March 7, 2014

DuaDua | Di tengah kelapa sawit.

Akhirnya! akhirnya! baru dapat online dekat laptop yang dah berjasa dari diploma lagi ni.

Satu haribulan tiga yang lepas dah jadi dua puluh dua tahun dah. kalau tengok orang lain yang umur 22 ni at least nampak lah muka orang 22. gaya pun macam orang umur 22. aku? mimpi mimpii. sampai sekarang tak caya dah 22. macam mana entah nak terima kenyataan dah tua. tahun ni langsung tak ada meraikan apa-apa. macam tahun lepas juga. tapi hadiah best. peti ais. hahaha! tak ponah rasanya orang dapat hadiah hari lahir peti ais. ni pun alang-alang pindah rumah sewa dekat tengah kelapa sawit ni kannn..



itu muka orang umur 22 bajet ayu.
*muntah hijauu*
happy belated birthday to meee!


oh yea. dah pindah pun kat tengah kelapa sawit. walaupun tak lengkap kampus kat sini tetap pelajar kena datang sini. lecturer tak pindah lagi tak apa. yang penting student tu kena pindah dulu. belajar dengan dinding pun tak pe. pelajar fakulti sains komputer yeaa. makmal ada tapi tak ada komputer pun tak apa, wifi ada tapi kelajuan tahap siput pun tak apaa. gile memerli aku ni. bukan memerli, menyatakanya sahaja. ;P


kiri kanan hijau.
selama 15 minit kalau pecut, jalan macam ni lah yang dilalui ke kampus.





kononnya nak terima seadanya kampus kat sini tapi kirim salammm bila dah fikir pasal fyp yang kena mula dari semester ni. T.T broadband pun dah tak pakai sebab nak bajet guna duit untuk minyak kereta sebab tak ada kemudahan kenderaan awam kat sini dan jalan pun bahaya. *nangis sekali lagi* T_T


begitu dan begini lah perasaan berpindah kampus baru di buka di negeri yang tak hujan dari bulan 11 tahun lepas ni. " Ya Allah, kau turunkan lah hujan rahmat di negeri Melaka, Jasin ini dan kau permudahkanlah urusan pembelajaran kami di sini. Aminn.. " Jangan skip hokayy. kita doa sama-sama. >.<


Untuk diri, tolong dan tolongg sesangat-sangat buat yang terbaik dan termampu. Jangan malas dan kurangkan perkataan bosan. sejak menetap kat Jasin ni entah berapa puluh kali sebut perkataan tu. Jadi lebih bersemangat nak menapak ke kampus yang jauh setiap hari, kurangkan sikit rasa malu tu, ingat pesan mama dengan abah dan lebih berhati-hati duduk kat sini.  :)


No comments: