July 1, 2011

Storyboard.

Semalam lepas khatam Juvana Episode 9 dengan 10 diteruskan juga kerja nak buad storyboard untuk Mini Project Multimedia. memang excited sangad nak buadnye.  :|  excitedd gilee...  :|

okeyy. tipu je. tak excited pon sebb aku tak reti nak melukis gambar muka orang. hodoh jadinya. tak berbakat. walaupun nak shopping barang storyboard tu memang betul punya excited. siap dah beli dua mountain board dengan A4 paper tapi nak buad tu haramm. last last di ending-kan dengan buat power point. 

kisahnya projek multimedia kami kena buat video. video yang boleh ditonton umum yea. bukan video yang boleh di tonton orang yang dah matang jee. 
so video aku ni tak ada jalan cerita pon. lebih kepada macam iklan petronas tu ha. ada mesej yang bermakna tapi jalan cerita tak ada sangat. cewahh.. bermakna lah sangat ye.

membuat storyboard gune power point memang pilihan yang tepat. start buat pukul 12 malam. pukul 1 pagi siap. buat cenggitu cenggitu je dulu. alah..lecturer nak tengok je. belum bagi markah untuk storyboard dan dann lepas tunjuk kat lecturer pagi tadi kann.. 

storyboard aku lepas! soronok soronok!  :)  *senyum lebar lebarrr

alang alang tu nak buat iklan sekali la ney. 

lelong! lelong! storyboard 3hengget! mali mali budak budak AD! aku beli 3hengget lebih ni. campur transport duet bas selinggit. campur sekali kepayahan nak bawak benda tu naek bas. total  RM 04.00 + kepayahan . sapa mahu? hehe..


sudahlahh. mata merah tanda tanda kepenatan mula melanda diri. d

June 28, 2011

Semakin Kurang Adab.

ada baca tak dekat surat khabar tentang betapa tak ada adab orang sekarang? maybe korang skip that part of news.

memang ada nampak dengan mata kepala aku sendiri betapa kurang ajar orang sekarang ney. saket mata, saket telinga gua. actually part kurang adab ni aku nak sentuh part kurang adab di dalam kategori solat jee. yang laen laen kite sentuh laen kali naa..

first sekali yang paling terserlah menyerlah sekarang and selalu aku nampak betapa orang tak reti nak hormat orang lain yang tengah solat. tidak kira di dalam bilik, surau apatah lagi masjid. tolonglah control volume voice korang bila nampak orang tengah solat. ada sesetengah tu bole gelak ter-kekek kekek ketika kawan dia tengah solat.

"aku nampak minah tekedek kedek pegi toilet lepas solat tadi"
orang yang mendengar riuh : "tak tahanlah tu. kihkihkih.."

apa kejadahnye semua ini?

secondly orang yang paleng kurang ajar tahap maksima bagi aku. lalu depan orang yang tengah solat. apakah??? kurang ajar gilee. masih adakah orang sebegitu? budak kecik boleh diajar. tapi kalau yang umurnye tahap yang rambut die dah potong bepuloh kali buat perangai macam tu juge memang pantang betul aku.

thirdly tak baca doa lepas solat. ni bukanlah kurang ajar cuma kurang adab dalam solat. biar tergesa macam mana pun bukan ke elok kalau baca doa lepas solat. doa pendek pon tak pe kot. macam dinyanyikan oleh Anwar Hadi dalam u-tube dia sempena Hari Bapa.







tiga point tu je rasanye. ada yang tak tahu tentang benda benda ni. bagi yang tak tahu tu aku dah bagitahu ni jadi janganlah buat buat tak tahu yea. kawan kita solat jangan diganggu khusyuk nya and hormatlah dieorang.

dah macam ustazah dah kan aku ni?
tak pe. laen kali ustazah buboh lagi entry berbaur nasehat macam ni lagi.
sampai di sini sahaja yea.

haihh...semputtt....


p/s: kenapa selalu ditentang bila kita cuba nak dapatkan balik hak kita?



June 24, 2011

Tertipu dengan Si Penipu.

my life was in average right now. theres no up and down. maybe its not the time yet. tunggu lah bila aku kena nanti mesti aku meletop letop macam bunga api. abes satu hari dua tiga entry aku post untuk meluahkan segala rasa masam manis masin yang ada kat hati. ingat lidah je ke yang bolee rase.

banyak perkara yang terjadi kat member member aku.
perkara yang paling terbaru berlaku was in PC Fair at my college.

pemangsa : kuli company barang berupa education stuff
mangsa : beribu i guess, termasuk kawan aku.
barang korban : sejumlah wang yang boleh beli 4 ketul pendrive Kingston 16GB or 3 bijik hard disk 2Tera.
kes: kena tipu, barang tak dapat. nak cancel barang, 'kuli' dah hilangkan diri.

muka 'si kuli' ketika memujuk dan memukau customer.
kes ni sebijik macam aku kena time facial saja saja haritu. amoi tu kata 22hengget. aku pun okeylah try. dia dah cuci cuci muka aku and sapu toner segala lepastu, dia taruk mask kat muka aku. tengah dia lekatkan elok mask kat muka aku tu baru dia cakap,

"mask ni lain harga yaa.." 

haram jadah betul amoi tu. ngamuk kat situ gak aku. ceth. selamat tak jadik hulk.
kita ending kan cerita tu kat situ je yeaa.

perkara yang lain terjadi macam friendship, trust dan macam macam lah. walaupun tak sama, dah pernah aku lalui perkara yang hampir serupa. mungkin aku tak sefaham orang yang melaluinya tapi aku faham keadaan dieorang. cuma yang mampu, mendengar untuk meringankan beban.

adess.. kepoyoan mulai menjelmakan diri.
nak muntah pulak aku rasa. :D

June 17, 2011

Kerja ++ = Tidur --

nak mengadu ni. sudilah menyinggahkan mata di setiap huruf yang digabung menjadi perkataan, ayat, peranggan dan lastly menjadi cerita. perlu ke aku panjang sangad introduction-nye en.

tengah sedih sekarang. sedih sangad sesangad tersangad bersangad.. siapa kenal aku especially roomates aku lah. aku tak sukee tidur lambat atau kurang tidur! selalu yang sampai london dulu aku lah. yang laen naek train ke-3, ke-4.

pada aku yang tak suka tidur lambat ni. tidur pukul 12 malam. itu dah kira lambat dah tu. tak perlu terkejut sangat lerr. siang mata kena bukak besau besau tengok keayuan dan ke-handsome-an lecturer. sebab tu tak suka tidur lambat. style aku macam budak sekolah. tidur pukul 10 malam. kalau tak ada kelas memang bantai tidur pukul 2, 3 pagi online takpun tengok movie.

kebelakangan ni memang busy. assignment dah siap satu ditambah lagi satu.

assignment Java harapan jadi debu tiap kali buat. nak belaja c++ balik la woi. lagi senang. syntax pun pendek. dah macam bahasa aku la bahasa c++ tu. java ni macam bahasa tutt hah. aku buat sebijik dekat nota tu. error tak ada tapi tak boleh output gak. hwaa!
(sorry kpd yg tidak belajar bahasa komputer. kompem tak paham apa yang aku merepek.)

assignment Islam in Science and Technology. terbaekk. dapat tajuk nasionalisme. da search tapi tak baca pon apa yang dah di search tu.

Calculus 2 assignment dah siap. terima kasih. :)

dapat assignment pertama multimedia, buat kad raya. punya lah aku pandang remeh. kena buat guna illustrator. alahh.. kad raya je weh. tak mencabar langsung. tapi bila da start buat tu...


hamekk kau. action sangat.

tiap kali lukis, tiap kali tu cursor asyik lari.
geramm!

aku kerat 18 baru kau faham erti penyesalan!


da lah kena original segala benda. tak bole copy paste corak or gambar yang sedia ada yang cuma tinggal search kat google tu je. semua kena lukis sendiri, idea sendiri. macam kad raya budak budak da ha aku punya. memang standard budak kecik yang buat lah. jual pun tak laku. tapi yang penting 100% maa by Aqilah Lala. ceh. poyo. haha!
Bahagian Luar.
Bahagian Dalam.
dapat lagi assignment multimedia siap kena buat storyboard dengan proposal da macam nak intro kat company product baru dah ni. kena buat video. kat kepala awal awal dah dapat idea tapi takut gila tak menjadi. harap harap jadi sebab dah lama teringin nak buat benda tu.

assignment BEL pun malas gilee nak buat. sehari kena ngadap sampai 3 jam. memang tak lalu lah aku. harini hari Jumaat and aku ada kelas BEL dari pukul 3 sampai 6 petang.

eh, nak pukul 3 dah. okey. i have to go. toodles!  :)

June 7, 2011

Di pagi ini yang dingin.


wahh.. indahnye pagi nie. mengadap lappy sambil mengerling di tingkap melihat ramai orang berjalan menuju ke kelas. bagusnye aku ni nak bangun awal pagi macam nie dengan udara yang sejuk ni kan. :)  *senyum sampai ke telinga


emm..



actually aku ada kelas. sampai je kelas baru tahu kelas batal pagi ni. classmate laen sebok mengira kambing biri biri dalam mimpi. aku pulak terrr-paksa bangun awal sebab pikir ade kelas. seronoknye aku nokk. (pinjam ayat eien)  =.='
salah line coverage la niii. orang try call aku asyik ta dapat. untung laa yang duk bedengkur lagi tu.

banyak benda na di type kat blog neh. bila tak ngadap lappy, ade je ilham yang terbang terbang dalam pikiran. tapi bile da ngadap lappy. blurr teros. aku tengok lappy, lappy tengok aku. end up dengan tekan videos and tengok movies yang aku belom tengok lagi.

akan datang i have to format my lappy again sebab windows yang sedia ada tak boleh nak support windows yang baru di-install oleh abang kat sidec yang tak reti reti nak check lappy aku nie pakai windows ape. sabo je lah.
since blogspot doin some maintenance,
its hard for me to upload from my lappy.
rindu gilee kat Didi dengan Aishah. cuti haritu hari hari diaorang pelok cium aku. biar rindu pun aku tak rasa aku akan balek rumah dalam waktu yang terdekat ni.

June 5, 2011

Semester yang Baru.

seminggu lebih tak update. bagai nak gila dah rasanye. padan muka. sape suruh tak settlekan bil broadband en. hahaha..
dah seminggu merasa sebagai student semester 3. sedikit hooray di situ. tapi seminggu tu jugak lah muka macam tak de perasaan je. tak reti reti nak senyum bila dengan kawan kawan sebab dalam diam sebok memikirkan macam macam benda. most of it melibatkan

ka-ching, ka-ching.


DUIT.

cepatlah masukkan ptptn dalam bank!
i need it to buy books and stuff.

sem ni dapat satu bilik dengan roomate lama. suke suke! ^^, tapi yang tak berapa nak sukenye bilik jauh. tenaga pada kaki perlu dikumpulkan acap kali nak berangkat dan pulang dari kelas. dapat pulak kipas kat bilik jenis kecik yang pusing pusing tu. memang 5 minit sekali lah baru aku merasa angin. kalau rajin sesangad, ikut je lah kemana kipas tu pusing pusing. but, at least dapat kolej. kan? kan?

lagi satu ceq nak gosipp nehh. ceq dapat row tingkat paling atas yang penoh dengan budaks part 1. sombongnye mak aih. muka ceq nie ada muka part 1 gak ka? nanti ceq tulis kat ketaih besaq besaq STUDENT SEMESTER 3 lepastu tampai kat dahi naa. ceq senyum pon depa leh wat tak reti lepas tu boleh mendada lagi tuh. ingat ceq ni laki ka hangpa nak mendada segala.

okey okey. cukup lah tu dengan loghat yang tak berapa nak menjadi dan gosip yang ta berapa nak panass.

harap harap semester nie tak tension tension sangat. boleh settlekan assignment yang diberi dan insyallah boleh buat dengan jayanya! cewahhh. semangad bukan maen. jangan kejap lagi harapan tinggal harapan sudah lah.
my second semester friends pose kat webcam.
i miss the one with yellow tudung, amira.
she's going to SPA to become a nurse.
goodluck mira!
thank for everything and i miss u lahh!
GOODBYE second semester!
and WELCOME third semester! :D

May 27, 2011

Cuti ini dan Diakhiri dengan kata maaf.

ATTENTION! 
entry yang seriously memang panjang gilee
 sebab banyak perkara diletakkan dalam entry kali ini.

next week i'm going back to college. jyeahhh...?  *suara mendatar

kenapa sebulan je cuti? ouh kenapa? ouh mengapa?  :'(

sebelum cuti rasa berat la gile nak tinggalkan college. pada mulanya ramai sangka dapat cuti 2 minggu je, sume sedih monyok monyok tapi aku sukee gile! ta perlu nak bercuti lama lama sangad. nanti liat nak start study balek. padahal ade sebab yang laen time tu. hehe..

apa je yang terjadi sepanjang cuti?

cuti dimulakan dengan pergi kenduri kahwin. :) sowronok sesangad tengok orang kawen. hihiee.. lagi seronok bile kasot highheels aku tercabot tali carik atuk mase singgah RnR ontheway pegi kenduri. seronok tak seronok tu. =.='
kemudian berlaku sedikit konflik. sedih tak tentu arah jadinye. lepas je konflik, ketika dalam hati masih duk tension tension pergi juge teman adek pergi pameran buku antarabangsa dekat PWTC.

walaupun melayan sedih, kerja harian tetap diteruskan. nama pon anak dara duk umah. kemas rumah, lipat kain dan segala macam terus dilakukan seperti biasa.
berminggu minggu berlalu, konflik semakin sedikit terkikis dan keadaan semakin menjadi normal tapi hal laen pula yang jadi. berlaku pula konflik yang lain.

kelas driving tetap diteruskan and disebabkan kekhilafan agent driving school tu yang tak reti reti nak call phone rumah aku bila dah janji nak call, ditangguhkan lagi lesen aku. aku lah pengambil lesen P yang paleng lama untuk dapatkan lesen tu. bangga sangad aku. =.='

sepanjang cuti ni tolong adek buat hadiah hari guru, buat cokelat bikin sendiri, siapkan kerja sekolah adek. baek kan aku. siap tolong adek aku buat kerja sekolah dia lagi tuu.. kadang macam aku yang kena buli dengan dieorang. untung ade aku jadi kakak kan? hahaha.. poyoss ronosss. abaikan please. XD

dah bake cupcake banyak kali tapi tak jadi cupcake, jadi cake je aku tengok. pon boleh kan. bezanya? cupcake lembut, cake padat struktur dia. da masuk bidang contractor nie, siap ade perkataan struktur lagi nie en.

dan dan, dapat outing with some of my friends which i am soo happy and appreciate everything that happened while i was hang out with them. maybe it will be our last outing. kepada yang tak sempat nak jumpa sepanjang cuti ni, harap tak amek hati. ketiadaan handphone menyebabkan kesukaran untuk aku pastikan waktu free korang.


ini peringatan kepada diri!
  • jangan meletakkan harapan kepada orang lain  
  • jangan bergantung kepada kayu yang disangka kukuh 
  • simpan rasa sedih kat diri sendiri je, tiada yang kisah 
  • jangan khayalkan otak dengan janji yang dulu. kan kan..
  • senyum ketika hati sedih memang sakit

honestly cuti semester kali ni tak banyak memberi cheerfulness kepada aku, lebih kepada bitterness. terlalu banyak benda yang terjadi yang melibatkan hati dan setahu aku ia melibatkan ramai pihak. lebih dari sorang ramai la kan? :)

kepada kaum ADAM dan HAWA:
minta maaf dekat orang orang yang aku dah buat salah. aku percaya mereka baca entry aku ni. tak kisahlah siapakan. kadang kadang pasal kita je ada terasa hati tanpa kita sedari. silap yang lalu dan silap di kemudian hari. harap dimaafkan. 

sedia maklum yang aku sensitif gile tapi kali ini bukan pasal touching touching, ini melibatkan hati.

thanks for read.
daannn kepada yang masih ada cuti, enjoy your holiday okey! :)


Kesedihan tertangguh sesaat

Banyak kali nak karang tapi mesti tak terkarang pun. Tahu tahu dah 2026. Tahu tahu dah puasa and dah nak raya.  No one can fit our shoes sel...