August 12, 2011

Animasi Part 2.

semalamkan dah post ala ala behind the scene animation aku tu. cewahh.. XD
so, hari ni apa lagi en. masa untuk post video animasi aku yang tak berapa nak cantik tu pulee. actually aku bukanlah submit assignment aku kat lecturer bolat bolat macam ni. supposed to have a button untuk replay, exit dengan home yang aku buat sendiri. tapi since aku buat tu dekat Director, so i can't post it on blog sebab tak ada format for director dekat internet untuk di post dalam blog. or maybe aku yang malas nak survey. maybelah kann.. and andd..aku edit sikit background music.

 Attention: If you wish to play this video, please scroll down first and pause my blogg mp3. ;)





simple gila kan. lukisan pun macam budak kecik je kan. =.=' simple macam ni pun, bagai nak patah pinggang sebab kena berdiri statik bila nak tangkap gambar gambar tuu.

sebelum submit tu, hati dah meronta ronta macam nak buat balik. tapi kemalasan melanda diri.

suda suda la tuh. meh kita cakap pasal juadah favorite untuk buka puasa. jeng jeng jenggg.. food food!
favorite ku yang paling favorite
  • Caramel
  • Agar agar sirap sejuk. tak sejuk, tak sedapp!
  • Roti John
  • Bubur Kosong + Kicap + Otak Otak
  • Popia Mama. :)
  • Air Sejuk. wajib!
lagi setengah jam je lagii. perut dah maenkan kompang dengan lagu raya daa. sabar Aqilah Lala. saberr..


Animasi Part 1.

nasib agak baik sebab sikap yang sebelum ni suka buat benda tak berfaedah seperti meluangkan masa buat video video yang mengarut memberi kelebihan yang melebih pada diri bila kena buat assignment animation. suke suke! >.<

berbaloinye rasa bila terpaksa tidur pukul 2 pagi tadii! ;D *masih lagi teruja

gilee tak teruja kau. markah best kot dapat. huuu...
okey suda. tak nak dah teruja dah. >.<




rasa macam nak buat lagii laaa! *ini bukan teruja. ini tipu.

serious buruk sebenaq benaqnya. ada lagi yang buat animation lebih awesome, smart, comel and baguss dari aku. aku punye tu adik aku yang kecik tu pun boleh buatt yang aku buat ni.
but maybe i send it on time. tu dapat markah macam tu. terima kasih lecturer. :)

masuk puasa ke-12 sudaa. wahhh! cepatnyee dah nak final exam! *heh? selalu orang kata nak dekat raye.
kejap betul semester kali ni. tak sempat lagi bernafas dengan bebas untuk sem ni dah nak tercekik balik kena mengadap exam lepas raya nanti.

August 10, 2011

Tembok tidak terlihat.

separuh hati kata ya.
kata ya, dan ya.
ya, perlu kau terima.

separuh lagi mengingatkan kisah lama.
nak diulangi?
menggeleng.
ditanya lagi?
berdiam.

banyak betul aku berpuistis kebelakangan ni. dah lah tak sedappp. terpenyakit dengan ada orang tu yang better dirahsiakan identitinya. XP  nak menaip, banyak yang ingin diluahkan. tapi sentiasa terhenti, tidak mengetahui dihalangi tembok apa. tengok tu. ayat baku lagiii.. tension lah baca blogg aku neh kan. aishh.. :|

semalam tak sahur. petang saket perut. isk isk.. sedihh. kat kedai makan pula tu. tengah menunggu waktu buke. tapi buat muke slamber je. lagi sekali tension. *garu garu kepala
gedik je nak mengadu kat blog. mengapa? sebab tiada yang bertanya khabar. so pura puralah buat blogg ni jadi pendengar setia aduan segala rasa.

kalau terbenci bimbang tersuka.
bila dah suka, jangan membenci.
saya berhajat hendak bertanya,
siapa gerangan kekasih hati?

ewahh. kau dah macam orang datang nak menyunting bunga dah ha Qila. baik berhenti Qila. tido lagi baek Qila. esok ada kelas Qila. esok taip lagi sampai puas hati kat blog ni okey Qila.

Good Night semua.  ♥



August 8, 2011

Ada. Disini.

Berdiri sini,
Sentiasa di sini.

Jika sunyi keseorangan diri,
You have my number,
Then call me, 
Text me,
Aku ada di sini.

Bila hati di uji,
Sedih menyelubungi diri,
I can't see it,
So, you have to told me.
Tell me!
Sebab aku di sini.

Janganlah pendam,
Jangan sembunyi.

Kau manusia biasa bukan?
Kau ada hati.

If u hide it from me,
Don't want to show it to me.
Then who else that you want to share with?

tell me! tell me! tell me!

Because I want to see them and said,
ceth. aku lagi bagus laaa dari dia ni.

:)

Aku . Tetap. Ada. Disini.



August 7, 2011

Did you totally forget about me?

Just want to know if you still remember this or you already foget about it.


Him:
hihi. your welcome dear. ^^
hey. i dont mind if u get mad at me. i think i can still get over it. just dont dont get mad at me for too long ok. i dont want to lose you. =(
I love u so much sayang. i’ll be always there for u no matter what happen till the day that apart us both.
Although i know im kinda boring sometimes right, but im trying my best to make u laugh and smile everyday so that u wont get bored with me.
I wont get tired of telling u to eat here and that because i cared so much bout you. Just dont get annoyed with me . XP
Love u and i really mean all the thing i said my beloved sayang. xoxo


orang kata..bukan orang sahaja. aku pun pernah kata benda yang sama. perkara yang lepas itu sudahlah. live your life. tapi aku pernah juga cakap, walaupun menuju ke depan, menoleh lah sedikit ke belakang. aku tak ada apa dah pun dengan dia. tapi agak lah weh yang seorang ni. sombong betol nak menoleh. ada simen kot kat leher. maybe dia kata dia ada berbilion lagi kawan baru. dia tak hairan.

yeah. I know I always make people feel annoyed with me.

aisehh Qilaaaa... when the hell are you going to stop feeling like this?!

August 6, 2011

AmanWan. :)

tadi tadii!

:D

sebab semalam seharian tak online, hari ni online kejapp.

XD

lepas tuu..

lepas tuuuu...

:D

tengok blog and blogwalking.

kemudiann..

:D

ada blogger duk becerita pasal seorang vlogger ni. AmanWan popular sebab buat iklan Gangster???

:O huh?

best sangat ke sampai popular sangat tu???

lepastu, bila tengok video video vlogger ni....

Iklan Gangster (Teaser)
Iklan Gangster
Nivea For Men (parody)
Definisi "KACAK" pada Budak Darjah5
Tips Temuduga

NOT BAD la CHOI!  :DD

menceriakan hati yang ditinggalkan keseorangan oleh roomates sekalian dalam bilik nii. hehe :) tambah lagi seorang vlogger untuk di follow.

Aman Wan! 
saya subscribe awak. :D  

dan dannn.. muka awak macam Aaron Aziz versi tembam laa! XD




okey. cukup cukup la excited tu Aqilah Lala. =.=' sila tutup blog, tutup facebook, tutup youtube, move your cursor to start, press it. see the shut down button? also press the button and close your lappy. keep it at your gerobok baju kemas kemas. okey?



aaa...kalau tak payah buat semua tu boleh tak?

TAK BOLEH!

nanti bila assignment animation mahu siap?  =.='

August 3, 2011

Delete semua gambar!

currently removing all my pictures to the internet. lepas tu nak padam! nak buang semua gambar yang dah dimasukkan tu! muahahaha! *gelak jahadd.  over betol. =.="
kalau tiba tiba one day something happen with all your pictures that u have been upload, macam mana???

dah terpikir dah tentang kemungkinan itu semua. nak buat macam mana lagi? walaupun akan sedih meronta ronta, lastly akan buat dek je lah. dah pernah terkena da masa format lappy dulu tuu. kita kena cuba tabahkan diri setabah yang mungkin. ewah ewahh. konon je yekk.

tak boleh lah nak simpan semua gambar tu dalam lappy. serabut serabai da haa jadinya. serabut tu boleh diperkemaskan lagi, lappy lembap nak buat macam mana tu.

"masuk lah gambar dalam pendrive. "
penuh dengan java bagai laa. 
"hard disk? "
mintak satu. bagi duet pun bole, nanti saya beli sendiri. 

Grrrrr..

gambar tu semua bukan gambar yang ada muka aku je yeh. setakat muka aku tu apa ada hal. padam je lah. lain kali kalau nak, tangkap lah lagi. akukan suka tangkap gambar sendiri ni en. =.='

tapi gambar gambar memori manis pahit ni. payah kalau hilang. kalau hilang weh, tak boleh dah nak tengok satu persatu, imbas mengimbas sambil menikmati secawan milo panas pada pagi yang dingin tu. eh, terkantoi aktiviti aku pada waktu pagi. ;P itu xtvt ketika bukan bulan puasa yea. sila jangan sala faham.


sebab tu suka tengok gambar gambar lama. :)
suka menulis diary dan blogg so i can read it and flash back all the memory that i have. :)
suka simpan barang yang membawa kepada memori. :)
suka bercerita dan mengimbas kembali. :)
dan suka create memory baru. :D

the other reason for all the thing kat atas tu adalah sebab as a human, kita selalu lupa. kan kannnn. cuba untuk elakkan dari lupa diri so itulah perkara yang suka dibuat. tapi tak adalah over sangat. tak elok gak kalau terlalu mengimbas ni.

biarpun kita melangkah kedepan, jangan lupa untuk menoleh ke belakang juga.

kenapa? kenapa?
kalau bukan yang lepas dan lama itu, tiadalah kita yang sekarang ni.

err..lamanya nak upload gambar gambar ni. baru 100 lebih yang berjaya. another 200 to upload. =.='


macam cerita hindustan dah en.

Kesedihan tertangguh sesaat

Banyak kali nak karang tapi mesti tak terkarang pun. Tahu tahu dah 2026. Tahu tahu dah puasa and dah nak raya.  No one can fit our shoes sel...