April 10, 2015

Sungai Chillin | Cerita Budak Intern

Genap sebulan jadi budak intern kat Cyberjaya. Tidaklah diri ini menyangka dah sebulan, sebab baru sebulan setengah yang lepas terbayang sekarang aku tengah duduk kat rumah tunggu satu semester habis sambil mencarik tempat intern. Or maybe tengah kerja scan barang kat kaunter 7e. KAH!

Okay. Tengah dengar radio pastu tertarik earphone. Bising satu opis menggelabah cucuk balik.

Tak nak cerita dah pasal intern. Nak cerita pasal pergi mandi sungai dekatt Sungai Chilin 8 minggu lepas. Haha teruk cerita dah basi bercendawan berkulat baru nak cerita. Rindu okay nak berblog tapi takdak masa sejak jadi orang putrajaya. Ecceehhh taknak. My hometown in my heart forever. Ok dah. Panjang intro.


Ceritanya bukan nak pergi Sungai Chillin. Pergi Sungai mana ntah. Maaf ingatan dah mereput. Tapi sebab bila pergi ada yang kata sungai tak best, cetek and tengok pun orang tak ramai, tempat tak meriah, suram je..dah confirm lah kesahihannya. Terus bukak gps carik sungai yang lain. Dapatlah Sungai Chillin ni yang memang Chillin sejuk membeku. Mana taknya, sungai mengalir dari Fraser's Hill.

Pergi sungai dekat situ memang ramai tak ingat, malas nak hengatt. Kereta beratur panjang. Nak sangattt yang meriah kan. Tapi be relax, be happy. Chill. My superhero berjaya mencari kawasan yang tak ramai orang. Boleh lah bentang tikar, susun makanan dan makan. 





Opss hero tengah mandi. XD

Apa tadi? Makan penting.






Main air puas-puas.



Dan makan lagiii







Okay nak bagi review. Sebab tak masuk pintu gerbang Sungai Chillin ni so tak tahu wujud ke tak sebenarnya tempat tukar baju. Tukar je baju dalam kereta dengan tutup satu kereta guna tikar. Hehe Kawasan not bad. Ada tempat cantik tapi kena turun tempat curam sikittt and sebab bawak bebudak kecik yang mengada takut jatuh lah bagai. Kecik lah sangat. Dah sama besar macam kakak diaorang ni, so tak pergi pun tempat cantik tu. Air sungai kat sana sejuk membeku. So far okay lah.


Nak cerita tu je. Tengah free sikit sekarang ni. Dua hari beturut datang kerja pukul 7pagi. Project kali ni susah sangat, tempoh yang dia bagi pun berapa hari je so mintak big bos pas kat senior programmer sebab diri ini yang kurang berpengalaman nak handle semua tu daripada dah tahu tak boleh buat pastu senyap jee kan. Padahal tinggal sikit je lagi, which the hardest part of the project. Isnin next week dah start event for the website and nak launch dah. Tak tahu senior yang tak dikenali tu dapat settle-kan tak. Risau gak. Tapi dah nama pun senior takkan tak boleh. Kan kann 


Ok dah. Bye. :)

Assalamualaikum.

No comments: