May 27, 2011

Cuti ini dan Diakhiri dengan kata maaf.

ATTENTION! 
entry yang seriously memang panjang gilee
 sebab banyak perkara diletakkan dalam entry kali ini.

next week i'm going back to college. jyeahhh...?  *suara mendatar

kenapa sebulan je cuti? ouh kenapa? ouh mengapa?  :'(

sebelum cuti rasa berat la gile nak tinggalkan college. pada mulanya ramai sangka dapat cuti 2 minggu je, sume sedih monyok monyok tapi aku sukee gile! ta perlu nak bercuti lama lama sangad. nanti liat nak start study balek. padahal ade sebab yang laen time tu. hehe..

apa je yang terjadi sepanjang cuti?

cuti dimulakan dengan pergi kenduri kahwin. :) sowronok sesangad tengok orang kawen. hihiee.. lagi seronok bile kasot highheels aku tercabot tali carik atuk mase singgah RnR ontheway pegi kenduri. seronok tak seronok tu. =.='
kemudian berlaku sedikit konflik. sedih tak tentu arah jadinye. lepas je konflik, ketika dalam hati masih duk tension tension pergi juge teman adek pergi pameran buku antarabangsa dekat PWTC.

walaupun melayan sedih, kerja harian tetap diteruskan. nama pon anak dara duk umah. kemas rumah, lipat kain dan segala macam terus dilakukan seperti biasa.
berminggu minggu berlalu, konflik semakin sedikit terkikis dan keadaan semakin menjadi normal tapi hal laen pula yang jadi. berlaku pula konflik yang lain.

kelas driving tetap diteruskan and disebabkan kekhilafan agent driving school tu yang tak reti reti nak call phone rumah aku bila dah janji nak call, ditangguhkan lagi lesen aku. aku lah pengambil lesen P yang paleng lama untuk dapatkan lesen tu. bangga sangad aku. =.='

sepanjang cuti ni tolong adek buat hadiah hari guru, buat cokelat bikin sendiri, siapkan kerja sekolah adek. baek kan aku. siap tolong adek aku buat kerja sekolah dia lagi tuu.. kadang macam aku yang kena buli dengan dieorang. untung ade aku jadi kakak kan? hahaha.. poyoss ronosss. abaikan please. XD

dah bake cupcake banyak kali tapi tak jadi cupcake, jadi cake je aku tengok. pon boleh kan. bezanya? cupcake lembut, cake padat struktur dia. da masuk bidang contractor nie, siap ade perkataan struktur lagi nie en.

dan dan, dapat outing with some of my friends which i am soo happy and appreciate everything that happened while i was hang out with them. maybe it will be our last outing. kepada yang tak sempat nak jumpa sepanjang cuti ni, harap tak amek hati. ketiadaan handphone menyebabkan kesukaran untuk aku pastikan waktu free korang.


ini peringatan kepada diri!
  • jangan meletakkan harapan kepada orang lain  
  • jangan bergantung kepada kayu yang disangka kukuh 
  • simpan rasa sedih kat diri sendiri je, tiada yang kisah 
  • jangan khayalkan otak dengan janji yang dulu. kan kan..
  • senyum ketika hati sedih memang sakit

honestly cuti semester kali ni tak banyak memberi cheerfulness kepada aku, lebih kepada bitterness. terlalu banyak benda yang terjadi yang melibatkan hati dan setahu aku ia melibatkan ramai pihak. lebih dari sorang ramai la kan? :)

kepada kaum ADAM dan HAWA:
minta maaf dekat orang orang yang aku dah buat salah. aku percaya mereka baca entry aku ni. tak kisahlah siapakan. kadang kadang pasal kita je ada terasa hati tanpa kita sedari. silap yang lalu dan silap di kemudian hari. harap dimaafkan. 

sedia maklum yang aku sensitif gile tapi kali ini bukan pasal touching touching, ini melibatkan hati.

thanks for read.
daannn kepada yang masih ada cuti, enjoy your holiday okey! :)


May 26, 2011

Cinta Muka Buku

pagi pagi ni saje je mengintai intai. selak sana selak sini. selak youtube okey. pikir laen lak.

then terjumpa adek kecik ni. terer die maen gitar! cover macam macam lagu termasuk lagu Aishiteru. lagu favorite tuu.. best best! then searched lagi pasal die kat google dan kemudian di sini terasa serendah rendah dirinye sebab aku sangad tertinggal. =.='

ramai rupanya yang da kenal die siap buat entry pasal die lagik and her first single da kuar radio da pon.

nampak tak betapa tertinggalnya akuu.. x.x

inilah orangnye!
Najwa Latif
comel kan die! umur baru je 16 tahun and stay JB. orang kampung aku laaa.. ape? aku Batu Pahat, Johor die Johor Bharu. dekat la tuuu... :D

dekat fesbuk abes die kena bamboo terok. normal sangad la tu. orang jeles memang macam tu. i hope she will be okey with all the shit. :)

dengar tak lagu yang aku tukar tu? tu la lagu die. suke suke? nak tahu lagi pasal Najwa Latif?

this is her first single, 

Cinta Muka Buku.

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..

Chorus:
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yangg ku tak tahu
Ohh ohh ooh ooh ini cinta remaja ku

Pre Chorus:
Pabila kau kata kan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak ku tuju
Itulah cinta yang satu
Cinta di Muka Buku

Ulang chorus
Ulang Pre chorus

Enjoy yourself with her song!
ouh yeah, i think this song was really perfect for Eien and Areyf


May 25, 2011

RADisRAD t-shirts!

i watched Allysa Bernal a few weeks ago and i do really love her shirt!


it was a shirt by RADisRAD.


comel kan? comel kan?
:)

they turned many of youtube singer into a some character and the character was really really cute. there some of them that i knew like Alyssa Bernal of course, JRA , Joseph Vincent and many more. ENTER their name to watch they talking about their shirt. :) this three people was really awesome. they have an amazing voice and have a good song which they wrote by themself.

nak sangadd! tapi lama lah nak dapat sebab for now they only delivery kat US and Canada. or i wont get a chance to bought it sampai bila bila. =.='

May 24, 2011

Merubah, berubah dan perubahan.

percaya tak seseorang itu boleh merubah diri orang lain tanpa orang itu sedari


sebelum ni aku tak percaya sangad sebab pada aku kita hanya merubah diri kita bila kita nak, dengan kemahuan kita. tak kisah lah sama ada positif atau negatif. memang dalam movie, drama, banyak kisah orang berubah tiba-tiba bila dia melalui sesuatu pengalaman. itu dunia ciptaan, tapi ini dunia realiti yang kita lalui setiap hari.

okey, tiba part emo skang. amek mood masing masing..

tapi sekarang semua tu terjadi di depan mata aku sendiri dan aku perhati semuanya. mungkin ada yang aku terlepas pandang tapi cukup untuk aku beritahu perubahan tanpa disedari itu memang berlaku. mungkin terterbit sedikit kekecewaan tapi aku rasa tak perlu aku nak risau semua tu. 

tu je part emo yea. ta payah lebih lebih. 
haha.. XD

tadi aku baca entry aku yang lama. entah, tiba tiba terasa nak baca. banyak yang aku jadikan as a draft. satu daripadanya entry yang menyenaraikan behavior teruk aku dulu. dan kelihatannya aku dari dulu memang tak banyak berubah. sikit je lah yang berubah. eh, pasal perubahan gak yek? ini senarainya. mana satu yang berubah sikit tu pikir pikir sendiri la yea..
  • aku sensitif? yup! memang pon! maybe extreme punye sensitif aku rase.
  • lepas tu aku sekarang malas nak layan benda remeh temeh. org kate, bnde yg kite anggap remeh temeh tu la yg sbnrnye penting dalam idop. okela, wuteva.
  • aku tak suke mase untok aku dirumah dikacau orang. memang tak suke!
  • emotional. yeah bebeh! kekadang aku te-emo gile.
  • ta pandai memujok. aku ta pandai la weh. so jgn lah beharap sangat dekat aku.
  • membosankan.itu la aku wey...
  • membebel. kalau aku sedar ape yang aku bebel tu membosankan org, aku stop la walau un sebenarnye aku ta abes bebel lagi.dun worry.haha!
Anger entry, 22 Jun 2009.

list langsung tidak di edit atau di ubah. bolat bolat aku COPY dan PASTE yeaa.

merubah kepada yang baik itu dituntut, 
berubah bukan untuk diri hindarkan, 
lakukan perubahan demi kebaikan diri.

May 23, 2011

Semuanya tentang wanita.

bahasa wanita menarik untuk dikaji sebenarnya. tetapi apabila dikaji jangan pulak menafsir sesuka hati sebab wanita memang sukar untuk ditafsir.


diam wanita bila mengetahui tentang sesuatu perkara bermakna adalah sesuatu tu.
apabila wanita memberi sepatah perkataan, membawa besar maknanya. tetapi ramai lelaki tak mengendahkannya sebab menyangka ia cuma perkataan. mereka langsung tak menyedarinya.

nak tahu perkataan perkataan tersebot?

bole lah ready dengan kertas dan pen sekarang. bagi yang mempunyai ingatan yang kuat dan jelas boleh start bluetooth yea. okey, here is the list of 5 deadly terms used by a woman.

1) FINE - this is the word women use to end an argument when they know they are RIGHT & YOU need to SHUT UP


2) NOTHING - means SOMETHING & u need to be WORRIED


3) GO AHEAD - this is a dare, not permission, DO NOT DO IT


4) WHATEVER - is a woman's way of saying SCREW YOU


5) THAT'S OK - she is thinking long & hard on HOW & WHEN you will pay for your mistake.

sudaa faham sekarang? ta paham mari ramai ramai bukak translate google. kalau bukak kamus kena carik satu satu. memang complicated. tetapi kuncinya satuuu jeee sebenarnya. a'ah. satu je. tak banyak pon. fahami hati mereka. senang kan? kan? kan?

kata lelaki:   senang???  memang ta laa... 

tapi tak rugi mencuba untuk yang tersayang bukan? :)
dah dah. tak pandai nak bebel banyak banyak nie. ye ke? haha.. bawah ni ada lagi entry entry mengenai wanita. nak tahu lebih lanjut bole tekan dekat link tu.


selamat berjaya memenangi hati mereka! :D

kisah cinta mereka, soalan sukar dijawab.

ini cerita memang pasal kau. i mean kawan aku yang sorang nie. nama tak di mention-kan sebab sekadar nak berkongsi cerita je.

this is one of the complicated love story yang pernah aku tahu. dalam movie pon tak ada lagi rasenye love story nie. agak agak ade yang na jadi director one day bole lah amek kisah kawan saya niee..


there was a guy. he is one of my cyber friends and since we already met up then we're like a real friends now. real friends in a real world right? even though kiteorang jumpe sekali je but i almost being his girlfriend. gilo eh. baru jumpe sekali minta couple. perkara biasa rasanye sebab ade je yang tak pernah jumpe sekadar maen maen cinta dalam internet dan aku tak terkecuali salah seorang daripadanya dahulu kala. umo tak matang. tapi cinta macam tu tak termasuk dalam list sejarah cinta aku. wahh.. bongkak sungguh kau yea Aqilah Lala.  hehe.. :D

berbalik kepada si laki tadi. bagi nama Z senang. ada satu hari tu Z chat dekat fesbuk aku and saying that he wanted to propose someone but he dont know what to do because that girl already have a boyfriend. the way he wrote memang membuatkan aku perasan orangnye adalah aku.

perasan gila la weyyy!

perasan gilee en aku neh? da die tulis sepatah sepatah tak sampai abes. rupanya the girl that he mentioned tu bukan aku. fuhh.. lega aku. abes aku kena bahan dengan dia sebab perasan.

the girl,F that he wanted to marry already have a boyfriend and boyfriend die ta mo lepaskan die sebolehnye. aku tanye kenapa boyfriend F tak kahwin terus dengan F dah tahu sayang sangat. at least tunang. dia pon ta tahu kenapa. die minta pendapat aku patut ke kalau dia terus masuk minang F?

well, he ask a wrong question to a wrong person.

sebagai seorang yang agak kejam aku cakap la, masuk je minang! boyfriend F tu cuma boyfriend. da tahu sayang tanda la awal awal, i mean tunang. Z langsung tak memotong line boyfriend F. siapa suruh boyfriend F tak minang. kejam kan aku ney? laen lah boyfriend F masuk minang then Z pon na masuk minang sebab pasti keputusan berpihak kepada Z. itu tak elok. tapi akhirnya semua perkara akan terpulang kat F gak. wanita boleh menolak pinangan lelaki yang dia tak cintai.

setelah Z memberitahu hasrat hati dekat F, F menolak rancangan Z tu sebab kesian kat boyfriend dia. hampa perasaan Z.

semalam Z membawa khabar gembira lagi dekat aku. dia dah jumpa si jantung hati dia yang baru, S. dia nak meminang S tapii.. F tak bagi Z kahwin lain.

sedangkan F tak boleh nak lepaskan boyfriend dia yang tak nak lepaskan dia then F tak nak lepaskan Z gak yang nak dengan S. tamak haloba sungguh F ini. sekali lagi Z tanye aku patut ke dia meminang S? memang susah gile aku nak jawab soalan tu.. bekerut kerut dahi sampai bepeluh peluh aku memikirkannya.

aku jawab.

minang je!

Kesedihan tertangguh sesaat

Banyak kali nak karang tapi mesti tak terkarang pun. Tahu tahu dah 2026. Tahu tahu dah puasa and dah nak raya.  No one can fit our shoes sel...