March 14, 2014

Journal Minggu Kedua Jasin.

Baru lepas minggu kedua. baruu jee...
minggu kedua. =.=

Kenapa terasa macam dah sebulan. tapi tak terasa sangat macam sebulan. sebab tak belajar apa sangat pun. haha ;P apa ni kejap lama kejap tak. belajar chapter yang pertama still tak lepas-lepas lagi disebabkan ujian kehidupan. ehemm.. ujian kehidupan kohonohononnss *konon*. lampu tak ada lah. nota tak lengkap lah. buku tak ada. macam macam.


Sepanjang dua minggu ni banyak duduk bilik sebab nak keluar tak rela nak habiskan minyak kereta. duduk dekat shah alam yang naik bas pun rasa tak cukup duit apatah lagi ni kena drive sendiri tak ada passenger boleh tong duit minyak. tak. sendiri. kadang orang tak faham keadaan kita kan. duit minyak ulang alik dah sama macam duit makan.

buat cerita sedih. cukup. tak kesian langsung.



cerita pasal gambar la kan.



Pupu tidur bajet ala Superwoman. Mimpi tengah terbang lah tu.
Kodi yang selalu dibuli dipanjat disepak dengan Pupu.

Ini tikus sayaa! HAHA kura-kura okay dik. bukan tikus.

Memang dah lama angan-angan nak bela binatang yang senang nak jaga buat jadi kawan, jadi penghilang stress. terima kasih Pupu yang aktif macam tikus suka buat tuan hang geram dengan hang sebab aktifnya tak menggambarkan macam kura-kura dalam cerita kura dan arnab.

Pupu suka bila orang sua tangan kat dia sebab dia tahu orang nak angkat dia keluar dari balang.







Ini bukan sebab diet ni makanan macam ni tapi sebab nak makan sayur. bila masak untuk diri sendiri tak seronok nak buat sup sayur, sayur tumis cuma untuk sendiri makan. salah satu alternatif nak makan sayur buat sarapan or makan tengah hari. semua rebus. senang gilos tak payah nak tumbuk potong bawang nak tumis tumis.







Siti Hidayah Idrus kata saya macam mak datin. HAHA serious rindu day. rinduu rinduuuu!

pakai shades ni bukan nak berlagak mak datin pun. memang satu keperluan sebab Jasin yang panas nokharomm nya cuma yang duduk kat sini je tahu. Letak kereta seminit kat luar bila masuk balik kereta dah panas dah dalam tu. -..-


buat masa ni ini je yang mampu nak cerita. baru teringat kena tidur awal sebab ada aktiviti nak buat esok. till then, assalamualaikum. :)


No comments: