May 19, 2011

tanpa handphone di sisi.

suke title entry nie? suke kan? suke kan? suke sebab saya agak menderita di sini kan. T.T

mule mule memang macam orang gile ouh ta de phone. kusut gile rasa. then pinjam phone member sebab amat memerlukannya untuk contact mama sebab na balek rumah. kalu aku balek dari kolej naek bas then da sampai  tercongok la aku sorang sorang kat terminal bas bukit jalil tu tunggu mama. na contact ta de phone. susa susa..

dulu memang lah tak kisah sangad dengan handphone nie. ade handphone just na contact member tanye kelas kat mane je sebab malas na tengok jadual. kihkihkihh.. ;)

lepas tu tepat umur menjelang 19 da jadi gf orang. kalu da berstatus taken tu paham paham je lahh. almost 24 hours texting. almost laa.. bile handphone ta de teros jadi bengong beberapa tika. ta tau na genggam ape di tangan. tiada lagi vibrate vibrate yang mengejut.

teringat kat sekola dulu member bawak phone simpan dalam poket then bole tanye lak dgn muke blur kambeng,

"weh, aku rase begegar lah weh." 

apakah? x.x

ta ade phone en, ta bole da dengar fly fm mase tengah bosan study algebra. :(   sedih sedih. na contact nenek minta restu na amek paper final pon ta dapat aritu. na tangkap gambar sendiri macam gedix pun ta bole. ta paham? nah tengok






kelihatan sinar di wajah ku. menyinar nyinar gituu. haha! :D ta perlu pening pening menentukan tahap kedegikan gambar di atas yea. * wekk wekk .   ta payah na wekk wekk sangat laa..

dan

dan...

disebabkan ketiadaan phone nie gak lah aku kena tangguh lagii test lesen! grrr!

May 17, 2011

bon appetit

pagi pagi makan pancake.


pancake sedap sikit dengar daripada lempeng en. na kasi ada bunyik bandarnye.. *ade yang bermonolog

"bandar ke masalahnye tempat tinggal kau tu dik???"
"name pon bandar puncak alam. adesss.. kasi kantoi la.."

tengah ari perot start lapar da, bedal dekat restoran ayam penyek kat setia alam. but still ayam penyek wok solo the best! alaa.. yang belakang jackel kat shah alam tuu.. mabeless!


pusing pusing carik barang meow meow dengan daging kambing abah kat giant. da abes pusing, bayar, mama da bankrup tapi lepas tu nampak lak baju baju kat kedai luar giant tuu. memang menarik narik diri nak usha baju tu.. mata rambang. mama lah. aku tak. cewahh.. ye ke? pastu aku gak yang dikatakan menarik narik mama usha baju tuu.. ermm.. bese dahh.. =.='

pastu beli papa roti. sedap sedapp! favorite nenek ku tersayang!


pastu malam nie masak sendiri makanan ala-ala western food.


ta sempat na tangkap gmbr mushroom soup lepas da masak licin terus mangkuk. sempat amek gambar tin jea. pon bolee.. makan mushroom soup dengan garlic bread.


tu baru appetite.. abes tu makan lak lamb meat.


mane ta boyot en perot. ta de maknenye la na diet kalau da macam gini makanannye.. jap lagi ta muat baju sendiri jawab. hahaha.. :D

May 16, 2011

cokelat untuk cekgu

2 days back i was busy melayan adek adek saya buat hadiah hari guru mereka.




adek adek ku yang serabai. ;D
buat sendiri senang, jimat itu yang penting, and ta perlu beli benda bukan bukan. haha.. cokelat nie masok perot teros sendawa. orang kata kenyang perot suke hati. kan elok buat cekgu kite suke hati. haha! orang kata lagi elok buat sendiri sesuatu hadiah tu sebab nampak la kesungguhan and keikhlasan orang tu. tapi aku buat nie disuruh. err.. buat buat lupe je dengan word disuruh tu yea. hihiee..

SELAMAT HARI GURU wahai guru guru sekalian! especially dekat cekgu-s yang mengajar dekat

Sekolah Kebangsaan Seksyen 24
Sekolah Agama Seksyen 19
Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 1
Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam

sekola saya sikit je ta macam kembar saya Aqilah Akmal dengan kawan saya Anati Nasuha. banyak gilee sekolah dieorang.  =.='

thanks kat cekgu cekgu yang dah jadi macam mak dan ayah yang ke-dua pada saya. rindu cekgu! ade cekgu tadika aku yang still ingat aku siap sebot nama aku. cekgu the best lah! tak lupe ustaz yang rotan saye sebab.. entah sebab kenapa. ustaz ensem sampai saya lupa kenapa. gatal punye anak murid. ==' tak kurang juga thanks dekat cekgu yang pernah cubit manje sebab aku ta siap keje. mendalam yea maksud cubit manje tu sebenarnye. cekgu sekola rendah bagi soalan math sampai 100-200 soalan 1 hari and lepastu saya dapat nombor 1 dalam kelas sebab cekgu. hee.. teacher yang sakat saya dengan kawan saya tanye soalan cepumas and i was gile punye blushing at that time and lagi satu mase form 5, for the first time and the last time kena denda buat keje kat koridor. malu nyee ta payah cakap. form 5 pon still kena denda duk wat keje kat luar. naseb baek ramai ramai so ta malu mana. lagi enjoy ade lah. haha.. 

anyway ini ikhlas punye terima kasih. again, TERIMA KASIH kepada cikgu cikgu yang mendidik dan mengajar saya. thankss cikgu! sayangg cikgu!

seserbuk dan secawan

arini bukak je fesbuk tengok member member plan na pegi sekola arini and aku rase macam

dicampur dengan sedikit serbuk bengang
 disebatikan dengan a cup of touching



 and hasilnya...

muke telebih bengang dari touching.
mana lah tak nye. da la lama ta kumpul ramai ramai then aku pun ta pegi lagi sekola amek sijil spm. sapo ta geram eh. tapi tapi.. tadi pergi amek adek kat sekola. alamak, first time bawak kete mama. takot gak laa.. then jumpe lah depa duk lepak lepak kat bus stop dengan segak nye, bukan aku kate lah, dieorang yang kate. hahaha.. jahad gilee aku neh. sumpaa seronok tengok dieorang dapat jumpe ramai ramai. :D

btw, pernah ke nampak muke aku bengang macam tu? sorang je lah kot yang pernah. siape? siape? teettt! ada lah orang tu yang jalan jalan pusing pusing kat blogg aku nie tapi ta mo comment tu kan. kite rahsiakan je lah identiti orang tu. hehehe...

May 15, 2011

Superhero ciptaan.

superhero ade banyak.

dalam kehidupan realitinya ramai yang pilih parents, ibu atau bapa atau kedua duanya sebagai superhero kerana ketabahan yang menjulang mereka melayan korang mase kecik kecik. mase kecik kecik zaman tak cukup inci korang menangis berguling guling kat shopping complex sebab nak ps3 en? eh, dulu tak de ps3. korang nak bunga api kan? bunga api kat shopping complex? okey okey. ta de idea. begitu tabah superhero korang menebal muke nak tarik korang balek rumah lepas guling guling tu. macik cleaner tersenyum meleret melihat lantai yang bersih licin 'di mop' korang.

ada gak yang menjadikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai superhero kerana beliau bijak dalam menjadi perdana menteri sehingga negara kita membangun dan maju. Malaysia Boleh! wahh.. semangat waja gitu.

tapi ingin tuan hamba bercerita mengenai superhero rekaan seperti..

Superman.
siapa tak kenal superman kan? okey fine. mentang mentang dah ade Edward Cullen. hahaha.. Superman jadi kegilaan sebab die kuat and tegap gile. die boleh terbang! mitos sunggoh. =.='  mengangkat lori dengan mudah macam angkat basikal.

Spiderman
mengeluarkan abah abah melalui tangannye. smart! tapi agak pelik dari segi sains dan perubatan. alien. o.O  abes bertempur dengan orang jahad, esoknya bandaraya gak kena bersihkan abah abah die tu. meningkatkan peluang pekerjaan katanye. huhue..

Ultraman
menyelamatkan jepun dari raksasa jahadd. tapi ultraman ta sodar die menghabiskan duet jepun untuk membina balek banggunan yang runtuh yang die buat bila campak raksasa tu ke arah banggunan-s tersebut. bayangkan ade orang kat tempat tu. sedap sedap kena penyek dengan raksasa tu. mati katak kat situ gak.

Cicakman
Hero ciptaan Malaya. jadi cicak lepas tertelan cicak yang ada virus Professor Klon. kuruih keding sangattt. ta boleh nak buat 'anak ikan'. eh,lupe die cicak. hehehe..

Edward Cullen
ada yang suka dia sebab dia sangad hot. wahh! tergoda makk. okey. terlebih feeling di situ. menghisap darah. dieorang panggil vampire, kite panggil pontianak. muke yang sangat misteri, sentiasa protect Bella Swan, di situ terserlah ciri ciri sweet die tuh. sapa tak cairkan. :)

Batman, Fantastic 4, i-Robot, Heroes, X-Men..
banyak sangat hero ciptaan kita kalu nak list semua. angan angan yang hanya menjadi kenyataan hanya dalam cerita.

tapi kalau aku, hero ciptaan yang aku pilih ni tak ramai yang kenal. hero ciptaan di atas tanah yang kita sedang berdiri..

Saifudin
mencontohi sifat sifat Rasulullah. yang sentiasa berlindung dari-Nya dari segala kejahatan, merendahkan diri dan meletakkan diri-Nya sebagai makhluk ciptaan-Nya, bersabar dengan menjadikan zikir pembenteng dari rasa amarah dan sentiasa merindui kematian. mati syahid, mati demi memperjuangkan agama yang satu dan TUHAN yang satu. cinta Saifudin adalah cinta sufi. cinta yang menjurus kepada mencintai Allah. dipanggil juga sebagai Laksamana Sunan.

hebatkan keperibadian superhero ciptaan nie? tapi tu semua ciptaan semata mata.. dari mana Laksamana Sunan nie?


begitu tinggi keperibadiannya sampai ramai yang jatuh hati kepada Laksamana Sunan. yang jatuh hati padanya bukan setakat watak watak 'bunga' di dalam novel novel tersebut yang berebut ingin jadikan Saifudin kekasih hati, tetapi juga pada realitinya ramai yang jatuh hati pada dia. termasuklah aku. hehe..

May 10, 2011

Novel lah novel.

Dah lama gilee tak update. duk terperap kat rumah langsung tak memberikan aku idea nak tulis ape ape. lagi lagi dengan serabutnya fikiran and my anger yang kini datang kembali setelah lama 'dia' menghilangkan diri. perlu ke 'dia' datang? tidak perlu sepatutnya, tetapi sebab keserabutan dan keselekehan fikiran membuat aku jadi tidak keruan. cewahh.. ayat berbunga bunga lah kot. euw euw..  =.='  hahaha! nevermind. just forget about that.

sekarang tengah cuba berusaha nak memulakan kembali tabiat lama yang agak aku rindui.

BACA NOVEL.

sukee gile aku dekat novel! siap boleh tukar tukar novel dengan macik sedara aku. dulu lah. sekarang habit tuh dah turun dekat adek aku. bukan setakat baca novel je, buku citer pendek, buku citer panjang, komik, segala jadah sume lah aku suke baca. itu pun sekali turun kat adek aku. jeles aku dia terror lukis character komik tu. tapi buku teks sejarah alamak aii..payah bebenar nak baca. bila SPM, baru start, ouhh..sultan ni anak kepada sultan ni and adik beradik dengan sultan ni. hahaha.. okey, suda suda. 

sekarang novel yang aku tengah baca novel


Cinta Sufi karya Ramlee Awang Murshid, novel milik adik aku. lama punya novel lah. last year. sebab tu aku dah tak beli novel. adik aku beli gilee banyak novel. suka sakan macik sedara aku pinjam novel dia. hehe.. Novel Cinta Sufi ni kesinambungan daripada novel


Bagaikan Puteri and aku sukee gile novel nih! paling suka lah antara novel novel yang pernah aku baca. pasal novel milik aku ni gak lah adik aku start beli semua novel novel sambungan novel Bagaikan Puteri macam

  • Cinta Sufi
  • Cinta Sang Ratu
  • Hijab Sang Pencinta
  • Sutera Bidadari.
aku pergi teman adik aku kat PWTC ni salah satunya sebab nak beli novel latest tu la. Sutera Bidadari. dijual masa hari pelancaran tu je. kalau tak beli haritu lama gile lah kot kena tunggu dia jual kat pasaran. dah lama gile aku tinggalkan habit baca novel, sebab tu jadi liat nak start balik. sampai dah ada 4 keluaran lah aku still tak start start nak baca novel.

novel Bagaikan Puteri sangat sangat lain daripada novel yang ada sekarang and bila baca novel nie sejuk je hati...  bahasa yang digunakan fuh! tecari cari kamus dewan lah kalau baca kejap lagi. haha.. gurau jee.

" Apabila hujan turun , melimpahlah air dari 
perbukitan ,  aliran menujah ke batu , 
melekuk tanda waktu beralih,  seiring nyawa 
menghanyut usia, 
sejalan nafas melangkah ke hujung "
- Bagaikan Puteri.

May 3, 2011

Kuala Lumpur International Book Fair 2011, PWTC.

i arrived at home on friday, saturday pergi sedara punya wedding then esoknya pulak my younger sister ask me if i can accompany her pergi pesta buku dekat PWTC haritu. i said yes. so kire tujuan aku ke sana cuma meneman adek ku sahaja.

bangun pagi tu lepas abes bengang dan bingung, tinggal lagi sisa sisa geramm tetap destinasi ke PWTC diteruskan. naek ktm kuang then turun dekat putra. aku ta penah pergi sana, mengharapkan adek aku yang sorang tu je lah tahu tempatnya kat mana. tapi haramm. ta leh harap. aku gak jadi penunjuk jalan. betul lak tu en. cewahh. bangga tak bertempat.

sampai je sana, memang gile ramai la wa cakapp. maybe sebab hari last kot en. this pesta supposed to be good for budak budak kecik pergi en. sebab orang kata perlu dipupuk minat membaca dari kecil. tapi kalau tempatnya dah sesak macam nehh..


pictures credit to; akuLaHyaSH.com

sesuai lagi ke nak bawak budak kecik? aku bawak yang tingkatan 2 tu pun dia asyik hilang. rambang mata tengok buku sampai aku pun dia tak kisah nak ke mana.

banyak gile buku kat situ. murah lak tuhh. da nama pun pesta buku. apa lagi yang banyak en. she bought like almost 10 books. novels, comics and also short stories. then i found this book written by  A. Samad Said. i want to buy it but when thinking about my 'sengket' condition, so i just forget about it.

sekali pergi PWTC nie, i thought i will get the chance to meet ikram since he stay at her relatives house for a while kat kl before balek rumah. tapi tak kesampaian jugaa..

balek rumah pergi pulak rumah jiran. ade wedding gakk. ramai pulak orang kawen baru baru nie. my ex-officemate, dua orang dah kawen. sorang invited tapi ta dapat pegi. sorang tuu tau tau je da ade gmbr nikah kat fb. melampau ta invite aku.

p/s; i hate this semester break. i thought i will be okey but it become worst.

Kesedihan tertangguh sesaat

Banyak kali nak karang tapi mesti tak terkarang pun. Tahu tahu dah 2026. Tahu tahu dah puasa and dah nak raya.  No one can fit our shoes sel...