going to stop feeling like this?!

August 6, 2011

AmanWan. :)

tadi tadii!

:D

sebab semalam seharian tak online, hari ni online kejapp.

XD

lepas tuu..

lepas tuuuu...

:D

tengok blog and blogwalking.

kemudiann..

:D

ada blogger duk becerita pasal seorang vlogger ni. AmanWan popular sebab buat iklan Gangster???

:O huh?

best sangat ke sampai popular sangat tu???

lepastu, bila tengok video video vlogger ni....

Iklan Gangster (Teaser)
Iklan Gangster
Nivea For Men (parody)
Definisi "KACAK" pada Budak Darjah5
Tips Temuduga

NOT BAD la CHOI!  :DD

menceriakan hati yang ditinggalkan keseorangan oleh roomates sekalian dalam bilik nii. hehe :) tambah lagi seorang vlogger untuk di follow.

Aman Wan! 
saya subscribe awak. :D  

dan dannn.. muka awak macam Aaron Aziz versi tembam laa! XD




okey. cukup cukup la excited tu Aqilah Lala. =.=' sila tutup blog, tutup facebook, tutup youtube, move your cursor to start, press it. see the shut down button? also press the button and close your lappy. keep it at your gerobok baju kemas kemas. okey?



aaa...kalau tak payah buat semua tu boleh tak?

TAK BOLEH!

nanti bila assignment animation mahu siap?  =.='

August 3, 2011

Delete semua gambar!

currently removing all my pictures to the internet. lepas tu nak padam! nak buang semua gambar yang dah dimasukkan tu! muahahaha! *gelak jahadd.  over betol. =.="
kalau tiba tiba one day something happen with all your pictures that u have been upload, macam mana???

dah terpikir dah tentang kemungkinan itu semua. nak buat macam mana lagi? walaupun akan sedih meronta ronta, lastly akan buat dek je lah. dah pernah terkena da masa format lappy dulu tuu. kita kena cuba tabahkan diri setabah yang mungkin. ewah ewahh. konon je yekk.

tak boleh lah nak simpan semua gambar tu dalam lappy. serabut serabai da haa jadinya. serabut tu boleh diperkemaskan lagi, lappy lembap nak buat macam mana tu.

"masuk lah gambar dalam pendrive. "
penuh dengan java bagai laa. 
"hard disk? "
mintak satu. bagi duet pun bole, nanti saya beli sendiri. 

Grrrrr..

gambar tu semua bukan gambar yang ada muka aku je yeh. setakat muka aku tu apa ada hal. padam je lah. lain kali kalau nak, tangkap lah lagi. akukan suka tangkap gambar sendiri ni en. =.='

tapi gambar gambar memori manis pahit ni. payah kalau hilang. kalau hilang weh, tak boleh dah nak tengok satu persatu, imbas mengimbas sambil menikmati secawan milo panas pada pagi yang dingin tu. eh, terkantoi aktiviti aku pada waktu pagi. ;P itu xtvt ketika bukan bulan puasa yea. sila jangan sala faham.


sebab tu suka tengok gambar gambar lama. :)
suka menulis diary dan blogg so i can read it and flash back all the memory that i have. :)
suka simpan barang yang membawa kepada memori. :)
suka bercerita dan mengimbas kembali. :)
dan suka create memory baru. :D

the other reason for all the thing kat atas tu adalah sebab as a human, kita selalu lupa. kan kannnn. cuba untuk elakkan dari lupa diri so itulah perkara yang suka dibuat. tapi tak adalah over sangat. tak elok gak kalau terlalu mengimbas ni.

biarpun kita melangkah kedepan, jangan lupa untuk menoleh ke belakang juga.

kenapa? kenapa?
kalau bukan yang lepas dan lama itu, tiadalah kita yang sekarang ni.

err..lamanya nak upload gambar gambar ni. baru 100 lebih yang berjaya. another 200 to upload. =.='


macam cerita hindustan dah en.

July 30, 2011

Rumah Anak Yatim DaHikmah. 30 July 2011

aktiviti yang patut dilakukan semua orang yang nasibnya lebih baik dari orang yang memerlukannya. :)


seawal 7.40 dah kumpul dekat fakulti. supposed to be 7.30 tapi paham paham je lah en. =.='
dapat bfast nasi lemak!

abang senior kami tengah bekpes nasi lemak. ;)
makan nasi lemak ni seperti yang diketahui ramai orang, ia boleh buat mata rasa mengantuk. perjalanan ke Gopeng itu pula mengambil masa sejam. so, boleh sambung tidur kejap. haha.. :D

dalam bas tidur. so tiada gambar untuk ditayangkan. hehe.. ;P

sejam dah pun berlalu. masa untuk jalan kaki dalam 2km untuk sampai ke Rumah Anak Yatim Darul Hikmah. bas tak boleh masuk dalam atas sebab sebab tertentu. jadi sila rajinkan diri untuk exercise yeaa..tak perlu naek van yang disediakan tu. cewah cewahhh.. kat pertengahan jalan tu naek van gakk. huhuee.. :D

cantikkan permandangan dia. 
macam mak yang sporting bersama anak anaknya kan? =.='

naek van. lepastu poyo kat orang yang berjalan. haha :D
jahad betol.
tadaaa! sampai pun. :D
sampai je terus bergegas masuk sebab dah lari dari masa yang sepatutnya.
lepas je pengurus DaHikmah bagi ucapan tu tanpa melengahkan masa aktiviti diteruskan. melihatkan budak budak tu semua terus terasa yang diri ini takkan mampu handle budak tuu. so volunteer untuk bergotong royong je lahh. group yang lain main game indoor melayan anak anak yatim dan miskin kat situ.




selesai gotong royong, budak budak and fasilitator yang lain pun dah habis game indoor. so apa lagi. menyibok la tengok apa yang diaorang buat kat tengah panas yang terik tu. kesian budak budak tuu. then takkan menyibok tengok je en. game yang boleh kitaorang main, main lah. kitaorang main game tu lagi over tauuu dari budak budak tu semua. haha :D

apa bendalah yang depa buat tuu.. zoom in sikit.
ouh, fashion show guna surat khabar.

comelkan Afini nii. :)
duduk berehat perhatikan depa kat tempat redup jaa. 
membentuk bulatan yang besar.
main belon air mercun. -.-'
ada game fashion show, pas bola ping pong guna sudu, penuhkan air dalam botol guna susu *gila yang bagi idea game ni. ada game pas belon air ke belakang. yang ni kitaorang join. ;)

diaorang semua yang main game tu ada nama kumpulan. laici, naga, epal, jambu, macam macam lah. geng gotong royong pon nak gakk. kumpulan durian! ;)
lepas je dapat nama durian tu terus kitaorang diberi laluan dahulu untuk makan durian. DURIAN!! da lama kemaruk nak makan nih. punya lahh sedapp. tak paham macam mana makan durian tu boleh masuk Fear Factor. memang something yang menakutkanlah makan durian nii. lembik betul mereka. kuat betul kami. :)


nampak tak betapa pelahapnya kami? ;P
ajak kitaorang makan durian memang seronok sebab ada sesetenagh orang tu baru makan sikit dah berhenti. kitaorangg pulak,

"ehh, dah lah wehh makan durian nii."
ngap lagi sebijik.
"wehhh, aku dah tak larat la wehh.." "eh, yang ni kuning laa. macam sedap jee.."
sambung makan lagi.
"kenapa bukak lagi..aku dah basuh tangan ni. bak sini. ;P"
"nanti nak makan nasi lagi. berhentilah." sambut lagi durian yang dah dibukak. haha :DD

da makan durian, makan pulak lunch. nasi tomato. selamat nak puasa ni kann. tak perlulah beriya iya sangat konon nak diet. so marilah melantak habis habisann.

da habis makan masa untuk pulangg.

eh kejap. ada lagi satu benda belum dibuat.





tengah tunggu van. tak larat nak jalann..
sampai pun dekat bas. :)
sekejap je.

benda yang tak mungkin lupa. malam sebelum tu ada penghuni baru rumah anak yatim ni. budak lelaki 4 tahun. dijadikan sebagai anak angkat pengurus rumah tu. masa sibok sibok tu nampaklah pengurus dengan keluarga sampai naik kereta. dan budak lelaki tu nangis tak nak keluar dari kereta. rindukan ibunya mungkin. sedih gile tengok dia. baru je empat tahun. nak raya pulak tuu. and he lost both of his parents.  :'(

memberi peringatan kepada diri untuk menghargai mereka selagi mereka masih ada. rindulah pulak nak balik rumah.

bytheway, esok nak puasa dah kan. SELAMAT BERPUASA.. tak mo ponteng ponteng puasa dan peringatan untuk diri. jangan membazir nak beli semua dekat bazaar nanti yea Aqilah Lala.  :)

July 27, 2011

Excited kena cucok! :D

Sangad excitednye! tersangad exciteddd!
boleh dikategorikan orang yang pelik mungkin aku ni.

tidak perlu membuang masa untuk berfikir. silalah membuang masa untuk membaca segala isi isi entry aku neyy. pasti boleh bukan. ;DD

kali pertama terpaksa beratur panjang. sebab kebanyakan yang buat benda ni semata-mata untuk stiker. so kali ni tak perlu pun beratur berjelaaa. dan niat pun tak terpesong. ;) *nak kata kau ikhlas lah neh? uwwekks.
apa bendalah si Aqilah Lala ni merepeks? ini pasal

DERMA DARAH.

habis kelas terus pergi menuju ke lokasi. lepas tu excited sampai balik je dari  isi sebeg plastik darah terus update blogg walaupun tangan yang kena cucok tu agak rasa sakit. =.='

cubalah dapatkan pengalaman kali pertama korangg. dah buat boleh lah eksen dengan member yang laen..

"aku dah derma darah dah. kau dah keee?"
*sambil buat muka berlagak tak bertempat.

stepnya sangat mudah. yang pasti mula mula korang akan di suruh isi borang kemudiann..

  1. jari korang akan dicucuk.
  2. darah korang akan diambil. sikit jee. tak banyak.
  3. diaorang akan test darah korang.
  4. tadaaa! tahu lah darah korang darah jenis apa.
  5. tekanan darah pula akan di uji.
  6. berat akan diambil.
korang cuma akan dibenarkan untuk menderma darah bilaa
  • darah tidak tercemar. itu sudah pastilah kan.
  • kepekatan darah adalah 12.5 ke atas.  
  • tekanan darah adalah stabil.
  • berat melebihi 45kg.
  • bagi perempuan bukan dalam period atau period hari ke lima.
itu sedikit sebanyak yang aku tahu.. :)

by the way, mentang mentang lah ni kali kedua aku derma darah, semuanya nak kena buat dua kali. mula mula masa check tekanan darah orang tu tanya

"kali pertama ke?" "tak, kali kedua."
"awak takut ke?" "eh, taklah. =.=' "
"tekanan darah awak tinggi." "hah?"
"awak rest dulu nanti check sekali lagi." "ouh..okeyy"

dugaan yea namanya itu.terlebih excited kot. tu tekanan darah tinggi. haha.. :D jeless tengok classmate yang lain da start kena cucok. *tak dapat kena cucok jeles? 

muka menyibok kat belakang. sapa suroh aku duduk dulu en. ;P
lepas tu dalam 10 minit kemudian cuba check sekali lagi.

tengah check tekanan darah. :D
dannn yesss! lepas!!! boleh dermaa!

kemudian datang pula rintangan setelah dugaan yang pertama tadi. tangan belah kanan dibius kemudian di cucok dengan jarum besar untuk salurkan darah tu.

nampak dia cucuk macam mana tuu..
then tiba tiba darah tak nak mengalir. apa maksudnya tu? kena cucok sekali lagi wehhh. jeles sangad kan tadi. hameekkk! tangan belah kiri pulak. best betul terasa.

terserlahkan muka excited.  ;P
baru berapa minit dah banyak segitu.
sungguh tidak mengerti kenapa.
nak penuh dahh. yes yes!
orang lain semua 300ml tapi aku 350ml.
tahu lah aku terlebih darahkan..
derma lemak ada tak?
yeay! kena cucok dua kali! kau adaa?  XD
Geylang si paku geylang,
geylang si rama ramaa..
Pulang, marilah pulang,
marilah pulang,
bersama samaa!
dapat ubat ni. tak pernah nak makan punn. ;P
ini hah buktinya. dua kali dah derma darah. hoho..
poyos ronoss bukan.
oleh itu janganlah tamak simpan darah sendiri je. jadilah se-excited macam aku. bermurah hati untuk derma darah. kalau bukan kuota derma darah 3 bulan sekali, terasa nak derma hari hari! ;DD

July 26, 2011

Fenomena Vlog.

mula mula kenal dengan dia ni. famous gilee. tak kan lah korang tak kenal? betul tak kenal?


macam mana dengan gambar dia yang ni?


hehe.. confirm kenal bukan? apatah lagi kalau korang jenis mengadap youtube 24/7. video dia banyak betul membawa pengajaran dan bukan video kosong semata-mata. pendekatan yang seriously membuat ramai orang tertarik nak follow segala yang dia upload dalam youtube. the latest subscribers yang dia ada kini 18863. cukup tak untuk membuktikan ramai suka video dia? hehe.. okey. cepat betul subscribers dia bertambah lagi. =.='  inilah dia  Anwar Hadi!

This is the latest video of him, Pesta Ibadah. Click it okeyy. :)


Dan ini blogg dia.
inianwarhadi.com
anwarhadi.blogspot.com


kemudian tertarik pula dengan si muka chinese neyy. dapat agak bukan siapa? dengan muka dia yang chinese which budak budak zaman sekarang memang suka stok muka korea dan mata sepet. salah seorangnya tu aku lah. haha.. :D dan juga dengan cara dia mempersembahkan video dia dengan cara yang melawakkan semakin makin lah orang sukaa.


suka sangat dengan ayat dia yang ni,

I've always known my mom loves me, but will never know how much. - Mathluthfi90

tersangadd lah sweet bukan. :)
this is one of his vlog yang bestt! Click here --->  Judgemental


kemudian jumpa lagi seorang ni. he's different from AnwarHadi and Mathluthfi. You want to know why? better korang tengok sendiri lah. click this link.
http://www.youtube.com/watch?v=QYDa10BvLD4&feature=relmfu

but still video dia semua bagus bagus. apa yang bagusnya? bagusnya video dia penuh dengan nasihat dan tips cuma lebih straight forward jika nak dibandingkan dengan yang lagi dua orang tu yang pandai berlakon dan buat idea untuk menarik orang mudee. His name is Aiman Azlan.




selepas itu pula yeaa. jeng jeng jenggg.. wakil dari belah pihak perempuan. biarpun dia gila gila but i enjoying watch her video.


Maria Elena. nothing much to say about her sebab baik aku copy and paste je apa yang aku tulis tentang AnwarHadi dengan MathLuthfi. faham maksud aku? tak? maksudnya dia best! cumaa.. tetap ada cuma tu yea. she do the vlog only for fun. kira dia akan upload apa apa yang dia nak. unlikely AH dengan ML yang lebih kepada memberi nasihat secara tersurat dan tersirat.
ini vlog dia yang lagi sempoi dan kelakar. :)
K.O. Karaoke
dan ini pula blogg dia.
peliks.blogspot.com



dan paling latest!!! mula mempunyai vlog 4 bulan yang lalu. he's only 16 years old guysss. baru enam belas tahun tuh! sesuai jadi boyfriend saya bukan? yea, yea.. saya tahu. kami memang

serahhsihhh! 

sangat comel! muka macam ML, muka stok korea. hehe.. sebab dia memang half Chinese and half Malay.


boleh tengok video dia ni kalau mahu. :)  Menyibok ahh
simpan hasrat nak ambil dia jadi boyfriend laa u'ollss. hahah  =.='
and this is his blogg.
batmantakpower.blogspot.com

itu semua vlogger vlogger Malaysia yang best lagi mengancamm! kalau vlogger overseas macam the one that with his favorite word, TEEHEE. it's Ryan NigaHiga lahh. and also all his friends like Kevjumba, JRA, Chester, Dtrix(theDominicShow) dan ramai lagii kawan dia. this is some of  their video

Ryan - The iNavigator
Kevjumba - Nice Guys
theDominicShow - Love Dance

July 25, 2011

Amarah bangkit. Lagii entry negatif.

kebelakangan ni banyak betul post entry entry yang membawa kepada aura negatif. err.. betul ke ayat tu?
bila da banyak sangat entry negatif for sure sebenarnya emosi saya memang amat terganggu.

terganggu oleh siapa? siapa yang tanya je lah tahu. yangg tak bertanya, tertanya-tanya lah korangg. haha.. agak lama yea emosi aku diganggu. sebenarnya dah okeyy da. tapi terngiang ngiang gak haa benda tu. 

dah terngiang, mesti terfikir....


dah terfikir, mesti termenung...


dah termenung, mestilah jauhh....


dah jauh mesti ke london.


dah sampai london baru patah balik. sebab pasport tak ada.  XP


mungkin sebab aku terlupa nak tulis kat fesbuk that i'll be fine kot. betul laa.. =.=' 
siapa yang tertinggal dan terblurr bole rujuk kembali dekat link ni, What you can do when someone broke your heart.

anyway, supposed i have something to post last friday. tapii sesuatu yang sangad membangkitkan amarah telah terjadi. plan nak hang out. bukan aku pon yang bagi idea. tapi tak jadi keluar pun. yang amarahnya macam ini ceritanyaa..

ajak dua orang. dan seorang tu mempelawa diri sendiri untuk ikot. then i'm the one yang kena call berkali-kali untuk confirmkan dia pergi ke tak. call berkali-kali kalau angkat tu tak apalah. ni angkat sekali jeh! bila call lagi sampai hari nak pergi tu langsong dia tak angkat. 
aku sound dekat fesbuk. dia padam apa yang aku tulis tu. tahu pon dah buat salah. tak reti kee nak cakap apa apa kat aku. sama je 2 kali 5 dengan ehem ehem tu. janganlah bagi aku nampak muke kau yeaa. pandai kau memilih nak melayan siapa kat fesbuk tuu. hot ler tu. tak payahlah. aku kenal kau dah lama lah wehh.

cukup dengan bebelan itu. tertambah pulak entry aura negatif aku neyy.  =.='
cukuplah buat masa ni dengan entry yang negatif. macam ni lah. kalau aku post entry macam ni lagi, korang buat macam ni kat aku,

cekak pinggang lepastu buat muka yang menyeramkan.


lepastu senyum kembali sampai nak tertutup mata dengan penuh kasih sayangg. tauu. 







terima kasih. ;D



ahaaa... funny qila. 



Kesedihan tertangguh sesaat

Banyak kali nak karang tapi mesti tak terkarang pun. Tahu tahu dah 2026. Tahu tahu dah puasa and dah nak raya.  No one can fit our shoes sel...