December 18, 2017

Pulau Langkawi dan Pulau Dayang Bunting Part 1 | The Beningging

Hellooooo!
Nak update tapi asyik tak sempat-sempat. Dah ada free time ni kita update sesikit lelama berbukit. 

Boleh skip pergi ke 'Perjalanan ke arah percutian' kalau malas nak baca bebelan kita dann klik dekat gambar untuk gambar yang lebih besar dan terang bederang.

Plan nak pergi ke Pulau Langkawi ni dah lama tapi Cikila (Cik Aqilah dipendekkan) ni apply cuti last minute. Sukati buat macam company sendiri. 


Kenapa perangai begini ni??
Dah tahu nak cuti tapi apply lambat-lambat. Apeni apeni?!


Monolog hati orang yang membaca. HAHAHA tak tak. Sebelum buat perangai sukati tu dah kira-kira dah dengan jari tangan dan kaki berapa baki cuti yang tak qada' lagi. Bila dah kira dan lebih dari cukup tu yang girang bersuka hati apply cuti lambat. 

Sebelum pergi Langkawi langsung tak buat research dan pergi redah je. Selalunya mesti cari dulu kat blog orang lain tempat yang best dan baca review orang lain. Tapi bila pergi dengan family ni kan rasa lain sikit nak banding bila pergi dengan kawan. 

Rasa sambil lewa sebab mak dengan ayah kita ada. 
Kita ikut je macam anak itik ikut buntut mak itik. hiks! 

Okay tu salah satu alasan kenapa tak buat research. Alasan lain? Sebelum bercuti panjang kena buat kerja extra so busy tak sempat nak research tempat menarik. Kenapa buat kerja extra? Bila buat kerja extra tak ada lah rasa serba salah nak tinggalkan kawan kerja. Nampak tak motif kat situ. Bukan sebab rajin atau berdedikasi ye. kihkihkihh


Perjalanan ke arah percutian!

Bertolak dari rumah malam Khamis sampai Perlis subuh Jumaat buat persinggahan ke 'kampung batu' kita kat tengah pekan Kangar. Berehat, chill sebab dah duduk dalam kereta 1 malam. Puas rehat gerak pergi Jeti Kuala Perlis. Terima kasih dekat Uchu kita yang tolong hantarkan ke jeti. Hehehhe

Beli tiket dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi RM18 untuk dewasa. Ni one way ticket dan perjalanan lebih kurang sejam. Sampai Terminal Feri Langkawi terus cari van untuk ke Jeti Pekan Rabu dekat Kuah sebab nak naik bot ke Pulau Dayang Bunting



Eh. Kata pergi Pulau Langkawi?
Kenapa tiba-tiba cerita pergi Pulau Dayang Bunting pulak ni?? 


Pose for insta sebab tantekk macam kat Australia.
Jeti Pekan Rabu

Resort Noba dipilih sebagai tempat sepeninggalan ketika bercuti yang terletak di Pulau Dayang Bunting

Selalu dengar Tasik Dayang Bunting je kan? Okay ni Pulau Dayang Bunting yang terletak tidak jauh dari Pulau Langkawi. 


Tanda merah Resort Noba
Kawasan yang dibulatkan adalah Tasik Dayang Bunting

Sebenarnya sepupu yang book resort tu sebab dia cikgu kat sekolah Pulau Tuba. Lucky us sebab ada yang membantu. Mama pun teringin ke sana sebab sepupu kata tempat tu cantik. Dan seriously memang cantikkk! 

While waiting for our room

Jeti Resort Noba

View dekat Resort Noba memang awesome especially bila matahari terbit. Cantikk tak terkata, tersebut, terucap. Dekat Jeti Pekan Rabu tu pun sebenarnya dah nampak view cantik. Siapa yang dahagakan ketenangan boleh tinggal dekat Resort Noba. Keluar dari pintu terus nampak laut terbentang luas dengan bukit menghijau.



Resort Noba, Pulau Dayang Bunting

View dari beranda Resort Noba




Hari pertama lebih kepada menggunakan masa untuk ke pulau, menunggu feri, menunggu bilik siap dan ambil masa untuk rehatkan diri. So there is nothing much to share for our first day. Btw, kalau nak stay dekat  Pulau Dayang Bunting kena sewa motor. Wajib sebab kalau tak kau akan mati kutu. Tanya je orang Resort Noba tu takpun pemilik resort yang korang stay. Diaorang akan tolong kalau nak apa-apa. Dah dapat motor beronggeng lah 2 pulau. Bukan 1 pulau okay. 2 pulau sebab boleh naik jambatan ke Pulau Tuba. 


Jeti Resort Noba











Tentang makanan, dekat resort tu ada disediakan dapur untuk masak tapi kitaorang cuma minta Resort Noba sediakan makanan dan tak perlu khuatir sebab makanan yang dimasak memang sedap nak nangis. Simple tapi sedappp weh. Ikan udang sotong fresh tu takyah cerita la kan. Masakan cukup rasa, memang superb menjilat jari! Murah pulak tu satu kepala. Tak ingat berapa tapi murah. hehehe

Untuk our first meal dekat situ which is our dinner disediakan udang masak sambal, ulam, telur dadar dengan sup ikan.



Rasanya cukup dulu untuk hari pertama. In shaa Allah on next post I'll share with you more. Enjoy my short video dekat bawah tu. andd toddles!







No comments: