February 8, 2014

Di teduh awan Perlis, di jamu sunset Melaka. *tajuk tak nak kalah*

Assalamualaikum.


Mula mula genggam genggam tangan lepas tu patah patahkan sendi, buat senaman tangan sikit dannnnnnn baru mula menaip dengan kelajuan yang tak berapa nak F1.



Tahu tak weekend dua minggu lepas balik kampung diri ni dapat merasa jadi anak tunggal untuk beberapa hari ? *excited* bagi yang follow ig takpun tweeter mesti dah lemau baca aku update banyak kali. hahaha XD nak jugak bagitau lagi. Balik utara nun sana saja-saja nak melawat orang utara. Berjalan pergi Padang Besar huntong besar mintak je apa terus dapat. Bahagia rasa macam nak pergi lompat bungee jumping ! :D *wishlist


Langit Perlis





Minggu lepas pulaks pergi Melaka nak tengok rumah sewa untuk semester depan kat kampus baru. First batch kot dekat kampus tu. ehem ehemm.. bangga tak berapa nak bangga sangatlah sebab kalau dah nama kampus baru dekat celah ladang kelapa sawit apa la yang ada sangat. Tapi sukaa! insha Allah suka. aman sikit dari duduk di celah kesibukan bandar. eceh. sedapkan hati.



Melaka



Owner rumah sewa serious ramah mesra ya amat amat sampai terlepas cakap harga sebenar sewa rumah tu. disebabkan parents deal dengan agent bukan dengan owner so mahal sewa nak dekat 2 kali ganda. Tak boleh nak tolak sebab itu offer yang terbaikk sekali dapat. Itu cerita Melaka. Pergi sana balik hari and the next day pergi balik Selatan sebab orang kampung buat kenduri doa selamat. nasib diri kena jadi driver balik sana.


sedih.



kena drive.



penat.



tak nak renew lesen dah.



haha ! tipu je pasal renew lesen. nak tak nak akan ada jugak orang yang akan renew lesen tu. T.T


Balik Selatan walau kena buat itu dan ini tapi tak pernah tak suka balik sana. :) sebab banyak kenangan tak kira kenangan baik buruk dekat kampung tu yang buat suka sangat yang amat amat. tak ramai yang balik tapi yang balik sepupu yang dulu bertepuk bertampar berkejar cari pasal dan sekarang dah kahwin ada anak. :O aku yang tak ada anak haruslah rajin melayan anak buah. dia macam training sebagai persediaan. :P




Hobi dah sekarang ni semenjak dua menjak ni.



sebab 'spin' dekat gigi tak bukak lagi so tak boleh nak cerita lagi pasal insiden lepas yang penuh dengan hikmah. next time insha Allah. :)


No comments: